Cuti2 Malaysia Episod 1
Maklang ni baru mai dari blog si Jo nih… Moga2 Mak Der dah ok. Hari Sabtu lepas masa Cik Abang calling2 Mak Der, dengar2 Mak Der ok dah. Alhamdulillah…. Kami iringi dengan doa je. Nak pergi jauh sangat untuk wiken break….
Jumpa perkataan skodeng kat blog si Jo. Teringat masa baru datang Ganu dulu. Member2 dok kata skodeng…skodeng. Masa tu dok ingat macam Skuter. Ghupenya mengintai!!!
Seronok sekarang ni….kat opis ni sekarang Maklang tengah makan gaji separuh buta. Biasalah waktu2 begini. Project kurang jadi bolehle merilexkan otak daripada memikirkan kerja2 yang tak sudah2. Ini pn tinggal 2-3 project je nak wrap up. Jom kita merapu sat…
2-3 minggu lagi cuti sekolah nak datang dah. Tak sabar rasanya nak cuti. Anak yang cuti sekolah tapi mak dia yang seronok sangat. Dah dekat sebulan lebih yang lepas Cik Abang ada tanya:
‘Yang.. Yang, kita nak pegi cuti kat Bukit Merah tak? Kompeni Abang ada famili day kat sana’
‘Ok gak. Bila?’
‘ 3-5 March ni. ‘. So, Maklang pun berkira2 lah sebab masa tu bukan cuti sekolah. Kena pulak cuti sehari masa hari Ahad tu. Payah ni.
‘Oklah. Abang bayar jelah dulu. Berapa kena?’
‘ 150 je. Oklah Abang bayar dulu’
Dah tak lama dah kami nak gi cuti lagi. Rupa2nya hari Ahad 5/3 tu cuti rupanya kat sini. King’s Installation. So selamat lah cuti Maklang sehari. Cuti pulak dapat 20 hari je setahun. Last year punya dapat carry forward 2.5 days. Tu pun sebab last year was a very busy year sebab kerja menimbun and sebab Nadhirah peksa. Sebab tu jarang ambik cuti.
Dalam pencarian dalam internet, Bukit Merah Resort ni ada waterworld . Tapi tak tahulah macamana. Kalau macam kat A-Famosa tu best jugak. Maklang nak naik lah. Maklang kalau pasal benda macam ni memang lah suka. Dengan badan yang cute, muka yang ‘awet’ muda ni rasanya tak jadi hal Maklang nak main2 kat slide tu semua. Bila lagi nak rasa. Kalau dah tak larat nanti buat kecewa je.
Masa Maklang gi A-Famosa last December tu, Maklang naik lah jugak ‘Big Splash’ tu. At first, Maklang takut jugak nak naik. First time naik kat platform tu Maklang turun baik. Anak2 pulak yang frust sebab Mak dia tak nak naik. Rasanya masa tu seghiau betul. So, Maklang turun balik lah tunggu anak2 kat bawah sambil baca novel yang Maklang bawak tu. Masa tengah tunggu tu datanglah seorang kakak yang anak dia pun naik ‘Big Splash’ tu. Dia dah 50++ kot. Nama dia Kak Mah. Hubby dia sama kompeni ngan Cik Abang. Maklang dok cerita kat dia yang Maklang nak naik benda tu tapi takut and lagipun tak de orang nak jaga beg tu. Kak Mah kata tak pelah biar dia yang jaga beg2 tu.(Cik Abang kena gi course masa tu kat A-Famosa)
Maklang pun apelagi. …. Maka pergilah Maklang and anak2 sekali lagi ke atas platform tu. First time naik dengan Dhirah. Dhirah ni size dia dah dekat sama Maklang walau umur baru mencecah 12 tahun bulan 7 yang lepas. Naik kat atas platform tu dia kata,
‘Tak pe. Tak pe, mak. Mak duduk depan. Biar Dhirah duduk belakang’. Maka naiklah kami ke atas pelampung tu. Adek jaga tu kata.’ Kak , baik2 ye…’ Agaknya dia tengok muka Maklang masa first time naik platform tu pun dia rasa’ Eh…eh… kakak ni macam takut je’.
Start start tu, pelampung tu taklah meluncur laju sangat. Tiba kat kona baring dia, Maklang rasa macam nak tercabut nyawa aku. Seghiau betul. Pelampung tu macam terangkat dari landasan sebab terlalu laju. Dalam hati dok piker ‘ Alamak! Kalau lah pelampung ni tercampak keluar dari landasan dia , besok masuk sokkabar lah aku!! Headline dia kata’ Seorang ibu dan seorang anak tercampak keluar dari landasan tube Big Splash di A-Famosa!!”. Terbayang Maklang, manalah aku nak letak muka kalau hal ni terjadi. Tapi Alhamdulillah semuanya oklah. Tak de kat berita yang ada orang tercampak tu…he…he…he…Cuma masa tu air dari dalam tube tu memang banyak kot tercampak keluar. Suspen gila…
Ehh… lepas tu Maklang rasa thrill balik and teringat masa jaman muda masa study tu. Rollercoaster tu yang dekat tempat2 main macam kat Disneyland, Disney World, Knott’s Berry Farm etc. tu semua Maklang naik. Yang thrill sekali was the Free Fall. Syoknya….
