Dari Teratak Maklang

Monday, January 23, 2006

Diary semalam

Dah lama rasanya tak memblog. Sibuk betul last weekend. Hari Jumaat tu biasalah dah lepas2 kerja kat dapur, terus aje ke bilik jahit nak habiskan jahitan tudung sebab Sis Nor nak datang. Hari Jumaat tu memang tak memasak sebab Kak Yah office* nak buatkan nasi dagang. Beras nasi dagang yang beli kat KB last year tak digunakan lagi. Yang bebenornya tak gheti nak buat. Kak Yah nak ajar tapi malasnya. Sekarang ni tengah mood malas nak masak. Tengah seronok sangat jahit tudung ni. Sis Nor tak jadi datang hari Jumaat tu so tak lah terkejar sangat tapi dapatlah siapkan tampal berlian tu.Petang lepas penat2 ajak Cik Abang pegi roung naik kereta tengok rumah2 orang di sekitar tempat kita duduk ni. Kat sini rumah2 cantik2 belaka. Maklumlah ramai yang toke2 minyak. Sekali dapat bonus dekat setengah tahun punya gaji. Yang kita ni kerja biasa2 je buat lah rumah yang kita rasa kita mampulah.Kalau nak ikut orang mau makan pasir je kot. Ape yang ada ni Alhamdulillah.....


Hari Sabtu pun relax aje. Tengah musim mendiet ni makan kena rebus2 je. So masak sup ayam jelah. Sayur asparagus goreng ngan udang kecik. Lepas tu maid goreng ikan kering salut tepung. Sedap jugak. Tengahari makan nasi sikit je sebab pagi tu dah makan kue teow. Anak2 suka sangat. Dhirah complained kata asyik goreng kue teow masa dia sekolah so tak dapat nak makan banyak. So gorenglah hari Sabtu. Kesian gak bila dia cakap macam tu. Tapi budak2 ni memanglah gemar sangat kue teow. Kadang2 kalau pagi tu tak habis ( sekali goreng 3 bungkus yang 500 gm tu), they all boleh ulang2 sampai kepetang. Cik Nab ** datang tengahari tu. Terperanjat sebab dia datang2 terus naik ke bilik jahit. Biasalah Cik Nab ni dia tak segan orang nye. So ajak lah dia makan sekali. Dia kalau datang bising sangat. Kenkadang tak faham ape dia cakap sebab loghat dia pekat betul. Angah lah yang suka sangat ejek dia cakap. Angah kalau dah dengan Cik Nab ni sure gamat punya. Ganu pekat!!!


Sis Nor and Dr datang about 5:30 petang tu. Nak tengok macamana my diet. Ok ke tak. Dr dok kira2 calory berapa banyak perday. Dr kata kena increase sikit calory tu sebab kalau rendah sangat nanti metabolic rate jadi too low and lagi lambat nak turun. Malam tu kiranya dapatlah buat duit sikit. Sis Nor ambik 4 lai tudung yang dah siap tu. Ah.... lega..... At least ada jugak sales this month.


Semalam Wan and Atok came from JB. Tiba dalam pukul 5:00ptg. On the way nak sampai tu Atok gi ambik Hakim kat sekolah. Punyalah seronok mamat tu. Hakim memang rapat ngan Atok and Wan dia. Kalau phone Atok and Wan mesti mintak ice kacang. Ice kacang JB ni memang sedap. Dia letak coklat fudge lebih kurang gitu. Muuuuuaaaah.... sodap gila. Kalau sekali makan sure hancus diet. Tapi since dah ada kat atas meja tu rasalah 2-3 sudu. Lepas gian. Atok saje aje kata ....rugi tak makan...Bukannya nak bagi semangat.


Hari ni pulak kat opis sibuk betul.Petang tadi meeting kat office client dari 2:30 sampai kul 5:oo lebih. Lepas meeting tadi terus aje balik. Mandi, solat and now tengah menyulam tudung biru and memblog. Letihnya. Badan dah tua ni. Agaknya pun penat sebab tadi pagi lepas solat Suboh dok buat xercise - 2km. Satu kemajuan ni. Rasa seronok gak. Kena ada kekuatan dalam diri or else sure malas nye nak buat.


* Cik Yah ni helper kat office.
** Cik Nab ni tukang hantar anak2 ke sekolah.

1 Comments:

At Tuesday, January 24, 2006 2:16:00 pm, Blogger maklang said...

Onde-0nde: Ada dalam blog: Bilik jahit maklang. Tu sikit je. Kena buat perlahan2 sebab leceh buat tudung ni. Nak sulam, bersihkan & letak berlian tu.

Exercise tu pun kenkadang ponteng (kot2 ponteng lebih dari buat! ekssen je lebih ni....)

 

Post a Comment

<< Home