Nasib seorang wanita
Maklang pergi gunting rambut dengan kakak, Maya and Hakim tadi pagi. Kak long and Angah ke sekolah. Kaklong ada outing pergi ke padang sasar dengan group kadet polis dia and Angah kena attend Kelas EMAS untuk persediaan UPSR. Kelas EMAS ni diadakan untuk anak2 tahun 4-6. Masa kami pergi tu FIL tinggallah seorang diri kat rumah. Mulanya ingatkan sekejap aje but it took us almost 3.5 hours jugak sebelum balik ke rumah semula.
This is the first time maklang gi gunting rambut kat sini. Biasanya pergi gunting rambut kat another kedai. Tapi kedai tu buat untuk pompuan and lelaki. So bila nak gunting rambut kenalah duduk kat tempat yang ada langsir tu untuk nak tutup sikit or else free2 aje bukak aurat. Habis nak buat macamana sebab kat sini kedai gunting rambut tak banyak. Satu lagi kedai China. So, hari ni maklang pergilah kedai baru ni. Kedai ni dimiliki oleh kawan pada my officemate. Officemate cerita yang dulu tuanpunya kedai ni, maklang namakan N, memang dah ada kedai gunting tapi bila dia bernikah maka business kedai gunting ni pun ditutup.
As a first timer kat sini, maklang pun mulalah cuba nak beramah mesra. Kami perkenalkan diri masing2. Tanya lebihkurang duduk kat mana. Anak berapa and so on. Bila cerita2 tu maklang pun tanyalah kat dia, suami kerja apa. Bukannya nak apa, sebab bandar ni kecik, mungkin maklang kenal suami dia. Ialah kat sini, pusing2 jumpa orang yang sama jugak!
N pun jawab,' Saya tak ada suami!'
Alamak...did I get into the wrong topic? Nak stop gitu nampak abrupt sangat. So, I joked kata takkan tak de suami, anak ada.
N kata,' Suami saya lari kak!'
Bila N dah bukak cerita, maklang dengar aja. Dia kata di bukan nak burukkan suami tapi nilah hidup dia. Dia kata suami dia kawin lain dengan orang yang about 11 years older than him. Dia kata suami dia dulu tak macam tu, alim, warak. Setiap kali azan kat surau sebelah rumah tu memang dialah yang azan. Suara tak ubah macam kat TV. Dia kata dia tak tahu pun yang suami dia dah nikah sampai beberapa lama. Maklang tanya dia (since dia nampak sangat nak cerita, so rasanya oklah kalau tanya kot!), kenal ke kat perempuan tu?
"Kenal kak! Dia pernah datang menyamar nak jual kain lah, nak jahit bajulah. Dia datang kat rumah N"
"Oh..,macam tu".
N kata masa perempuan tu datang, dia tak tahu pun yang tu madu dia. Dia kata dia memang tak sangka yang suami dia buat macam tu kat dia. Kesian maklang dengar. N kata lagi yang dia dah beberapa lama, lebihkurang 5-6 bulan tak tengok suami and tak terima apa2 nafkah dari suami dia. Macam2 lagi N cerita, macamana dia dapat tahu yang sebenarnya tentang perangai suami dia. Maklang dengar aje laa and bersyukur setakat ni perkahwinan maklang tak macam tu. ...Syukur ALhamdulillah.
Memang banyak sebenarnya perkahwinan yang macam ni cuma kita aje yang tak tahu. Bila maklang dengar N punya cerita tu maklang jadi insaf dan bersyukur pada Allah kerana mengurniakan suami yang baik...Itulah rasa syukur sangat...tapi macamana pun memang still kena jaga baik2 jugak. Kalau harap suami aje baik tapi kita tak betul tak jadik jugak. Tiap2 hari kena baja dan siram lah...Baja dengan masak sedap2, buat apa yang dia suka, pakaian and rumah serta anak2 mesti dijaga and siram dengan kasih sayang yang tidak berpenghujung. Berdoa sentiasa pada Allah semuga memanjangkan jodoh dan memberi rahmat kepada perkahwinan kita....InsyaAllah....
Sebenarnya tengah teringat sangat kat Cik Abang. Itulah masa dengar lagu2 jiwang lagilah jiwang jadiknya......So...lagu ni ditujukan khas unutk Cik Abang tercinta yang sekarang ni jauh di mata tapi tersangatlah dekat di hati...RInnnnnnnndu!!!
Bukan Cinta Biasa
Begitu banyak cerita
Ada suka ada duka
Cinta yang inginku tulis
Bukanlah cinta biasa
Dua keyakinan beza
Masalah pun tak sama
Ku tak ingin dia ragu
Mengapa mereka selalu bertanya
Cintaku bukan diatas kertas
Cintaku getaran yang sama
Tak perlu dipaksa
Tak perlu dicari
Kerna kuyakin ada jawabnya oh...
Andai ku bisa merubah semua
Hingga tiada orang terluka
Tapi tak mungkin
Ku tak berdaya
Hanya yakin menunggu jawapnya
Janji terikat setia
Masa merubah segala
Mungkin dia kan berlalu
Ku tak mahu mereka tertawa
Diriku hanya insan biasa
Miliki naluri yang sama
Tak ingin berpaling
Tak ingin berganti
Jiwa ku sering saja berkata
Andai ku mampu ulang semula
Ku pasti tiada yang curiga
Kasih kan hadir tiada terduga
Hanya yakin menunggu jawapan
Tapi lagu ni tak ade kena mengena ngan kisah percintaan kami...saje suka2!!!
