Nasi kerabu & Ayam percik
Today is a gloomy day for us in Kerteh. It has started to rain again since 2 days back. Malasnya nak bangkit dari tidur. Sedapnya.... tapi ada kewajipan yang harus ditunaikan. Maka kami pun bangkitlah dari tidur dan setelah selesai menunaikan kewajipan pada yang Maha Esa, kami pun bersiaplah ke pasar tani untuk menunaikan kewajipan untuk perut kami dan anak2.
Hujan lebat tadi pagi. Lencun baju Maklang. Cik Abang berpayung sebab dia tu memang tak leh kena hujan, cepat datang demam dia. Kalau dah demam, dia punya manja kalah Hakim yang 5 tahun tuh. Kadang2 sampai dia buat2 bunyi orang menggigil2 tu... lagi kita kata jangan lagi kuat dia buat. Maklang tak pe pulak kena hujan sikit2 ni. Kepala ada tudung. So kenalah redah hujan tu untuk beli supply for next week. Hari ni ikan ok sikit compared to last week. Dalam kepala dah cadang2 nak masak apa today. Belum bagi tahu Cik Abang lagi samada setuju tak. Tek pelah....ambik risk aje. Nak masak nasi kerabu and ayam percik. Teringatkan ada kuah leftovers kat dalam freezer tu. Kira cepatlah sikit nak masak.
So mulalah memasak lepas siap2 kemas tadi. By 11:00 dah siap semuanya. Anak2 balik dari taekwando. And biasanya akan terus ke dapur. Masuk dapur,Angah tanya...
Mak masak ape hari ni?, kata Angah.
Nasi kerabu.,jawab mak
Lagi?, tanya Angah lagi
Ayam percik., tambah mak.
Ayam Percik?, Angah tanya lagi
Yelah, ayam percik permintaan Angah hari tu tu. , mak kata.
Mana ada Angah mintak. Angah said trying to be defensive.
Yelah kan Angah ada mintak hari tu. Lepas kita balik dari Kelantan, Angah ada suruh mak buatkan ayam percik. Kang kalau mak tak buat Angah kata mak tak sayang Angah. Angah kata mak asyik buat ape yang kak long nak je. Tulah mak buat ni.
Baru dia puas hati bila maklang told her that.
Angah a.k.a Faezin, my second daughter ni memang mudah sangat terasa hati orang nya. Dahlah dia ni over dalam segala2nya, over expressive, over excited, etc. , dia suka jugak banding2kan kasih sayang yang kita bagi pada dia ngan other siblings, especially pada kak long dia. Agaknya attitude dia tu jadi gitu sebab masa Maklang was carrying her I was not happy kot. Selalu menangis je. Tension betul masa tu. Masa tu Maklang baru aje join a new company. Tup tup tak sampai 2 bulan I was there, I got pregnant. My boss was a Chinese man yang racist. Maklang susah hati betul. Pulak tu masa awal pregnancy memang susah. Bukan saje mabuk, muntah tapi bleeding. Jadi bila bleeding, Dr. tak kasi gi kerja. Kena rest in bed for 2 weeks. I had 2 miscarriages before I got Kak Long. And all pregnancies after that were all difficult pregnancies. Jadinya masa pregnant tu memang tak happy.Dahlah risaukan baby, kena cuti and belom confirm lagi. Boss gaya gitu lagi. Tulah agaknya Angah ni pun macam tu. Tak boleh terusik sikit mesti merajuk. Sampai nak lari dari rumah lah. Tu yang payah nya nak jaga yang sorang ni. Tapi Angah satu sifat dia yang baik ialah dia suka sangat melayan maklang kalau kita nak ape2 dari dia. Dia pun pandai ambik hati orang. Kalau bab nak memujuk adek2 dia, nak2 kalau dia yang buat salah, memang terrorlah. Entah ikut sapa tak tahulah ni.
So, apalagi, 2 kali dia makan tengahari tadi berlaukkan ayam percik. Before abah dia ke masjid dia dah makan and bila abah dia balik dari masjid, dia join kami makan lagi. .... Sebab tulah maklang kena masak pulak lagi sat lagi. Kuah percik tu dah di masakkan lunch tadi. Tapi untuk malam ni buat ikanlah pulak.....
Ni dia....lauk untuk nasi kerabu. Ulam timun, daun kesom, kacang panjang, serunding kelapa dgn ikan kembong, kuah lada & Ayam Percik Special untuk Cik Abang tercinta dan anak-anak yang enjoy masakan mak.... Resepi ada campur2 dari arwah nenek & wife office mate. Ayam Percik dari resipi buku Pandai Memasak & sendiri punya adjustment.
9 Comments:
Maklang...terliur tgk nasi kerabu & ulam2nya...serta ayam percik tu...ade resepi ke? Kak lady ni memang suka nasi kerabu...lebih2 lagi dengan ulam2nya...
Manja kak Ngah tu macam manja anak sulung kak Lady...tapi anak sulung tu laki...selalu bandingkan kasih sayang kak lady ngan adik dia yang pompuan tu..dah lah anak pompuan tunggal...biasalah kan ibu bila ngan anak pompuan..selalu sok sek sok sek...tu yang banyak perkara kita share sama-sama...tapi cik abang yang sulong tu jeles...selalu merajuk...
This comment has been removed by a blog administrator.
Resepi no problem.Insyaallah nanti Maklang letakkan. Tapi maklang ni bukan ori Kelantan or Terengganu. Cuma nenek pernah duduk Kelantan dulu. Maklang pun ambik resepi wife officemate so bila sedap Maklang pun cuba resepi dia.
Ke anak2 ni memang suka compare. Masih ingat Maklang kecik2 suka gak compare kata yang mak Maklang sayangkan adek lelaki Maklang lebih. Maklang is closer to Abah masa kecik dulu. Mak garang... Tapi dah tua2 ni sama aje rapat dia.Mereka pun dah mellow sikit kot. Dengan cucu pulak cair je....
Makan makan makan. Camnerlah nak diet NI
Masak je... Diet mesti jaga....
maklang tak ada yg ganjil-ganjil berlaku pada diri di tanah suci ke?
Saya banyak ada dan saya takut nak ceritakan!
Saya tahu kerabu jepun. Macam-macam sayur dan pucuk saya masukkan.
Tiba-tiba sahaja lapar bila tengok lauk kat bawah tu......huuuuhuhuuuu
Alhamdulillah tak de sangat.
Cuma ada sekali 2 maklang dok rasa ade yang bau busuk. Sebenarnya bau air lopak kat depan Masjidilharam tu, tak semena2 terpijak air lopak.
Satu lagi masa kat Madinah. Maklang dok kata kat kawan, Maklang tak yakin kalau sembahyang kat luar masjid sebab byk orang lalu lalang. Tup-tup besok pagi tu Maklang kena sembahyang kat luar sebab terlewat bangun.
Kak Lela ceritalah. Nak gak tahu.
Naimisa,
Kalau lalu kat sini bolehlah singgah, rasa nasi kerabu maklang, tapi kena beritahu dulu....
Post a Comment
<< Home