Dari Teratak Maklang

Wednesday, June 28, 2006

Dhirah gi khemah lagi...

Petang tadi dapat message dari Dhirah:

"Mak persembahan pukul 9 malam.Dtg kul 5 suku la. Tlg bwk selipar dapur 2 ngan tudung sekolah yang putih. Bawak bruch sekali. Dhirah gne hp kwn dhirah. Hp dhirah rosak. Td jatuh dlm bilik air. Bwk baju kadet polis skali."


Macamana pulak nak gi tengok dia dalam pukul 5:15ptg. Keluar office aje dah pukul 5:20ptg and then pegi ambik Hakim. Tiba rumah dah 5:30pm. Then Cikgu Mi dengan anak2 datang pulak. Berbual2 sambil makan risolle je, dah dekat 7:15pm. Bila Cikgu Mi dah balik, terus aje naik atas and mandi and solat. Selesai semuanya, siap2 terus nak hantar barang yang Dhirah pesan. Biasalah kalau Dhirah pergi khemah, mak and abah yang sibuk sangat dok pergi balik nak hantar barang dia. Entah sengaja tinggal or tertinggal tak tahulah pulak. Tapi rasa2 dalam hati memang dia sengaja tinggalkan sebab nanti bila mak dia gi hantar, dapatlah dia jumpa.


Masa pergi tengok dia tadi, yang kecik 2 tu ikut sekali. Mana boleh tinggal tu. Kami pergi ber3. Cik Abang tengahari tadi dah ke Kuantan. Ada shutdown workshop for 2 days kat sana. So, kenalah hantar sendiri barang keperluan anak sulong kesayangan ni. Sekolah dia dalam 7km je dari rumah. Taklah jauh mana. ( Cerita pasal Cik Abang, rindu mula membara dah nih...he...he...he...memalam pulak tu!)

Masa tiba kat sekolah Dhirah tadi, budak2 tu dah berkumpul kat tengah padang kat belakang sekolah. Rasanya kat atas konkrit slab. Tiba kat situ, kat urussetia tu, jumpa Cikgu and beritahu yang datang nak hantar baju Dhirah tu. Cikgu terus buat announcement and kejap lepas tu dapat jumpa dia. Bagi barang dia pada dia and peluk cium dia. Dia beritahu yang badan dia tak sedap. Maklang rasa dahi dia tak ada apa pun. Dia dok kata badan dia panas aje...

Lepas tu gi jumpa Cikgu2 dia. Cikgu kata sekejap lagi ada persembahan. Ingatkan malas nak tunggu sebab anak2 ada homework. Duduk lah berbual ngan cikgu2 tapi bila tengok Maya dah lembik semacam terus decide nak balik. Kami pun kekereta and bila masuk je kat kereta, maklang nampak budak2 yang bersolat Isyak dah selesai semenya dan bersurai. Kata kat budak dua tu nak cari kaklong tak. Mereka nak. We waited in the car and kejap lepas tu nampak kaklong lalu dekat2 urussetia tu.Rupa2 nya dia pun mencari mak dia if masih kat situ. Terus lambai dia and jumpa dia kat belakang urussetia tu.

"Dhirah ok ke?"

"OK"

"Abis apasal mak tengok Dhirah macam sedih aje?"

"Tak delaaa...."

"Dhirah gadoh dengan kawan Dhirah ke?"

"Mana adeeee....."

"Abis, Dhirah kena marah ngan Cikgu ke?"

"Taklaa..."

"Abis kenapa mata Dhirah macam merah aje?"

Masa tu maklang tengok mata dia dah mula berair. Terus aje pelok dia and then cium dia. Urut belakang dia nak kasi dia relax sikit. Of course dia tak nangis tersedu2 sebab macho jugak minah ni...

"Tak bestlaa mak. Nak mandi susah. Tadi Dhirah mandi sekerat aje. Tak best. Nak kena berebut...bla...bla...bla..."

Masa tu dia dah sedih sangat. Kesian tengok dia. Dia siap pesan kalau ada khemah lagi next year, dia mintak mak dia tolong tulis surat kata dia sakit. I told her, mana boleh sebab ni part of the kokurikulum.

