Durian
Durian. Memang sekarang ni tengah musim durian. Tapi masih awal lagi. Kami pun baru 2 kali beli. Tu pun sikit2 aje. Nak lepas gian lah katakan. Semua dalam rumah ni memang suka sangat makan durian. Kalau time nak makan durian, Cik Abanglah tukang bukak kan durian tu and kami semua tukang makan. Anak2 kalau dah mengadap....2 biji sorang sekali ngap. Tapi mak and Abah pun sama jugak. Kat rumah ni Bibik sorang aje tak suka durian. Puas kami ajak dia makan tapi dia tetap tak mahu. Pening kepalak katanya.
Cerita pasal durian ni, banyak jugak cerita kelakar yang maklang masih ingat.
Rasanya cerita ni berlaku masa maklang dalam pantang kat rumah Wan di JB. Terkena pulak musim durian dan kebetulan kebun durian arwah Pak Itam tahun tu memang banyaklah hasilnya. Dan macam biasa tiap tahun kalau kebun durian mengeluarkan hasil, adalah durian 2-3 boot kereta Atok bawak balik dari kebun. Tahun tu memang menjadi sangat. Bau durian semerbak sangat. Malangnya Maklang cuma dpat bau ajelah dari bilik dengan baby Faezin.
Lama2 duduk dalam bilik sensorang boring jugak. Bila baby Faezin dah tidur lena, mula lah mencari mana Cik Abang ngan Wan yang tak nampak2. Panggil2 tak jawab2. Kereta ada kat luar dan tak de dengar pulak orang kat tingkat bawah. Maka turunlah maklang ke tingkat bawah. Cari2 tak de jugak. Entah macamana maklang intai2 kat setor belakang rumah, nampak lah maklang dua insan , Wan ngan Cik Abang, yang tengah mencangkung makan durian sampai tak sedar anak dia mencari dia. Gelihati betul tengokkan mereka berdua.
"Oh...kat sini rupa2nya...makan durian tak ajak pun eh...senyap aje!!"
Langsung dua2 tergelak sebab memang makan nak sembunyi2. Niat hati baik sebab takut nanti kalau maklang makan durian kot panas dia gi kat baby....Iyelah tu....
Baru2 ni pulak, masa hari pengkebumian arwah Pak Itam, maklang dengan Cik Abang, mak dan bapa saudara maklang dan dua anak Pak Itam suami isteri tengah duduk bersembang kat khemah depan rumah Pak Itam. Masa tu kami baru sudah makan tengahari. Lebihkurang pukul 4:00ptg.
Tiba2 sebuah teksi berhenti kat depan rumah arwah. Apek teksi tu keluar dari teksi dan bukak boot dan ambik 2-3 plastic bag besar berisi durian.
"Ini, lulian Datok Muda hantarlah..."
"Oh..OK". Kami dok pandang sama sendiri. Eh, Datok Muda ni tak tahu ke Pak Itam dah passed away, maklang berkata2 kat dalam hati. Agaknya dia saje nak bagi rasa durian walaupun Pak Itam dah tak ade.(Datok Muda tu memang ada dalam keluarga kami, pangkat dia Datok Muda sebab muda2 dah bercucu kot!)
"Ni 23kan?" Apek tu kata.
"Aha...23.", Kami jawab serentak thinking that the Apek was asking about the date.
Masa tu, Abang A, anak arwah Pak Itam,tengah talipon. Sudah talipon aje, dia kata, "23? Eh sini 21laa..."
"21?", Apek tu tanya balik.
"Ye, sini no. 21laa"
"Alamak...salah rumah laaa..." Apek tu kata, langsung dia angkat semula berbeg2 durian tu... Masa Apek tu dok angkat durian tu ke dalam, maklang dah imagine dok bukak durian tu and dok enjoy makan2 dengan sepupu2 tu! Oh...alangkah malangnya kami...kami dapat bau durian tu aje....
Petang tu, hanya Allah aje yang tahu betapa kecewanya kami tak dapat makan durian. Lepas Apek tu pergi, seme dok ketawa sebab terkecewa....
Lepas that incident, makcik maklang yang ada kat situ, masa on the way nak balik ke KT sempat singgah makan durian dulu sebelum sampai kat rumah dia. Maklang pulak dapat lepaskan gian makan durian masa gi wedding kawan Cik Abang kat Negeri Sembilan, the next day tu. Ada gulai tempoyak...Sodap!!!
