Dari Teratak Maklang

Sunday, May 14, 2006

SELAMAT HARI IBU, EMAK

Mak tercinta dengan Abah (pun tercinta)- gambar masa raya 2004.







First of all mak, if you are reading this entry... I love you very much... Happy Mothers' Day!!!!May all Allah's blessings be with you Always...InsyaAllah....

Tahun ni adalah tahun ke14 maklang menjadi seorang emak dan tahun ke41 mak maklang menjadi emak. Alhamdulillah maklang telah dikurniakan dengan 4 orang cahayamata, 3 perempuan dan seorang anak lelaki. Untuk Mak pun 4 orang , tapi Wan mempunyai 2 anak perempuan dan 2 orang anak lelaki.

Memang susah sebenarnya menjadi seorang emak nih...bagi maklang lah... Bermula dari nak mengandungkan anak pertama hinggalah melahirkannya, banyak betul dugaannya. Begitulah dengan anak2 yang seterusnya. Masa tu barulah maklang tahu betapa susah payahnya seorang emak itu nak melahirkan anak. Walau apapun maklang bersyukur kerana dikurniakan Allah dengan anak2 yang baik, mendengar kata (kadang2 buat sakit hati jugak) dan InsyaAllah akan menjadi manusia yang baik di dunia dan akhirat.

Maklang jugak bersyukur punya seorang emak yang sangat mengambil berat tentang anak2nya. Kasih mak tak pernah berbelah bagi pada anak2nya yang 4 ini. Sebagai anak yang sulung dalam keluarga mak maklang selalu menginginkan maklang menjadi contoh yang baik untuk adik. Masih ingat lagi dulu2 masa sekolah pesanan mak....L kena belajar rajin2 nanti adek2 tengok kakak dia berjaya, InsyaAllah adek2 akan ikut kaklong dia. Dan kata2 itu jugak maklang gunakan untuk nak boost sifat rajin belajar pada anak2 nih. Alhamdulillah maklang dapat jugak menunaikan hajat mak. Walaupun pelajaran maklang dulu2 tu tak adelah all As aje, tapi cukuplah nak melanjutkan pelajatan keperingkat yang lebih tinggi. Akhirnya impian mak nak melihat anak sulung dia berjaya, Alhamdulillah dah dapat membuahkan hasil.

Satu peristiwa yang sangat maklang ingat sekali was when maklang sekolah menengah. Masa tu ditingkatan 5. Maklang ni masa kecik2 memang kuat merajuk. Nak2 dengan mak. Mak dulu garang and selalulah maklang ni kena marah. Degil agaknya. Biasalah masa teenagers. ( Sekarang ni baru rasa macamana nak besarkan anak..padan muka!!!). Satu hari lepas mak pulang dari pejabat, mak telah dilanggar oleh sebuah motosikal dekat bandar JB. Tak silap depan stesen keretapi kat JB tu. Bila dapat khabar tu, maklang rasa takut sangat. Takut sebab nanti kalau apa2 terjadi pada mak, maklang tak dapat nak mintak maaf dari mak. Kepala mak berdarah...banyak sangat. Mak dimasukkan ke hospital dah dijahit. Kesian Abah masa tu. Nasib baik arwah nenek masih ada, dapat jugak lah dia datang nak teman kami. Alhamdulillah, mak ok je. Masa mak tak larat tu, maklang lah tolong cuci rambut dia seme. Habis rambut dia ada kesan2 darah yang dah kering....That was like 25 years ago. Alhamdulillah mak tak apa2 disebabkan luka kat kepala dia.

Maklang tahu mak sentiasa mahu yang terbaik buat anak2 dia. Sekarang ni maklang rasa bersyukur sangat sebab at least dapat jugak membalas sedikit sebanyak jasa mak walaupun tahu ianya tak seberapa....Maklang sentiasa berdoa kehadrat Ilahi semuga mak diberikan kesihatan yang baik supaya sentiasa dapat beribadat kepadaNYa.. Satu lagi maklang berdoa hajat mak untuk melihat adek2 lelaki maklang berjaya macam anak2 mak yang perempuan akan tercapai satu hari nanti. Itu aje hajat mak buat masa sekarang...Kalau ada adek2 maklang yang lelaki membaca entry ni...maklang harap mereka tidak akan menghampakan hati mak...


