Hakim, boss Bibik.
Walaupun semalam was not so good a day, hari ni started off with something that really made me laugh.
Masa tengah siapkan breakfast tadi pagi bibik bercerita kat maklang.
"Buk, tadi malam Hakim bilang ama saya supaya jangan dipanggil Haaakim...", kata bibik dalam loghat Indonesia pekat.
" Habis disuruh panggil apa?", tertanya jugak. Sekarang ni kami serumah kena cakap loghat seberang sebab bibik masih baru, tak macam kakak yang bahasa Indonesia dia dah hampir nak hilang.
"Tak tau buk, entah Tuan eh...bukan!", kata bibik.
" Habis, Boss ke?"
"Iya... Boss. Dia bilang mak dan abah tu dipanggil Boss besar. Kalau Hakim kena panggil Boss kecik!", bibik menerangkan dengan penuh semangat.
Masa bibik dok explain tu maklang terus ketawa. Bertuah punya anak. Maklang sendiri pun tak mau dipanggil Boss oleh bibik ataupun kakak.
Bila dok bercakap2 dengan bibik baru teringat yang kakak dulu pun suka panggil Hakim Boss sebab Hakim ni kalau nak apa2 tak sabar2!
Sejak kami dapat bibik baru ni, anak2 sekarang pun bukan main manja lagi. Yang seronok sekali si Alaong lah sebab dia punya bilik bibik kemaskan tiap2 hari. Angah pun suka kat bibik. Maya pun tak takut ngan bibik. Hakim memang manja sangat dengan bibik. Kalau pagi2 bibik yang mandikan Hakim. Kalau dulu Cik Abang yang buat. So, now Cik Abang boleh turun makan once he is ready dengan baju nak gi kerja. Tak sibuk2 nak siapkan Hakim sebab bibik dah take over.
Maklang pun seronok jugak. Yang best tiap2 hari bibik mopkan rumah. Ni memang maklang tak pernah suruh. Dia yang buat sendiri. Kalau minggu pertama dulu tiap2 hari dia cuci semua bilik air. Maklang kata tak perlulah buat tiap2 hari, kalau tiap2 hari bila pulak nak buat kerja lain. Dia sendiri yang nak buat. Sekarang ni kalau pagi2 bila bangun, rumah dah siap sapu and mop and vacuum. Bila bukak pintu bilik, bau wangi aje...best rasa...
Bila masak pagi2 tu, kalau terlambat sikit, bibik dah standby kat dapur. Tadi pagi dah siap goreng risolle (kueh Belanda yang bibik expert buat). Lepas tu maklang beritahu dia nak masak apa pulak. Letakkan all the bumbu yang perlu nak masak and then cerita macam mana nak masak. So, hari ni lunch bibik yang masak. Alhamdulillah OK. Bibik siap pesan kalau dia dah terror masak masakan Malaysia , dia kata biarlah dia aje yang masak. Tapi rasanya, maklang yang memang suka ke dapur mesti nak menyibuk jugak.
Part yang paling best is when bibik suka sangat layan budak2 makan risolle dia. I know she feels happy bila tengok risolle dia tu habis kena gobbled by the kids. Alhamdulillah...setakat ni I got no complain about bibik. Cik Abang kata tak ape, kalau OK sampai after 6 months maknanya memang OKlah, Alhamdulillah. And maklang berdoa, moga2 bibik will always be this way....InsyaAllah...
Doa buat Pak Itam...Ya Allah...kurangkan kesakitan yang ditanggung Pak Itam....Amin...
16 Comments:
Alhamdulillah ML dapat pembantu yg pandai buat kerja tampe di suruh dan pandai masak lagi.Tentang boss kecik nak cakap ape lagi....haha...boss kecik mm boss kecik lah asal die tak buli bibik ek.
Very lucky to have a good bibik. Susah nak cari ynag betul2 boleh harap.
hahaha....ade boss kecik ade boss besar...abih...maklang jadi mem besarlah ye...? Macam cerita P.Ramlee plak...hahaha
Bertuah dapat bibik yang ok. Moga2 sampai bila2 cam tulah ek.
very lucky u!kirim slam kat boss kecik.he..he..
bestnya ada orang mop rumah tiap2 hari :)sure rasa segar je ka. Wah ada boss kecik kat umah mak lang :)
yg besar tak mau jadi bos biar yg kecik jadi BOSS hehe
mesti lega kan maklang, dah ada assisstant..
hakim pun dah tak rindu lagi kot kat kakak..?
Hahahahaha. Mmg kelakar la Hakim. Betul la dia mmg boss kecik cute!
Amiin... InsyaAllah kurangkan kesakitan Pak Itam.
oohh..ML, risolles tu i punyer feveret..bawak ler skit biler dtg kl nie..sodap tuu..nie yg jeles nie bibik best..
Kak elle:
Hari ni dia suruh bibik panggil dia sayang pulak....ada2 aje..
AM:
ALhamdulillah...mintak 2 ok sampai boleh lama kat sini!
kak lady:
Tak mem besarlah...sama aje cuma rezeki lebih sikit dari bibik and nasib menyebelahi kami, Alhamdulillah,,,
Yus:
Mintak2 cam tulah...
Easy:
Alhamdulillah. Harapnya selamanya lah.
Alinlai:
Boss kecik tu memang macam2.
Zino:
Memang macam tu si kenit tu.
Traveler:
Lega sikit ada assistanat baru ni.
Sherin:
Hakim tu memang kelakar!
Amin....
Adorable:
Lambat cakap kalau tak boleh bawak. I'll be going to KL in an hour's time, tinggal kat hotel yang sama...ada can nak meet?
heheheh... pandai ini budak... dulu saya kcik semua orang panggil Tuan Besar ;) sampai la ni kat rumah depa panggil cam tu gak heheh... syok woo...
hahaha bos kecik yer Hakim sabo jek laaaa
wah dengo cite maklang dpt bibik ok cam teringin lak nak ada bibik hehehe... harap2 bibik maklang stay the same lah... n caya lah boss hakim hehehe...
Bila dah serasi anak2 dgn Bibik, lapang dada nak tinggalkan rumah ya Mak Lang..
Post a Comment
<< Home