Dari Teratak Maklang

Sunday, February 19, 2006

Bila Abah Bersorak & Mak Berleter

Saturday is normally a busy day for me. Busy sebab nak menyuruh budak2 menyiapkan kerja sekolah mereka. Semalam Cik Abang dah ‘bersorak’* sebab Angah tak siapkan homework dia. Kalau Abah dah bersorak, yang lain2 menikus. Maklah yang kena jadi rescuer kat anak2. Tapi semalam Maklang biarkan je. Sekali sekala memang budak2 ni mesti kena marah. Bak kata arwah mak mentua, ‘ Budak2 ni kalau lemak dia dah sepikul, mesti kasi sorak. Kalau tak takut tak jadi orang’…..( Sob…Sob….teringat lak kat arwah Mok Nek (MIL) – Al-Fatihah) .


Angah tu pun satu, dah tahu Abah dia tengah tak sedap badan ade ke dia main2 je. Berbuih dah mulut Maklang suruh dia buat homework dari pagi Jemahat tu. Dia memang pegang buku tapi dok depan TV. Ingatkan sungguh lah dia buat. Biasanya kalau dia ada masaalah dia akan datang tanya kat Makalng. Maklang pulak duduk dalam bilik study, sambil menjaga mesin sulam tu sambil melayan Maya buat homework dia. Kak Long memang menempek je kat PC dia tu. Tu satu lagi, PC dia, dia load ngan Naruto dia, bukak cerita tu and then buat kerja depan PC. Serupalah tu dengan tengok TV. Dengan dia tiap2 hari kena tegur supaya jangan asyik dok tengok kartun dia tu. Mana ada orang belajar camtu. Tak bolehlah nak kena samakan dengan Amelia yang dapat 17A1 tu. Kenkadang rasanya payahnya lah nak jadikan ‘orang’ out of these children.

Biasanya bab bersorak ni Cik Abang lah start dulu. Maklang tukang sambung leter. Maklang jarang berleter kat anak2 ni. Cuma sekali sekala bagi warning je. Tapi once they have pushed the button, siaplaa….kadang2 Cik Abang pun fenin. Dia pulak yang terasa. Selalu dia kata’ macam pukul anak sindir menatu je….’. Tapi itulah dia, saban weekend mesti budak2 ni nak kena paksa suruh buat kerja sekolah. Kalau tiap2 hari punya homework tok sah ceritalah. Kadang kita pulak yang terasa sangat penat nya. Kesian anak2. Kerja sekolah tu macam dah tidak ada esok lagi. Rasanya masa Maklang sekolah rendah dulu tak delah sesibuk ni. Ini homework macam orang dah menengah . Soalan pelik2. Advance betul. Dahlah otak kita ni dah karat , tak gheti nak ajar. Bab math tu ok lah lagilah. Tiba bab tatabahasa dia, Maklang pun tak gheti nak menjawab. At this moment belum start lagi nak tuition. Kalau tuition entah macamana pulak budak2 ni nak buat kerja sekolah. Tak de rehat. Tapi kalau tak dikejarkan waktu ni nanti takut pulak ketinggalan pelajaran mereka.

Semalam tersedu2 Angah menangis sebab kena marah. Abah kalau marah memanglah teruk. Walaupun dia selalu bergurau ngan anak2 dia, tapi bab kerja sekolah ni memang lah tak boleh buat main2. Anak2 pulak lebih suka kalau belajar dengan Maklang. Abah garang kot sebab tu payah nak masuk apa yang diajar. Bak kata dari Kak Long sampai keHakim, kalau pasal sekolah semuanya cari Mak dia. Tu yang kadang2 Maklang rasa Maklang pulak yang pergi sekolah.

Sebenarnya penatkan jadi seorang ibu ni. Mana nak jaga makan dia orang lagi, nak kerja and also nak buat kerja sendiri like menjahit and all ( menjahit tu kalau tak buat boring pulak. Nilah entertainment untuk Maklang). Anak Maklang pulak takleh tak cukup makan so makan dia memang biasanya Maklang yang jaga. Masak pun buat sendiri. Cik Abang tak suka sangat kalau maid yang masakkan. Dari mula2 ada maid lagi dia dah pesan kalau makanan dia biar isteri yang masak. Dia kata takut kena jampi….. Takut jugak Maklang dibuatnya. Nasib baiklah memasak ni Maklang suka kalau tak haru jugak.
Tapi kalau rasa malas sangat and nak buat yang simple2 suruh aje maid masak. Nanti naik lemak pulak. Kita pulak kadang2 rasa macam tukang masak simaid tu. Mereka2 ni bak kata orang memang very cunning... Nanti bab maid ni cerita lain kali...

