Beezee
Malam semalam Maklang was very busy. Mak sedara Maklang, Makcik F, yang nak tunang kan anak dia this weekend dah call last week mintak tolong buatkan kek untuk nak buat hantaran… Maklang amatlah malasnya nak membuat kek. Kalau setakat coklat kek yang buat tak yah pakai mixer tu oklah. Cmpur semua bahan kacau sampai rata, tuang dalam loyang and terus boleh bakar. 1 jam kemudian boleh angkat…
Unfortunately, Makcik F suruh buatkan kek lapis Sarawak. Alahai…. 4 jam baru siap. At first Maklang piker, tempah aje lah. Dah call dah Mak kat JB mintak tolong cousin tempahkan. Oklah yang 8” x8” tu RM 45.00. Bolehlah tu. Bahan dah mahal le ni. Ingatkan ok. Masa tempah tu tak beritahu Cik Abang lagi. Bila Cik Abang tahu, dia terus aje suruh buat.
‘ Buat ajelaa…. Buat ape nak tempah. Kan biasa dah buat kek tu' dia kata. Biasalah Cik Abang memang tak berapa suka nak beli2 ni. Dia kata yang beli tu tak sedap macam buat sendiri. Bukan nak kata wife dia ni pandai sangat masak, bolehlah aje. Tapi dia memang tak puas hati kalau Maklang beli kek2 ni. Macam tu jugak kalau kueh raya. Kalau tiba musim raya memang second half of puasa punya weekend, Maklang memang full time lah dok kat oven kat dapur tu... Anyway, I enjoy buat kueh. So no hallah.
Maklang at 1st serba salah gak tapi pikir2 elok gak buat sebab boleh buat 2 buku sekali. Satu buku extra tu boleh bawak kat rumah Makcik S yang kami nak pergi cuti sekolah ni nanti, InsyaAllah. Bijak jugak nih…. Tapi tak buat lapis Sarawak. Nak buat Lapis Holiday Inn. Kuih ni pun feveret Makcik F ni. Tak pelah nak bagi pun kat bakal besan dia. Maklang dah 4-5 kali buat kek ni. First time belajar masa Raya 2004. Ambik resepi dari wife cousin. Dia ni memang orang Sarawak. Sedap kek ni tapi manis dia….giler….kalau sapa2 yang ada kencing manis baik jangan ambik sebab terlalu nya lah amat manis dia. Tapi kalau Maklang buat Maklang biasanya akan kurangkan gula and susu dia. Tak leh makan betul … lebih manis dari kuih Akok orang Kelantan tu. Sebab manis tu, bahan dia guna biskut marie, susu pekat,gula pasir, horlicks and milo. Eton datang petang semalam nak belajar buat kek tu. Dia ni pun Maklang kenal masa kat sukaneka kat sekolah Maya & Angah baru2 ni. Kebetulan dia ni kawan pada kawan Maklang. Masa cerita2 nak buat kek tu, dia terus kata nak datang nak tengok. Takkan tak nak kasi datang pulak….Dapat pahala oi ajar orang buat kueh ni. Dapat sikit2 pun jadi le...
Sambil2 kukus kek tu semalam, Maklang dapatlah pack baju2 untuk nak gi KL this Friday. InsyaAllah tak ade ape aral kami sekeluarga akan bertolak ke KL pada pagi Jemahat ni. Baju2 anak2 and Abang nak kena packkan dulu. Mereka bukan tahu nak pack macam mana pun. Cuma suruh pilih baju je and then Makalng yang akan kemaskan masukkan dalam bag. Biasanya kalau kemas baju ni Maklang akan ambik masa dalam 1 jam. Kena kira betul2 takut tak cukup baju. Kalau untuk 6 orang punya pakai, adalah 2 beg besar. Biasanya bawak 5 sets of baju siang and malam. Kena piker, kalau kat rumah orang nak cuci selalu payah and mana tahu kalau hujan lagi payah nak ganti baju. InsyaAllah kami nak gi jalan from this Friday and balik ke Kerteh on next2 Monday. Jadinya anak2 akan ponteng 2 harilah. Sebabnya nak spend masa lama sikit dengan Aunty S sebab dah lama tak ke sana. Kalau dia balik rumah Pakcik yang kat KL adalah jumpa tapi sekejap2 je. Last Maklang gi rumah dia, was 1991. Masa tu masih bujang lagi. Itu pun attend wedding adek dia. This time Maklang gi sekali dengan Cik Abang and my 4 kids. Atok and Wan pun ikut sekali, InsyaAllah. Harap2 ape yang diplankan menjadi.