8 Comments:
Kisah seorang wanita macam ni selalu kita dengar ya ML?kesian tapi ni semua dah di takdirkan kita hanya bolih mencuba membaiki kesalahan kita tapi apa yg salah???Now you know why I rather stay single and the time is mine:)
Insya'allah perkahwinan ML akan bahagia ke akhir hayat...amin.
mmg simpati ngan N. Moga keimanan,kekuatan n ketabahan menjadi teras dia hidup bahagia bersama ngan anak2nya.
dn kita yg bahagia ngan rmhtangga ni tak leh alpa,kena doa sentiasa moga bahagia tu kekal selamanya dan berusaha sentiasa. kan maklang ?
ya la, memang banyak kejadian camni maklang... mintak dijauhkan dan diperpanjangkan jodoh... lepeh doa macam mak lang kata la, baja mau taruh, siram mesti sokmo... paling bosan kalo orang guna ilmu hitam nak curi buah hati orang... Nauzublilahiminzalik...
feeling pulak maklang nooo... baguslah tu...
mana nampak tombam, nampak segak la maklang...
ps-dah kene penangan Yazit nampak heheh... layan jangan tak layan...
Mak Lang,
Asal kapas menjadi benang,
Asal benang menjadi kain,
Asal lepas jangan dikenang,
Sudah menjadi milik orang lain.
Yang dicari keseronokkan,
Yang dijumpa Pertelingkahan,
Yang dicari kebahagiaan,
Tentu kedua-duanya memberi kesan.
Pergi pekan ubah rasa,
Rambut panjang cantiknya siapa,
Kalau bukan cinta biasa,
Cinta Mak Lang atas apa?
Tanya dipemikiran Mak Lang terkenang,
Hati ditanya Mak Lang merindukan,
Menyambut kepulangan orang tersayang,
Sambutan bagaiman Mak Lang sediakan?
(Buat kenduri ke?)
Dinaikkan sauh Pak Lang bersalah,
Melambai panjang Mak Lang di Jeti,
Duduk jauh tiada masalah,
Berdoalah Mak Lang dekatkan dihati.
ML..best kan ML?? ader org bleh rindu..biler la agaknyer saya nyer turn balik..:(
anyway..insya allah...mas doakan marriage ML kekal hingga ke anak cucu..
kesiannya kat N...tak dapat saya bayangkan perasaan N bila kepercayaan dia terhadap suami dibalas mcm ni..
simpang malaikat 44 kalau benda ni terjadi kat kita...
mcm kat turki ni..it is illegal to marry a second wife..so yg lelaki belang ni..diaorang mula la buat affairs..
Marilah kita sama sama berdoa agar suami sumi kita tak mcm tu kan?
ni tengah rindu dendamlah ni ya? :)
kak Elle:
Yelaa...InsyaAllah ...moga2 perkahwinan maklang akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Syikin:
Memang jangan alpa. Jangan take things for granted! Kena selalu ingat mengingati yang kita ni ada suami/isteri...InsyaAllah, moga2 perkahwinan kita berkekalan keakhir hayat....
izhal:
Benda2 camni kita kena buat sebagai tauladanlaa...memang kalau kita tak jaga diri, takut juga 'terkena'...Naudzubullah...
Tombam memang tombam!
Yazit ni memang ambik sastera ke?
Yazit:
Ni maklang balas satu persatu, enjoy ye....
Asal kapas menjadi benang,
Asal benang menjadi kain,
Asal lepas jangan dikenang,
Sudah menjadi milik orang lain.
ASAL LEPAS JANGAN DIKENANG
SUDAH MENJADI MILIK ORANG LAIN
BUAT APA DIKENANG-KENANG
CARI AJE TEMAN YANG LAIN
Yang dicari keseronokkan,
Yang dijumpa Pertelingkahan,
Yang dicari kebahagiaan,
Tentu kedua-duanya memberi kesan.
KESERONOKKAN DAN PERTELINGKAHAN
MEMANG MENJADI ADAT BERUMAHTANGGA
PELAJARAN AGAMA DIJADIKAN PEDOMAN
INSYAALLAH AKAN MEMBAWA KE SYURGA
Pergi pekan ubah rasa,
Rambut panjang cantiknya siapa,
Kalau bukan cinta biasa,
Cinta Mak Lang atas apa?
KALAU DITANYA MAKLANG JAWABLAH
CINTA MAKLANG TAK DIBUAT-BUAT
CINTA ADALAH KERANA ALLAH
SEMUGA BERKEKALAN KE AKHIR HAYAT
Tanya dipemikiran Mak Lang terkenang,
Hati ditanya Mak Lang merindukan,
Menyambut kepulangan orang tersayang,
Sambutan bagaiman Mak Lang sediakan?
(Buat kenduri ke?)
HATI MERINDU TAK USAH DIKATA
SIANG MALAM TERINGATKANNYA
MEMANG BENAR BAGAI DIKATA
BILA PULANG MAKLANG CIUM PIPINYA
(lebih2 tak leh cerita!)
Dinaikkan sauh Pak Lang bersalah,
Melambai panjang Mak Lang di Jeti,
Duduk jauh tiada masalah,
Berdoalah Mak Lang dekatkan dihati.
SIANG MALM MEMOHON BERKAT
SEMUGA CIK ABANG DI DALAM JAGAANNYA
WALAU JAUH DIHATI DEKAT
SEMUGA CINTA KAMI DIRESTUI NYA
Adorable:
Tak pe kalau tak de orang lain nak dirindui...rindukan Allah...dan mohon kepadaNya...moga2 jumpa siidaman hati!, InsyaAllah...
Tq nak doakan kebahagiaan kami.
Simah:
Memang kesian kat N. Nak buat camana dah suratan takdir!
Moga2 kita tak melalui sepertinya, InsyaAllah!
LollieS;
You are right!!
Post a Comment
<< Home