Dari Teratak Maklang

Monday, July 10, 2006

Menjahit

Hari ni kat opis sibuk betul. Tak sempat nak buat and fikir benda2 lain. Nasib baik tak ada apa2 yang due today. So, kerja jalan macam biasa aje.Taklah mengggelabah nak cepat2. Walaupun sibuk kerja jalan dengan smoothnya. Alhamdulillah....everything went smoothly today.


Tadi petang sempat jugak nak menjahit baju. Habiskan sikit2 yang masih tak siap tu. Ni pun masih ada sikit lagi belum jahit. InsyaAllah, besok bolehlah disiapkan and kalau tak penat sangat boleh potong baju anak2 and baju adek.Tapi tu belom tentu lagi. Menjahit ni kena ada mood, kalau tak ada mood memang tak siaplah jawabnya. Mulalah banyak yang salah jahit. Macam petang tadi, mood ada, siap jugak apa yang nak dijahit. Tapi masa nak mula jahit tadi frust jugak sebab mesin buat hal. Gode2 jarum dia, threading dia, still jahitan dia tak elok. Asyik berburas aje. Lepas tu tukarkan bobbin dia and Alhamdulilah ok balik jahitan dia. Mula2 tadi dah frust jugak sebab ingatkan sure rosak and kena panggil orang datang betulkan mesin tu. Nasib baik ok...


Mintak2 semua jahitan dapat diselesaikan sebelum bulan puasa, InsyaAllah.


Untuk Cik Adek yang baru belajar nak menjahit tu, maklang ucapkan semoga berjaya....

12 Comments:

At Monday, July 10, 2006 10:51:00 pm, Blogger zino said...

sebelum puasa dah siap baju raya.. mm bagus tu.. puasa nanti sibuk dengan kueh raya pulak kan hehe

 
At Tuesday, July 11, 2006 3:10:00 am, Blogger Izhal said...

saya punya jeans kesayangan tu dah beratus kali jahit la maklang... mesti lubang balik... nak buat camno ya??? tapi tak mo beli baru... nak jahitan gerenti kukuh punya...

 
At Tuesday, July 11, 2006 7:25:00 am, Anonymous Anonymous said...

Wah cepat nya ML jahit...banyak yg dah habis..you kerja balik kul berape? sempat menjahit lagi bila balik kerja.I sampai rumah maghrib tak sempat nak buat ape2...ketap ketup lepas isyak baru bolih rehat.Mon - Friday beli makan ..dapur berasap cuma sat and sun.

 
At Tuesday, July 11, 2006 7:25:00 am, Blogger maklang said...

Zino:

Yelaa Zino, kena buat sebelum bulan puasa sebab menjahit ni time consuming. Selain nak buat kueh raya sikit2 nak jugak menambah ibadat dibulan mulia ....InsyaAllah...


Izhal:

Tampal ajelah dengan kain perca yang sama jenis dengan kain seluar tu (denim?). TAmpal kat dalam and then zig zag kat luar...OK kot nanti, InsyaAllah...Tapi kalau dah nak koyak, dia koyak jugak!!

 
At Tuesday, July 11, 2006 8:33:00 am, Blogger Kaklong Syikin said...

maklang, kalau jahit baju raya skarang, maklang ikut ukuran badan muat2 sekarang or besarkan sikit, yelah rayakan lagi 3 bulan lebih tak salahnya, takut sempit nanti time nak pakai. camner ya?

 
At Tuesday, July 11, 2006 8:48:00 am, Anonymous Anonymous said...

kita dah makan gulai tempoyak awak. sedap.. thanks.

 
At Tuesday, July 11, 2006 12:55:00 pm, Blogger Ayu Mohamad said...

bestnya maklang..masak pandai, jahit pandai hehe saya masak ok le lagik tapi bab jahit ni setakat jahit sikit2 je ..kalo nak jahit baju heheh tak pandai

 
At Tuesday, July 11, 2006 2:08:00 pm, Blogger Sherin de Souza said...

Maklang, ni ha Sherin dah mai. Dok bz beberapa hari ni. Sekarang dah selesai tugas so sherin tengah enjoy blog world. Maklang tak buat tailoring business ke? Boleh minta Maklang jahitkan baju raya!

 
At Tuesday, July 11, 2006 2:11:00 pm, Blogger Sherin de Souza said...

Maklang, awat tak boleh tinggal comment ni?

 
At Tuesday, July 11, 2006 3:35:00 pm, Blogger simah said...

mak lang..tengok si sherin pon tensen sebab ada comment moderation kat blog mak lang hehehe kena tunggu approval boss blog.. kenapa mak lang? ada orang kacau buat tak tentu arah dlm comment section blog mak lang ker?

cross stitch pandai..menjahit pandai..masak pun pandai..professional work pun ada.. mak lang ni memang isteri mithali.. anak anak lagi..how do u cope??

 
At Tuesday, July 11, 2006 5:39:00 pm, Blogger aNIe said...

Hahaha...maklang dah mula menjahit...kak lady ade yang baju kat belakang tu masih bertimbun...malas dah nak menjahit...heheh...macam maklang kata kene ada mood...tapi dok tunggu mood tu tak datang-datang... hehehe...

 
At Tuesday, July 11, 2006 7:56:00 pm, Blogger maklang said...

Syikin:

Baju kurung tak perlu nak besarkan. Ikut aje ukuran bisa. Anak2 punya biasanya ikut baju kurung sekolah. Kalau nampak ketat tu longgarkan sikit. Tapi 3 bulan bukan jangka masa yang panjang...

Easy:

Gulai tempoyak tu Wan yang masak. Orang lama masak memanglah sedap...Alhamdulillah...

Ayu:

Sikit2 aje pandai jahit tu. Untuk anak2 and adek beradek sendiri lepaslah...

Sherin:

Kalau kerja dah selesai memang seronok melompat sana sini. Selagi kerja tak siap, tak senang dudukkan...

Kan dah boleh tinggal komen tu....

Simah:

Takpelah nanti maklang akan disable kan the comment moderation tu. Memang betul simah teka tu. Malas nak layan anasir2 sebegitu...

Janganlah puji melambung. Maklang ni insan biasa yang serba kekurangna. Boleh masak and jahit sikit2 tu berkat ajaran ibu tercinta....Alhamdulillah....

Kak Lady:

Memang kak...no mood no jadi. Ni sat lagi nak sambung jahit semula, InsyaAllah....

 

Post a Comment

<< Home