Letihnya malam tadi. By the time siap semua dah dekat 12:30am. Tu pun bibik yang tunggu kek tu masak. Tadi pagi bangun with a splitting headache. Sebenar nya dah 2-3 hari tak leh tidur sebab teringat kat Pakcik Maklang yang tengah sakit di KL. Dia kena operate 2 days back. Usus dia pecah. Alhamdulillah dia dah recover sikit tapi masih dalam ICU. Dia dah 83 years old. Maklang masa belum kawin dulu duduk kat rumah dia. Jadi kami agak rapat jugaklah. Lepas kawin terus pindah. Dia ni Atok punya uncle as well as Abang ipar. Interfamily marriage. Biasalah orang dulu2. Doa2lah semuga Pak Itam cepat sembuh. Pak Itam punya wife passed away due to kidney complication, early last year. Wife dia is my Mak Ngah.
Maklang doakan semuga Pak Itam cepat sembuh dari penyakitnya , InsyaAllah...(Maklang gi Dr. tadi. Dia bagi MC. Darah melambung and Dr. suruh balik rest. Seteresssslah ni... Risau bebenor pasal Pak Itam ni....)
Ini dia kek untuk hantaran pertunangan...
Ini kek lapis Holiday Inn yang dah kena potong.
14 Comments:
MakLang, nak mintak resipi boleh ka?. AN tak pandai buat kek, cik abang kita selalu perli suruh buat kek. Nampak sedap kek MakLang tu.
Maklang, sedapnya...saya pun nak jugak lah resepi..nanti balik melaka boleh mintak mak tolong buatkan....
AN & KS:
Boleh tak de masaalah. Nati Maklang letak kat blog:daridapurmaklang.blogspot.com
Doakan semuga Pak Itam cepat sembuh.
Maklang...terliur tengok kek tu..sedapnya..yummi
sedap nampak nya kek tu nak sepotong boleh hehe
Ya Allah ya tuhanku, sembuhkanlah Pak Itam seperti sedia kala, amin yarabbal al-amin...
yang ceri merah atas kek tu susunan dia lawa. satu kek tu 360 darjah, ada 9 points of ceri jadi maklang bahagi 40 darjah antara ceri2 tu. pakai geometeri set ke agak2 je? resepi tu nampak sedap betul... manis2 ni saya suka...
selamat jalan...
Moga Pak Itam cepat sembuh....
wah!! Mak Lang nak gi KL Jumaat ni ke...selamat jalan....
Meleleh air liur tengok gambar kek maklang... nak try jugak la resepi maklang.
Selamat bercuti!
Assalamualaikum semua....
Thanks for all the dua's. InsyaAllah petang ni maklang tiba KL akan melawat Pak Itam. Dari sepupu katanya Pak Itam nampak bertambah pulih.., Alhamdulillah. Sorri tak dapat nak balas se-se sebab kena siap nak mandi and kemas rumah sebelum bertolak. Barang semua dah pack tinggal yang kecik2 je. Hakim pulak kencing atas katil sampai bocor. Telekong Maklang yang presentable lak hilang...entah mana bibik letak. Geramnya... Nak cepat jadi lambat...Ni pun curi2 ni...Cik Abang tengah makan kat bawah... Kang kena sound tak pasal2 nak jalan masih nak blog..Ok all... Selamat tinggal. InsyaAllah jumpa lagi in 10 days time...sure miss nye...BTW resepi ada kar blog daridapurmaklang. Siapa nak cuba silalah & Izhal... Maklang main agak2 je...pro kan????
Selamat Bercuti Mak lang... saya ni dah tahap malas nak wat kek dah.. amik ajer resepi lapis keju dr kawan ari tu tapi tak buat, jadi pemalas sgt dah
Emmm sedapnye.. Tapi tak suka wat kek lapis lama sgt..suka makan aje..hihi. Paling suka wat cheese cake.
heh tak balik2 lagi ke maklang ni...
bzzz nya maklang ni.. lama tak update ni.. hehe
Izhal:
Maklang baru balik malam semalam. tiba KL pukul 7:00 malam semalam and Kerteh petang tadi. Letih lagi nih...
Zino:
Bukan busy ape, cuma sibuk pergi jenjalan bawak anak2 cuti ke rumah makcik. Tu yang tak update sebab no connection. InsyaAllah besok rajin, boleh update cerita2 masa cuti ni...
Post a Comment
<< Home