Happy Birthday Hakim
Alhamdulillah Hakim dah 5 tahun hari ni. Sekejap je masa dah berlalu. Tak sangka Hakim sekarang ni, Alhamdulillah, sihat macam anak2 yang lain. Badan Hakim pun tegap dari Kak Maya. Cuma Hakim tak tahan panas and tak boleh terlalu penat. Kalau tak dipantau dia ni, biarkan aje main panas, senang aje Hakim punya tonsil bengkak, dan Hakim terus aje flat. Kalau demam, memang terok. Even sekarang ni dia kena batuk and selsema. Lambat betul nak baik. Dengan kenakalan dia and kepetahan mulut dia bercakap tak siapa sangka bahawa 5 tahun dulu pada hari ini, Hakim cuma ada nyawa2 ikan aje. Tak siapa sangka anak kecil yang tersangat lah lasak semasa mengandungkannya selama genap 35 minggu dulu akan menjadi setinngi sekarang.
Maklang memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana memberi rahmatNya kepada kami sekeluarga. Menadapat seorang zuriat lelaki memang menjadi hajat Maklang and Cik Abang setelah dikurniakan dengan 3 dara. Bukan kami tak bersyukur tetapi sebagai manusia biasa, kami juga mahukan seorang anak lelaki. Setiap kali selepas bersolat akmi akan berdoa untuk dikurniakan seorang anak lelaki. Atas nasihat seorang sepupu yang juga mempunyai 3 anak perempuan dan yang bongsu lelaki, kami pun cuba2lah cara2 yang dicadangkan. Bukan apa Kak Arah ( arwah dah sekarang ni - Al-Fatihah) menyarankan supaya kami bersembahyang hajat bersama sebelum ehem2. Kami juga meminta nasihat dari doktor pakar dari sebuah hospital mengenai cara2 nak dapat anak lelaki. Yelah kena lah usaha, get all the tips semua. Takkan nak main hentam keromo aje. Maka mulalah kami dengan project kami itu.
Maklang disahkan mengandung oleh Dr. pakar tersebut pada minggu keenam from the last period tulah. Doktor kata kali ni pregnant memang kena jaga betul2 sebab the last pregnancy ( Maya) Maklang tumpah darah.(Setelah melahirkan Maya, womb tu tak nak contract. Darah memancut2 keluar. Dr. kata ada dalam 2 pain lebih. Dr. cuba sedaya upaya tetapi masih tak nak berhenti jugak. Akhirnya Dr bagi injection untuk nak suruh womb tu contract. Nasib baik darah berhenti. Dr. kata that was the first time patient dia yang kena macam tu. Kiranya dinding kat labor room tu memang terpercik dengan darah Maklang. Cerita ni pun Maklang tahu keesokkan harinya apabila diceritakan oleh kakak cleaner tu.) Bila dah confirm semuanya macam biasa Dr. bagi asid folic untuk kandungan and ubat darah tinggi. Maklang kena hypertension ni masa pregnant je. Dr. kata it is not normal untuk orang yang baru pregnant ada high blood tapi that was what happened to me. Hari berganti minggu and minggu berganti bulan. Kandungan Maklang semakin membesar. Walaupun alahan Maklang terlalu teruk, tak leh makan nasi langsung. Ape yang makan semuanya keluar balik. Roti pun 1 keping aje. Tu pun kena bakar aje. Baik buah pun tak leh nak masuk. Bukan itu saje, Maklang selalu mengalami pendarahan. Memang setiap kali mengandung macam tulah. Dr. memang akan bagi mc sampai 2-3 minggu berterusan. Masa tu tak kira dah. Kena buang kerja buang lah asal dapat baby. Maklang dapat rasa yang kali ni dapat boy kot sebab lain sangat. Biasanya kalau pregnant, Cik Abang tu very the busuk. Tak leh dekat langsung... Cian dia. Everytime pregnant bolayan lah dia. Nasib baik dia sabar.
