Busy weekend ahead
Baru cadang2 nak relax minggu ni banyak pulak benda yang nak kena buat. Even tadi kat opis meeting tak habis2. Tak selesai satu meeting, kena lak attend satu lagi. Then second meeting tak selelsai lagi terpaksa excuse diri untuk nak ke Client’s office nak gi meeting kat situ. Terlambat sikit.(Masa tengah tunggu Client tadi, sempat jugak baca NST. Tsunami Drill aje, tapi orang kat sini kata ada alert. Panic betul!) Nasib baik cuma nak discuss on drawings yang nak kena siap by Sunday ni. Kiranya ok jugak lah.
Petang pulak sibuk dengan proposal. Dah siap dah and dah pass pada secretary untuk nak siapkan sebelum nak bagi kat Boss this Sunday. Hopefully ok.
Balik dari opis tadi terus naik atas. Dok cari Hakim sebab rumah senyap aje. FIL ada kat gazebo depan rumah tu tadi. Tak perasan pun sampai dia bagi salam baru nampak. Tengah sibuk nak call orang nursery tu guna HP sampai tak perasan FIL. Hakim rupa2nya tengah tido kat bilik kakak kat belakang, tu yang senyap. Terus ambik kain2 cotton yang Wan dah beli tu untuk nak potong untuk Wan Sara and Kak Yudi di Jakarta. Sempat jugak mengecek kat Wan, mintak selai kain cotton nak buat baju boleh……Nasib baik Wan kata ok. Lepas dah siap gunting 3 pasang, terus gi mandi, then by 9:30pm siaplah dua helai baju tu. Tinggal nak sembat lengan and kat bawah baju tu. Leher dia nanti contract kat Wan je. Kain dia kalau sempat besok kena jahit. By Sunday dah kena pos ke JB sebab nanti Wan Sara akan tiba di JB 24.5 ni, sekali dengan Kak Yudi and my new maid. Hopefully all will be ok, InsyaAllah.
Masa tengah jahit baju tadi, anak2 dok beritahu the weekend punya kerja kat mak dia nih.
Besok pagi Angah kata, ada hari keluarga kat Tabilas. Start pukul 7pg sampai 6 ptg. Sapelah yang pegi pagi2 camtu. Kata kat dia suruh FIL je attend tapi dia tak nak pulak, dia kata untuk ibubapa jek. Ni dah satu kerja.
Bila pulak nak gi pasar tani. Food supply especially ikan dah nak ilek. Le ni ikan tak delah..bulan ngambang gak nye. Ni kerja yang mesti dibuat besok. Or else next week fridge kosong laah
Kak long pulak ajak nak ke Paka. Nak beli kasut and seluar track kata dia. Mana ada kedai bukak besok. Kat pasar tani adelah…so cancel satu kerja!
Hari Sabtu pagi kena hantar Kak Long ke sekolah before 7:30am sebab dia nak ke Padang Tembak. Excited betul dia nak pergi tengok orang menembak. Dia masuk kadet polis. Tu yang dia seronok tu.
Pas tu dia kata hari Sabtu malam ada Mesyuarat Agung sekolah dia. Tapi tak payah pegi sebab dia kata tak de terima surat pun. Tapi rasa nak pergi pulak…
Rasanya penuh betul weekend ni. In between tu kena siapkan barang/siang ikan, blend bawang etc, yang nak simpan kat fridge unutk nak supply for next week kalau ke pasar lah besok. Then nak kena siapkan baju kurung 2 pasang untuk Wan Sara and Kak Yudi. Maybe besok nak ke opis sat sebab ada Client nak ke opis untuk nak comment drawing and then ada draftman nak siapkan drafting untuk project maklang tu….Sibuk! Sibuk betul. Ada gak cadangan unutk nak buatkan x-stitch untuk anak sedara yang baru aje lahir tu. Ingat2 nak buat bantal, tapi ni tak pasti lagi.
Pikir je dah penat. Hopefully sibuk tu tak lah memenatkan. Itulah di kalau another half tak de…semenya kena pikul sensorang…Cepatlah Khamis depan!
Tak dapat cakap lama dengan Cik Abang tadi sebab dia was in the midst of kerja dia. Phone dating besok tengahari…
Have a nice weekend all....
