Dari Teratak Maklang

Tuesday, February 28, 2006

5 tahun telah berlalu......

Bersambung dari entry yang lalu.......


Apabila Maklang dah habis pantang, Cik Abang pun mula bekerja semula di Kuala Lumpur. Maklang masa ni dah balik keKerteh. Akhirnya kami sekeluarga telah dapat bersatu semula walaupun dengan ketiadaan Cik Abang (yang cuma dapat bertemu pada hari Sabtu dan Ahad sahaja) dan bay Hakim. Mulai dari hari habis pantang tu, Maklang akan berulang ke Kuantan setiap hari. Pada hari Sabtu dan Ahad, Maklang akan melawat Hakim bersama Cik Abang. Pada hari2 Cik Abang tidak ada Maklang akan ke Kuantan sendirian. Mujur ada teman2 sepejabat yang di ‘seconded’ ke office client di Gebeng. Mereka akan memandu dari Kerteh ke Gebeng dan dari situ Maklang akan drive sendiri. Jadi taklah rasa terlalu penat. Balik pula Maklang akan mengambil kawan2 di Gebeng dan mereka akan memandu ke Kerteh. Begitulah routinenya setiap hari.


Hari pertama Maklang melawat Hakim sendirian. Maklang tak boleh nak kawal airmata. Terlalu sedih sebab kena melawat sorang2. Rasanya macam tak ade kudrat hendak ke GH. Takut tak semena2. Kebiasaannya Cik Abang sentiasa bersama untuk memberi kekuatan pada Maklang. Maklang biasanya akan tiba di GH lebihkurang pukul 8:30 pagi. Maklang akan terus melihat Hakim, membersihkan nya dan memberi susu. Kemudian Maklang akan menepuk Hakim sampai dia sendawa. Selalunya Hakim tertiarap. Semuanya dilakukan dengan memasukkan tangan ke dalam tempat tangan kat incubator tu. Hakim masih fully dependent kat O2. Without that dia memang akan sesak napas. Kemudian Maklang akan menepuk Hakim sampai dia tertidur. Kemudian barulah Maklang berehat kat ruang menunggu. Samada membaca, membuat x-stitch dan kadangkala tertidur kat kerusi dek terlalu penat. Memang sejak melahirkan Hakim Maklang tak rasa macam orang baru bersalin kerana selalu berulang alik ke hospital.

Tengahari memang Maklang akan balik kerumah MIL untuk lunch. MIL memang pesan suruh balik makan kat rumah dia. Tengahari pertama tu, masa di rumah MIL, Maklang broke down habis2an. Tak leh nak cakap. Rasa tersekat kat kerongkong. MIL banyak memberi nasihat suruh bersabar sebab ni dugaan dari Allah. MIL pesan suruh tabahkan hati dan supaya selalu memohon dari Allah s.w.t.

Tiap kali pulang dari rumah MIL, pasti ada saja bekalan untuk cucu2 di Kerteh. MIL memang rajin memasak. Memang tangan kembang, kata pepatah. Alhamdulillah. Selamat solat di rumah MIL, Maklang akan ke GH semula unutk melihat Hakim. By this time Maklang dah rapat ngan misi2, sister and Drs kat GH. Kadang2 Maklang ade jugak membawa kuih 2 dan biskut untuk nak jamu mereka ni. Jasa dan budi mereka memang Maklang sekeluarga tak dapat nak balas.

Setiap petang, Maklang akan feed Hakim macam pagi tadi and bersihkan dia and ganti pampers Hakim.sebelum meninggalkan dia. Tiap kali nak tinggalkan dia, Maklang cuma dapat merasakan genggaman jari nya sahaja. Nak cium dia jangan haraplah sebab dia memang terlalu bergantung pada O2 yang dimasukkan kat hidung dia dan tak leh dikeluarkan dari incubator dia. Itulah sahaja bekalan buat Maklang sehingga Maklang berjumpa dengan Hakim semula keesokkan harinya. Maklang tak merasa terlalu risau sebab tahu ada orang yang akan menjaga dia dengan sempurna sekali. Memang mereka pun sayangkan Hakim. Malah Dr. pakar yang merawat dia pun akan datang waktu malam and main2 ngan Hakim. Dia cium2 Hakim, kata misi2 kat sana. Tambah2 pulak Dr. Chin tu tak kawin lagi. Dek kerana Hakim terlalu lama di bilik 2 tu, Hakim dijadikan ketua darjah. Baby yang lain masuk lebih kurang seminggu, lepas tu dah boleh balik. Hakim lah paling lama bertahan kat wad tu. Jadi Maklang ni dah jadi common face lah kat sana. Keadaan Hakim semakin lama semakin pulih, Alhamdulillah. % O2 yang salurkan pun semakin kurang dan akhirnya dia dialihkan dari rumah bungalow (incubator) ke rumah teres (court baby). Tulah nama misi2 bagi kat katil2 kecik kat spital tu.

