Hal Kebun Getah
Last weekend when we were spending our ‘family day’ cuti, I was caught by surprised when Cik Abang told me yang kebun getah kawan dia kena sabotaj.
I have heard about this a number of times dah. Cerita ni pasal seorang kawan kat sinilah. Dia ada kebun getah. Dah dia tak usahakan kebun getah tu, adalah seorang Pakcik R, kat kampong dekat2 dengan kebun getah tu datang kerumah si A ni, nak tanya if boleh tak Pakcik R tu nak memotong getah. Benda ni berlaku lebihkurang 3-4 tahun lepas. Masa tu harga getah sekilo dalam lebihkurang 80 sen.
4 bulan pertama si A ni tak ada mintak apa2lah.. Sebabnya supaya Pakcik R tu bolehlah gunakan duit hasil getah tu untuk nak bersihkan kebun, nak beli cawan and sudu untuk nak tadah susu getah tu. Masa perjanjian kawan kami tu, si A tu kata kat Pakcik R tu, kalau dapat hasil getah tu nanti, wang akan dibahagi dua, kalau dapat RM400.00, si A akan dapat 200 dan begitu jugaklah Pakcik R akan dapat. Kira fair and squarelah. Pakcik R tak perlu bayar satu sen pun untuk tanah tu tapi Cuma mengutip hasil getah tu aje.
Baru2 ni, bila harga getah naik maka si A, ni nak negotiate lah pasal duit yang Pakcik R ni bagi. Si A kata, since harga getah dah naik, maka wajarlah kalau Pakcik R ni tambahlah sedikit wang yang dia bagi ke A setiap bulan. Pakcik R bersetujulah. Tapi satu bulan selepas tu Pakcik R, masih lagi memberi sebanyak RM 200 ke A. Si A kata, dia nak sabar dulu, tengok macamana if Pakcik R tu akan berubah perangai ke tidak. Selang sebulan dua, Pakcik R masih jugak buat yang sama. Kalau ikutkan, harga getah dah naik 5 kali lipat. Bila A tanya kat Pakcik R, Pakcik R kata, dia tak sihat lah dan macam2 lagi alasan dia. Last2 si A tanya kat kawa2 yang tinggal dekat2 dengan Pakcik R tu samada dia betul ke sakit. Kawan A, kata tak ade pun.
Selang sebulan lepas tu, Si A pun pergi ke rumah Pakcik R dan beritahu bahawa dia nak ambik balik kebun tu. Pakcik R setuju dan kata lepas kutip last sekali tu, dia taklah ada nak kutip lagi. Si A pun buat perjanjian dengan tukang kebun (TK) lain untuk menoreh getah. Si A bawak TK baru tu dan tengok pokok2 dan apa2 yang patut lah. Cawan sudu semenya ok masa lawatan yang pertama tu.
Tapi bila TK baru tu nak menoreh pada awal bulan baru ni, semua cawan kat pokok getah tu dah pecah. So, terpaksalah Si A beli pulak cawan2 dan sudu2 yang baru. Kesian kat A, selama ni jasa dia tak di kenang langsung oleh Pakcik R tu…
Tak sangka ada jugak orang yang macam ni ye. Kesian kat si A. Si A kata tak ke susah nanti bila Pakcik R dan Si A tu bertemu sebab mereka duduk berdekatan. Satu masa, satu hari nanti pasti mereka akan bertemu jugak. Tentu akan ada satu perasaan yang kurang baik kan. Entah lah…macam2 ada. Pakcik R tu tak rasa bersalah ke yang selama ni dia dah banyak makan hasil kebun A , bagi makan kat anak2 dan mungkin dah buat rumah untuk tempat mereka berlindung. A kata dia tak kisah lah pasal ni cuma dia sedih dan kecewa sebab dia bertemu seorang yang macam Pakcik R ni. A kata dia bukan mahu dipuji, dia ikhlas untuk membantu Pakcik R. Tapi dia sedih sebab Pakcik R buat dia macam tu. Itulah dia dunia sekarang….....macam2 orang ada......….