Buat mak tersayang....Doa L untuk mak sentiasa mengiringi solat L. Semuga mak diberi kesihatan yang baik dan diberi umur yang panjang dan dimurahkan rezeki selalu, InsyaAllah...

Thank you for all the things you have done and all the thoughts that you always will have for all of us here...

Thank you for the handphone untuk this year's bday, last year's birthday, for the tahu and taugeh, for the masak lemak cili padi daging salai, for the rendang padang, for the kueh tart, for the kuih kasui (sedap nih....which I have yet to master), for cara2 nak isi ketupat, nak masak rendang Nogori, for masak asam pedas, for ayam masak serai, for the tips untuk nak lembutkan hati suami (tapi Cik Abang memang hati nye lembut cuma kalau perut kosong je...hati kurang lembut sikit!!!jangan mare Bang! Apa pun I still love you so much...eh terkeluar tajuk lak...), for teaching me how to be a good wife and mother, for making me who I am now, for all the baju2 free (sebab selalu dapat baju yang nak jual2 tu...) for the rempah mee bandung, rempah soto, laksa Johor and all, for tolong jahit kan tulang belut untuk most of my baju kurung!(ni tak nak masterlaa..tulang belut ni leceh betul nak jahit!), for ajar maklang jahit my first baju gown untuk Dhirah and subsequently baju adek2 dia... tak lupa jugak for atttending to my needs masa dalam pantang, for tolong jaga anak2 masa I was away from home( be it gi Haji, gi meeting kat KL or masa kena operate tonsil), masa jaga anak2 masa Hakim sakit kat HTAA, for jaga anak2 masa Angah masuk hospital...and lots more which I am not able to list all of them here. And mak ...not forgetting for all the roti telor yang mak prepare for me masa sekolah dulu... (kiranya ni makanan ruji kami untuk brekfast!!). Above all...mak, thank you sebab melahirkan L ke dunia ini....I love all the things that you have done for me....just to have you near me will make me happy...and the kids and Cik Abang too...


Mak...I love you so much............(Abah punya turn nanti bulan depan....Abah pun kami sayang gak..Jangan kecik hati pulak sebab tak mention abah kat sini!!!:)

SELAMAT HARI EMAK...Mak tersayang...kain batik tu dah pakai??? Have a Good Day!!!!


And to all mothers and mothers-to-be .......HAPPY MOTHERS' DAY.



Emak and Abah dengan anak2 dan cucu2nya (minus adek maklang and family yang balik beraya kat rumah mentua dia... gambar archive...yang terbaru gambar mak belum diedit lagi....)

18 Comments:

At Sunday, May 14, 2006 3:07:00 pm, Blogger Kaklong Syikin said...

yes..first to come!!!

selamat hari ibu juga..

maklang ada sekali tak dlm gambar tu? kalau ada, yg berpakaian purple (belakang abah)or biru? hati saya kuat kata purple..betui ka?

 
At Sunday, May 14, 2006 3:50:00 pm, Blogger maklang said...

cube teka... yang pastinya bukannya maklang yang amik. anak maklang yang amik. anak maklang yg first tu... hehehe. yang tlg maklang tulis kan ni anak maklang...

 
At Sunday, May 14, 2006 4:05:00 pm, Anonymous Anonymous said...

wawawawa :(( kesian dhirah nye gamba dhirah x dak dalam gamba. tu arr ske sangat amik gamba sampai gamba sendiri pun tak daks. hehehe
HAPPY MOTHERS DAY!! (sape b'gelar ibu jer arh, yg bapak2 tuh, tunggu. bulan bape yek father day?)

 
At Sunday, May 14, 2006 4:38:00 pm, Anonymous Anonymous said...

*KASIH IBU MEMBAWA KESYURGA*HAPPY MOTHER'S DAY TO YOU AND TO ALL READERS OF YR WEBSITE.
I lost my mom in 1989 due AMI and I really miss her hanya doa yg dapat ku beri ... amin...now I am mother to my siblings:)
Nice family photo and I think are in purplish pink? betul tak?

 
At Sunday, May 14, 2006 6:17:00 pm, Blogger Kak Teh said...