Bila O2 yang disalurkan dapat dikurangkan, Maklang pun dibenarkan menyusukan Hakim direct . Masa tu Maklang rasa seronok sangat sebab dapat cium Hakim everytime Maklang bawak dia keluar dari incubator tu. Tapi Hakim tak kuat sangat menghisap. Jadi kena ada susu tambahan. Dalam pada itu Maklang masih lagi express the milk dan store kat freezer kat wad tu. Susu Hakim sorang je, dah penuh satu freezer fridge yang tinggi 6 kaki. Puas Hakim nak habiskan… Hakim pun bertambah kuat dan berat and kalau dia lapar, memanglah suara dia kuat. Temper dia lain macam kata Dr. (Ni memang sampai sekarang, kalau lapar pasti mengamuk….tak ilang2 perangai dia yang ni…)

Lama jugak Hakim duduk kat rumah teres tu dan bila tiba hari ke 60 gitu, Dr. Chin panggil Maklang ngan Cik Abang nak terangkan pasal keadaan Hakim. Dr. kata kemungkinan besar Hakim akan jadi dependant to O2 punya botol. Maknanya Hakim kena bawak O2 botol everywhere he goes. Masa tu Maklang punya lah sedih. Tak sanggup rasanya nak terima hakikat yang baby boy yang Maklang tunggu selama ini kena macam ni. Cik Abang tenang aje bila menerima kabar ini. Walau macamana pun kami tetap berdoa pada Allah. Ialah kita cuba dapat meneka tapi Dia yang tentukan. Syukur pada Allah. Lebihkurang pada hari ke 70, Hakim menunjukkan perubahan yang ketara. Ya Allah…. Besar sungguh rahmat Mu. Pada hari tersebut, Hakim dapat bernafas sendiri tanpa ada aliran O2 ke hidung nya lagi. Tiub tu dapat ditanggalkan.


Dengan perubahan ini harapan Maklang kembali cerah. Dr. kata Hakim dah boleh balik tapi perlu kena observe dulu dalam bilik observation di wad Kenanga 5B. Kat sini kami ditempatkan dengan ibu2 yang juga punya masaalah baby kat wad Kenanga 5A (Maklang pun sebenarnya boleh ambik katil masa tunggu Hakim, tapi Cik Abang kata takpelah sewa hotel tu sebab takut Maklang lagi stress memandangkan semua orang kat situ ada anak yang juga punya masaalah). 2 malam kami di wad tu. Malam pertama tu, Hakim seakan kemaruk. Maklang tak leh tidur sebab sepanjang malam Hakim asyik nak bergayut aje kat susu cap gantung dia. Lengoh betul jadinya. Malam kedua ok sikit dan kami dibenarkan pulang keesokkan harinya, iaitu lepas 72 hari selepas Hakim dilahirkan. Masa tu berat Hakim dah mencecah 4.2 kg, rasanya. Dan itulah hadiah harijadi yang amat bermakna buat Maklang kerana Hakim pulang kepangkuan keluarga pada harijadi Maklang….. Alhamdulillah…..


Segala kesyukuran di panjatkan kepada Nya yang Maha mengasihi terhadap hamba2 Nya.

Looking back, after 5 years, Maklang sangat2 bersyukur kerana apa yang telah terjadi. Maklang dapat rasa yang Allah tidak menduga Maklang seberat ibu2 yang lain. Now I can say, Hakim taklah teruk mana kerana di wad tersebut ramai lagi baby2 yang punya complication yang terok, seperti, baby yang cacat, baby yang perut dia tak boleh process, yang jantung berlubang + macam2 lain kesakitan.


Sampai sekarang Maklang masih lagi membawa Hakim berjumpa kakak serta mak2 angkat Hakim si spital tu…..

Semuga dengan ape yang telah berlaku ini menjadikan Maklang lebih bertawaadhuk dan menjadikan Maklang sekeluarga insan2 yang lebih baik. Sesuatu yang terjadi itu pasti ada rahmat disebaliknya, InsyaAllah…..


Tidak lupa juga jutaan terimakasih kepada semua kakitangan wad Kenaga 5A yang telah banyak membantu kami sekeluarga . Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya…

5 Comments:

At Tuesday, February 28, 2006 1:12:00 pm, Anonymous Anonymous said...

HAkim tu bertuah insyaallah.

 
At Tuesday, February 28, 2006 4:27:00 pm, Blogger aNIe said...

Segala yang Allah beri itu ade lah dugaan untuk kita...moga kita akan lebih bersyukur & beriman padaNya

 
At Wednesday, March 01, 2006 1:02:00 am, Blogger Unknown said...

Hi maklang,

My first visit here. Tabah betul maklang & hubby sampai 72 hari dok berulang ke GH, alhamduliLlah semuanya dah OK. I'm looking forward to reading ur archives :-)

 
At Wednesday, March 01, 2006 1:35:00 am, Blogger Izhal said...

wacayalu maklang...

masih bawak hakim pi jumpak kakitangan hospital, tak putuskan silaturrahim...

 
At Wednesday, March 01, 2006 1:01:00 pm, Blogger maklang said...

Easy: InsyaAllah....

Kak Lady: Betul tu. Keinsafan perlu ada atas segala yang berlaku...

NBB: Memang ramai mak and kakak angkat dia. Ada tu yang lalu Kerteh, singgah jugak kat rumah kami.

Jie: Welkam....Alhamdulillah dugaan itu dapat kami tempuhi. Moga2 Hakim menjadi anak yang berbakti pada kami , InsyaAllah.
Enjoy reading my blog yang tak seberapa ni..

Izhal: Izhal pun boleh jadi Uncle angkat Hakim. Hakim and Along dia memang suka cartoon Jepun tau. Kalau tahu Uncle Izhal dia kat Jepun, sure excited nye.


Mamavespa: Sedih Maklang dengar pasal your sis. InsyaAllah baby tu dapat menolong mak dia di sana nanti...

 

Post a Comment

<< Home