Mok Nek dalam kenangan
Arwah Mok Nek and Datok Kuantan semasa sihatnya. Gambar ini diambil sekitar pertengahan tahun 2003.
Masuk tahun 2006 ni tambah lagi 18hari genaplah 2 tahun kita kehilangan mak mertua tersayang. Mak or we call her as Mok Nek meninggal disebabkan sakit jantung. Masa tu waktu Subuh agaknya, semasa dia nak menunaikan solat Subuh. Adek ipar kita jumpa Mok Nek dah terbaring kat lantai bilik air lebih kurang jam 8:00 pagi, 18hd Jan 2004. Kami yang tinggal lebih kurang 1.5 jam dari rumah Mik Nek bergegas mengambil anak2 di sekolah untuk pulang kekampung untuk melihat wajah Mok Nek tercinta dan menguruskan jenazah. Cik Abang adalah anak lelaki sulong dalam keluarga. Cik Abang memang rapat dengan Mok Nek dan Mok Nek menggelar dia sebagai' Anak Piuk Nasik Aku'.
Menjelang tengahari adek beradek yang lain tiba dari Kuala Lumpur.Mak ngah dan Pak Teh tiba lebih kurang jam 2.30ptg. Mak long dan Pak Cik yang tinggal berdekatan mendahului kami manakala adek2 yang lain memang tinggal dengan Mok Nek dan kebetulan masih dalam musim cuti dari IPTA masing2. Sesampai aje mak ngah, jenazah pun dimandikan. Selesai dimandikan, jenazah dikafankan. Anak2 serta cucu2 Mok Nek serta Datok semuanya berkumpul untuk mengucup Mok Nek buat kali terakhir. Kita tak turut serta sebab lemah semangat. ( Kali terakir masa maklong Siti meninggal dan mencium dia, kita demam lama. Orang kata lemah semangat. Mungkin mengikut macam mak kita). Selesai semuanya, jenazah pun dibawa kemasjid untuk disembahyangkan. Jenazah selamat dikebumikan selepas solat Asar. Kita tinggal dirumah sebab tidak ada ahli keluarga yang tinggal. Malam itu tahlil diadakan. Kami pulang kerumah kami malam itu juga. Kami tidak dapat menunggu lebih lama sebab tarikh penerbangan kami terlalu hampir dan banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan sebelum kami meninggal anak2 kami selama 45hari untuk mengerjakan rukun Islam yang kelima.
Walaupun pemergian Mok Nek tak disangka2 kami tetap bersyukur kerana Mok Nek pergi dengan tidak mengalami banyak masaalah. In fact, sehari sebelum dia pergi, kita dan Cik Abang telah pergi melawat nya. Mok Nek berkeras bahawa kami tak perlu melawatnya sebelum berangkat. Macamana pun kita beritahu pada Cik Abang bahawa kita mesti melawat jugak Mok Nek sebelum berangkat. Maka kami pun bertolak ke rumahnya tanpa memberitahunya terlebih dahulu. Mok Nek kelihatan ceria hari itu. Mak De anak bongsu Mok Nek dan Pak Chu anak second bongsu pun ada bersama. Kami saling usik-mengusik ( this is a norm for Mok Nek) dan bergelak ketawa.Sebelum pulang kami bersalaman dan berpeluk2. Selepas Mok Nek pergi barulah kita tahu bahawa Mok Nek tidak menolak untuk dipeluk dan dicium kerana itu adalah pelukan dan ciuman kita terakhir dari kami untuknya. (Mok Nek memang tak suka kalau dipeluk atau dicium).
Ketiadaan Mok Nek memang meyedihkan semuanya seisi rumah terutamanya Datok yang kehilangan kekasih hatinya (ni Datok mentioned masa malam kami berkumpul selepas tahlil).
Mok Nek yang sememangnya pemurah memang selalu membekalkan makanan setiap kali kami melawatnya. Mana dengan karipap, popia, donut, nasi ayam, ikan goreng, nasi putih, tahu dan macam2 lagi. Penuh bootlah setiap kali pulang dari melawat dia. Setiap kali pulang memang lah fridge kat rumah tu penuh. Kadang2 2-3 hari tak masak sebab nak habiskan bekalan. Setiap kali kita bersalin atau anak kena masuk hospital yang berdekatan dgn rumah Mok Nek, Mok Nek tak lupa memasak dan menyuruh Cik Abang mengambil makanan untuk kita. Begitu baiknya hati seorang ibu mertua. Alhamdulillah kita dikurniakan dengan dengan seorang ibu mertua yang sangat bertimbang rasa. Sekiranya ada peselisihan faham (biasalahkan rumahtangga), Mok Nek akan memberi nasihat. Selalunya Mok Nek akan menyebelahi kita or kalau tak pun akan cari akal macamana nak beritahu dengan anaknya. Mok Nek pernah berpesan,'Nak, sekali sekala kau jeritkan laki engkau tu. Jangan ikut je. Dalam rumahtangga ni, kalau dia King kita ni Queenlah'. Itulah dia Mok Nek. Kasih saynagnya pada anak2 dan menantu2nya sama aje.
Mok Nek, kami rindukan senyum tawamu. Kami rindu kata2 nasihat dari mu. Kami doakan semuga rohmu dicucuri rahmat dan digolongkan bersama2 orang yang dikasihiNya. Amin...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home