Percutian bulan Maret 2006, Part 1
Alhamdulillah, Maklang dah kembali ke Malaysia hari Ahad lepas. Seronoknya dapat jenjalan makan angin bersama anak2 dan Cik Abang, Wan and Atok. Mendarat di KLIA jam 6:50ptg. Alhamdulillah dengan excess baggage,kami tak kena bayar lebih and bila tiba kat sini tak kena cukai...
Sebenarnya dah nak post last nite tapi bila nak masukkan gambar, payahnya lah. Tak mahu dia load. Ada sesapa boleh tolong tak? Cuba 5-6 kali but still dia tak load. Biasanya tak sesusah ni. So, ni maklang masukkan entry ni dulu and then baru mab=sukkan gambar, kalau dapat malam ni ke...
Yang dibawah ni dah di type masa di Jakarta tapi tak tahu macamana nak excess internet kat rumah Aunty S, connection ada, tapi tak tahu nak buat camana , lagi pun tak sempat sebab asyik keluar jenjalan je...
First of all, many thanks to Aunty S, Uncle R, Kak Y, Abang Ed, M & Hubby, S & hubby and anak2 & all in Jakarta, termasuk Pak Supir and bibik2 and also Bik Iches di Bandung & Family ( adek Uncle) for making our stay a very enjoyable one and a very pleasant one... Jangan serik... kami nak datang lagi kalau ada rezeki....
9 hb March 2006
We started off from the house at about 11:00am. Singgah sat kat Kuantan and TEmerloh sebab ada hal yang perlu diselesaikan sebelum nak cuti panjang ni...Abang berhenti solat Jemahat di Batu 10, Kuantan. Sementara menunggu, Maklang bawak anak2 ke Kedai Shamul World Trade Center. Strategik jugak berenti kat situ, kami bershopping buku rujukan Nadhirah. Lepas solat, kami meneruskan perjalanan ke Temerloh. ALhamdulillah benda2 yang nak diuruskan selesai pun...Penatnya. At last kami tiba di KL jam 6:30pm. Jem tu biasalah kan sebelum tiba kat rumah Ereen (my sister) di PJ. Masuk sat, Maklang and Cik Abang pun terus aje ke hospital nak melawat Pak Itam yang tengah sakit kat hospiatal Damansara. Sedih betul tengok Pak Itam. Alhamdulillah dia nampak sihat walaupun tengah sakit. Bila Maklang tanya if dia kenal Maklang, dia kata’ I love this girl’… Sedih Maklang dengar. Maklang suruh dia selawat dan berzikir selalu. InsyaAllah dia ok. Kami pulang ke rumah Ereen jam 9:00 malam. Malam tu rasa flat betul . Letih sebab perjalanan ke KL tu. In total about 7.5 hours baru tiba di destinasi…
10 hb March 2006
Kami bertolak ke Silibin, Perak pukul 9:00 pagi. Wan buat roti canai. Maklang rasa je. Tak leh makan bebanyak sebab cadang2 nak makan kat rumah orang nak tunang ni. Tiba di tol Ipoh round 11:00 kot. We stopped at Jaya Jusco sebab nak beli barang sikit. Last shopping before we left for our long holiday. Majlis pertunangan started at about 2:30pm. Oklah. Rupanya family belah girl ni ada ala-ala mami jarum. Cakap depa-depa and all. The food was good. Makan banyak lah…Left the function at almost 5:00pm and reached Kuala Lumpur almost 7:00pm. Mandi sat and bersih2kan badan. Then Maklang and Cik Abang went to Jaya Supermarket sebab nak tukar duit. Malangnya the pengurup wang was closed. Membazir je dok pusing2 kat parking Jaya yang sempit tu. Hampeh… Masa tu dah dekat 8:20pm. Pusing gak 2 kali kat around PJ tu nak cari kot2 ada pengurup wang lain tapi tak dak pung….. Then cepat2 ke MidValley. Parking punyalah susuah. Dekat 10 mins baru dapat. Maklang suspense gak sebab takut nanti tak sempat nak tengok Pak Itam sebab visiting hours close at 9:00pm kat ICU tu. Tukar duit kat pengurup wang yang can give us the beast deal. Dapat yang paling best tapi duit dia lak tak cukup. Terpaksalah gi kat yang second best. Tukarlah duit yang ade. Yey… Yey… Kami jutawan Indonesia aja….. Kalau betul ok gak tapi susah kot kalau kaya2 ni… Cukuplah sekarang dengan ape yang ada. Then we went to the hospital . Tiba at about 9:05pm and dapat lah tengok Pak Itam. Dia dah macam meracau. Rasanya ada yang mengganggu. Maklang told him that all of us nak gi ke Jakarta the next morning and could not visit him the next day. Dia kata’ Pergilah… Eloklah tu jumpa family…’. We left about 10.30pm. Malam tu tidur almost 1:00am. Loteh nya…..
