Dari Teratak Maklang

Tuesday, June 20, 2006

Pak Itam

My heart sank today masa dapat sms dari my cousin saying this:

“Not good. Condition is worsening”

It was actually a respond to the sms that I had sent to him earlier. Pak Itam is now admitted in HUKM due to lymphoma cancer. And the cancer is already in stage 4.


Sedih sungguh rasa hati mengenangkan Pak Itam yang sedang terlantar sakit di hospital. 4-5 hari yang lepas kami juga menerima panggil dari Wan di JB mengatakan keadaan Pak Itam. Anak sulung Pak Itam, Abang A, ada menalipon Atok dan Wan di JB untuk nak beritahu keadaan Pak Itam. Bila dapat berita tu maklang pun talipon Abang A nak tanyakan kabar Pak Itam. Masa tu Abang A kata Pak Itam muntah darah. Bila Dr. check Dr. kata itu cuma ulcer sahaja. Tak perlu nak worry sebab bukan cancer dia yang pecah. Alhamdulillah. Tapi Pak Itam cuma perlu diobserve kat hospital aje.


Masa kami melawat Pak Itam 2 minggu lepas, nampak Pak Itam terbaring aje atas katil dia. Dia tak banyak cakap. Masa Cik Abang duduk sebelah Pak Itam, Pak Itam nangis sambil bertanya kat Cik Abang if isteri dia dah meninggal (Pak Itam memang dah banyak lupa2 pasal perkara2 semasa ). Masa tu jugak dia terbaca kertas yang ditampal oleh anak2nya mengatakan yang isterinya dah meninggal pada bulan Januari 2005. Masa tu jugak Pak Itam menangis lagi mengenangkan isterinya yang telah pergi. Isteri yang sangat dikasihinya. Sejak pemergian isterinya kesihatan Pak Itam deteriorates. Pak Itam selalu menangis mengenangkan arwah Mak Ngah (isteri dia). Tiap kali bercerita Pak Itam pasti memuji arwah. Seorang isteri yang baik, tak pernah demand, tak pernah bising pasal apa2 pun. Arwah cuma seorang suri rumah dan Pak Itam seorang pegawai kerajaan yang agak berpangkat. Jadi tiap kali Pak Itam bekerja di luar, arwahlah yang menjaga kebajikan anak2 dan rumahtangga. Cuma apabila anak2 telah dewasa barulah arwah dapat mengikut Pak Itam apabila Pak Itam bertugas diluar.


Maklang pernah tinggal bersama keluarga Pak Itam selama 5 tahun. Itupun diajak Pak Itam. Masa tu maklang baru aje habis belajar dan baru dapat kerja di KL. Tak ada tempat nak tinggal di KL. Lantas Pak Itam mengoffer maklang untuk tinggal bersama keluarganya. Dia kata tak elok anak dara tinggal sendiri. Bukan tak ada family di KL. Begitu concernnya Pak Itam terhadap anak saudaranya yang seorang ni. Masa tinggal di rumah Pak Itam, maklang pergi kerja pun di hantar. Balik juga dijemput. Sampailah bila Pak Itam nak pencen, Pak Itam kata yang dia tak boleh dah nak hantar maklang ke pejabat lagi. Jadi terpaksa lah maklang naik bas ke pejabat. Tapi tu pun tak lama sebab tak berapa bulan lepas tu, pejabat maklang berpindah berdekatan dengan kawasan rumah Pak Itam.


Masa maklang tinggal kat rumah Pak Itam, maklang memang takut nak balik lewat. Pak Itam ni sungguhpun lembut orangnya dia sangatlah strict pasal2 pergaulan ni. Maklang pun kalau balik office paling lewat jam 7:00pm. Jarang lewat dari itu. Pernah satu kali maklang pergi office punya function and came back very late. Tapi dengan officemates je, ramai2. Masa balik tu Pak Itam yang bukak pintu. Dia tak tanya apa2 tapi the next day tu kenalah menjawab. Dia kata, ‘Apasal balik lewat? Pergi mana?’. Nasib baik tak kena marah dengan Pak Itam bila beritahu yang maklang Cuma attended office dinner.


Masa maklang belajar kat US dulu pun Pak Itam ada datang ke tempat belajar maklang. Kebetulan anak Pak Itam pun belajar satu uni dengan maklang. Anak dia, Abang M kata yang Pak Itam nak datang dengan isteri dia and anak bongsu dia. Abang M kata Pak Itam nak belanja maklang , nak bawak ke DC dan ke LA. Seronoknya. Masa tu terima ajelah. Best jalan2 dengan dia. Masa dia gi meeting, kami dibawa pergi melawat sekitar DC dan pergi membeli belah. Tulah antara kenangan manis dengan Pak Itam dan keluarga.



