Burge Maya hilang...
Ah..... tersiksa jiwa bila terbau masakan Cik Abang. Kita lepas maghrib tadi dok menjahit kat atas. Haruman burger Ramly ke Sausage ke entah ape menusuk ke lubang hidung kita. Kalau turun bawah memang lagi menyiksa sebab mesti nak makan. Habis lah diet kita. Ni memang tengah semangat nak turunkan berat badan. I need all the support I can get. Tapi nak diet ni kena banyak2 bersabar. Kalau tak memanglah selalu tergelincir dari plan. Last two years ade gak cuba2 makan ubat kurus tapi tak terbuat den. Lomah. Tapi masa tu dapat gak turun 3-4 kilo. Masaalah kalau tiba waktu festive (ni nak salahkan waktu pulak).... mulalah makan banyak. Nak2 kuih raya ke kek ke. Pasal masak memasak ni memanglah kegemaran den. Sedap ke tak belakang kira....
( Ni Abang memasak pun sebab kes Maya mengamok. Tadi lepas dia balik sekolah, terus aje main basikal dia. Bila dah penat masuk dalam rumah and bukak fridge hoping to eat the Double Cheeseburger McD dia yang tak habis tu. Tengok2 tinggal segigit je dalam fridge tu. Teruslah hot.
'Alaaah.... Siapa makan burger Maya? Angah eh?, Maya tanya dengan muka dia yang dah masam tu. Agaknya kalau perlu nak masak lauk asam pedas memang dah cukup agaknya dengan masam dia tu.
'Mana ade. Mana Angah tahu! Along agaknya', Angah menjawab. Biasalah asal dapat somebody else nak take the blame jadilah. Maya ni walaupun kecik, garang dia bukan main. Kalau dah masam tu macam2 dia boleh buat (nanti will blog this).
Maya pun ape lagi. Terus naik atas nak cari kaklong dia. Cara dia jalan dia aje dah tahu dia marah. Jalan hentak2 tangga tu. Nasib baik tangga tu kuat, or else mau patah!! I followed her upstairs, sambil kata tak pelah nanti mak suruh Abah gi beli lagi. Member cannot stand lah tu dah short circuit perut dah lapar....
Sampai kat study room tempat kaklong dia bertapa dengar lagu Jepun dia tu, dia terus tanya, 'Along makan burger Maya eh?, Maya tanya dengan mulut muncung dia and jelingan tajam dia.
'Mana ada. Orang tak tahu pun', Along jawab selamba. Kita pun kata kat dia, agaknya Hakim kot yang makan. Tapi Maya still tak nak give in. Masa tu Abah was with us gak. Abah kata kalau merajuk, Abah tak nak belikan lah. Offer once je. Nasib baik Maya ok, kalau tak Abah pulak yang hot. Tu yang Abah gi masak tu... Thanks to Abah. You saved the day...)
Today Cik Abang senyum aje masa kita balik kerja tadi. Meleret2... tapi bukan sebab malam Jumaat. Tapi sebab report untuk project dia yang kita submit ke office dia kata tu katanya very impressive. Lega.... Tapi ni semuanya kena group work. Or else takkan dapat satisfy client. Seronok gak dengar. Hilang satu beban.
Malam ni relax lah. Memblog lak . Tadi dok buat sulam asyik tak cantik je. So makna nya kena berenti tu. ....InsyaALlah besok sambung balik. Nak tak nak kena siapkan 4 helai tudung untuk nak tampal batu berlian tu. Sis Nor nak datang ambil. Kalau dapat payment boleh buat modal nak beli jarum sulam. Bukannya murah sebatang RM 3.00. Sebab tu tudung tu harga dia agak mahal. Tapi kalau kira2 oklah tu. Doa2lah mana tahu kot2 nanti lama2 boleh jadikan business pulak. Kiranya ni persiapan nak pencenlah ni....
(By the time I finished this blog, Maya and the rest semuanya dah kekenyangan makan Abah punya makanan Mat Salleh. Maya sorang je 4 sausages plus salad, kentang, carrot and sengkuang. Tapi masih menjadi misteri siapa yang makan burger tu. Takkan kot fridge yang makan sendiri...)
3 Comments:
hi there maklang, blog hop dari blog onde-onde.
Nanti letak lah gambar tudung tu kat blog boleh nengok same-same
hah.. baru boleh comment..
ke abah dia yg makan..he..he..
mak teh
Ni: Nanti maklang letakkan gambar tu dalam blog maklang. Tadi siap dah 4 lai untuk someone. Gambar dia dah ambik dah
Mak Teh: Biasalah tu. Abah pun tak leh lapar. Kang short circuit jugak lagi terok Maklang nak pujok....
Post a Comment
<< Home