Dari Teratak Maklang

Wednesday, July 26, 2006

Sibuk main kutu...

Hari ni kat opis sibuklah sikit. Tau2 dah dekat petang aje. Cepat betul masa berlalu. Kalau tak tu nak tunggu pukul 5:00 petang, bercinta betul! Maklang memang suka kalau kat opis banyak kerja. Pertama2 sebab senang nak isi timesheet. Kalau tak tu, alaaaahaaaaai…..payahnya nak cukupkan 40 jam. Kalau time banyak kerja selalu gak tergelincir lebih 40 jam…kalau lebih tu , InsyaAllah lebih sikitlah gaji bulan tu. Kuli2 macam maklang ni masih lagi dapat OT kalau kerja lebih masa. Tu yang untungnya kerja kat Oil & Gas ni. Kebanyakkan OT dibayar. Tak kira apa pangkat, dari kerani all the way to the Lead.


Biasanya kalau yang banyak buat OT ni, adek2lah. Yang bujang tu kenkadang sampai 4-5 pagi. Maklang ada gak terlajak sampai pukul 1:00pg. Tapi ni jarang2laa. Biasanya kalau kena OT ni, petang tu dalam pukul 6 ke 7 dah balik rumah dulu. Mandi2, makan , solat dan lepas Maghrib atau Isyak , Cik Abang akan hantar Maklang ke opis. Takut jugak kalau nak balik lewat2 ni. Kalau masa nak pergi tu tak kisah sangat. Pukul 7-8 tu masih awal. Masih ramai kat jalanraya tu. Tapi kalau dah balik pukul 12-1 pagi tu, lengang betul Bandar Kerteh ni. Sunyi bebenor. Kalau dah terlalu lewat tu, bila nak balik tu, biasanya akan call Cik Abang untuk nak kejut dia sebab kadang2 dia dah tertidur. Tapi ni jarang2laa…that is kena balik lewat ni..


Kalau waktu musim kurang kerja, pukul 5:30ptg tu dah tiba rumah. Sekarang ni dalam pukul 6:00ptg dah balik. Masih boleh control lagi. Adek2 pun tak ada yang buat OT. Musim enjoylah ni. Semuanya at the pace yang kita boleh kejar lah. Yang dah plan pun senang nak ikut. Kalau banyak sangat perojek tak ada masa nak main2 kat opis. Terduduk je depan PC tu or dok review apa2 yang patut.

Macam 2 hari lepas, siap cabut kutu lagi. Bukan kutu kat kepala! Tapi kutu yang orang Johor kata ‘main undi’ tu. Pernah main tak? Maklang saje suka2 nak main kutu ni. Kami kumpol 10-12 orang then cabut kutu. Sebenarnya dah lama cadang nak cabut kutu ni. Memang kami dah cadang nak start this month sebab semua dapat gaji baru. Tapi yang paling seronok sekali bila kawan Maklang cabutkan kutu tu , Maklang dapat no. 1 dan 3. Seronok!. Tapi bulan ni memang baik sebab Kak A tu, baru aje dapat lucky draw no. 1 masa Family Day yang lepas. Tak sesia maklang wakilkan dia untuk cabutkan kutu tu. Kebetulan maklang ambik half day hari tu dan kengkawan tu tak sabar2 nak cabut kutu. Kaye aku (sikit je….) bulan ni...boleh buat bayar hutang!!!


Today 1 Rejab….Syukur kat rumah ni ada yang berpuasa termasuk anak2 yang perempuan yang kecik2. Cik Abang pun puasa jugak….

14 Comments:

At Wednesday, July 26, 2006 9:02:00 pm, Anonymous Anonymous said...

Sorry tak faham re 'cabut kutu'....
wah best nyer dapat naik gaji..

 
At Wednesday, July 26, 2006 9:07:00 pm, Blogger maklang said...

kak elle:

Cabut kutu tu macam main undilah. Undi siapa dapat no.1 ke 2 ke and so on...faham?

 
At Wednesday, July 26, 2006 9:59:00 pm, Blogger zino said...

cerita pasal oil and gas ni sepupu zino sebelum ni keje di trengganu tu dalam oil and gas jugak.. tapi sekarang dah dapat offer kerja di KL tapi masih oil&gas..

 
At Wednesday, July 26, 2006 10:00:00 pm, Anonymous Anonymous said...

ok faham now ... TQ

 
At Wednesday, July 26, 2006 10:04:00 pm, Anonymous Anonymous said...

Sori ek ML I think over here we call it main senoman ....

 
At Wednesday, July 26, 2006 11:41:00 pm, Blogger Lollies said...

senoman eh? baru belajar perkataan baru ni.

 
At Thursday, July 27, 2006 12:26:00 am, Anonymous Anonymous said...

hai orang atasan macam ML pun kena isi time sheet jugak ke? tapi yg bestnya OT berbayar pulak tu. hai seronoknya.
kutu kalau dapat no 1 ni memang best. tapi yg tak bestnya, ada 10 bulan lagi mahu bayar, lambatnya rasa.
selamat berpuasa yg boleh berpuasa tapi i tak sempat.

 
At Thursday, July 27, 2006 12:35:00 am, Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Salam. Cuba Maklang bayangkan... Kita seramai 10 main kutu bayar RM1K seorang..Sekali dapat dah RM10k tuh... Itu cuma bayang2kan...he he he..

 
At Thursday, July 27, 2006 7:49:00 am, Blogger maklang said...

Zino:

Oh...ye ke...kat sini O & G consultant ada 2-3 kompeni je...Entah2 I kenal dia. Sekarang dia kat KL kat mana?

Kak Elle:

Oh...ye ke? New perkataan tu.

Lollies:

Aha....new word tu...TQ kak elle. Tambah 1 vocab I hari ni!

dp:

kerja kat mana2 sama je. tapi kompeni ni bayar OT, tak macam kompeni kita kerja dulu. Tapi apa2 pun kompeni lama tu memang banyak kenangan maniskan...


Blackpurple...

Oh ....memang seronok berangan ni...tapi kami main cikit2 je or else makan pasir lah orang yang belum turn tu....

 
At Thursday, July 27, 2006 11:24:00 am, Blogger Izhal said...

oil n gas main kutu sure puluhan ribuan ni ye dak???

 
At Friday, July 28, 2006 12:39:00 am, Blogger zino said...

sekarang dia keje berhampiran jalan sentul sana .. duduk seremban..

 
At Friday, July 28, 2006 9:47:00 am, Blogger UglyButAdorable said...

senoman?? soun dlike kind of exercise..

 
At Saturday, July 29, 2006 11:25:00 pm, Anonymous Anonymous said...

?

 
At Sunday, July 30, 2006 9:40:00 am, Blogger maklang said...

Izhal:

Betul tu...puluhan juta rupiah!

Zino:

Jalan Sentul? Kompeni apa ek? Nanti I teropong!

UBA:

Pada maklang macam Snowman je...

OO:

Maklang pun beberapa hari nak ganti lagi. InsyaAllah kena buat bila dah sihat sikt ni. Sekarang masih makan ubat!

 

Post a Comment

<< Home