Dari Teratak Maklang

Monday, July 03, 2006

Family Day 30th June-1st July 2006

Last weekend ada family day kat one of the hotels kat Kuantan. It wak OK ajelah. We went petang Jumaat tu lepas Cik Abang solat Jumaat. Tiba disana dalam pukul 4:10pm kot. Register kat lobby and ambik t-shirt yang company bagi and terus masuk ke bilik. Kami dapat 2 bilik yang ada connecting door tu. Ada 4 katil bujang yang besar. Oklah. Tapi hotel tu tengah dalam renovation so keadaannya agak teruklah. Lantai dia berdebu and keadaan bilik air dia…oh sungguh menyedihkan. Kalau kita komplen kata tak bersyukur, tapi apa nak buat memang keadaannya amatlah menyedihkan.

So much pasal the bilik hotel tu. Petang tu lepas dah solat asar tu, kami ke pergi makan kat padang di tepi laut tu. Anak2 apalagi nak mandi swimming pool lah. Seronok betul nampaknya......Maklang cuma dok tengok mereka mandi sambil berbual dengan kenkawan yang lama tak jumpa. Kami ni nama aje duduk sekampung tapi masing2 sibuk dan tak sempat nak berkunjung ke rumah masing2. Paling kuat pun berhubung melalui talipon je. Tu pun 2-3 minggu sekali barulah boleh berbual. Seronok jugak jumpa isteri2 officemates ni. Mainly cerita pasal anak2 lah….

Lepas swimming pool naik ke atas, mandi and siap for the function. Malam tu theme dia is black and white . Kebanyakkannya dressed ikut the theme tapi ada jugak yang tidak. Maklang and family pakailah ikut theme tu. Semuanya baju lama2 . Korek2 jumpa and matchkan dengan yang dah ada. Tak kuasa nak beli2. Nasib baik semuanya ada. Maya pakai t-shirt putih Hakim and pakai skirt putih dia. Lepas tu letakkan selendang hitam kat bahu and pakaikan brooch, nampak macam shawl pulak. Oklah. Sebenarnya kat t-shirt Hakim tu, kat atas bahu ada stripe hijau and biru, sebab tu lah tutup dengan selendang tu!!! Maklang pakai skirt maklang yang hitam putih. Rasanya skirt tu maklang beli masa bujang dulu. Entah macamana Bibik bongkar almari kat bilik dia jumpa pulak skirt tu. So, maklang pun pakailah. Along, Angah and Cik Abang pakai baju mereka yang memang ada hitam putih. Hakim tukar pakai ngan Maya. Seluar Hakim yang hitam tu kenalah dengan shirt Maya yang putih tu.


The food was OK laa.. Barbecue ayam , lamb and daging. Ada jugak ikan dan nasi goring Cina. Bolehlah… Masa lucky draw tu dapatlah toaster oven yang besar microwave kecik tu. Tak tau nak buat apa sebab dah ada kat rumah. Tengoklah nanti, dijual ke atau kasi hadiah untuk orang kawin! Malam tu 2 grand prize tu, TV 21” and 29” tu dapat ke my dept. punya staff. Oklah sebab kakak yang dapat 29” tu dah kerja kat sini for the last 23 years. Patut pun dapat TV!

Anak2 kepenatan. Maya tertidur kat kerusi and Cik Abang angkat dia balik ke bilik. Hakim pulak dok ajak maklang balik ke bilik sebab tak larat. Tu pun right after my lucky draw no. was called. Sebelum tu, dia asyik tanya aje, bila nak dapat hadiah dia and kenapa no. mak tak dipanggil2!


Pagi besoknya ada telematch. Oklah, Hakim masuk game yang kutip gula2. Maya masuk game cari telur penyu. Lepas game tu, Maya cakap, kata cari telur penyu tapi Maya jumpa bola pingpong je! Apasal? Of cozlah bola pingpong sebab telor penyu RM2.00 sebiji , sayang oooi….


Angah menang 2 game. Maklang masuk game anyam ketupat. Ketupat yang biasanya mudah dianyam tu, siapnya sebijik je. Sejuk2 tangan and menggigil. Nasib baik dpat second place. Oklah tu….Lepas the game, anak2 sempat berendam sat. We checked out at about 1:00pm. On the way balik ke rumah berenti makan kat Pizza Hut and gi shopping beg untuk bebudak. Then nak jam pulak. Dapat lah sorang satu jam tangan yang murah2 tu. Hakim apalagi nak mainan. Belikan dia pistol etc. Nak jadik polis kata dia. Unutk Ucop ada 20 bijik kereta and Alan 4 ekor power rangers!

10 Comments:

At Monday, July 03, 2006 9:56:00 am, Blogger zino said...

the no one ni.. hehe

kami pun ke family day di PD.. function dia macam sama je.. bilik pun mesti request yg besar hehe tapi tak masuk telematch nal balik cepat ada jemputan kenduri..

 
At Monday, July 03, 2006 10:04:00 am, Anonymous Anonymous said...

Entri hari ini yang paling power sentence dia bukan menang oven tapi "Rasanya skirttu Mak lang beli masa bujang punya" he..he waa lo maintainle....

 
At Monday, July 03, 2006 10:15:00 am, Blogger sue said...

takde gambar ke maklang..?syok sikit baca sambil tengok gambar ;-)

 
At Monday, July 03, 2006 11:37:00 am, Blogger Mama Rock said...

haaa...sama la cam easylady komen atas tu...skirt maklang yang beli masa bujang tu...skirt mama masa bujang dah sedekah kat orang...kalau boleh masuk pun tak boleh nafas..hehehe!

 
At Monday, July 03, 2006 12:19:00 pm, Blogger Sherin de Souza said...

Maklang,syok juge la ada aktiviti weekend. Sambil tu anak-anak pun terhibur.. :)

 
At Monday, July 03, 2006 2:31:00 pm, Blogger simah said...

betul lah mak lang..skirt masa bujang mak lang memang boleh muat lagi ka? waaaa caya la mak lang..memang saya tabik gila...

 
At Monday, July 03, 2006 8:14:00 pm, Anonymous Anonymous said...

Wah best weekend for the family ...mmmm....kalau skirt 15yrs ago masih bolih pakai huh mana ada put on weight?maintain habis lah ML.

 
At Monday, July 03, 2006 8:33:00 pm, Anonymous Anonymous said...

Mak Lang, skirt tu pinggang dia zip ke getah? Hehe..ni kena turunkan ilmu nih!

 
At Monday, July 03, 2006 9:15:00 pm, Blogger maklang said...

Zino:

Best ke tidak tu, kena terimakasehlah.... Free!!

Easy:

Memang le maintain...takkan tak perasan kot!! Getah kat skirt tu pun maintain lagi.!!

Traveler:

Gambar ade tapi malasnya nak upload!

mamarock, simah and kak elle:

Skirt tu pakai getah le...Kalau pinggang tambah setakat 4 inci tak de hal nak masukkan!! Tapi ni memang nak diet le...mana tahu boleh pakai baju masa sekolah dulu...tapi baju2 masa tu entah dah kat mana agaknya!!!

Adah:

Pakai getah le...kalau pakai without getah, mau pengsan nak nafas tu...

 
At Tuesday, July 04, 2006 5:30:00 pm, Anonymous Anonymous said...

ereen: loyi ngan basth , mak dia kena beli sighik!!!

 

Post a Comment

<< Home