Dari Teratak Maklang

Friday, June 16, 2006

Kerabu jantung pisang and pucuk paku


Hari ni nak cerita pasal kerabu je. Kerabu2 ni memang feberet Cik Abanglah. Baik nasi kerabu ke, kerabu sotong ke, kerabu jantung pisang ke or kerabu mangga. Kalau hari2 Jumaat or hari cuti maklang memang suka nak buatkan Cik abang kerabu2 ni. Kerabu ni nak buat dia memang leceh sikit so kalau nak buat masa hari kerja tak sempat lah. Hari ni maklang masakkan Cik Abang kerabu jantung pisang ngan pucuk paku.Kalau ada sesapa nak cuba resepi dia macam ni.( Sebenarnya resepi ni resepi arwah MIL. Ngecek2 dapat gak! Thank you MIL. Semuga arwahnya dicucuri rahmatNya...InsyaAllah)


Bahan2:

Jantung pisang dibelah 4 dan direbus dengan asam keping/gelugor,ditoskan dan kemudian dihiris halus
Pucuk paku (yang warna hijau) di rebus sehingga lembut, ditoskan dan dihiris halus
Semangkuk taugeh yang telah dibuang ekornya
50 sen daun kesom dihiris halus
Kerang rebus yang dibuang kulitnya (banyaknya ikut suka)
Bawang besar dihiris halus dan dibakar atas kuali sehingga agak perang
5 ulas lada merah, 10 ulas cili api dan sebesar ibu jari belacan yang dibakar. Kesemuanya diblend dengan santan kelapa (perah kelapa menggunakan air panas)dan 1/2 biji kelapa goreng.

Kesemua bahan di atas dicampurkan dan digaulkan sehingga rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Kemudian letakkan dalam peti ais sebelum di makan. Kerabu ini mesti disimpan didalam peti ais kerana santan yang digunakan tidak dimasak.


Kalau maklang buat kerabu ni, Cik Abang boleh makan kerabu ni macam salad aje. Memang seronok tengok dia makan....


Selamat berhujung minggu semua!!!


Sebelum tu...ni maklang masukkan lagi gambar anak2 masa di Bukit Tinggi...





Angah nampak sopan sangat masa ni...ni masa dia tak 'over' laaa




Hakim, Maya dan Alan ( anak Busu...nanti siri yang lain masuk pulak gambar Busu tengah senggayut!)

15 Comments:

At Friday, June 16, 2006 5:25:00 pm, Blogger sue said...

maklang..tak baik tau post gambar kerabu tu..i dah lama tak dpt jantung pisang..


budak2 dah pandai posing kan..;-)

 
At Friday, June 16, 2006 6:38:00 pm, Blogger maklang said...

traveler:

Apasal pulak tak baik? Tu maknanya maklang menjemput semua kawan2 terutamanya yang sedang traveling tu menyinggah makan kat rumah maklang nih...singgah eh kalau lalu2 kat sini!.
Anak2 ni memang suka bergaya, tapi kalau besar nanti dia tengok sure segan!

 
At Friday, June 16, 2006 8:15:00 pm, Anonymous Anonymous said...

kerabu tu nampak yummy but I tak pandai makan ... not a vege person:(kalau meat & chicken anytime bolih pagi ptg dan mlm tak jelak.Ewa-ewa pandai si cilik bergaya bolih jadi models ML..ni gambar ML mana? Alan nama glamour ke?

 
At Friday, June 16, 2006 9:13:00 pm, Blogger aNIe said...

Maklang...kerabu pun favorite kak lady...selalu buat kerabu kacang botor....& kerabu sotong ...best...
Thanks for the recipe....

Amboi2...anak2 tu bergaya sakan nampak....

 
At Friday, June 16, 2006 10:18:00 pm, Blogger Sherin de Souza said...

A'kum Maklang. Terima kasih kerana datang melawat blog saya. Amboi... pandai betul mereka posing... Tak nak cuba masuk iklan ke? Baru tgk blog masakan Maklang. Sedapnye mee rebus tu. Ingat nak buat hari ahad ni la.:) Maklang, banyak mana air rebusan kepala udang tu ye?

