Dari Teratak Maklang

Sunday, February 26, 2006

Sayang anakku sayang.....

Sambungan dari entry yang lalu.....


Masa tu susu dah mula ade. Maklang pakai pump untuk nak express the susu. Dah tu letakkan dalam Tupperware kecik2 yang Cik Abang belikan. Letak nama and time and date kat bekas tu. So tahulah tarikh luput dia. Biasanya 3 bulan boleh tahan kalau simpan dalam freezer. Buat masa ni Hakim masih belum boleh menyusu cuma di masukkan air melalui tiub aje. Seksanya dia masa tu…. Susu2 ,Cik Abang akan hantar ke KMC (Kuantan Medical Center) untuk difreezekan. Fridge kat hotel tu tak ada freezer.

Memang dah menjadi seperti satu routine untuk kami ke GH setiap hari. Setiap pagi selepas bersiap2 kami akan turun ke bilik makan di ground floor hotel. Pada awalnya Cik Abang akan menolak Maklang menggunakan kerusi roda. Boleh dikatakan makanan kat hotel tu kami boleh hafallah. Selesai breakfast, kami berdua akan ke GH untuk melawat Hakim. Dr. nasihat suruh pergi setiap hari untuk nak memberi semangat kepada Hakim. Dengan sentuhan dari kedua ibubapa, InsyaAllah baby akan recover dengan lebih cepat. Kami akan bersama Hakim selama lebihkurang 1-2 jam setiap pagi dan akan pulang ke hotel untuk makan tengahari. Cik Abang samada akan pergi membeli makanan atau akan ke rumah MIL Maklang yang terletak dekat batu 8, Kuantan untuk ambik makanan. Untung ada MIL, kalau tak lagilah makanan tak berjaga. Kiranya Maklang tak pantang lansung kali ini. Makan aje ape yang ada. Hasrat nak mendapatkan susu untuk nak cepatkan Hakim sembuh berkobar2. Dr. nasihatkan supaya tidak mengambil ape2 jamu kerana takut Hakim mendapat jaundis. Maklang akur, biarlah Maklang yang tak sihat, asal Hakim sihat. Hari2 pertama tu memang Maklang pergi melihat Hakim dengan diiringi dengan airmata. Bukan saje nak buat2 tapi memang tak dapat nak control lagi. Anak2 yang lain pulak jauh dan sememang nya kami tak pernah berpisah. Lebih2 lagi Angah yang tersangat manja. Anak2 akan datang ke Kuantan bersama Atok & Wan setiap hujung minggu. Selepas class, petang Khamis anak2 akan tiba dan setiap kali itulah kami akan berpeluk cium dengan anak2. Rindu tak terhingga. Mereka semuanya memang manja dengan kami. Anak2 seronok jugak nak ke hotel sebab boleh pergi swim. Tapi macamana happy pun, mereka masih ingat pada adek mereka yang masih sakit di hospital.Tiba weekend, kami akan ke GH dengan anak2 tapi mereka tidak boleh masuk ke wad Kenanga tu. Di wad itu cuba ibubapa sahaja yang dibenarkan masuk. Kesian mereka. Atok & wan pun tak boleh tengok. Nak intai dari tingkap, kedudukan Hakim di bilik yang jauh dari tingkap. Bilik tu bilik untuk anak2 yang critical sangat. Bilik no.4.Anak2 akan pulang ke Kerteh pada hari Sabtu petang sebab di Kerteh sekolah on Sundays. Masa nak berpisah adalah masa yang paling sedih untuk kami.Angah paling terok sekali sedih dia. Wan kata sepanjang jalan ke Kerteh Angah banyak berdiam dah terdengar dia teresak2 di belakang. Dia tak cakap pada Wan tapi dok bersedih sendiri. Imagine anak2 semua nya masih kecik lagi dan memerlukan kami di Kerteh jugak. Tapi mereka rela tinggalkan kami demi untuk menjaga adek mereka yang masih sakit. Maklang yang kena tinggal di Kuantan memang sebak sangat. Kadang2 Maklang pulak yang menangis. Berat nak lepaskan mereka tetapi lebih berat lagi nak tinggalkan Hakim sendirian di Kuantan. Cik Abang pulak memang sedih jugak tapi terpaksa simpan aje dalam hati. Kalau dia pun breakdown macam Maklang, siapa pulak yang nak be the strong one here???

Alhamdulillah, lebihkurang seminggu Hakim kat bilik No.4, Hakim dah tak kena intubate lagi. Hakim boleh bernafas sendiri tapi masih menggunakan alat bantuan. Pada mulanya Dr. hampir2 putus asa sebab tiada perubahan pada Hakim. Harapan kami juga semakin pudar. Namun doa kami sentiasa bersama Hakim. Dr. kata kalau masih tiada perubahan pada paru2 Hakim Dr. nak buat CT scan pada Hakim. Takut jugak kalau anak kami tak pulih. Namun Allah mendengar rayuan hamba2 nya. Setelah 2 minggu, keadaan Hakim semakin baik dan Hakim dialihkan ke bilik no. 3 iaitu bilik untuk baby2 yang tak berapa kritikal dah. Syukur Alhamdulillah. Masa ni barulah Hakim dibenarkan mengambil susu Maklang. Tu pun dimasukkan melalui tiub. Tiub tu dimasukkan melalui mulut atau hidung dia dan terus ke perut. Bayangkanlah betapa sakitnya dia. Kepala Hakim yang mulanya lebat dengan rambut dah kena cukur sebab Dr. masih nak masukkan ubat melalui urat di kepala dia. Kat tangan dan kaki dah tak boleh nak cucuk lagi sebab urat dah tersumbat. Dr. ada explain tapi Maklang dah tak ingatlah. Setiap kali minum susu tu, kami masukkan sebanyak 1 ml sahaja dalam tiub dan kena tunggu dalam 5 minit, barulah susu yang sebanyak 1ml tu habis. Susu tu keluar setitik setitik melalui tiub itu. Kadang2 Cik Abang yang pegang dan kadang2 Maklang. Begitu juga bila nak ganti pampers Hakim.(Bila Hakim masuk ke bilik ini, barulah kakak2 dia, Atok dan Wan dapat melihat dia dari luar bilik Hakim tu.)