Siang tadi, Wan pun buatlah gulai tempoyak untuk Cik Abang. Kebetulan pulak pucuk ubi dan daun kunyit kat belakang rumah ni tengah lebat. Wan pun apalagi, mulalah dia memetik dedaun2 untuk nak dijadikan gulai untuk Cik Abang kesayangan maklang....
Kalau nak resepi dia, ni maklang tuliskan...
Bahan A:
Daun pucuk ubi dihiris halus, lebihkurang satu mangkuk
Sehelai dua daun kunyit dihiris
4 batang serai dihiris halus
5 biji bawang merah dihiris halus
sebesar ibu jari halia dihis
segengam ikan bilis
semangkuk kecil isi durian (kalau nak lemak and manis lagi tambahlah lagi!)
santan dari sebiji kelapa
4 biji lada merah dan sedikit cili padi diblend (pedas ikut sukalaa)
kalau suka boleh letak petai
Bahan B:
asam keping, garam
Semua bahan2 A, dicampukan dan diletakkan di atas api sederhana. Masak sampai santan jadi pekat. Last sekali masukkan asam keping dan garam.
Sebenarnya, boleh jugak letak pucuk labu, tapi bahan2 yang maklang tulis tu je yang ada. Sukatan tu pun boleh adjustlah nak banyak mana. Kalau makan memang sedap dengan ikan kering. Berpoloh!!!
Selamat mencuba....and have a good weekend. I will be busy starting tomorrow sebab ada Pakcik saudara dari KL nak overnight kat sini....
13 Comments:
doreyan ni memang feberet.. tapi takut jugak nak makan banyak.. agaknya lah pasal makan terlampau banyak doreyan sampai zino masuk spital satu masa dulu hehe..
skrg ni makan gitu2 je lah tak le lah sampai tahap melampau hehe
Aisey,,
Ada sapa sapa tuwon KL ker ? Boleh kiyem yang udah siap punya..?
Aisey,,,
Ada sesapa tuwon KL Ker ??
Zino:
Terror tu...makan deroyan sampai masuk spital...
Ada gak dengar yang lepas makan deroyan ni tak leh minum coke.Betul ke?
Baca entry naklang ni kempunan pulak nak makan durian. Petang ni nak gi cari and makan puas2.
Tengah demam and batuk ni, makan durian nanti jangan sampai masuk hospital sudah lah...
Durian once a while bolih selalu sgt jelak pulak ... tak pernah mkn tempoyak ML.Banyak tetamu ke T'ganu eh?
selamat melayan tetamu mak lang..
bestnya kalau dapat makan durian....yum yum.
Jo,
InsyaAllah petang besok adalah tu gulai tempoyak pucuk ubi tu tiba kat your house...Tunggguuuuuu....
Kak Nong,
Makan tu ingat2 le...Kang panas durian and panas demam tu campur, mau pening kepala!
Kak Elle,
Yang benarnya tetamu yang kami expect cuma 3 orang, tapi dari pagi asyik ada tetamu aje. Just received another sms from an old old friend yang dia pun nak datang petang ni. Ni sempat cilok sat nak baca blog ni...*wink*
Simah,
Sedap simah...memang sedap makan deroyan ni! Nanti maklang tolong makan kan....he...he...he...
maklang...hahaha...kesian bab kempunan durian tu...dpt bau aje le...
Akak ni tak minat sgt durian...dpt 2-3 ulas sahaja jadilah...
Tapi kalau tempoyak memang hantu betul...makan dengan nasi & sambal pun boleh letak tempoyak satu sudu...sampai lekit2 nasi...
Gulai tempoyak dengan pucuk ubi tu...kalau letak cili padi semua lagi best...lagi pedas lagi sedap...yummmy.....
Kak Lady,
Maklang ni tak berapa suka gulai tempoyak...tapi tu feberet Cik Abang tu...
Kalau tempoyak ok lah...
HUWAAAAAAAAAAAAAA. Durian nak durian. nasib baik hari tu sebelum balik sini sempat makan. Nak lagi nak nak
Lollies:
Sedap.....nya lulian...
Alangs:
Kalau nak makan lebih sedap datanglah sini...
Tempoyak campur dengan cili padi buat macam sambal belacan (without belacan), pas tu makan dengan ikan baru goreng & nasi lembik sikit panas2...sedapnya!!!Ni kes besok kena cari tempoyak...
Post a Comment
<< Home