Selamat Hari Bapa, Abah & Abang
Hari ni ialah Hari Bapa...Ucapan tahniah untuk Abah tersayang dan Cik Abang tercinta sempena Hari Bapa ni.
Tatkala catatan ini dibuat, Abah telah pun selamat sampai di tanah suci Mekah, InsyaAllah. Petang tadi, Abah dan isteri tercintanya, mak maklang telah berangkat ke Mekah untuk menunaikan ibadat Umrah. Alhamdulillah harapan Abah nak menunaikan umrah tahun ini tercapai juga akhirnya. Agak lama jugak Abah tak pergi ke Umrah. Terakhir kalia ialah lebihkurang 5-6 tahun yang lepas. Sekali lagi maklang panjatkan Syukur kepada Allah swt kerana menyampaikan hajat Abah.
Abah maklang adalah bekas seorang pegawai kerajaan. Alah pejabat kerajaan yang ada berkaitan dengan pokok2 getah ni. Abah kerja kat sini sejak dari Abah muda sampai Abah pencen. Walaupun gaji Abah masa muda2 dulu tak besar mana tapi Abah dapat membesarkan kami 4 beradik dengan sempurna. Tentu sekalilah dengan bantuan dari seorang isteri yang dikasihinya. Disamping bekerja sebagai pegawai kerajaan, Abah juga rajin berniaga kecil2an. Abah berniaga carpet, pinggan mangkuk, kain2 dan juga ada sebuah kedai runcit kat depan rumah. Kedai runcit ni dijaga oleh bapa Abah ( sekarang dah arwah...Al-Fatihah). Kerja Abah sebagai pegawai kerajaan masa tu tak menentu, kadang2 balik awal dan kadang2 lewat sangat. Maklumlah Abah kena kerja diluar2 bandar, nak cek kebun2 kat kampung2. Sebelum Abah pergi kepejabat, Abah akan ke pasar dulu untuk nak beli bahan2 basah seperti ikan, sayuran, ayam dll untuk diletakkan di kedai runcit. Lepas solat Subuh, Abah dah keluar ke pasar. Balik dari pasar, Abah akan ke pejabat bersama mak (mak ngan Abah kerja satu opis).
Abah memang rajin berusaha untuk nak menaikkan taraf hidup kami. Alhamdulillah masa kami kecik2 dulu, hidup kami sederhanalah. Mula2 kawin dulu, Abah cuma ada sebuah motosikal aja dan setelah beberapa tahun, Abah mampu beli kerete. Masih ingat lagi, kerete feberet Abah dan kereta yang paling dia mampu ialah kereta Volkswagen. Lama2 bila taraf kehidupan kami bertambah, Abah dapat jugak beli kereta baru. Masa tu pun kami dah berpindah dari rumah kampung ke rumah kami yang sekarang. Alhamdulillah, kehidupan bertambah baik berkat usaha gigih Abah dan berkat berjimat cermat Abah. Syukur jugak Abah dapat menunaikan haji masa umur Abah baru 41 tahun. Lepas balik dari menunaikan haji, rezeki Abah melimpah ruah. Abah dapat pulak pergi melancung keluar negeri . Setakat ni banyak jugaklah tempat2 yang Abah dapat lawati. Mungkin jugak berkat Abah yang tak pernah lokek dengan ibubapa Abah dan juga adek beradek Abah. Juga pada kami anak2 Abah.
Maklang masa kecik2 memang anak kesayangan Abah. Memang rapat sangat dengan Abah. Yang paling maklang ingat ialah masa maklang nak kawin, Abah merajuk. Semuanya bermula bila Abah bergurau pasal bunga telor maklang untuk nak bagi pada tetamu. Entah macamana maklang tersalah cakap dan Abah merajuk. Masa tu risaunya sebab Abah macam diam aje. Tak nak bercerita langsung pasal hari perkahwinan maklang. Mak kata Abah tu sebenarnya sedih maklang nak bersuami. Maklumlah, maklang yang paling rapat dengan dia. Lama nak pujuk Abah, Alhamdulillah lama2 hilang jugak rajuk Abah apabila hari perkahwinan kami semakin dekat.
Sekali lagi, masa kami tengah buat rumah yang kami duduki ni. Abah merajuk masa nak buat tangga kat tepi rumah ni. Masa Abah komen tu, tangga tu dah pun siap kena tile. Abah berkeras suruh letak tile yang berbunga macam yang kat pintu masuk rumah ni. Abah kata kalau tak buat tangga tu nanti rumah ni macam cacat aje. Cik Abang kata tak payah tukar sebab dah disiapkan oleh tukang. Sebab tu aje Abah merajuk. Mood Abah langsung hilang. Maklang tak tau nak buat apa. Langsung maklang talipon MIL and suruh MIL pujuk Cik Abang supaya ikut aje cakap Abah. MIL kata ke Cik Abang, kalau harga nak buat tangga tu tak sampai 1K, maka buat ajelah. Alhamdulillah bila MIL cakap macam tu Cik Abang pun nak tukar tile tu. Lepas tu barulah kami nampak Abah senyum. Puas hati Abah nak tengok tangga tu jadi camtu agaknya. So, sekarang tangga tu dapat namalah, 'TANGGA ABAH'.