Buat A, banyakkan bersabar. Mungkin ini satu dugaan dari Nya. Walau telah banyak menolong orang susah, A tetap diujiNya. Moga2 niat suci A akan dibalasNya dan ingatlah bahawa orang2 yang teraniaya adalah dibawah lindungan Allah yang Mengasihi...., InsyaAllah....
14 Comments:
siannya kat A. mmg ada org camni kak. entahlah, org kalau dah marah, apa2 pun blh buat.na'uzubillah.
ML dlm dunia ni macam2 ragam manusia kan? Harap A akan sabar.
have a nice weekend.
Manusia.manusia.. tapi Mak Lang, confirm ke pasu2 getah tu dipecahkan oleh orang yang disyakki??
Syikin:
Kita menginsafi dirilah...orang nak buat kita tak boleh halang. Kita jangan buat sudah!!
Kak Elle:
Banyak orang banyak ragam
Adah:
Entahlah. Tapi menurut TK baru tu, tak ada orang lain yang ke situ sebab kebun tu agak tersorok. Biarlah, sape2lah yang buat tu memang hati dia tak baik. Kita dengar and buat iktibar jelah...Maklang pun sebagai pendengar je....
Adah:
manusia manusia...itulah kisah manusia :) ambil iktibar dari kisah ini....
Bila manusia nak belajar untuk jgn berdengki terhadap orang lain. :(
Malang sungguh ..... bukan niat nak kutuk bangsa sendiri tapi QOTH dah banyak lihat benda macam ni terjadi. Bila susah, minta pertolongan dengan segala rendah diri. Bila dah senang, lupa orang yang menolong. Jadi tamak, dengki, dan paling tak best, macam kaduk naik junjung, macam unta dengan Arab ... tak bersyukur lah tu kot. Dan tak ada rasa malu.
sahih ke pakcik R punya kerja tu.. ??
ni lah kelebihan org kita pengakit PHD memang ujud sejak azali.. kebun ayah zino pun terkena.. orang lain pegi toreh orang lain pegi collect hasil..
kekadang disebabkan duit keikhlasan diri tercabar..orang boleh menipu..mcm la duit ni boleh bawak mati..semoga A sentiasa bersabar...
insyaAllah kita jangan la jadi mcm ni kan? disebabkan duit buat tak tentu arah..
what goes around comes around..if not now..later...if not him..his next generation..only time will tell
orang macam ni ada kat mana-mana dalam pelbagai bentuk pada bila-bila masa...harap2 kita pun jangan tersasul jadi macam tu kan..
Aaa lah kan what goes comes around.. macam maklang lah kan. menantu yang baik. DI sayangi mak mentua dan adik adik ipar semua..Anak lelaki maklang esok pun nanti minta minta dapat isteri yang solehah macam maklang..
Aij
tak sabar sabar nak puji maklang tertinggal lak perkataan 'around.
Aij
Onde:
Memang OO. Harap2 kita tak lupa diri! InsyaAllah...
Alinlai:
Memang kita manusia biasa, sentiasa membuat kesalahan...
Sherin:
Dah memang sejak azali lagi manusia diberi pilihan...kita pilihlah nak jadi baik or sebaliknya
QOTH:
Kita tunngu dan lihat jelah...disamping itu banyak2 berdoa supaya dijauhkan dari berperangai begitu. Moga2 tidak tergolong dalam yang macam tu perangainya.
QOTH...Lama tak nampak?
Zino:
Kawan pejabat maklang pun dok cerita kebun ayah dia pun kena camtu. Pagi dah ditoreh, petang, tetamu tak diundang yang mengutipnya....susah betul dunia sekarang nikan...
Adorable:
You are so very right!
Traveler:
You are so very right!! I agree with you 200%
Post a Comment
<< Home