Sekarang ni Pak Itam terlantar sakit. Hanya doa saje yang dapat maklang panjatkan pada yang Maha Esa. Moga2 semuanya selamat, InsyaAllah…

Pak Itam…you are a man with a heart of gold….May Allah Bless you Always, InsyaAllah......

12 Comments:

At Tuesday, June 20, 2006 9:44:00 pm, Anonymous Anonymous said...

asslmkm...ni alang...alang nak pegi ke hukm...tapi tak tahu bila lagi...sebab ada presentation on thursday morning...nak mati rasa tak siap kerja.mintak2 after presentation tu nak chow ke sana sat. last week kat hosp tu alang tengok pak itam terlantar. he didn't even remember me...at that time it was all observation aje, nothing active.vital signs were good.tak taulak baru2 ni he deteriorated. i really hope that i won't be too late to see him. kesian tengok dia. i wonder if his L in Q knows about him being sick here. i have asked abg A ..i think he's in a dilemma whether or not to tell her.Ya Allah pjg kanlah umur pak itam dengan kebaikan...AMIN.

 
At Tuesday, June 20, 2006 9:53:00 pm, Blogger maklang said...

Alang...

Iye...samalah kita berdoa. Maklang pun dah cakap kat Abang A suruh tell L di Q. I have already YM but no replylaa... I hpe its not too late for L to be back here!

Haa...ni pakai tmnet eh....

 
At Tuesday, June 20, 2006 10:44:00 pm, Blogger Sherin de Souza said...

Sherin pun turut mendoakan untuk Pak Itam. Kesian dia, sakit tu..

 
At Tuesday, June 20, 2006 11:44:00 pm, Blogger zino said...

hanya doa yang boleh mengiringi pak itam sekarang ni..

HUKM tu tak jauh dari rumah zino..

 
At Wednesday, June 21, 2006 8:53:00 am, Anonymous Anonymous said...

Semoga Pak Itam tak suffer towards the end sama2 kita berdoakan.ML my brother also had lymphoma at that time he was only 32yrs after chemotheraphy he was well but relapsed 4 yrs later and pergi kepada Nya dgn tenang on the day my sis left for home in the states.We were at the airport sending her off,she was here for 2 weeks to visit him and he was waiting for her all these time to see her before he leaves us...that nite we visited him he told my sis to take care as doubts he can her again..sedeh bila mengenangkan ... ni airmata dah meleleh pun.He left behind a 6 yrs old daughter and 2 yrs old son but now Hajar 2nd yr in uni and Asykari dah menengah 3 alhamdulillah keluarga arwah selalu dpt bantuan dari kami adik beradik walaupun hanya sister in law every function we will include her.
I faham dan sedeh pada Pak Itam dan berharap die akan pergi dgn tenang didampingi olih keluarga tersayang.

 
At Wednesday, June 21, 2006 10:47:00 am, Blogger Ayu Mohamad said...

semoga Pak Itam maklang akan sentiasa dilindungi Allah. Moga Allah ringankan beban maklang sekeluarga..

 
At Wednesday, June 21, 2006 12:54:00 pm, Blogger Izhal said...

Ya-Allah ya Tuhanku, selamatkanlah Pak Itam dunia akhirat,Amin-amin yarabbal al-amin...

ps-rapat maklang ngan pak itam ni ye...

 
At Wednesday, June 21, 2006 6:32:00 pm, Blogger Kak Teh said...

Maklang, sama-samalah kita doa supaya beban kesakitannya diringankan...Insyaallah.

 
At Wednesday, June 21, 2006 7:01:00 pm, Blogger UglyButAdorable said...

ML i'm just out of words....cancer..i've seen to much of this..i just hope Pak Itam will stay stronger and may Allah bless him.

 
At Wednesday, June 21, 2006 8:47:00 pm, Blogger maklang said...

Sherin:

Terimakaseh...kerana mendoakan Pak Itam..moga2 dugaannya mudah, InsyaAllah


Zino:

Terimakaseh...Kalau sempat bolehlah melawat Pak Itam. Dia kat ICU!


Kak Elle:

Terimakaseh!


Ayu:

Thank you.


Izhal:

Thank you. Memang maklang agak rapat dengan Pak Itam sebab pernah tinggal kat rumah dia .


Kak Teh & Adorable:

Thanks so much for the doas. May Allah Bless Pak Itam, InsyaAllah...

 
At Wednesday, June 21, 2006 9:27:00 pm, Anonymous Anonymous said...

Mak Lang, semuga diberi Allah kemudahan dan ketenangan kepada Pak Itam. Insya'Allah.

 
At Wednesday, June 21, 2006 9:54:00 pm, Blogger maklang said...

Adah...

Insyaallah...mintak2 semenya mudah baginya...

InsyaAllah besok kami akan keKL nak melawat pak Itam...

 

Post a Comment

<< Home