Itulah routine kami setiap hari. Without fail, kami akan berada di sisi Hakim. Cik Abang tak pernah miss sekali pun tapi Maklang adalah 1-2 kali disebabkan kesihatan yang tak mengizinkan. Maklang macam nak demam sebab asyik pergi balik ke GH, waktu malam terutamanya bila kena angin malam, badan mulalah terasa sakit2. Alhamdulillah pada waktu malam Hakim akan dijaga dengan sebaik mungkin oleh kakak2 misi, sister & Dr. yang bertugas. Setelah berada di bilik no.3 lebihkurang 3 minggu, Hakim di alihkan kebilik lain, kami bersyukur pada yang Maha Esa. Kali ini dia di masukkan ke bilik 2, bilik di mana baby yang perlukan less observation. Nak baiklah tu , InsyaAllah.


Kami berkampung di MS Garden selama 40 hari. Hari Maklang ke44, bermakna tamatlah masa berpantang, kami pun bertolak pulang ke Kerteh. Selama 44 hari Maklang berpantang, selama itu jugaklah Cik Abang setia menemani Maklang. Kebetulan masa tu dia bekerja contract dengan 1 company diKL. Jadinya tak menjadi masaalah unutk bercuti. Pada hari itu kami tinggalkan Hakim dengan berat hati buat sementara di bawah orang2 yang kami trust boleh menjaganya dengan baik…..( bersambung)



Dua biji kek birthday yang Maklang hantar ke sekolah Hakim pagi tadi untuk Hakim & classmates


Gambar Hakim & classmates , Class 5 catfish,with their teacher. Cikgu Ju kata today ramai yang absent sebab batuk and demam. Anak2 ni punya lah seronok masa Maklang bawak birthday cakes, chocolates, lollipop and Apollo cakes for eveyone....




Ramainya nak tolong Hakim potong kek...macam potong kek pengantin lak....

4 Comments:

At Monday, February 27, 2006 3:01:00 pm, Blogger aNIe said...

Maklang...alhamdullillah Hakim kini telah membesar dengan sempurna..

Berat sungguh dugaan yang maklang hadapi...hati ibu manalah yang boleh menahan siksanya melihat anak kecil yang belum mengenal apa-apa itu dicucuk di sana sini...kak lady ni melihat anak orang pun kita dah sebak...inikan pulak anak kita sendiri....tu sebab kadang2 kak lady takmo pergi ke wad kanak2...sebab kak lady tak sanggup nak tengok bermacam2 derita yang dihadapi oleh anak2 kat situ...

Kalau kak lady ade 3 dara...1 teruna...kak lady pulak ade 3 teruna & 1 dara....dulu selepas bersalinkan yang kecil...cik abang kesian kat kak lady & takmo bagi kak lady beranak kecil lagi (sebab dia tgk masa kak lady bersalin)...tapi bila sikecit ni dah besar dia mula bersuara utk beranak kecilkatanya mana tau kot dpt yang pompuan pulak...tapi kak lady takmo lagi atas sebab usia & kesihatan...cukuplah apa yang ade...

Agaknya kalau hakim dah besar dan boleh membaca...apalah agaknya perasaan dia bila mengetahui betapa sukarnya dugaan yang ibunya hadapi untuk membesarkan dia...

 
At Tuesday, February 28, 2006 3:02:00 am, Blogger Izhal said...

Mak Lang,

sedih ni... ada ke saya terpikir dalam hati "nasib baik tak jadi kat anak aku..." ini setan la ni... sory maklang terpikir camtu... maklang pasti kecut perut,sebak dada semua cukup yang tak selesa dari segi mental dan fizikal time tu... tapi la ni amacam??? saya doakan maklang and family 'genki' selalu. backup entry ni, besok Hakim dah besar kasik dia baca...

 
At Tuesday, February 28, 2006 9:05:00 am, Anonymous Anonymous said...

anak kita yang cukup bulan pun cinonet. Alhamdulillah anak mak lang yg premature besaq.Cer tengok gambar hakim palinh tinggi.

Psst..kektu buat sendirike? pandai awok decorate ye? HAng mai KL Hakim dapatle hadiah..

 
At Tuesday, February 28, 2006 12:56:00 pm, Blogger maklang said...

Onde:

Sesuatu kesakitan tu dapat mengurangkan dosa, InsyaAllah. Semuga kita menjadi insan yang lebih baik, InsyaAllah....

Hakim kata, thank you for the birthday wish.


Kak Lady:

Satu hari nanti Hakim akan tahu betapa susahnya kami nak dapatkan dia. Dan doa kami sentiasa bersama anak2 kami supaya jadi insan yang berguna ,InsyaAllah..


Izhal:


Yelah, tak pe rasa macam tu. Mintak2 tak terjadi pada Puan Fara bila dapat baby baru.


Makcik Easy:


Ok nanti kita ke KD, kita tuntut hadiah Hakim. Dia kata dia nak hadiah beasr dari makcik dia yang kaya tuh.....

Memang kek tu buat kat kedai kat rumah I. Manalah ada masa nak buat kek le ni. Sibuk buat homework Angah & also dah start project x-stitch lagi....

 

Post a Comment

<< Home