Dari Teratak Maklang

Sunday, June 25, 2006

Perginya Pak Itam yang dikasihi...

Buat semua teman2 yang telah memberikan ucapan takziah, ribuan terimakaseh diucapkan...Al Fatihah...

Tarikh 22/06/06 adalah satu tarikh yang amat memilukan bagi kami sekeluarga. Itulah tarikh pemergian seorang bapa yang dikasihi oleh anak2nya, seorang bapa saudara yang amat disayangi olah anak2 buah dan semua ahli keluarga kami. Itulah tarikh perginya seorang yang telah banyak berjasa kepada Malaysia. Al Fatihah buat Pak Itam yang amat dikasihi.


Tatkala catatan ini dibuat, maklang tidak dapat menahan sebak didada. Baru 3 hari Pak Itam pergi, kesunyian di rumahnya sudah amat terasa. Tambah ahli keluarga Pak Itam tak besar mana. Walau macamana pun pemergian Pak Itam akan tetap dikenang.


Pak Itam telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 3:30ptg, di HUKM dihadapan anak2 dan menantunya. Sebelum itu kami telah menerima panggilan mengatakan yang Pak Itam sedang nazak. Masa tu dekat2 pukul 3:00ptg. Kami yang memang bercadang nak melawat Pak Itam terus aje memulakan perjalanan. Kami memang tak bersiap untuk menerima berita yang amat menyedihkan itu setengah jam kemudian.


Apabila maklang menerima berita tersebut, maklang sebagai ahli keluarga yang dekat terus aje menalipon semua ahli keluarga yang lain untuk nak beritahu pasal kepulangan Pak Itam ke rahmatullah. Selesai semuanya, barulah dapat menalipon Atok dan Wan di Mekah. Atok kata tak apalah. Syukur Pak Itam mudah menghadapi sakaratul maut. Atok dan Wan banyak bersembahyang hajat dan memohon doa moga2 semuanya mudah bagi Pak Itam.

Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke rumah lebihkurang jam 5:00ptg dan diletakkan diruang tamu. Alang sibuk mengsms bertanya kami di mana kerana kami agak lewat tiba di rumah Pak Itam. Mana taknya, kami tiba di KL Central lebihkurang 7:30pm, then mandi, solat, makan and masa nak pergi tu, si Boss kecik nak be*ak pulak. So kena delay lagi 10mins. Akhitnya kami tiba di rumah Pak Itam lebihkurang jam 10. Masa tu dah ramai orang. Ahli keluarga dan kawan2 serta bekas2 teman sepejabat dia pun ada. Maklang terus masuk ke rumah dan bersalaman dengan tetamu yang ada. Sedih suasana masa tu.

Malam tu kami disitu sehingga lebihkurang jam 1:00pg. Busu tiba ngan Alan dan Auntie Lin lebihkurang jam 11:30pm. Kami pulang dan tidur lebihkurang pukul 2pg. Jam 5pagi besok tu dah bangun sebab nak ke airport untuk nak jemput Wan Sara dan suami. Pukul 8:15 baru tiba diKL. Then pergi ambik anak2 dihotel ( mereka tinggal ngan Alang) and terus ke rumah Pak Itam di BD. Masa tu arwah telah siap dimandikan dan dikafankan. Wajahnya nampak tenang aje….seperti sedang tidur. Ramai yang datang termasuk Yang di Pertua NS dan anak, bekas timbalan PM , bekas menteri2 dan saudara mara yang dekat dan jauh. Selesai imam membaca doa, anak2 mencium arwah. Maklang tak menciumnya kerana terlalu sedih (lagipun masa arwah maklong meninggal dulu, maklang cium dia and langsung demam 1 minggu, so sejak tu tak berani lagi. Lemah semangat macam Wan). Jenazah dibawa ke masjid lebih kurang jam 9:45am. Masa tu penuh perkarangan rumah. Jenazah dibawa ke masjid diBD untuk disembahyangkan. Alhamdulillah ramai jemaah. Selesai solat, jenazah dibawa ke tanah perkuburan di Bukit Kiara. Bila kami tiba, jenazah telah selamat dikebumikan.

Walaupun maklang tak sempat nak tengok jenzah dikebumikan, maklang bersyukur kerana dapat mendengar talkin dibacakan.(Jenazah selamat disemadikan bersebelahan kubur Allahyarhamah isterinya lebih kurang jam 11:00 pagi.) Kena dengar betul2 sebab banyak dari kata2 itu menginsafkan kita… Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.


Malam tu tahlil diadakan. Ramai sanak saudara yang datang dan selepas tu kami mengupdate tentang diri masing2.Maklomlah masa gini atau kenduri kawin aje baru dapat bertemu serentak! Alhamdulillah semuanya selamat dan moga2 arwah dan tak lupa makngah (isteri Pak Itam yang meninggal dunia on Jan 10, 2005)yang dikasihi dicucuri rahmatNya sentiasa, InsyaAllah…


Moga2 anak2 Pak Itam tabah menghadapi dugaan dari Allah Yang MAha Besar...InsyaAllah...