12hb Maret 2005
Woke up at about 5:00am. Nak kena siap awal sebab ramai yang kecik2 ni. Cik abang mandi first. Anak2, kakak yang mandikan. Alang and maid dia, and kakak earlier had prepared the breakfast. Nasi goreng and sandwich telor. Malam tadi maid Alang dah goring ayam. Bangun tadi, Cik Abang dah kata yang flight patutnya jam 10:20am and not 9:20 am yang Maklang cakap tu…. Tapi tak pe we left the house early gak about 7:00am sebab since dah siap jalan jelah… tiba airpot jam 7:45pg. Terus nak check-in. Lama nya…and ramai nye nak ke Jakarta…..kami hari ni kena cakap bahasa Indonesia ya…. Anak2 were so excited and as usual ter’over’ dengan perangai dia… Sabo je laaa….
After dah checked-in, we had breakfast ngan bekal tu. Tinggal sikt2 jelah and we brought to Jakarta. Flight delay 20 mins. First time naik Air Asia. Rasanya macam naik bas je.. Tapi all in ok laa… Yang tak tahan nya bebudak nilah. Dia boring gaknya dan tak sudah2 dok main table tu sampai kita nak tidur pun tak leh… Kejap dia bukak and tutup meja tu and panjat2. Terok betul...Agaknya boring kot. Nak2 si Hakim. Macam tak pernah naik plane pulak. Geram aje.
We landed at JakartaAirport di Cenkareng jam 11:40am. Aunty S and Kak Y & hubby (Abang Ed) and also Uncle R were there. Kak Y kata she was so surprised to me… Slim dikit katanya…. Syoknya Maklang dengar….. Tiba di rumah Aunty about one. Rumah Aunty terletak di Pondok Pinang. On the way ke sini kami lalu kat Bandar Jakarta. Banyak betul perubahan . The last time I was here was 15 years back!!!. Mananya tak berubah….Yang Maklang kagum tu kat tepi2 jalan banyak betul orang jual2 pokok bunga. Macam ada nursey gituh… Pokok2nya segar-segar bangat…After lunch , masing2 berehat. Cik Abang tidurlah ape lagi. Nak lepaskan penat tadi sebab bangun terlalu awal.
Petang after asar, about 3:30pm we went to Mall Pondok Indah. On the way there, we lalu kat rumah Inul ….alah raja gelek maut Indonesia tulah. Rumahnya gedek…di Pondok Indah. Pondok Indah ni kiranya rumah dia besar2lah. Tapi kat sini rumah2 dia bungalow tapi dekat2 sangat. Tak ade macam kat Malaysia punya rules yang kata kena ada 5 meters punya space at the side of the house tu. So nampak congested sangat macam kat Singapore. Pergi cuci mata aje kat Mall tu. Tengok gak handbag, tapi rata2 barang2 dia lebih mahal dari di Sogo or Metro KL. Cik Abang as usual, mencari map of Jakarta dulu ( Memang normally di mesti cari map dulu kalau kemana2). Balik dekat nak Maghrib. We had dinner, roti canai from Malaysia yang Wan buat and also murtabak Indonesia. Sedap murtabak dia. Kulit dia crispy and banyak telur. Dia tak spicy macam Malaysia punya. Adek Aunty S, M and her husband came. M dengan Maklang beza umur cuma setahu. Adek M, S tinggal dengan Aunty S kat rumah ni. Kak Y and Abang Ed pun datang and berbual2lah sat.Malam tu lepak habis…
13hb Maret 2006
Pagi tadi bangun awal sekali. Jam setengah enam. Tapi waktu disini masih jam setengah limak… Cik Abang bangun solat dan terus aja mandi. Maklang mandi awal jugak. Di sini kalau 6:30 tu dah terang sangat. Yelah kalau kat Malaysia dah pukul 7:30 pagi. Kami had croket (?), riselle and lontong sayur. Sedap2 belaka. Naiklah berat badan gue.