Tiga bulan mengandungkan Hakim, Maklang bleeding. Keluar darah ketul2 sebesar duit 50 sen. Maklang rasa masa tu tak ade harapan ajelah. Dr. kat sini bagi mc lagi. Dia kata kena rest in bed. Macamanalah nak CRIB sebab nak sembahyang semua. Masa tu was a very trying period for me. Airmata tok sah ceritalah. Seksanya nak dapat anak. Maklang envy kat orang yang has no problem at all masa pregnant (macam Maam
TJ sebab tu boleh carry lagi!!). Sembahyang pun duduk aje. Tiap kali kalau buang air kecil mesti suspense nak tengok seluar dalam. Takut kalau ada stain. Kalau ada stain maknanya bleeding tu tak berhenti lagilah.Tok sah katalah, saban hari Maklang buat sembahyang hajat. Tapi tak tahulah kali ini Maklang buat sembahyang hajat tak sekerap masa mengandungkan yang 3 lagi. Agaknya itulah balasan Allah. Alhamdulillah setelah beberapa hari bleeding pun berhenti dan Maklang pun mula bekerja kembali. Masa tu Cik Abang pulak ada masaalah kat opis dia. Mana tak worry, worry pasal baby and also pasal kerja Cik Abang. Dahlah kita ni memang peng'risau'. Lepas bleeding tu tak de pulak pendarahan lagi. Maklang pun dah boleh makan and baby pun semakin aktif. Syukur tak terkata sebab semuanya berjalan lancar. Blood pressure under control. Dr. memang dah nasihat supaya jangan bersama sebab takut bleeding lagi (Memang pun tak sebab tak de mood everytime pregnant! Kedai tutup selama 1 tahun).
Routine checkup memang everytime kat hospital swasta di Kuantan. Minggu ke 34, Maklang pergi jumpa Dr., Dr kata no problem. Dr. kata datang lagi week 36. MAsa tu Cik Abang dah mula kerja di KL sebab dah berhenti dari opis kat sini. Maklang tinggallah dengan anak2. Cik Abang cuma balik hujung minggu je. Tapi tak ape. Tak risau pasal dia sebab kat KL makan minum dia terjaga. Duduk pun kat hotel, so tak de masaalah sebab dekat ngan opis and bilik tiap2 hari ade orang kemas. Makan pun no prob. Gerai bersepah kat KL. Weekend minggu ke 35 tu, Cik Abang balik macam biasa. Maklang pagi tu lepas Subuh tak tidur balik. Cuba nak siapkan cross stitch untuk nak buat beg baby. Dalam pukul 9:00 tu Maklang pun mandi. Masa tu Cik Abang dah tidur semula selepas solat Subuh sebab keletihan baru sampai dari KL. (Ulang alik setiap minggu dengan menaiki bas sebab tak larat nak memandu. Jumaat petang lepas kerja Cik Abang akan balik ke Kerteh, naik bas pukul 9:00 atau 10:00 malam). Tak aleh2 masa mandi tu, biasalah sabun2 badan. Sedang2 sabun tu tiba2 Maklang nampak darah pada sponge yang sigunakan utuk menyabun badan tu. Maklang tengok kat kaki and tempat2 lain. Tak de pulak kesan luka. Maklang lansung menjerit panggil Cik Abang. Cik Abang bangun dan check semula. Kat peha, kak Kaki semua tak ada. Suspense jugak. Ingat kan macam ‘show’ aje. Telpon MIL and mak kat JB beritahu mereka yang mungkin dah nak bersalin. Telpon hospital kat Kuantan. Sis Nor kata kena datang immediately. Nak ambulance tak?? Maklang kata tak pe. Cik Abang ade and kami boleh datang sendiri. Suruh maid packkan baju. Maklang memang tak bersedia lagi sebab masih ada 4-5 minggu dari tarikh nak kena induce. Siap semuanya dalam pukul 11:00 kami bertolak ke Kuantan.
