Dari Teratak Maklang

Thursday, February 09, 2006

How people change....

Hari ni 10 Muharram.... Tentu ramai yang berpuasa. Yang berpuasa tu Alhamdulillah & pada yang tak berpuasa dan yang tak boleh puasa, kalau ada umur tahun depan kita cubalah puasa.... InsyaAllah.

Sebenarnya malam tadi cuba nak masukkan entry tapi tak tahulah semuanya jem. Tak leh masuk. So malam tadi dapatlah memenafaatkan waktu untuk menjahit telekong yang masih terbengkalai. Sambil2 tu tengok cerita Brother Grimms kat DVD. Best jugak cerita tu. Maklang ni memang suka cerita yang banyak khayalan ni. Kalau cerita Harry Potter macam tu, Star Wars, Battlestar Gallectica,Enterprise, and yang merepek meraban macam tu memang lah teramat minat. Tak tahulah kenapa ek. Maklang rasa sebab cerita macam tu tak sakit hati tengok kot. Sebab terlalu banyak merepek dia. Itulah dia alam yang tak mungkin menjadi kenyataan. Kadang2 macam budak2 pulak suka cerita2 macam ni.


Semalam hari yang paling mengantok dalam minggu ni. Dahlah kena baca banyak untuk nak prepare for my project punya kerja, dengan specification nak amend and all, mata maklang menjadi layu semena2. Nak2 waktu tengahri. Lagi pun semalam masak ikan cencaru letak kicap kegemaran ramai. (Nampak nya rumah ni banyak sangat makanan kegemaran sebab tu agaknya semuanya bulat2 minus my Maya). Tak boleh nak bukak mata rasanya. Terpaksalah mencari jalan untuk nak hilangkan ngantuk. Apelagi masuk sat kat surau and landing dalam 5 mins. Tak leh lama tak baik. Tapi kalau tak landing kang satu kerja tak jadi. Alhamdulillah lepas tu dah bolehlah bekerja macam biasa.

Semalam petang, ada operation meeting. Memang setiap minggu ada meeting ni untuk nak tahu progress project2 kat office. Nasib baik project maklang semuanya oklah. Ada satu tu delay sebab tunggu dari client. Operation meeting ni kalau yang attend cuma orang2 bawah je ok. Cepat jalan dia tapi bila ada orang yang tak terlalu tinggi yang attend jadi dragging lak. Kalau Boss no.1 je tak pe. Kami memang boring kalau ada orang2 tertentu attend. Yang tak larat nak melayan. Banyak sangat soalan. Satu department kena ada satu rep. Nak update masing2 punya dept.

Semalam meeting drag sampai pukul 5:00. Satu ape tak dapat buat after lunch tu. Maklang memang kurang gemar kalau yang masuk tu nak tunjuk act yang dia tahu semua. Biasanya maklang diam je unless ade kena mengena ngan project yang kita involve. Tapi hal orang ni tak yah lah nak cerita . Kita cerita on the overall ajelah perangai2 manusia buat pengajaran.

Kenapa ye sesetengah orang tu kalau dah pangkat agak tinggi tu boleh jadi act tak bertempat. Cakap pun besar aje macam semuanya dia tahu. Maklang memang dok leh gi dengan orang macam tu. Maklang masih ingat lagi masa mak maklang kerja sebagai kerani di salah sebuah jabatan kerajaan dulu. Masa tu maklang sekolah rendah lagi. Maklang selalu terdengar Abah & Mak bercerita pasal office . Mak & Abah kerja satu pejabat. Abah sebagai pegawai manakala Mak sebagai kerani. Walaupun mereka satu pejabat pekerjaan berbeza sebab Abah kena selalu kerja luar. Pergi buat inspection kat kebun2. Mak kata ada satu pegawai perempuan kat office dia. Mereka kurang gemar ngan pegawai tu.Maklang memang tak kenal orang tu. Tapi Maklang masih ingat lagi pesan Mak.

Dia kata,'L...., nanti bila besar dan kalau dapat masuk Universiti dan jadi pegawai jangan sekali2 tengok orang bawah2 tu rendah. Nanti orang tak suka kat kita'.

Maklang pegang pesan Mak tu. Sekarang ni Maklang pulak rasa. Kenapa lah ada gak orang yang macam tu. Pangkat ni bila2 Allah boleh ambik dari kita. Tak guna nak rasa tinggi diri. Sebabnya Maklang pernah tengok dan kenal rapat dengan seorang pakcik. Dia memang berpangkat,berharta dan terkenal kat Malaysia. Memegang jawatan yang tinggi dan dianugerahkan title yang paling tinggi kat Malaysia ni, tak ade pun nak rasa besar diri. Yang Maklang respect sangat tu, dia boleh panggil sekali driver dia duduk sebelah dia untuk nak makan sekali. Jarang sangat kita jumpa orang macam ni.

Masaalahnya sekarang ni yang betul kaya raya tak act tapi yang baru nak kaya sikit and pangkat tak banyak mana ni yang act sangat. Macamana nih? Kita buat iktibar ajelah. Tapi bak kata Cik Abang, 'Kalau semua orang kat dunia ni baik, tak interestinglah hidup ni!' Betul jugak tu....


Ape2 pun kat sini Maklang letakkan gambar untuk ikan yang maklang cakap sedap sangat tu. Ikan cencaru tu dah cuci bersih lepas tu potong belakang dia. Gaulkan bawang merah & cili kering yang di blend dan sumbatkan kat belakang & deep fry atas api yang sederhana sampai garing. Angkat ikan tu lepas tu tuang kat Kicap Cap Kipas Udang atas ikan tu. Nak sedap lagi perah limau ( ni I tak pernah cuba lagi- letak limau). Cubalah. Pasti menjilat jari........:))

Jap2 ade problem ngan internet nih*. Lembab sgt die nak upload gambar tuh*

* Dhirah yg tulis ( anak maklang yg plg tue tu, yg perangai cam lelaki n yg ske denga lagu Jepun. Hehehe. )


1 Comments:

At Friday, February 10, 2006 7:00:00 pm, Blogger maklang said...

Onde,

Memang sedap masakan tu. Ni resepi kakak ipar maklang yang kar Serdang tu. Hubby dia orang Minang. Since maklang belajar masak ni memang ia menjadi kesukaan untuk Cik Abang. Sekali dia bedal sampai 2 ekor. Same je ngan Hakim

Ereen,

Sabar jelaaaa. Manusia memang macam tu. Asal kita jangan ikut sedah. Pangkat dan harta semuanya pinjaman sahaja. Akhirnya kita akan kembali jua.... Mintak2 kita tak jadi macam orang yang kita tak suka...

 

Post a Comment

<< Home