Selamat menyambut hariibu, Mak lang..and thanks for the syair too.

 
At Sunday, May 14, 2006 7:02:00 pm, Blogger anggerik merah said...

Nice entry. You hv a lovely parent. Bila start baca berlinang airmata. Teringat kat mak jugak.

I know hw it felt to be the first. Maklang, kenapa bukan maklong or is it title used for hubby's side?

Finally, lovely family photo. Juga meneka maklang yang pakai purple tu with beautiful smile..Happy mothers day to you too maklang..

 
At Monday, May 15, 2006 10:07:00 am, Blogger Kaklong Syikin said...

maklang..saya yakin maklang yg speaky n berbaju purple dibelakang ayah maklang. so sweet..jambu lagi u wlw anak dah besor panjang.

yg baju biru tu saya rasa adik ipar mklang, sbb muka bro lelaki berbaju biru tu nampak iras ngan muka yg speaky berbaju purple tu.
begitu juga ngan sist.yg berbaju hijau n speaky tu seiras dgn sis baju purple n speaky tu :).
n anak2 yg comel berbaju2 purple tu sapa lagi kalau bkn anak2 maklangkan?

 
At Monday, May 15, 2006 10:48:00 am, Blogger Mama Rock said...

meraihnya gambar cucu2 bersama atok and neneknya. InsyaAllah mak lang juga begitu hendaknya apabila kita dah bergelar nenek nanti :)

 
At Monday, May 15, 2006 12:06:00 pm, Blogger maklang said...

Kak Elle and Kak Teh....
TQ for the wishes


AM....Jadi first one ni memang banyak nak diaccomplishkan. Expectations parents tu kena nak fulfillkan. Sekarang pun macam tu ngan anak2...

Pandanglah wajah2 ayu (hi..hi...hi...)tu sebab gambar ni tak lama kat sini...nanti nak keluarkan...


NBB.....TQ....The ex-asasi tu could be me???



Syikin...Selamat meneka!!! Maybe maklang ada dalam gambar and maybe tak de!!!(kalau betul maklang nak kasi 10 markah!!!!)


Mamarock.....Amin...Semuga kasih emak dan Abah berkekelan hingga ke akhir hayat... InsyaAllah...begitu juga ngan keluarga maklang...

 
At Monday, May 15, 2006 12:07:00 pm, Anonymous Anonymous said...

meleleh airmata baca banyak sangat timakasihnya.Hopefully nanti bila dah tua anak-2 kita pun hargai kita camni.

 
At Monday, May 15, 2006 12:18:00 pm, Blogger maklang said...

Welcome back easylady....lama tak dengar cerita!!!Lama tak dengar cerita gi mana???

 
At Monday, May 15, 2006 1:32:00 pm, Blogger simah said...

mak lang...the girls dlm family u muka mcm style mak u .... kitaorang pandang la ni gambar gambar tu.....yg pakai baju purple duduk cara seposen tu sapa mak lang? heheheh lawaknya dia duduk

 
At Monday, May 15, 2006 4:40:00 pm, Blogger zino said...

seronok tengok gambar keluarga bahagia.. hehe

 
At Monday, May 15, 2006 4:54:00 pm, Blogger simah said...

mal lang..boleh tak i link u up kat my blog? mintak permisi..

 
At Monday, May 15, 2006 5:32:00 pm, Blogger sue said...

maklang;
Thanx for visiting my blog..happy mother's day

 
At Monday, May 15, 2006 8:16:00 pm, Blogger maklang said...

Simah...budak yang duduk macam seposen tu (apasal tak lima posen?) itulah Minah over...my 2nd daughter!


Zino.....memang seronok bila berkumpul satu keluarga...


Simah...no problem!


Traveler....thank you jugak for coming here!

 
At Monday, May 15, 2006 11:43:00 pm, Blogger Ajzie said...

happi famili..kirim salam kat Alang, mcm dulu gak..maybe cermin mata dia buat dia tembam sikit...

Salam
Ajzie

 
At Tuesday, May 16, 2006 2:16:00 am, Blogger UglyButAdorable said...

happy mother's day MA..harap2 x terlambat

 

Post a Comment

<< Home