Kentang with burger & mixed vegetable
Ingatkan tadi bolehlah relax lepas2 nak jahit kain Maya yang koyak. Belum sempat habis jahit kain tu, Maya dah kata dia lapar. Makanan kat dapur dah tak de sebab dah dibedal oleh kak long dia, Abah & Angah. Mak biasanya tak makan malam sebab masih lagi berdieting. So far diet mak ni menjadi. Adalah turun 3-4 kg dalam masa 3 minggu ni. Syukur Alhamdulillah...
Terpaksa mak yang kasihkan anak ni turun ke bawah untuk nak prepare food untuk anak tersayang yang tak boleh lapar ni. It has always been my pleasure to cook for the kids and the reward that I get after that is the smiles from them as their stomachs are full. Full and contented. Boleh menyannyi and menari like nobody's business.
Maka turunlah si ibu yang mengasihi anaknya. Sebelum turun tu siibu tu dah bertanya pada sianak, apakah yang diidamkan.
Nasi goreng?
Tak nak!kata anaknya.
Burger?
Tak nak? Maya nak makan fries!! Malasnya nak keluar kata ibunya di dalam hati. Macamana pulak aku nak pujuk anak ni. Kalau tak dapat ape yang dia nak mau muncung panjang sejengkal. Hari ni nak mintak pertolongan Cik Abang memang tipis lah harapan. Dia dah terbongkang atas katil .Walhal baru pukul 8:47mlm. Sibuk agaknya di pejabat tadi . Itu yang dia jadi penat sangat. Stresslah tu...
Nasib baik dalam pada nak pujuk si anak ibu mendapat satu akal.
Kita buat kentang goreng nak. Mak potong kentang and then goreng jelah. Macam fries!!
Tak nak!Maya muak dah makan cam tu...masa tu muncung dah nak tiba.
Ok. Ok. Tak pe. Mak buat kentang campur ngan burger and mixed vege tu nak. Yang abah selalu buat tu.
Ok.Ok.Maya jawab. Masa tu dah senyum.
Maya solatlah. Nanti mak turun masak.
Maka siibu yang baik hati itu pun turunlah ( baik hati ke ni dah kewajipan mak bagi makan. ???)untuk nak masak untuk anaknya yang seorang itu. Experiece menjadi ibu selama hampir 13 tahun ini, Alhamdulillah telah memberi sedikit kefahaman kepada siibu ini jikalau memasak itu kenalah buat lebih sikit sebab kalau nak makannya seorang, ianya boleh menjadi untuk 5-6 orang.
Setelah makanan yang diidamkan itu masak, maka seorang demi seorang anak2 yang tadi nya dah menghabiskan lauk juga turut serta makan makanan yang dimasak. Termasuk lah ibu yang tadinya bersemangat nak diet tu. Hancus diet aku malam ni. Ni Maya lah punya pasal....
Kat bawah ni ada resepi dia. No percik minyak. No hassle. A very simple and fast to cook one complete meal.
Sedikit butter untuk mengsauteed the kentang yang telah dipotong dadu. Banyaknya butter bergantung pada banyaknya kentang. Burger dalam 3-4 keping juga dipotong dadu. Mixed vegetable. Kalau suka boleh letak banyak. Letak semua bahan minus mixed vege dalam kuali dan ditutup dengan tutup periuk. Masak atas api kecil sehingga kentang & burger masak dan agak garing.Kalau nak sedap lagi letak telur dan biarkan sikit lagi sampai telot itu agak garing. Last masukkan mixed vege tu. Sedap dimakan dengan cili sauce. Guarantee sedap....
Peingatan: Butter jangan letak banyak sangat, memadai sati sudu besar untuk lebihkurang 7-8 biji kentang sederhana besar.
Cubalah. Kalau anak2 lapar bagi makan ni, InsyaAllah, berbaloiiiii...
Resepi ni pun untuk Lollies prepare untuk the potluck breakfast. Gambar dia nanti kita upload kemudian.
7 Comments:
Tak sedap kot sebab french fries tu dah half cooked. Unless you goreng the burger first and lastly letak fries. Tapi sedap agaknya kalau fries yang gemok2 sikit tu sebab yang kurus2 t serap banyak sangat minyak.
Boleh tahan gak demanding Maya nii. Cam Anne pun ada.
Nak makan nak yang sedaaap ajer, dan mengikut citarasa diaorang. Maklang pun kira sabor jugak bil hal makan-makn nih..
Tj: Memang Maya tu demanding. Tak padan size. Garang tuh...
Onde:Maklang ni bukanlah rajin sangat. Tapi kalau tak kasi makan kang dia punya moncong tu yang tak tahan.
Makan ngan roti ok gak. Tapi kena letak garam or sauce sebab resepi garamless.
Mmmm baunya sedap hingga ke Johor.. tak jadi Beriyani Gam lah malam ni.
Burger..pasta..burger..pasta.. NO! banana leaf!
Count,
At last here's your footprint. Thanks for visiting. Today Maya is OK sebab tadi ke pasar malam belikan kepok leko. Pagi tadi she was so contented with my 'Nasi Goreng China' sampai bertambah2 and sampai bawak bekal for her recess time during her afternoon session class.
as'kum...maklang..salam perkenalan dari kak lady...ni buat kunjungan balas ni...hehhee...
Resepi yang maklang buat tu memang resepi kegemaran anak2 kak lady...cuma diorang tak masukkan mixed vege tu...diorang tak suka..diorang boleh makan hingga menjilat jari...
Kak lady dah tengok posting2 Maklang yang terdahulu...kak lady tertarik pada tudung2 yang maklang buat...kita ni sama je minat menjahit...tapi kak lady tak pandai buat sulaman...kalau bab x-stitch tu...memanglah minat amat..mengait aper2 pun kak lady suka....
Assalamualaikum Kak Lady,
Terimakaselah kerana mengunjungi teratak hamba yang tak seberapa.
Memang maklang suka menjahit. Baju ke, langsir ke, alas meja ke, alas katil ke, cushion cover, apa jelah. Mula2 dulu jahit sulam tangan tapi berzaman baru siap. Then beli mesin sulam tu, tu yang menjahit. Nak dapat balik cost mesin tu, tu yang buat sikit2 bolehlah jual sikit2. At least taklah rasa rugi sangat duit tu...
Ingin sekali nak belajar buat patchwork untuk alas katil.... Kak Lady pandai tak?
Post a Comment
<< Home