PS: Tengok tak gambar glamour I berdiri sebelah Pak Lah semasa di kubur?…sepupu2 yang nakal2 tu sempat kata nanti orang ingat sapelah sebelah Pak Lah tu…gambar masuk paperlah 24/6…gelama sat!!!Tapi Cik Abang lagi thrilled sebab diri sebelah Dato' R - ni ada rahsia besar yang maklang kena korek dari DR ni...my cousin gak so tak pelaa. BTW semalam was Pak Itam’s 80th birthday….

27 Comments:

At Sunday, June 25, 2006 8:36:00 am, Anonymous Anonymous said...

Alfatiha untuk arwah..
ML which newspaper so I can see online *senyum*

 
At Sunday, June 25, 2006 10:53:00 am, Anonymous Anonymous said...

Takziah, satu kehilangan untuk negara. Marilah sama-sama kita doakan rohnya dicucuri rahmat sentiasa

 
At Sunday, June 25, 2006 10:59:00 am, Blogger zino said...

takziah utk keluarga pak itam..

nak kena cari surat kabar ni.. semalam tu rasanya dah tengok gambar tu kena tengok lagi ni.. hehe

 
At Sunday, June 25, 2006 12:23:00 pm, Blogger Kaklong Syikin said...

Al-fatihah.

biarlah dia berehat kali ni. InsyaAllah, dia aman dan tenang di sana. Tengok air muka arwah dlm gambr ni, tenang jer orgnya..sweet smile.

alamak..saya tgk sekali imbas gambar paper tu..nak kena tgk lagi sekalila..

 
At Sunday, June 25, 2006 1:06:00 pm, Blogger MA said...

Mak Lang :

My Dad kata dia kenal rapat dgn Pak Itam you ini. Dia beritahu I masa berita ini keluar kat TV.

Small world, innit ?

 
At Sunday, June 25, 2006 2:42:00 pm, Blogger simah said...

mak lang

Alhamdulillah arwah dah selamat dikebumikan..Al-fatihah..

boleh saya tanya satu soalan? itu pun kalau tak mengganggu la kan..
pak itam mak lang ni siapa sebenarnya? dia salah seorang politician ker masa dulu? sebab mak lang cakap kehilangan kepada negara.. forgive my ignorance

 
At Sunday, June 25, 2006 4:01:00 pm, Blogger maklang said...

Kak Elle:

ALFatihah unutk arwah. So solli ah...tak masuk dalam internet. Kena carilah paper Malaysia...

hanisumayyah:

Welcome...Memang beliau seorang yang banyak berjasa unutk negara. Moga2 roh beliau digolongkan dengan orang2 yang baik2 belaka dan dicucuri rahmatNya sentiasa, InsyaAllah...I will miss his presence!

Zino:

Thank you again...

Pergilah cari paper tu. Yang pasti ada kat 2 paper Melayu tu...Bolehlah u menatap gambar maklang...he..he..he...Akim ngan Maya pun ada!

Syikin:

Alfatihah...

Sedih bila ingat Pak Itam. Berair lagi mata ni. Payah nak jumpa orang yang begitu terhormat ynag punya rasa rendah diri sepertinya. Dia amat dikasihi oleh semua ahli keluarga dan memang menjadi tempat kami merujuk. Semuga rohnya dicucuri rahmatNya, InsyaAllah...

Mak Andeh...

I am so happy to see your comment...Thank you . Very nice of you...

Pak Itam memang ramai kawan. Alhamdulillah anak sedara Pak Itam ni dapat berkawan dengan anak kawan rapat Pak Itam, tu pun kalau MA sudilaa...TQ again...


Simah:

Alhamdulillah semenya selamat.

Pak Itam bukan politician tapi pernah menjawat jawatan tertinggi di Malaysia suatu masa dulu. Dan juga pernah menjadi Chairman syarikat minyak terbesar di Malaysia..

AlFatihah buat beliau..

 
At Sunday, June 25, 2006 5:51:00 pm, Blogger simah said...

ooo mcm tu ka.. apa yg penting ialah pak itam ni dikasihi oleh ahli keluarga dan dihormati ramai.. itu memang tak boleh dijual beli...kasih sayang dan rasa hormat..dia bertuah ada anak sedara mcm mak lang..masyaAllah

 
At Sunday, June 25, 2006 8:49:00 pm, Anonymous Anonymous said...

I baca malaysian paper on the net harian metro,b harian and the new strait times.

 
At Sunday, June 25, 2006 8:52:00 pm, Blogger maklang said...