So malam tadi , duduk lah dengan Angah ajarkan dia math dia sampai siap.Sampai pukul 11:00mlm. Mata dia pun dah layu masa tu. Kesian jugak tapi tak pelah asal kerja sekolah dia siap and asal anak jadi pandai…. InsyaAllah.

Hakim pulak masa Abah tengah marah semalam memang terus jadi baik. Tak jadi nak mengamuk2. Biasanya kalau terdengar je suara Abah dia dah kuat memang dia boleh change immediately. Semalam Maklang suruh dia habiskan kerja sekolah dia yang tak siap tu. Sampai tertidur dia. Mula2 duduk kat meja, lepas tu meniarap. Sedar2 dah berkeruh dia….




Macam tula weekend baru ni…Letihnya…..

* bersorak tu marahkan anak2 le....

9 Comments:

At Monday, February 20, 2006 10:53:00 am, Anonymous Anonymous said...

aik.. ada gambo depan hakim? Gambo sapatu..

 
At Monday, February 20, 2006 11:17:00 am, Blogger aNIe said...

hehehe...siannya si akim tu...sampai terlelap...aik...baju cam sama je ngan Fareez anak kak lady....sama lah tu dia diorang...suruh buat homework ..tido....kesian lah pulak...

Hubby kak lady tu pun sama...dia belum bersorak...tgk muka kalau mood dia tak baik je...anak2 dah kelam kabut buat aper yang patut...& dia kalau marah anak2 kak lady diamkan aje...bila dia dah kool...baru lah beritau baik2 kat dia kenapa anak tu buat camtu...& pada anak selalu jadi orang tengah pada hubby ...pujuk anak & ajar supaya paham ayah diorang...

 
At Monday, February 20, 2006 12:17:00 pm, Anonymous Anonymous said...

Mak Lang,
sy baru je di sini.. ikut jejak maklang di blog kopi suam..
sonok baca :)

 
At Monday, February 20, 2006 4:35:00 pm, Blogger maklang said...

Onde & PB: Yelah anak Maklang yang no. 2 tu memang liat sikit. Ke memang no.2 macam tu. Yg sulong , alhamdulillah setakat ni. Agaknya no.1 memang cam tu, ye tak Onde. Kan kita pun no. 1!!!

Anak sulong Maklang baru form 1. Tengah nak carikan dia tuition jugak ni. Tak tahu lagi macamana.

Kak Lady:

Hakim memang suka baju macam tu. Baru ni masa ke Pengkalan Kubor belikan dia baju 'The Incredible". Punyalah suka.

Anak2 Maklang ni kalau Maklang cakap dia orang buat dek je. Macam cakap ngan dinding. Kalau Abah dah masuk campur, barulah dia susupense sikit!!

Ayu:

Selamat datang dan datanglah selalu....

 
At Monday, February 20, 2006 6:44:00 pm, Blogger anggerik merah said...

Bila semua dah besar2 nanti, all this become sweet memories! Gream tengok gambar tu...montel muka nya!

 
At Monday, February 20, 2006 7:09:00 pm, Blogger maklang said...

AM: First time tinggalkan marks kat sini. You are most welcome here.

Hakim memang badan dia montel sikit and tetal.... macam Mak & Abah dia laa...

 
At Monday, February 20, 2006 10:05:00 pm, Blogger Lollies said...

when we had maid I never allow her to cook for us at all..sebab errr tak berapa sukalah.

 
At Tuesday, February 21, 2006 3:47:00 am, Blogger Ajzie said...

Kesian nye askar kecik..tertidor coz keletihan pas traning kawat kaki ler tu..hihihi

 
At Tuesday, February 21, 2006 7:32:00 am, Blogger maklang said...

Ajzie,

Yele tu...pening gaknya lepas kena terik matahar...masuk pejabat langsung tertidur.....

Easy,

Sowwi.... I tertinggal u sebab u kecil sangat. Depan Hakim tu gambo mak dia & kaklong dia masa kecik. Bersepah2 je gambo tu....

 

Post a Comment

<< Home