Dalam perjalanan ke Kuantan, Maklang terus menerus membaca ayat2 suci dan berishtighfar. Terkomat kamit mengucapkan tasbih dan tahmid sambil berdoa dalam hati semuga semuanya akan selamat. Baby dalam perut bergerak tak berhenti2 vigorously. Dalam fikiran Maklang tentu baby ni sihat agaknya sebab terlalu aktif. Sesampai aje di hospital, Maklang terus aje naik lif untuk ke tingkat tiba. Keluar dari lift terus aje disambut oleh Sis Nor. Dia marah kerana kami tak beritahu yang dah tiba. Sepatutnya kena naik kosi roda sebab Maklang dalam keadaah bahaya. Maklang pun diadmit terus ke bilik dan disuruh berbaring. Masa menunggu Dr. tu taklah rasa takut sangat sebab tak ada langsung stain kat pad yang Maklang pakai tu. Cuma bila buang air kecik je ada darah. Lebih kurang setengah jam kemudian, Dr sampai and Dr. scan. Dr kata tak ada apa2 Cuma Dr. suruh jangan makan aje. Maklang tanya Dr. nak operate ke? Dr. kata tak pe jangan risau aje. Tapi selepas didesak beberapa kali baru dia explain. Mungkin Dr. takut Maklang risau sebab tu Dr. tak berapa nak cakap. Dr. explained, dia kata Maklang ni dah kena placenta abruption. Dr. kata case Maklang ni is reveal placenta abruptio, lebih kurang gitu lah. Dia kata mungkin kat scan tu tak nampak apa2 sebab darah tu dah berkumpul kat bawah. Dr. tak ade inject ubat nak mature kan lungs baby. Dr. kata kalau inject pun tak guna sebab masa terlalu singkat sebab nak kena operate immediately. Dr. suruh berehat untuk nak stabilizekan Maklang. Dalam masa menunggu tu Maklang sempat bersembahyang Zohor dan bersembahyang hajat. Memohom supaya semuanya berjalan lancar.
Jam 3:00 misi2 datang suruh ganti baju sebab nak dibawa kebilik pembedahan. Dalam hati berdebar2 jugak sebab tak pernah melahirkah melalui C-section. Cik Abang mengiringi Maklang. Dia kena tunggu kat luar sebab selalunya memang tak dibenarkan masuk. Tapi Alhamdulillah, Dr. bertanya samada Cik abang nak masuk tak. Cik Abang angguk and disuruh mencuci tangan dan memakai baju macam Dr. pakai tu. Tapi kena tengok dari jauh je. Masa tu Maklang dah terbaring. Dr. Amir dah mula nak cucuk ubat bius. Lebih kurang jam 4:30 ptg tu Maklang selamat melahirkan seorang baby boy. Cik Abang kata kejap aje procedure nak keluarkan baby tu dijalankan. Dia kata Dr. potong senang aje. Masa Dr. potong perut Maklang tu berlapis2 kulit ut. Macam potong ayam je. Ade ke dia kata isteri dia ni ayam!!! Tapi tak pelah…. Masa tengok procedure ni Cik Abang asyik dok ketap gigi je. Ngilu betul katanya. Nasib baik tak pengsan orang tua tu.
