Dari Teratak Maklang

Tuesday, June 13, 2006

Hakim rindu kakak

Malam tadi masa nak tidur Hakim menangis. Memula dia dah masuk kat bilik Angah. Dia memang biasanya tidur dengan Angah tapi semasa kami bercuti baru2 ni, Hakim memang sentiasa menyelit aje kat ketiak mak dia bila dia nak tido. Even dah balik ni pun dia asyik rasa nak peluk mak aje bila nak tido.


Malam tadi kami suruh Hakim tido kat bilik Angah. Masa Cik Abang tengok Hakim tak leh tido, dia pun masuk kat bilik Angah nak tepok Hakim suruh tido. Entah macam mana, dia menagis. Dia kata,’ Hakim nak kakak’. Tersedu2 dia nangis. Dia tanya kat Abah dia, if kakak tak balik sini sampai hari kiamat ke? Sebak kami dengar. Bila maklang tanya kalau Hakim nak mak tak, dia kata tak nak. Dia nak kakak jugak. Lepas dari itu terus kami ajak dia tido dengan kami, so menyelitlah dia antara mak and abah. As usual, Abah will doze off first, while maklang dok layan dia. Sementara nak tunggu dia terlelap tu, kami talipon kakak and dia cakap lah dengan kakak. Sedih dia. Rindu sangat agaknya dengan kakak. Mana taknya kakak bela dia sejak umur dia dua bulan sampai dah 5 tahun 2 bulan!


Siang tadi dia dah ok dah. Macam tak ada apa2 pun. Bila Cik Abang ambik dia dari kelas tabilas tadi, dia tanya Cik Abang if dia boleh dapat hadiah tak today. This is a normlah. Kalau balik dari kelas mesti nak mintak hadiah. Cik Abang kata boleh, tapi nanti Hakim mesti nangis sebab nak kakak. Cik Abang memang suka ngusik si so-called jantan macho (Hakim memang kata dia macho). Pandai pulak dia jawab. Dia kata semalam tu dia nangis sebab dia rindu. Rindu tu yang suruh dia nangis, tapi dia kata hari ni rindu dia dah lari dah. ….Ada2 aje dia. Pandai dia nak cover sebab apa dia nangis. Bukan sebab apa2 tapi sebab rindu yang buat dia nangis. Kan dia macho…mana ada macho boy nangis….

12 Comments:

At Wednesday, June 14, 2006 12:05:00 am, Blogger Izhal said...

aiseh, kesian si macho yang kecil...

ini budak hakin banyak pandai ooo... abstract betul cara dia pikir... rindu suruh menagis... hebat...

 
At Wednesday, June 14, 2006 3:22:00 am, Blogger simah said...

memang kesian kat budak macho ni..
tapi kalau dia tak rindu kat kakak memang pelik gak ..

mak lang punya katil mesti besar gila boleh selitkan lagi budak 5 tahun tu atas katil

 
At Wednesday, June 14, 2006 3:22:00 am, Blogger simah said...

memang kesian kat budak macho ni..
tapi kalau dia tak rindu kat kakak memang pelik gak ..

mak lang punya katil mesti besar gila boleh selitkan lagi budak 5 tahun tu atas katil

 
At Wednesday, June 14, 2006 3:58:00 am, Blogger Idham said...

*smile*

rindu..tak kenal usia eh...
patutla ...dah berusia emas pun masih merindui...rupanya dari kechik dah ada naluri rindu..

idham

 
At Wednesday, June 14, 2006 7:20:00 am, Anonymous Anonymous said...

Normal lah for Hakim rindukan kakak tapi masa akan bertukar.Wah you have king size ke?My guest room has king size bed and rarely lah di gunakan only weekends when sibling come visiting-lepak kat situ.
ML kalau everyday si macho dapat beli hadiah wah penuh lah bilik die.

 
At Wednesday, June 14, 2006 8:24:00 am, Blogger sue said...

kesiannye Hakim..strong bonding kan? dia dah dapat hadiah ke..

cute la gambar dia dgn rabbit ni..is it by the beach maklang?

 
At Wednesday, June 14, 2006 8:36:00 am, Blogger maklang said...

Izhal...


Hakim ni kenkadang kalau dia nak twist cakap orang tu sampai kona baring...terror dia!


Simah...

Memang dia rindu sangatlah tu, tapi tak tahulah banyak mana. Yang benarnya dia tak de tempat nak raba tu!!!


Id...

Tulah salah satu pemberian Allah yang Maha Kuasa..diciptaNya kasih sayang antara insan.


Kak elle...

Tak boleh beli hadiah tiap hari. Tapi yang pasti tiap hari dapat hadiah cium dari mak and abah dia, bertubi2. Geram kat pipi dia yang temban and solid tu!


Traveler...

Memang rapat ngan kakak. The last 4 years masa kami ke office, kakak lah teman dia di rumah. Baru tahun ni sekolah.

Hadiah tak dapat, kedai yang dia nak pergi tu tutup!

Gambar tu was at Rabbit Farm kat Bukit Tinggi yang kami lawati cuti yang lepas.

 
At Wednesday, June 14, 2006 9:09:00 am, Blogger aNIe said...

Maklang...mana tak rindunya...dari dia baru mengenal dunia dia dah kenal kakak jugak...heheheh...patutpun dia rindu...5 tahun satu jangkamasa yang panjang...

 
At Wednesday, June 14, 2006 10:19:00 am, Blogger Ayu Mohamad said...

alahaiiiiii Hakim... rindu yang suruh dia nangis yer hehehehehe

 
At Wednesday, June 14, 2006 4:11:00 pm, Blogger Kaklong Syikin said...

maklang..mesti kakak pun nangis sama rindukan Hakim..nampak gaya mmg kena tepon sana selalulah.

hahaaha...gelak saya baca entri hidung tu..yg guna playar yg tak tahan tu.

 
At Wednesday, June 14, 2006 5:08:00 pm, Blogger zino said...

budak2 ni memang kreatif bila menjawab hehe..

 
At Thursday, June 15, 2006 12:48:00 pm, Blogger maklang said...

kak lady:

Yelaa kak. Itulah dia lumrah hidup. Bertemu dan berpisah!

ayu:

Kalau ayu jumpa Hakim memang banyak alasan macho sorang nih...

mamavespa:

Apakabar? Lama tak join xs tu. Banyak dah MV buat ke?

Hakim dah tak rindu. Bila tanya dia rindu lari kat mana, Hakim kata dia tak tahu. Hakim tu memang perasan dia cute and macho!TQ, anyway!

Syikin:

Memang kakak pun rindu kat budak2 ni. Dah beritahu kalau dah tak leh tahan, jemputlah kemari, tiket kami hantar nanti, InsyaAllah...

Pasal pakai playa tu, agaknya lombong batu kot!

Zino:

Memang kadang2 bila budak2 ni menjawab, kita pun terkial2 nak jawab balik!

 

Post a Comment

<< Home