 
At Saturday, June 17, 2006 12:16:00 am, Blogger anggerik merah said...

Maklang,
Kerabu is my fav. Sedapnya..
Angah nampak dah macam dewasa.

 
At Saturday, June 17, 2006 12:36:00 am, Blogger simah said...

terliur tengok..nak kata jantung pisang..pokok pisang pon saya tak jumpa kat sini ..pisang pon selalu made in ecuador

cunnya anak anak mak lang posing :0)

 
At Saturday, June 17, 2006 1:40:00 am, Blogger Nong said...

Ajak singgah makan kat rumah tu ajak2 ayam ke ajak2 itek?

Kalau nak makan kerabu, balik rumah mak. Nanti dia petik pucuk2 kayu kat belakang rumah tu... kerabu mangga pun sedap gak!

 
At Saturday, June 17, 2006 6:29:00 am, Blogger Ella said...

maklang... kerabu tu nampak sgt sedapnya... huhuhuhu.... rindu lak ngan kerabu pucuk ubi MIL.... tak lama lg blh makan sume kerabu insyaAllah...

wah mmg pandai budak2 nie berposing sakan... :)

 
At Saturday, June 17, 2006 7:15:00 am, Blogger maklang said...

kak elle:

Kerabu ni delicacy. Kalau tak takkan lah Cik Abang suka. Payah buat kalau jadi tak sedap sure frust!(Bukanlah kata I pandai sangat buat, tapi sesuailah ngan selera Cik Abang!)

Bebudak ni dapat instruction dari Busu (abah Alan).Alan tu cakap pelat dari Adlan. Gambar ni kat entrance di Colmar Tropicale.


Kak Lady:

Maklang kerabu ni ok je. Feberet Cik Abang je. Feberet maklang ni cuma buatkan untuk dia je! Thank you for reading the recipe! Bila nak buat? Huda nak makan tu!


Sherin:

Waalaikumsalam....

Air rebusan tu ikutlah. Rebus dalam 1/2 periuk 5 liter tu ke, kalau kuah terlalu cair tambah kentang tu, kalau terlalu pekat tambahkan air biasa. Selamat mencuba!


AM:

Angah memang nampak dewasa sangat. Tapi perangai masih budak 10 tahun!

Kalau nak datang rumah maklang calling2 nanti I buat!


Simah:

Kalau dekat boleh maklang hantar sedikit!

Bebudak memang suka posing. Kita yang tua ni dah malu dah!


Kak Nong:

Kalau nak datang betul2, maklang ajak2 orang lah (muka serious nih...). Jemputlah kak Nong...kalau datang jangan lupa fridge magnet eh...

ella:

Bila balik sini?

Maklang tak pernah buat kerabu pucuk ubi. Ada resepi ka? Belakang rumah ada pucuk ubi, tapi asyik kena rebus je! Atau masak dengan tempoyak!

 
At Saturday, June 17, 2006 12:02:00 pm, Anonymous Anonymous said...

Wah..Hakim posing macho betul!!

 
At Saturday, June 17, 2006 6:44:00 pm, Blogger UglyButAdorable said...

ML i demand a kerabu perut or jantung pisang in yur next trip to kl..kopok tak mo dah...

hakim nyer posing tu yg tak tahan tuu...

 
At Saturday, June 17, 2006 10:53:00 pm, Blogger maklang said...

Easy:

Memang macho le tu...sikit2 nangis! Action je lebih!

Adorable:

Camana lah nak bawak. InsyaAllah coming Friday will be in KL. Tapi no kerabu business ah...Can only makan kat rumah ni...if you come here, I cook laa...

 
At Sunday, June 18, 2006 8:23:00 am, Blogger maklang said...

OO:

Macamana pula resepi your ma. Kalau boleh share...tambah sikit koleksi I, thank you!

 
At Sunday, June 18, 2006 6:46:00 pm, Anonymous Anonymous said...

hensemnye kazen den...hehehe. kay ar bye2...


cantik gak gamba yg .... amik nih kan?? kay ar nak carik bhn2 utk folio....

kurosaki taichou

p.s: sambil nyelam minum air masak...

 

Post a Comment

<< Home