Jam 10:30 kami bertolak ke Taman Mini tapi setibanya di Taman Mini, bapak pengawal bilang, hanya Taman burung aje yang buka. Jadinya kami tak jadi pergi dan terus aje tukar plan. Kami pun ke Ancol. Masuk jalan ke Ancol, Aunty S salah bagi direction pada Pak Supir, langsung sesat ke Tanjung Periok. It took us almost 1.5 hrs to reach Ancol. Macetnya ya amat. Alhamdulillah tiba di destinasi pukul 12:15. Disebabkan Maya dah lapar, kami pun bentang tikar and berpiknik. Aunty S dah suruh bibik2 buatkan ayam goring, nasi & sambal telur. Sedapnya makan kat pantai. Dengan angin2 sepoi bahasa makan 3 pinggan pun tak jadi hal. Tu Cik abang lah tu . Nasib baik Maklang boleh control. After that, all of us minus Maklang had ice cream.
About 2:00 we left for seaworld. Best jugak. Kalau compare ngan Aquaria kat KLCC tu of course yang kat Maysia tu lagi besar. Tapi kat sini ikan2 dia lebih yang gedek2 dan shark dia lebih banyak lagi. Sempat tengok mereka feed the sharks and also bottlefed the ikan duyung (dugong). Cara pengawal tu bagi susu kat duyung tu sama macam masa kita feed baby. Dipangku dan kemudian di feed dengan bottle. It was a good one. Ada 3200 ekor ikan kat sini. As usual bila keluar tu nak beli fridge magnet tapi tak ada. So belilah mug kecik . Harga dia 25000 rupiah. Kalau pandang pada harga memang takut, tapi bila convert jadi RM 10.00 aje. Oklah tu. Then we bought a plate yang letak gambar budak2 kena makan ngan shark. Harga dia 35000 rupiah je. Reasonable jugk. Then ke Pasar Seni. Ada gambar yang kami minat tapi tak ada pulak tuannya. Abang nak cari gambar yang Bali tu, yang daun2 dia very green and kalau lily dia mekar and segar. Memang dah lama Maklang minat gambar ni tapi tak dapat2 lagi. Ingatkan nak hang kat atas kepala katil in my bedroom. Tu yang dia semangat sangat nak cari gambar tu. We left Ancol about 4:30 sebab nak kejar waktu asar. Malang nasib kami sebab macet dia amatlah terok. Kami tiba kat rumah kurang lebih jam 6:40pm. Dah maghrib dah.Punyalah macet jalan di Jakarta dia…..
Now ni tengah separuh jaga. Tu yang kena type cepat sebelum Maklang tertidur lena….Penat sekali… Ok ya nanti kita jumpa lagi….
(The above was recorded during my stay in Jakarta, kat bilik atas kat rumah Aunty S... Maklang akan sambung lagi bila ada kesempatan. InsyaAllah malam ni... problem gambar nak load tu tak tahu macam mana nak buat.... help!!)
12 Comments:
Assalamualaikum maklang,
Hehehehe dah baca baru tau apasal maklng nya title tiba2 lain bahasa hehehehe... bestnya jln2...
Waduh waduh...maklang pergi berlibur di Indon rupanya...patutlah senyap saja beberapa hari ni...heheh
Banyak kah ole-ole yang di bawa pulang?...
Maklang...kak lady ni akan menanti photo-photonya....
Selamat pulang Maklang...
ingatkan makan angin KL je rupanya lepas ke seberang ye... tak beli kretek banyak2 ke???
nampak macam 10 dan 11hb paling penat... 12 paling syok pasal dok kat tempat lain dan passport dapat chop... 13 climax, layan bintanag laut... tapi belum habis cerita kan... tak taulah climax dua tiga kali ke...
oh saya pon ada dua entry tak bergambar pasal blogspot ada masalah sket... la ni macam dah orait je...
Saya dok tunggu gambar ni Maklang... cam gini le bila jadi 'armchair traveller' ni,nak pegi sendiri takde peluang so tengok gambar orang lain dan berangan je le.... hehehe :-)
Sounds like you had a good holiday, bagus untuk recharge battery, kan?
Oh MakLang berlibur. Patutlah senyap je.
hihih maklang nih rupanya keturunan boyan yer. generasi keberapa. ala ala pati lah ya. maklang dah ada i.c ker malaysia ker.
Ella:
Berangan le tu nak cakap macam orang Indonesia...tapi tak jadi. Cakap nogori tu pas le...
Onde:
Memang barangan kat Jakarta memang murah. Di Bandung & Tanah Abang & Cipulir lagi murah. Mabuk shopping jadiknya. Excess baggage sampai 40kg. Sib baik tak kena charge!!!
Kak Lady:
Cuba nak upload gambar malam tadi masih tak dapat. Buat yang Onde kata tu pun masih tak berjaya. Nanti weekend ni cuba lagi. tu pun kalau ada masa. Ingatkan nak ke KB tengok Pak Cik kat sana yang tak berapa sihat.
Izhal:
Thank you for the wish. Rokok tak beli. Kena 'Tak nak' punya kempen . Lagi pun Cik Abang tak smoke.
