Dari Teratak Maklang

Tuesday, February 14, 2006

1o1 things you want and do not want to know about me

Dua tiga hari lepasd, Cik Abang tanya, ' Tak buat ke macamyang TJ and Ondeonde punya 100 things tu?'

So ni sebagai menyambut seruan Onde and my Cik Abang, I list down some of the things that you will want to know and do not want to know about 'The Maklang'. Hope u will enjoy reading....

1. Anak sulong in a family of six
2. Kak long to tiga of my adek2
3. Maklong in my family side
4. Maklang in Cik Abang’s family
5. Berasal dari Johor Bahru
6. Kalau balik Johor suka makan air batu kacang and murtabak Singapore (aaahhhh…enaknya)
7. Has been a good wife for the last 14 years and 3 months (ye ke Darl?)
8. A mother to four kids
9. Has been working for the last 18 years and 9 months
10. This is the 6th company that I have worked with.
11. Enjoy traveling, sewing, x-stitching and reading
12. Like to watch movies ( kat DVD je……)
13. Enjoy to cook for Cik Abang, the kids, family and friends
14. I like to eat but kena control laaaa…..
15. Favourite food include nasi, meehoon, kue teow, pastas, pizza ….and the list goes on
16. Tak garang with the kids
17. Mudah terasa hati but trying very hard to improve myself to be less sensitive
18. Suka mengusik anak2
19. Suka melayan suami makan
20. Suka tengok suami makan
21. Tak suka nak busy body
22. Selalu ketinggalan pasal hal2 peribadi kengkawan kat opis…. Normally the last one to know
23. Tak suka bertandang kat rumah orang
24. Tak suka exercise tapi terpaksa
25. Suka bergurau dengan kenkawang
26. Suka tengok Cik Abang berkemas bila kat hotel. Seronok bila boleh relax sebab Cik Abang automatically rajin kemas bila gi hotel
27. Tak berapa gemar dengan kerja sekarang ni tapi terpaksa
28. Suka baca novel melayu sebab boleh jiwang
29. Suka gak baca nocel by Danielle Steele & ……Andrews (lupa nama VC Andrews ke yang flowers in the Attics punya series)
30. Suka jugak berangan
31. Boros
32. Suka bagi hadiah kat orang
33. Suka tengok bila mak & abah happy dengan what I can do for them
34. Ada sorang je adek perempuan
35. Ada 2 kakak ipar
36. Ada 3 biras perempuan
37. Ada 2 adek ipar perempuan
38. Ada 7 anak sedara belah Maklang
39. Ada 22 kot anak sedara belah Paklang
40. Suka ketawa
41. Senang menangis
42. Tak suka tidur siang.
43. Tak suka tidur awal sebab rasa sayang sebab masa habis dengan tidur je. Baik tengok TV
44. Geli sangat kat tikus and cicak
45. Takut naik motor so tak leh rempiting macam Jo and Maam
46. Tapi suka berbasikal petang2 ngan anak2
47. Payah sangat nak kompol duit
48. Suka masuk kedai jual barang2 merepek (like gifts etc)
49. Suka gak tengok wayang
50. Suka pergi melawat sedara kat KL like Kamdar, Gulati’s, Sogo, Metro etc
51. Paling suka gi shopping menghabiskan duit sendiri ( and duit Cik Abang)
52. Tak pandai menyanyi
53. Selalu rasa umur macam masa baru habis sekolah
54. Tak perasan tau!!
55. Tak suka marah
56. Tak singkik macam TJ. Boleh dikategorikan dalam golongan pemurah ( ingat tak all my kueh raya and cakes -mak teh?)
57. Takut kalau Cik Abang hot bila kita ngusik, walhal cuma nak gurau tapi dia take it seriously
58. Suka bercucuk tanam 4-5 tahun dulu tapi tak tahan dengan habuk sebab allergic
59. Dah banyak kali kena bius
60. Bersalin dah 4 kali, 3 normal & last one was c-Section
61. Mudah kesian kat anak2 bila they all kena marah ngan Abah dia
62. Enjoy bila tengok Maya hot and mula jelir lidah and menjeling
63. Enjoy jugak tengok Angah hot and start to pout
64. Sabar jugaklah orang nye
65. Tak pemarah
66. Kadang2 malas nak kemas rumah
67. Seronok bila berangan kalau ada banyak duit (macam TJ and Maam)
68. And kalau ada rumah besar
69. Berkenalan ngan Cik Abang masa kat MMC 17 years ago
70. Tak sangka nak kawin dengan dia sebab lepas dah berhenti baru serious
71. Kadang2 bila angin baik suka merepek ngan kawan2
72. Pakai cermin mata sejak umur 14 tahun
73. Tak suka sangat bermake-up, cukup dengan very faint lipstick
74. Bawa kereta sendiri ke opis
75. Tak ramai kawan rapat sebab agak pendiam orang nya ( eh... macam terbalik je!!)
76. Paling suka bunga ros and hyderangea ( Siti Zubaidah )
77. Teringin sekali nak ada kolam ikan kat rumah
78. Tak suka pakai kasut tinggi
79. Bersyukur sebab dapat ipar duai baik2 belaka ( InsyaAllah sampai bila2 - haa ni jangan ade yang perasan lak ni bila baca)
80. Masih ada kedua ibubapa yang masih kuat dan sihat, Alhamdulillah
81. Ada bapa mertua yang very straight forward tapi baik hati
82. Mak mertua dah passed away dua tahun lepas ( Al-Fatihah)
83. Suka makan ciku yang masak tu
84. Suka gak manggis and durian
85. Masa kecik2 selalu berdarah hidung
86. Peminat setia Chicago (lagu jiwang2 belaka)
87. Suka nonton Twenty Four ( kalau Hakim kata Turenty four)
88. Suka baring je kat atas katil, bukak air cond and tengok TV
89. Berangan nak gi NZ, Australia and Sweden ( entah bila lah agaknya nak dapat)
90. Tak suka pakai barang kemas banyak2 ( ada sikit je pon)
91. Gila beli baju ( Cik Abang kata tak pe asal jangan gila kat husband orang)
92. Suka berniaga ( jual tudung, telekong, pinggan mangkuk, bunga & ambik tempah langsir - ada sapa2 nak order?)
93. Tak suka bila Cik Abang sengaja nak BSH (Buat sakit hati)
94. Suka collect fridge magnet
95. Ingin sekali jadi surirumah tangga ( tapi nak allowance macam gaji kat office)
96. Suka bila tiba weekend
97. Tak suka drive long distance
98. Tak suka pakai baju and tudung hitam ( sebab Cik Abang disapprove of any black attire)
99. Seronok bila jumpa kawan2 lama and compare siapa maintain the body size. Biasanya I lah menang sebab maintain cute)
100. Berasa teramat seronok kalau ramai yang baca and komen blog Maklang yang tak seberapa ni.
101. Dah lengoh sebab type dah banyak sangat