Then we all balik and I promised to come and visit her again petang besok lepas office . And promised untuk nak bawak kan my 'old' phone for her. Kesian tengok dia, dahlah today panasnya ya amat...ni kena pulak tido dalam khemah. Yang takut tu if dia punya tonsil bengkak, dia demam, berdarah hidung....and ketiak dia merah lagi macam dulu.....Nilah risaunya seorang ibu....


(When I saw the tears in Dhirah's eyes, it was like I am seeing myself during the first camping that I went to masa form 3, dengan the girl guides. Nangis teresak2 sebab tak pernah jauh dari mak. Sekarang pun lebih kurang aje...tapi kalau jauh dari Cik Abang...tapi bila anak2 ada, sunyi dia lain lah pulak.....)

8 Comments:

At Thursday, June 29, 2006 7:29:00 am, Anonymous Anonymous said...

Hati ibu selalu ingatkan anak ye ML?Kesian kak long dah lah hp rosak at the wrong time ... kalau camping macam tu lah kena tahan lasak.Nasib baik parents allowed to visit kat sini tak bolih unless the child not well then parents can fetch them.

 
At Thursday, June 29, 2006 9:19:00 am, Anonymous Anonymous said...

Haaa memang tak boleh masok asramale camni!! Mana-mana kawan fiqa yang gi dulu alek-alek dengar dah keluar.Nak masuk sek ST mary dah tak boleh.Cian depa..

 
At Thursday, June 29, 2006 12:04:00 pm, Blogger Sherin de Souza said...

So sweet la Maklang rindu kaat cik abang. hehehehe.. I pun kekadang kalau hubby kena gi overseas atau outstation for a few days, depan depan tunjuk macho tapi masuk bilik air bukan sahaja shower yg turun air, I nangis.

Kesian kan tgk anak-anak kita sedih. Rasa nak tlg api kita kena ajar mereka jadi independent etc. Sayang Dhirah..

 
At Thursday, June 29, 2006 2:41:00 pm, Anonymous Anonymous said...

wahh camping bestt!! tringat zaman skolah dulu. memang x slesa tapi sonot.blajar idup darurat.

err..ada jugak stail mandi sekerat..? camno tu.?

 
At Thursday, June 29, 2006 4:28:00 pm, Blogger simah said...

teruskan bercamping dhirah!! laaa kesian jugak baca cerita dia..tapila kan mak lang pada pendapat saya camping ajar seseorang berdikari...hidup susah sikit.

 
At Thursday, June 29, 2006 5:23:00 pm, Blogger sue said...

kesiannye dhirah, dia tak biasa suasana mcm tu ke maklang..?dah lama2 nanti ok kot..

i love camping very much, dulu selalu tak sabar bila girl guide organised, i jenis yg cepat boring duduk setempat :-)

 
At Thursday, June 29, 2006 8:10:00 pm, Blogger Idham said...

maklang...seorang ibu...kerja tak pernah habis...apa lagi seorang ibu dan seorang professional seperti maklang...makin la kena terrer multi tasking...juggling...
syabas maklang...kerana maklang berjaya atur semua tu...

idham

 
At Thursday, June 29, 2006 8:56:00 pm, Blogger maklang said...

kak elle:

Memang nasib baik boleh visit kalau tak susahlaa...

easylady:

Memang tak leh duduk asrama kalau cam ni. Tapi pun dia memang tak nak duduk asrama!

Sherin:

Memang sekali sekala memang kena ajar hidup susah sikit! Tapi taklah susah mana pun!


moksu:

Entahlah maklang pun masih tak faham mandi sekerat tu camana!

simah:

Memang betul tu. kena belajar susah sikit!

traveler:

Dhirah memang tak boleh panas sebenarnya. memang dia demam semalam!

Id:

Memang kena multi tasking. Penat betul today. Puasa pulak tu. Tapi syukur all went well! Alhamdulillah!

 

Post a Comment

<< Home