Selesai baby dikeluarkan, Dr pun menyerahkan baby pada paeditrician yang ade bersama di dalam OT tu. Cik Abang kata masa Hakim keluar tu Hakim nangis. Lepas tu dia biru. Cepat2 Dr. baby ambik dia dan cuba suruh dia nafas. Satu kali, dua kali Dr baby pump guna alat pernafasan, dia ok. Then dia turned blue again. Masa tu semuanya dilalukan dekat OT tulah. Cik Abang dapat melihat Maklang dijahit and also Hakim. Kemudian Dr. baby panggil Cik Abang yang Hakim terpaksa dibawa ke GH Kuantan sebab tak ada facilities baby kat hospital tu. Lagipun kat GH tu ada banyak specialist and qualified people to take care of Hakim. Maklang masa tu tak sedar lagi sebab I was on general anesthetics
Sedar2 petang tu, Maklang tanya Cik Abang mana baby. Mak & Abah dah sampai dari JB sebelum Maklang masuk OT tadi. Cik Abang kata baby kena admit kat GH sebab dia kata lungs dia tak develop lagi so kena masuk sana lah. Tak pernah terbayang macamana baby tu. Maklang sangka cuma dia duduk dalam incubator aje macam baby lain yang tak cukup bulan. Cik Abang tenang aje walaupun baby tu tengah tenat. Tapi dia tak beritahu Maklang. Dia kata ok aje. Maklang tak dibenarkan melihat baby sebab masih tak kuat. Cik Abang ajelah yang melayan Maklang. Mandikan, suap makan and all. Dia memang seorang suami yang baik dan bertanggungjawab. Alhamdulillah….. Masa tu Atok & Wan dah ke Kerteh sebab anak2 yang 3 lagi di sana ngan maid. Dhirah masa tu baru darjahcdua, Angah baru 5 tahun and Maya 2.5 tahun.
Setiap hari selepas Hakim dilahirkan Cik Abang sjae yang pergi dan setiap kali pulang dari lawatan itu Cik Abang reassure Maklang yang baby ok. Dia kata Dr. kata dalam 4-5 hari Hakim boleh balik. Hari ke4 selepas Maklang melahirkan, Maklang dibenarkan melawat Hakim. Tupun naik kerusi roda. Badan masih lemah lagi sebab banyak lost blood. Tapi tak sebanyak masa melahirkan Maya. Sebelum masuk kat Wad Kenanga tu, kami diperlukan untuk memcuci tangan dulu. Wad ni untuk neonatal. Nak pengsan Maklang melihat bagaimana keadaan Hakim masa tu. Memang tak terlintas lansung di kepala ni yang sebenarnya Hakim was in a very difficult position (air mata dah mula bergenang masa tulis ni.. ) Just imagine, baby yang seberat 2.4 kg, yang tubuhnya hanya diliputi dengan kulit sahaja, dicucuk di tangan dan kakinya dan diletakkan macam sekeping aluminium untuk mengukur suhu badannya. Di mulutnya pulak ada sejenis tiub yang dimasukkan ke kerongkong nya untuk pernafasan. Hakim diintubate. Mesin tu tu pulak disambungkan pada satu alat untuk melihat berapa banyak oksijen yang masuk kat badan dia and otak dia. Dia tak dimasukkan dalam incubator tapi sebaliknya diletakkan diatas sebuah meja setinggi paras antara pinggang dan dada untuk mudah bagi misi2 menjalankan kerja2 mereka ke atas Hakim. Hancur luluh hati Maklang masa tu. Air mata terus aje bercucuran tak berhenti. Cik Abang tak sudah2 menyuruh Maklang bersabar. Ini semua kehendakNya. Berdoa ajelah. Maklang urut2 tangan Hakim and bercakap dengan nya supaya cepat sembuh. Masa tu ada Dr. datang. Dr ni muda lagi. Dia tengah dalam latihan nak jadi specialist. Nama dia Dr. Chan. Dia kata Hakim punya chance agak slim sebab both lungs dia tak mature langsung. Dr. kata dah 2 kali masukkan surfactant (ubat untuk nak maturekan lungs tu) tapi tak ade effect. Kat x-ray dia pun putih aje. Kami terima setiap yang Dr. terangkan. Makalng meminta semua ahli keluarga membuat sembahyang hajat untuk Hakim dan Maklang hanya berdoa. Petang tu balik dari melawat Hakim, Maklang rasa macam lebih baik Allah ambil saje nyawa Maklang ni dan digantikan dengan Hakim. Biarlah Maklang yang sakit dan bukannya baby yang sekecil Hakim. Kalau diberi pilihan, biar Maklang yang sicucuk sana sini bukan anak Maklang yang tak tahu apa tu. Tapi Allah maha mengetahui, dugaan Nya hanya akan datang pada mereka yang dapat menanggungnye sahaja. Dr. yang merawat Maklang tak benarkan Makland didischarge walaupun dah 5 hari di wad. Dr. bagi ubat penenag sebab takut Maklang meroyan. Hari ke6 baru Maklang keluar dan check-in di MS Garden sebelah hospital tu….. (bersambung)
11 Comments:
happy belated b'day hakim.
