Start kerja semula...
Tak sangka hari ni sibuk pulak. Pagi ke opis macam biasa. Kelam kabutlah sebab bibik masih baru di sini jadi banyak lagi yang harus diajar dan diberitahu.Semalam maklang dok buat time table untutk Bibik. Timetable pasal nak mop rumah, pasal nak cuci tandas, pasal pukul berapa anak2 kesekolah, balik tabilas and so on. Kiranya semalam and Friday tu dok train dialah. InsyaAllah ok kot. Bibik walaupun dia ni slow tapi nampaknya dia kerja terus sampai kita pulak asyik dok suruh rest. Dia kata dia tak penat pun sebab masa kerja di Indonesia di rumah makcik maklang dia pun kerja cam ni jugak. Setakat ni maklang tak boleh expect too much pun dari dia sebab masih terlalu awal. Cuma harap2 dia ni bagus. Kalau tidak memang tonggang langgang le rumah. Kita pulak jenis nya tak leh tengok sepah. Kalau dulu kakak tak buat, maklang lah yang buat. Nak suruh sangat2 takut pulak kang kakak tarik muka. Cik Abang pun sampai marah ke maklang sebab tak nak suruh pembantu rumah. Wan pun cakap cam tu. Sepupu maklang pun kata maklanglah majikan yang paling bodoh sebab takut nak suruh maid nak buat kerja lebih2. Bukan apa, kenkadang kesian kat depa ni, tapi bila kita kesian sangat depa ni naik tocang pulak!.
Hari ni, kerja pagi je. Petang ambik cuti lagi. Cik Abang pepagi dah keKT nak buatkan permit Bibik. Alhamdulillah by lunch time dia dah sampai kat rumah. Sebab Wan, Arok, Busu, Tylin and Alan dah balik, tak manis lah kalau Cik Abang balik and tinggal ngan Bibik jek kat rumah. So, maklang pun decide lah nak cuti. Mood pun belum ada lagi. Laagipun rasa macam lama sangat tak berduaan dengan Cik Abang. Tiap hari last week asyik sibuk ngan hiruk pikuk anak2. Nak2 last wiken masa mandi kolam tu. Fenin dibuatnya.
Angah pun tanya apasal both of us tak kerja today. I told Angah yang hari ni mak dia cuti sebab nak dua orang aje ngan Abah dia. Kata ke dia sebab mak dah lama tak dapat cakap2 ngan Abah sebab anak2 bising betul. Angah senyum aje bila maklang cakap cam tu. Ptg tadi, kami tinggal berdua aje and Bibik adalah of couse. Kejap aje camtu sebab Cik Abang ajak gi bank. Ada hal sikit and then kami ke grocery store. On the way balik, singgah ambik Hakim kat sekolah dia. Seronok dia nampak mak dia sebab ambik cepat, sampai dia kata, " Mak dah lama tak buat camni kat Hakim bila Hakim sekolah"...sedih maklang dengar. Kalau boleh memang nak tiap hari macam ni unutk dia, tapi mak dia ni bekerja. InsyaAllah sampai masanya unutk mak nak attend to Hakim's need aje.
Petang lepas balik grocery tadi, ingat kan bolehlah kami berdua semula. Dengan tak disangka sampai 3 trip of tetamus tiba. Memula ada tetamu dari kg. berdekatan nak bincang pasal kerja ngan Cik Abang, then my friend who is also the wife to my officemate and Cikgu kat sekolah Hakim. Saje datang nak jumpa sebab lama tak nampak. Dia bawak buah tangan dari Melaka, belacan, kuah rojak petis and asam jawa. Thank you Cikgu. Belum sempat Cikgu balik, datang pulak jiran yang baru pindah kat rumah kami ni. Both of them are teachers. Pasangan muda ni...anak baru 2, kecik2 lagi. Sampailah ke lepas maghrib tadi barulah dapat relax. Then Cik Abang ajak makan lak. Hakim pun ada sama so dok melayan both of them laa. Lepas tu kemas2. Dekat pukul 9:30 mlm baru mandi. Maya pulak datang mintak tolong ajarkan tajwid dia sebab nak hantar pagi besok. Ni dia dah tido, tapi mak dia masih lagi terkial2 nak tolong siapkan kerja dia. Kesian dia sebab Maya ni dia punya hours tu macam di time2kan aje. Tepat pukul 9:30pm pasti dia akan gone. Kenkadang lepas aje solat Isyak, dia baring dalam telekong and atas sejadah dia pun dia boleh gone. Penatlaa tu...
Mata maklang pun dah berat sangat nih...tapi still nak kena jaga sebab tajwid tu banyak lagi nak kena tengok. Bagus jugak sebenarnya at least boleh ingat balik hukum2 nih...Goodnite all and pada yang minat bola tu selamat membola....
P/s: Tadi Wan call. Dia kata ada berita baik today. Dia dapat surat dari LUTH mengatakan dia dan Atok dapat on standby list nak gi Haji lagi tahun depan. InsyaAllah...maklang doakan mereka dapat menunaikan haji lagi. Untung Wan dan Atok, murah rexeki mereka nak kerumah Allah. Ni haji yang ke3 lah unutk Wan and yang ke4 unutk Atok, InsyaAllah. Dan insyaAllah, 18hb Jun ni Atok dan Wan pun akan terbang ke Mekah menunaikan umrah...Alhamdulilah atas pemberianNya....Syukur...
10 Comments:
Dah habis cuti?
tak dapat jugak mak lang lepak sorang sorang ngan abang sayang in the end yek? tak per lain hari dating la puas puas..:0)
wooo syok tu nak pi haji lagi...
A housewife work is never done eh ML?macam2 nak di buat.Macam mana gula masih di sukat ke bila beli groceries?
maklang....alhamdulillah Wan & Atok tu dlm standby list untuk ke Mekah tahun ni...Moga tertunailah hajar mereka....
Lupa ye...ganu dah start sekolah semalam...hehehe
*was here*
syoknya nak gi haji.Kitani bila lagi ek!
Ya Allah, seronoknya banyak kali ke tanah suci..
moga bibik tu terus ok.
tak berjaya jugak nak berdua2an.. hehe.. tapi bila anak2 tak terasa sunyi pulak.. senyap je.. hehe
AM...Buat masa ni habis dah cuti. Tapi cuti tahunan masih ada 15 days lagi. Untuk nak jenjalan bulan 8, raya and so on...
Simah...memang tak ada chance...
Izhal....memang seronok! Maklang bilalah agaknya nak dapat pegi lagi..
Kak elle...memang banyak kerja rumah ni...dan gula cuma dapat beli sebungkus je semalam.
Kak lady...Doakanlah, moga2 dapat pergi ke Mekah lagi.
Kalau anak2 mula sekolah, kita pun sama sibuk!
BTB...minum 'susu'? Susu apa? Beritahu boleh?
Adorable...Tq for dropping by...
Easy...Ada rexeki pergilah tu tak lama lagi, InsyaAllah...
Onde...memang tak sejuk mana. Penat aje bawak baju tebal. Memang cantek Japanese garden tu.
Memangkan..kalau dah cuti lelama ni malas betul nak ke opis!
Syikin...Rezeki Atok dan Wan...
InsyaAllah bibik ok...
Zino...Berjaya jugaklah selama 40 mins, tu pun sambil tengok TV and baca paper. Memang kalau bebudak ni tak de memanglah sunyi teramat sangat!
Post a Comment
<< Home