Then naik dengan Maya. Seronok nya….. Maklang duduk belakang and Maya kat depan…. Steady Maklang Steady….
Third round Maklang naik pulak dengan Angah. Sama jugak Maklang kat belakang. Kira maintain lagilah sebab dua2 budak ni ringanlah jugak. Masih boleh control. Eh…eh… orang tua ni tak sedar dighi kot… Tapi setakat tulah Maklang naik Big Splash tu. Anak2 dah seronok sebab mak dia pun join sama…
“Jom mak, kita naik yang family punya’, Dhirah ajak.
Maka berjalan pulak dengan pelampong besar tu ke tempat family punya Big Splash. Dhirah kata tak ade apa. Ni tak takut sangat sebab naik ramai2. Empat orang seboya besar tu. Dhirah dah pernah naik masa dia datang lepas peksa UPSR dia dulu. Sekolah buat trip ke sini.
Lama jugak tunggu kat platform dia. Ada dalam 0.5 jam. Boya kami tinggalkan kat bawah. Takut jugak nak tinggalkan sebab Kak Mah gi ambik makanan. Tapi tawakkal lah. Maklang pun dah naik syeh ni….Boya kami jalan dulu. Maklang naik ngan Hakim, Maya and Angah. Naik2 je Maya kata’
‘Mak, Maya takutlaa’
‘Mak , Hakim takutlaaaa”
‘Tak pe. Tak pe. Pegang je tangan mak and Angah kuat2’ Maklang tried to give them the assurance yang tak de apa. Walhal mak dia ni pun tengah takut gak.
Start aje boya tu meluncur, kami semua menjerit. Laju betul. Lagi laju dari masa naik Big Splash yang 2 orang tu. Sampai tercabutlah tudung Maklang. Nasib baik bila dah nak dekat sampai ke bawah tu dapat pakai balik tudung Maklang tu. Kang orang kata….laahh orang tua ni, sampai togel kepala dia naik benda ni!!!???
Lepas tu anak2 serik tak emboh nak naik lagi. Tapi memang seronok…. Rasa muda 10 tahun. Tapikan Maklang memang gemar naik benda2 ni. Masa Maya belum ada dalam 9 tahun lepas pun Maklang naik a smaller scale Big Splash kat hotel Aseania di Langkawi and my brother screamed,’Jaga…… Ada badak nak turun!!!!’ Gedebush!!!All the air splash out from the pool…….
So, ni nak pegi Bukit Merah, tergoda jugak nak naik Big Splash dia lagi, kalau ada. Tapi, InsyaAllah taklah laju sangat sebab berat badan dah kurang sekitar 6-7kg…..
7 Comments:
kelakorlah part adik hang scream badak nak turun..he..he..
beranilahtu..
mak Lang,
bukit merah kalo nak compare dgn A famosa best lagi A famosa laa hehehe saya dah gi dah arituh tapi kalo gi lama kat bukit merah leh tgk org utan.. tapi water park dia so so la... tak best sgt tapi tak le teruk sgt. selamat bercuti la nanti.. tak lama lagi je tuh :)
This comment has been removed by a blog administrator.
Selamat Bercuti..Nanti MakLang letak ler picture dalam blog ni heh..Leh kami tgk coz lum pernah kesana. Coz masa saya kat Msia anak2 masih baby. Risau tak selesa nanti.
Aaa aah laa. Kena taruk gambar laa next time.
Jo nii ,takut naik apa mender semer. Cuba pun tidak, beratur pun tidak. Seghiyauuu !!!.
maklang berat berapa? Banyak tuh 7kilo.kalau tercampak takpe dalam air jangan tersepit takleh kluar dah ler. anyway selamat bercuti cuti malaysia...
easy: Memang kesukaan maklang naik benda2 gini. Tapi dah tua ni kurang sikit dari jaman muda2 dulu.
ayu: Thanks for the info. Will see nanti macam mana nanti. Mintak2 all goes well, InsyaAllah.
WA: Takpelah .....nanti dah besar2 nanti boleh bawak baru iye dah terlayan di buek eh...
Jo: Takleh lah nak letak gambo. Cekci sangat ngan baju melekat kat badan!!
Anon: Banyak lagi kg's yang nak dikurangkan. Berat sejak azali tapi taklah sampai terlekat kat Big Splash.... Melampau engko ni Anon!!!!
Post a Comment
<< Home