Sempena Hari Bapa, maklang nak ucapkan ribuan terimakaseh yang tidak terhingga pada Abah. Abahlah tempat kami mencurahkan masalah (of coz tak lupa jugak kat mak). Abah jugalah umpama "bank" bergerak kami bila2 kami kesempitan wang. Doa kami sekeluarga moga2 Abah akan dimurahkan rezeki, dipanjang kan umur, diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dibawah lindunganNya. We love you Abah....Jasa Abah tak dapat nak kami balas, cuma kasih sayang kami sahaja yang dapat kami curahkan ....
Untuk Cik Abang tercinta jugak, Selamat Hari Bapa diucapkan. Terimakaseh kerana menjadi seorang bapa yang amat mengasihi anak2nya. Semuga Abang tercinta jugak dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik dan semoga berada dibawah lindungan Allah swt sentiasa. I love you....
Juga untuk semua Abah yang membaca ...maklang ucapkan Selamat Hari Bapa...
19 Comments:
ML a nice entry:)without them who are we kan?May ALLAH bless them always..amin.
Happy father's day!
Happy Father's Day to all!
Maklang,saya tak sempat buat mee rebus pasal dok sibuk celebrate Father's Day. Mayb next week but mmg tak sabar nak masak..:)
selamat hari bapa utk abah maklang.. dan mereka dapat mengerjakan umrah dengan sempurna..
mak dan ayah zino baru je balik dari mengerjakan umrah..
bila la saya nak pi haji ni...
thank you maklang... orang pertama ucap hari bapa kat saya :)
Selamat hari bapa ke semua bapa n semoga abah mak lang selamat pergi dan pulang dar menunaikan umrah...
Kak elle:
Betul tu kak elle, tanpa mereka siapalah kita. Moga2 semuanya selamat di sana, InsyaAllah...
AM:
Cik Abang kata Thank you!
Sherin:
Kalau dah masak tu jangan lupa makan untuk maklang sekali, ye!
Zino:
Thank you on behalf of Abah. Alhamdulillah parents Zino dah selamat pulang. Moga2 parents maklang pun ok kat sana, InsyaAllah!
Izhal:
InsyaAllah sampailah tu.
U are very welcome.
Shima:
Thank you!!
Mak Lang, teringat bila mula2 my Abah tak berkenan dgn pilihan my sis, sampai masuk hospital. Ler ni, tak sabar2 nak ke Kuala Trengganu tenguk cucu, dan sayang sungguh dgn menantu. Gitulah, hati seorang bapa dgn anak gadisnya, rupa2nya dalam diam takut kehilangan agaknya..
pengorbanan mereka tak ternilai kan mak lang?
i wonder saya dengan anak2 macam mana agaknya.
Maklang...mengenang jasa abah, ayah atau bapa...memang akan membuat kita terharu....terharu dengan pengorbanan mereka selama ini....dan terima kasih yang tak bersempadan untuk mereka kerana telah menjadi abah/ayah/bapa yang baik dlmm hidup kita
SELAMAT HARI BAPA UNTUK SEMUA...esp for Abah Maklang.
Semuga parents Maklang selamat mengerjakan umrah. InsyaAllah...
Happy Father's day to all fathers out there...
adah...
agaknya semua bapa2 macam tu kot. ibu2 pun sama sebenarnya!
apa add ke url adah? maklang dah tak jumpa balik!
mamasarah:
memang betul tu. harap2 anak2 kita pun sayang kita macam kita sayang mereka, InsyaAllah!
Kak lady:
Kasih bapa pada anak memang dalam tapi bagaimana pulak sebaliknya ye?
Yus:
Thank you! (on behalf of Abah)
Kak Nong:
InsyaAllah kak. Semalam ada talipon and Alhamdulillah semenya sihat!
ML TEMPAT NI JAUH KE DARI TEMPAT ML?
Radius Resort Villa
Kak Elle:
Cuma 15 mins away...nak ke sana ke?
Bestnya kalau dapat jumpa!
insya'allah satu hari nanti akan kesana.I received an email recommending Radius kat T'ganu.I am on 2 days medical leave mlm smlm demam dan mengigil-siang2 macam biasa bila balik kerja badan dah rasa tak sedap.This morning jumpa GP dia bagi 2 hari MC bolih lah rest.Adah kalau baca mesti dia senyum:)haha
happy otochan day...nee days ago...
selamat ari bapa...2 hari yg lpas..
Kak Elle:
Sian dia...semuga cepat sembuh kak. Apa Adah punya url apa?
adah takde URL
Post a Comment
<< Home