Today besdey Angah, Nurfaezin yang ke 10. Selamat HariJadi, Angah yang mak sayang!!!:P

17 Comments:

At Tuesday, February 14, 2006 5:21:00 pm, Anonymous Anonymous said...

moga panjang umur angah.
jadi anak yg soleh.
jadi anak yang baik.
jadi anak yang berjaya dunia dan akhirat...

pulutbakar.blogdrive.com (PB)

 
At Tuesday, February 14, 2006 8:41:00 pm, Blogger maklang said...

Anon: Thank you for the wish. Angah kata Thoce!!

Onde: Kenkadang datang rajin dia, dia baca lah. Tapi dia lebih rajin nak surf benda2 technical yang ade kena mengena dengan kerja dia.

 
At Tuesday, February 14, 2006 8:58:00 pm, Blogger Ella said...

assalamualaikum mak lang,
stumbled upon ur blog, seronok plak baca ur celoteh n masakan2 tu semua nampak best jer n nak try lah ur resepi.

Salam kenalan dr saya, Ella
dan jg Selamat Hari Lahir yg ke-10 utk Angah.

 
At Tuesday, February 14, 2006 9:32:00 pm, Blogger maklang said...

Ella: Welkam!Welkam! Marhaban!Selamat Datang! You are most welkam. Terimakaseh kerana sudi mengunjungi teratak maklang yang tak seberapa. Jemput datang selalu.

Angah kata "Thoche", entah bila pulak jadi China tu....

 
At Wednesday, February 15, 2006 8:22:00 am, Blogger Ku Keng said...

Hoooh, panjangnya. Kucing berapa ekor? Abang dulu diMMC Marketing di Pernas Bldg bersama Nan Ali,ke?

 
At Wednesday, February 15, 2006 8:42:00 am, Blogger maklang said...

Alamak Keng,

I dah terjawab kat yr blog. At last dapat masuk tanpa di reject!! Banyak peminat eh Keng ni. Ape yang special? But I like yourentries!!!:P.