Happy Belated Besday buat Hakim...
Betapa sukarnya mengandungkan Hakim...moga Hakim membesar menjadi anak yang berguna & soleh...serta anak yang membanggakan maklang & abahnya....Aminn
Epi besday hakim.
Wow best cerita Tuh. Sian maklang itulah pengorbanan ibu........
ini anon yang sama.
easylady bila lah agaknya nak memblog. kalu cerita cerita dapat banyak faedah pada friends and family.
Happy 5th b'day to hakim.
Keluar airmata baca cerita pasal hakim nie.
Easylady:
Thank you. On behalf of Hakim, 'Tak de birthday present ke???'
Kak Lady: Terimakaseh. InsyaALlah Maklang akan didik dia menjadi orang yang berguna.
Anon: Baru tau betapa susahnya mak nak melahirkan anak kan. Dulu masa kecik2 tak tahu bila dah jadi mak barulah tahu...
Nak memblog ni kena tanya easylady sendiri. Kenapa anon tak memblog jugak???Boleh kami intai2 dan moga2 dapat pengajaran, InsyaAllah....
Anggerik Merah:
Thanks for dropping by... I will continue this story, InsyaAllah...
Mak Lang... Selamat Ulang Tahun utk Hakim.. anak yg begitu Istimewa yg dikurniakan kepada seorang IBU yg ISTIMEWA ...
hush MakLang,
Entry kali ni memang bagi darah saya berderau. Anak laki2 maklang tu kulit putih ke? biasa budak2 tak tahan panas ni kulit putih2. Saya ni hitam dan menawan so no problem main panas...
WIfe saya bersalin 2 orang semua saya miss... kalo ada rezeki nombor 3 tak mo miss le... nak pompuan pulak...
oh habaq hakim happy orang jepun habaq happy birthday kat dia nooo...
Sya: Alhamdulillah.... Hakim memang seorang anak yang terlalu istimewa dari Allah untuk kami sekeluarga. Dia memang kesayangan kakak2 serta Abahnya. Paling rapat ngan Hakim is his kak long. Apa je Hakim minta dari Kak Long pasti dapat. Tapi dalam pada itu kami tak manjakan dia keterlaluan.....Moga2 menjadi insan yang berguna satu hari nanti InyaAllah...
Izhal....
On behalf of Hakim, thank you Uncle Izhal.
Memang Hakim antara terputih dalam famili. Anak mak betul. Yg tu je ikut Abah!! (Abah hitam manis menawan macam Izhal.....)
Suami memang kena tengok isteri bersalin or else rugi nye....
Baru tau seksa ke tak nak beranak nih....
Maklang ... terharu sungguh baca. Your pregnancy was difficult and the birth pun sama susah. For me, alhamdulillah all my pregnancies and deliveries were easy. But I have experienced being in the neonatal unit - my fifth child was born only 1.85 kg, kena intubate & macam2 lagi. 3 minggu ulang-alik ke neonatal unit tu, before she passed away.
Alhamdulillah Hakim dah sihat. Happy Birthday to Hakim!!!
Happy birthday Hakim
Dulu tia lahir pon, earlier at 30 wks, and her weight pon sama mcm Hakim lah. Kena dok kat hospital, cucuk sana sini , sebulan jugak lah.
Mommy dia pon hari2 berulang alik tengok tia kat neonatal unit tu...
Post a Comment
<< Home