10 Comments:
hehehe 1st dude to comment... bukan nak comment pun, saja nak menaip...
plan maklang power... harap2 semuanya berjalan lancar AMIN...
kadet poliskan maklang, depa tak bagi badge saya anti rasuah tu ka??? heheheh... nampak segak la your girl!!!
kalau mak lang ada bath tub...masuk dlm bath tub air panas...physical tension akan hilang..
*hugs* utk hari hari yg busy ni..
Kesian maklang apa nak buat dah kewajipan seorang ibu kan?Hebat you can cut and sew baju within a short priod macam ni I know who to send to eh in future...hehe...
You have a nice weekend too ok:)
wuuhh..bz..bz.bz..ML, sempat jahit baju lagi..fuuyooo dasat la ML. Semoga ML can get all those things done..
Ok lagi mata your mum ye.. boleh sembat baju kurung.!!
saya baca ni pun rasa dah penat :). hush..esok2 anak2 saya ramai dah sekolah camnilah agaknya saya pun sibuk mcm maklang, sorang nak attend itu, nak attend program ni, nak buat itu , nak buat ini..wah,kena prepare ni.
eh..bkn ke suami maklang org kuat pibg ygbaru dilantik? hmm nampaknya m.lang kenalah p mesy. tukan? wakil cik abe..
ke ke ke penatnya membaca, erk caiyo caiyo mak lang...small matter je tu M'sia boleh! lepas phone dating tu hilang le penat *wink*
Mak Lang,
Mak Lang termanggu makan roti,
Jadual diberi Angah berkata,
Hujung minggu hari cuti,
Ibu bercuti hari apa?
Peti ais kosong kepala sakit,
Mak Lang pulang singgah pasaraya,
Kain dipotong hendak dijahit,
Persiapan Mak Lang sebelum Raya?
mak lang saya sentiasa hadhir dan baca blog mak lang cuma tak kesempatan meninggalkan jejak.. selamat berhari minggu (walaupun mak lang kerja kan)
Izhal:
Bunyi macam power tapi tak ada ape pung!
Segak? Taklah tombam yo!!
Simah:
Thanks. Bukan kan bathtub, jacuzzu pun ada tapi belum sempat nak tadah air dia...anak2 dah jerit suruh keluar. Kadang2 nak melaabur pun tak senang. Saje nak kacau walhal bilik sendiri ada bilik air sendiri! Nantilah tenang2 nak jugak berendam denga aromaterapi lagi...hi...hi...hi...
Kak Elle:
HEbat tu taklah...Alhamdulillah dah siap 2-2 helai baju tu. Cuma tinggal tulang belut. InsyaAllah baju tu akan dipos ke JB kat mak unutk ditulangbelutkan. Auntie akan ke JB on 24.5 with the maid, InsyaAllah....
Adorable:
ALhamdulillah so far so good, cross stitch unutk baby baru 1 hampir siap. Lagi 3 on the way...
Easy:
Alhamdulillah..mata mak masih nampak lagi unutk nak jahit2 nih...
Onde:
Betul tu kalau separuh di sana, separu disini memang kelam kabut sikit...mood pun hilang je tak semenamena...
Syikin:
Ni baru sebuk sikit pasal sekolah je kalau sibuk dengan bofriend nanti lagi pening.
Cik Abang jadi penolong unutk PIBG sekolah rendah. Kak Long dah Tingkatan 1!
Alinlai:
Lepas phone dating tengahari hilang penat tengahari, lepas phone dating malam...sampai termimpi2 kat Cik Abang *wink*
Yazit:
Selamat datang maklang ucapkan
pada Yazit dialu alukan
Menjaga anak memang kewajipan
Usah lalai unutk kebaikan
Maklang seorang ibu bekerja
Jumaat Sabtu diberi cuti
Bila dirumah juga sibuk berkerja
Melayan anak hati pun senang
Peti ais tak boleh kosong
Kalau kosong cepat diisikan
Maklang menjahit tak kira masa
Persiapan Raya masih belum dimulakan
Alamak...Yazit, tak berapa nak rhyme laa...tapi okkan?
Sya:
Ni mesti kakak awak yang beritahu kan.
Selamat berhari minggu...besok I dah kerja. Tapi ni hari Sabtu pun kat opis dah ni...
Post a Comment
<< Home