Dari Teratak Maklang

Tuesday, August 08, 2006

Jom berangan

Alhamdulillah hari ni siap jugak kain tudung yang Kak A Pot Pet pesan semalam. Siap sulam ajelah. Belum kemaskan lagi dan tampal berlian. Lengoh jugaklah menunggu sulam tu . Dari pukul 8:00 pg sampai ke 5:00ptg. One full day’s work. Macam masuk pejabat. Cuma berenti makan dan solat Zohor aje.


Tadi tengahari Cik Abang balik awal. Katanya baru balik dari ambik passport dia kat Imigresen. Kat sini kalau buat paspot, dekat 1 minggu baru siap. Kalau nak cepat kena terus buat kat KT. Kalau nak buat permit pembantu rumah pun kena terus ke KT. Kat sini tak ada. Masa macam nilah susah sikit sebab kena ambik cuti. Kalau dulu masa kerajaan tutup 2 hari Sabtu, boleh lah pergi Hari Sabtu yang they all tak tutup.


Sekarang ni Cik Abang selain dari sibuk menkhatamkan buku barbeque tu, dia sibuk jugak nak uruskan percutian dia bulan 9 ni nanti. Dia dapat teket free ke Perth selama 6 hari 4 malam. Ikut travel Agent Reli@nce. Tengahari tadi dia sibuk telefon ke agency tu sebab nak buat visa and all. So, besok pagi dia akan terbang ke KL untuk nak uruskan pasal cuti tulah.


Masa dia dapat hadiah tu last month, kami semua excited sangat. Mula2 rasa macam nak bawak budak2 sekali. Even Alang pun ingat nak ikut. Wan dan Atok pun nak pergi. Of course under own’s expenseslaa. Mana larat nak tanggung semua. Check punya check Oklah sebab tiket cuma 1.2K aje. Rupa2nya tu teket aje. Airport tax another 850 or so. Dah 2k/person. Kali 5 dah dekat 10K teket aje. Kalau ikut package about 3.5 K/person. Expenses lagi. Kira punya kira kalau ikut travel agency tu plus expenses, total jadi 30K. Aduuuuuuh......mahal sekali. Tu berapa bulan punya gaji tu. Pengsan le. Last2 Cik Abang kata, nanti bawak maklang sorang ajelah. Tapi piker kali yang ke entah berapa kali, maklang decide tak jadilah ikut. Tak pelah biar Cik Abang enjoy himself sorang2. Lain kali bila ada rezeki and bila anak2 cuti sekolah, boleh lah bawak mereka. Tu pun kena tengok keadaan ekonomi. Mengizinkan ke tidak!



Itulah sekarang ni kena banyak lagi jahit tudung. Mana tahu hasil jual tudung boleh beli teket nak pergi melancong ke luar Negara…..Berangan le puas2. Tak kena bayar sesen pun!

(Ni siaran ulangan tudung. Dah terjual semuanya ni, tinggal yang pink tu je rasanya. Tudung ni buat masa awal tahun hari tu. Yang baru ni belum diambil gambarnya lagi!)



Hari ni tak dapat nak rest. Siap aje solat asar and dah mandi, ingatkan nak relax atas katil, onkan a/c and nak tengok Hikmah 2. Tup2 masa dalam bilik air lagi Cik Abang dah kata ada kawan datang. Musnah harapan ku.... Malam pun another friend datang nak tengok tudung. Alhamdulillah dia nak order 4 helai!.....InsyaAllah kalau sambutan bagus, angan-angan maklang tu boleh jadi kenyataan agaknya....

15 Comments:

At Wednesday, August 09, 2006 8:44:00 am, Anonymous Anonymous said...

moga angan-2 jadi kenyataan.

 
At Wednesday, August 09, 2006 8:49:00 am, Anonymous Anonymous said...

Insya'allah ML mungkin akan menjadi kenyataan untuk bercuti keluar negri.Itu baru flight and hotel belum termasuk passport kan?I dengar kat sana pp mahal abt RM$300.My trip pun cancel and the mileage valid for another year so have to use it by then.Hari ni kat sini cuti umum National Day.

 
At Wednesday, August 09, 2006 2:12:00 pm, Blogger zino said...

angan2 tu boleh jadi kenyataan.. kenapa tidak? tapi perlu satu perancangan

pasaran utk tudung tu perlu satu antero dunia.. bagaimana mudah je guna e dagang..

kalau banyak tempahan (satu dunia lah katakan) tentu tak menang tangan nak buat sensorang.. kena lah fikirkan francisekan jahit tudung tu.. maklang ke ordinate je..

sebelum dapat tempahan kenalah advertise kan dulu .. boleh apa guna kemudahan tenet ni..

bukan setakat teket kapal terbang..kapal terbang tu pun boleh beli nanti hehe

 
At Wednesday, August 09, 2006 2:21:00 pm, Blogger anggerik merah said...

Cantik nya tudung tu. Good business. Insyaalah, mesti mula dengan anagn2 dulu untk jadi kenyataan.

 
At Wednesday, August 09, 2006 2:39:00 pm, Blogger UglyButAdorable said...