Nanti Maklang sambung cerita. Seronok jenjalan.
Jie:
Memang it was a superb one. Kalau cuti je and bebudak tak naik sekolah lagi, mau di sambung cuti tu. Tapi baru bulan 3 and cuti dah tinggal 15 days je!!!
Keng:
Handsome sikit sekarang ni?? Maklang cuti kat Indonesia. Bawak budak2 and parents jenjalan makan angin sampai jumpa sedara yang menetap di sana.
Anon:
Salah faham kot awak ni. Maklang tak de keturunan boyan. Makcik Maklang kawin dengan Duta Indonesia. Dulu Duta tu was posted in Malaysia some 50 years ago dan mereka got married and merantau around the world as the ambassodar from Indonesia to Iraq, China, USA etc. Now Uncle dah pencen so dia menetap di Jakarta.
Itulah cakap bebaik sikit. Maklang ni asal keturunan orang Melaka. Maid saya pun bukan PATI. Tapi kenapa kalau kebanyakkan orang di Malaysia kalau dengar PATI or Indonesian/ Jawa ni macam rasa kita ni best sangat. Sama macam ada officemate Maklang. Pada Maklang everyone is equal dijadikan Allah. Tak baik menghina. Boyan ke, Jawa ke, Melayu ke, China ke, or India ke or even Mat Salleh... semuanya equal belaka. Hati tu yang mesti baik. Itu yang Allah kira....
saya pon tak paham, kenapalah orang kita nih bangga bangga lah sangat bercuti ke oversea" lah konon padahal p kat indonesia jer . kat mesia nih jauh lebih best..segala galanya jauh lebih best.
Anon:
Allah Taala bagi rezeki, kita gunakanlah sebaiknya. Apa salah nya nak gi sana. Maklang cuma nak share ngan kenkawan yang nak tahu, yang anon tak puas hati tu kenapa? Itu aje yang termampu ...nak gi Jakarta je.
Malaysia tu memang best... tapi kita cuma nak tengok kat tempat orang je...
Mak lang...kak lady ni malam tadi pun cuba upload pic tapi tak boleh lah..ade problem ngan blogger kot...
bestnye bila baca cerita mak lang berpiknik kat tanjung periuk..dengan angin yg sepoi2 bahasa....teringat kat lagu sheila majid tu...antara anyir dan jakarta , kita jatuh cinta...bla3x...bestnye. kira tension semuanya sure hilang punye ya?
kelakar dan 'ter'ketawa besar tapi sakit jugak hati ni bila baca ada orang yang MACAM JELES aje mak lang dapat makan angin ke jakarta..apalah anonymous(no 1) ni....kalau dah tak dapat bercuti tu baca and tengok ajelah blog orang, tak yah nak cari2 hal dengan org lain...kita berblog happy2 nak tukar2 cerita and life experiences apalah salahnya...org lain takdelah nak mengata2 and ngutuk2 bloggers lain macam awak nuh...tak malu ke...?!!sorila eh? saya ni skit tak berkenan pada org yg takleh tengok org lain senang...kalau pun mak lang boyan..ke jawa ke bangla ke SO WHAT?(ni dah emotional skit...macam kat drama tuh...)ALLAH SWT dah jadikan manusia ni sama semuanya dari tanah liat aje..tak yahlah nak jeles2.kalau org ada rezeki lebih dari kita pun kita patut happy untuk org tu...jgn ada rasa iri sebab segala yg ALLAH dah tentukan untuk kita adalah yang terbaik untuk kita. mungkin dgn adanya harta yg lebih tu akan membuatkan kita lupa daratan ke, kurang ingat pada DIA ke,apa2 ke lah....mana tau,kan?so takyahlah nak jeles...REHDO jelah..
lagi satu...eh best apa pegi oversea?memanglah malaysia pun best..tapi dapat tengok negara org lain pun best jugak...apa salahnya, kejadian ALLAH..yg kita nikmati ni mengkin akan membuatkan kita lebih bertakwa...insya-ALLAH
mak lang....i am happy for you and i am sure org lain pun begitu juga..(yang mempunyai mentality org yg bertamadun la...)...tak sabar nak tengok gambar2 tu...cepatle uploadkan!
Anon 2:
Relax laa... tak pelah ape orang nak kata pun. Asalkan yang kita buat ni ikhlas sudah. Allah Maha mengetahui!. Maklang nak cuba upload gambar tapi tak dapat2. Agaknya kena tunggu weekend biar anak Maklang buatkan. Dia terror sikit bab2 ni. Tunggguu.....
Post a Comment
<< Home