KAK ELLE:

Rasanya tak ada gambar tu dalam internet.

 
At Sunday, June 25, 2006 8:59:00 pm, Blogger Ajzie said...

Mak Lang
Alhamdulillah arwah telah selamat dikebumikan Al-Fatihah utk Arwah.

Memang besar jasa beliau kepada negara. Ajzie ada terbaca artikel tuh di Berita Harian yg bertajuk "Bekas KSN, pengasas UKM meninggal"

 
At Sunday, June 25, 2006 9:00:00 pm, Blogger Ajzie said...

Tapi pic tak de lah..so tak ler nmpk pic Mak Lang yg glamer tuh..

 
At Sunday, June 25, 2006 11:07:00 pm, Blogger Izhal said...

Innalillah...

Alfatihah 3X...

baru saya tau harini... 80 tahun banyak pengalaman arwah... rupa arwah dalam gambar pun nampak tenang... hilang seroang tokoh negara...

sabar mak lang yeh...

 
At Monday, June 26, 2006 7:29:00 am, Blogger maklang said...

WA:

Tak de pic tak de hal...Lagipun kan Ajzie dah tengok gambar maklang hari tu.

Yang penting disini, Pak Itam dah selamat semuanya. Semuga dia aman di sana, InsyaAllah...


Izhal:


Thank you for the doas....

Memang kami kehilangan seorang ahli keluarga yang sangat dikasihi dan dihormati...Moga2 rohnya dicucuri rahmatNya..InsyaAllah....

 
At Monday, June 26, 2006 7:51:00 am, Blogger Idham said...

maklang:
*shadu dan tafakkur*
Al-Fatihah.....agak terlewat idham mengetahui...namun....ALFatihah buat roh pak Itam ...semoga yg pergi di rahmati dan yang tinggal di lindungi.Ameeennn..

idham

 
At Monday, June 26, 2006 8:29:00 am, Anonymous Anonymous said...

Kalau korang nak tau sorat kabor utusan dan berita harian. Tak pe yang mak lang kepoci sikit.

 
At Monday, June 26, 2006 9:06:00 am, Anonymous Anonymous said...

silap typingla..nak tolis takpeye mak lang,kita kepoci sikit.

 
At Monday, June 26, 2006 9:30:00 am, Blogger anggerik merah said...

Salam takziah untuk keluarga Pak Itam. Sorry lambat baca.

 
At Monday, June 26, 2006 11:34:00 am, Blogger Sherin de Souza said...

Takziah untuk keluarga Maklang & arwah Pak Itam. Alhamdulillah, Pak Itam telah selamat dikebumikan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah.

 
At Monday, June 26, 2006 1:44:00 pm, Blogger maklang said...

Id:

Thank you...


Easylady:

Wah...kemain ko eh...tak pelah ...saje gurau2 membawa bahagia. Kita berblog pun nak suka2 aje!

AM:

Thank you!

Sherin:

Thank you to you too.

 
At Monday, June 26, 2006 2:58:00 pm, Blogger Ayu Mohamad said...

Semoga rohnya diletakkan bersama dgn org2 yang beriman..aminnn

 
At Monday, June 26, 2006 4:06:00 pm, Blogger blackpurple @ jowopinter said...

AlFatihah. Semoga rohnya ditempatkan di sisi orang2 beriman dan beramal soleh. Amin.

 
At Monday, June 26, 2006 7:27:00 pm, Blogger Kak Teh said...

Al Fatehah drp kak teh sekeluarga.

 
At Monday, June 26, 2006 9:14:00 pm, Blogger maklang said...

Ayu:

Amin...

Blackpurple:

InsyaAllah semuga ruhnya bersama orang2 yang soleh...


Kak Teh:

Al-Fatehah...

 
At Monday, June 26, 2006 11:04:00 pm, Blogger aNIe said...

Maklang...alhamdulillah segalanya berjalan lancar...moga allahyarham tenang bersemadi disana...

hehehe...kak lady dah tengok pic tu...memang beli paper pada hari tu untuk tengok gambar maklang yang gelama tu di sebelah Pak Lah....hehehe...

 
At Monday, June 26, 2006 11:09:00 pm, Blogger zino said...

maklang..
dah tengok gambar tu.. dengan bos kecik kat depan tu hehe

 
At Monday, June 26, 2006 11:13:00 pm, Blogger maklang said...

Kak Lady:

Nasib baik gelama jek...bukan ikan buntal...he..he..he...

AlFatehah buat arwah..moga2 dicucuri rahmatnya sentiasa..


Zino:

Boss kecik tak kenal pun Pak Lah, tapi Maya ada tanya...Mak siapa tu? Agaknya dia perasan muka Pak Lah selalu keluar kat TV!

 

Post a Comment

<< Home