ML my parents dulu when we were small if they go abroad we all tinggal..and they always say..kalau nak naik aeroplane kena blajar tinggi2.. so we were ok with it.. why dun u go ML?? takper..plus yur duit tudung boleh jugak help kan..

 
At Wednesday, August 09, 2006 3:01:00 pm, Blogger simah said...

Amin to angan angan mak lang tu.. ni berangan dan berusaha tu lagi la cepat jadi kenyataan insyaAllah..

 
At Wednesday, August 09, 2006 3:20:00 pm, Blogger sue said...

tak salah angan-angan, ini adalah permulaan kpd satu realiti, mat jenin pun berangan cuma dia terlalai...hope ur dream will come true maklang.

cantik tudung tu. buat la website utk advertise :-)

 
At Wednesday, August 09, 2006 4:36:00 pm, Blogger AuntieYan said...

Mak Lang, Auntie salute le sama Mak Lang nih...pandai menjahit, pandai memasak. Tudung tu memang lawa-lawa maklum buatan tangan. Auntie memang terpesona dengan tudung yng disulam ni...tapi!...:-(...alahai!!! rega dia memang mahal..almaklum barang baik.

P/s: AY, pakai tudung murah je...:-(

 
At Wednesday, August 09, 2006 4:52:00 pm, Blogger Mama Sarah said...

Mak Lang, kalau Pak Lang pergi Perth sengsorang, siapa nak ambik gambar dia?

Berapa harga tudung Mak Lang? Marilah kita start promote, boleh kira packing and postage sekali, marilah kita berbusiness...

 
At Wednesday, August 09, 2006 6:13:00 pm, Anonymous Anonymous said...

Ada kalanya kita pergi dengan anak-anak, ada kalanya kita pergi berdua aje..cuma kalau diaorang tinggal, bil talipon tu, mungkin boleh beli satu lagi tiket! Kira 2nd or 3rd honeymoonlah gitu..

 
At Wednesday, August 09, 2006 7:16:00 pm, Blogger Lollies said...

waahh boleh kasi tengok gambar?

 
At Thursday, August 10, 2006 3:50:00 am, Blogger Ajzie said...

Jom ler kemari. Tempat tinggal dan makan disediakan.. Pastu saya nak tanya harga tudung2 Mak Lang, berapa eik? Cantik2 suka tgk.

 
At Thursday, August 10, 2006 8:04:00 am, Blogger maklang said...

Easy:

Doa2lah...moga2 angan2 jadi kenyataan. Kalau dapat pergi, I belikan u souvenir , OK!


Kak Elle:

Jom kita pergi seklai tahun depan, kalau ada rezeki dan ada umur< InsyaAllah:


OO:

InsyaAllah....kalau ada rezeki. Tunngu pencen nanti. Tapi sekarang ni berniaga dari rumah ajelah dulu.


Zino:


E-dagang? Bagus idea tu. InsyaAllah....

Kapalterbang sekarang pun dah boleh beli...tapi buat mainan Hakim jelah....

AM:

TQ... Nanti nak cari idea unutk nak cantikkan lagi. Kena be more creative. Tapi bila dah kerja time tu limited laa...

 
At Thursday, August 10, 2006 8:11:00 am, Blogger maklang said...

UBA:

Betul tu...kena belajat tinggi2 dan angan kalau tinggi pun kena cuba jadikan kenyataan.... Macam cita2lah tu...


Nak sangat ikut, tapi ekonomi tengah koyak sangat waktu ni... Tunggulah dulu, ada rezeki sampai jugak nanti, InsyaAllah...


Sue:

TQ. InsyaAllah nak bukak website tapi tak pandai . Nak kena tanuya Dhirah ni...


Aunty Yan:


Minatkanlah....Maklang punya tudung ranges from 40-90 depends on nak letak crystal ke, manik ke, nak bunga sikit ke, nak banyak ke and apa2 Client nak...Masih reasonable lagi.....


Mamasarah:

Oh...nak business? Boleh jugak tapi mamasarah jauh sangat. Postage je dah berapa tu....

 
At Thursday, August 10, 2006 8:20:00 am, Blogger maklang said...

Simah:


Oops...terlepas pulak. Ni kena buat cepat2 oe else internet gone, tu yang terlepas Simah tu...Sorry...

InsyaAllah...Ada usaha ada kejayaannya..


Adah:

Nak sangat pergi tu. Tapi at the same time kesian kat budak2. Hari tu masa tinggal pergi Haji, ANgah teruk sangat. Tak sampai hati laa...Kalau korek tabung tu, adalah sikit buat nak pergi, tapi tak apa dululah...


Lollies:

Itu gambar tak boleh kasi masuk sekarang. Mau load entry aje berjam2. Nikan pulak gambar. Dah Ok, InsyaAllah maklang letakkan OK!

Ajzie:

InsyaAllah kami nak ke sana. Ok dah tu lodging and makan free....

Tudung tu ranges from 45 to 90. Depends on bunga dia, tebal ke, sikit ke, banyak ke, and depends nak jahit manik or nak tampal crystal Swarovski tu....Berminat ke?

 

Post a Comment

<< Home