Tak de kucinglah Keng. Cik Abang geli. Kucing datang banyak tapi every time suruh Pakcik tukang kebun tu buang sebab geli. Maklang taklah geli sangat tapi Cik Abang gelis habis.

Memang kat MMC, MMC- Mc Dermott. Pernas Building. U kat situ kot Keng? Consulting??? We are rivals then!!!

 
At Wednesday, February 15, 2006 9:02:00 am, Anonymous Anonymous said...

kah..kah..silap teknikallahtu. puas godek tapi tak boleh delete.

mak teh

 
At Wednesday, February 15, 2006 9:16:00 am, Anonymous Anonymous said...

lupa nak cakap happy birthday faezin..

mak teh

 
At Wednesday, February 15, 2006 11:42:00 am, Blogger Kopi Suam said...

panjang betul list tu maklang..merangkak mata saya nak capture satu persatu word tu.

happy birthday Angah

 
At Wednesday, February 15, 2006 11:55:00 am, Blogger maklang said...

NBB : MMC tu Malaysian Mining Corporation. Maklang bukan loktor. Cuma kakak kepada seorang loktor. NBB dulu grad mana? Adek maklang rasanya your batch.


Kopi suam: Bacalah sambil minum kopi panas supaya mata tak merangkak. Kalau mata merangkak tak pe jangan baca merangkak. Niway, Tenkiu for coming...

Angah suruh kate "Thoce"

 
At Wednesday, February 15, 2006 11:57:00 am, Blogger maklang said...

Onde: You are like my Cik Abang. Kalau buku dia entah berapa banyak. Tiap kali gi KL memanglah ke Popularlah, Kinokunuya etc. Memang dia ulat buku. Beli banyak2 pulak tu...

 
At Wednesday, February 15, 2006 12:20:00 pm, Blogger Sya said...

Mak Lang.. eh kita pun Mak Lang gak. Panjangnya list tuh.. tak tercapai dek tangan sya nak nulisnya

and Happy birthday to Angah supaya menjadi anak yg berbakti kepada ibu bapa

 
At Wednesday, February 15, 2006 6:19:00 pm, Blogger Ajzie said...

Salam kenal Mak Lang..
Kebanyakan sama aje ngan saya punya intrest.Saya dari JB gak, but now follow hubby buat Master di Germany. Paling Suka collect fridge magnet..emmm penuh giler dah frigde saya. Insyallah jika diizin kan Allah saya pos utk Mak Lang. Tinggalkan add pada blog saya. Jual tudung, masa kat opis dulu setiap 2 minggu saya bawak new collection for tudung bawal..huhu berebut kawan kat opis. Seronok plak tgk.huhu. Dan yg paling suka lawat kawan2 kite yg sama kat KL tu etc SOGO and IKEA. so setiap kali hubby ada urusan kat KL sure saya cuti..hihi. Tp anak baru 2 lah..tak tahu bila nak tambah.

 
At Wednesday, February 15, 2006 8:55:00 pm, Blogger maklang said...

Sya: Maklang terrajin semalam & idea mencurah tu yang jalan je...Thanks for reading

WA: Payah nye lah nak sebut nama.Best gak jumpa orang JB ek!! Nanti Maklang e-mail. Murah ke kat Fridge magnet kat sana? Boleh lah hantar banyak2 biarkan Maklang penuhkan my fridge pulak. Pernah gi jenjalan 4 tahun dulu tapi sekejap je.Lalu is more to it. Bestkan duduk overseas ni. Maklang pun rindu kat snow. Entah bila dapat pegang lagi tak tahulah.

Thanks for dropping by...

 
At Wednesday, February 15, 2006 10:07:00 pm, Blogger aNIe said...

Mak Lang..heheh...panjang bebenor list tu...tapi abis lah jugak membacanya...tapi baca ujung pangkal lesap..maklumlah 'data memory' kak lady ni dah veteran...hehhehe

Happy birthday juga buat Angah yang kesepuloh...moga membesar menjadi anak yang solehah & berguna serta taat pada allah & ibubapa...

 
At Wednesday, February 15, 2006 11:24:00 pm, Blogger maklang said...

Angah kata thank you. Waktu ni pun dia dah tidur. Besok pagi sekolah.


InsyaAllah, Maklang pon doa, moga2 Angah akan jadi seorang insan yang berguna di dunia dan akhirat.

Thank you Kak Lady...

 
At Thursday, February 16, 2006 11:19:00 am, Anonymous Anonymous said...

oh inila maklangnya. hehe...

 

Post a Comment

<< Home