Spring cleaning.
Last weeekend memang sibuk betul. Hari Jumaat tu sibuk mengemas fridge. Simpan dan buang apa yang patut. Reorganize the freezer and all. Freezer kecik tu sampai melekat air batu dia. Agaknya adalah yang tak tutup rapat freezer tu sampai dia defrost lepas tu beku semula dan laci2 dia tak boleh dibuka. So, memang spring cleaning betul Dari pagi pukul 8:00pagi dah ke pasar, siang2 ikan dan ayam dan daging buat minggu mendatang , kemas fridge and then buat pulak popia. Mulanya malas nak buat popia tapi dok tengok kulit dia dah kering, paksa jugak buat popia. Inti dia buat macam inti karipap. By 4:oopm dah rasa flat sangat, simpan inti dalam freezer and then terus naik and mandi and baring2 sambil tengok TV. Malam tu ingatkan nak start menjahit awal, tapi sibuk dengan anak2 langsung tak jadi. Angah call pukul 11:00mlm, kata kaki dia and ketiak dia naik rashes. Eh…eh…macam Kaklong dia punya symptoms aje….kalau gi camp mesti kena rashes. So, at 11:00pm tu kami pergi ambik dia. Tiba kat sana dia dah menangis …pulak2 bila tiba tu, Kaklong dok usik dia. Lagilah berjurai airmata dia. Lepas balik dari ambil Angah tu, maklang tebar kain and dapat gunting 4 pasang baju. 2 untuk Dhirah dan 2 untuk Alang…. Alhamdulillah.Cik Abang pun teman maklang,sambil dia baca buku dia. Tapi kejap lepas tu dah larat, dia tidor dulu. Maklang tdor dekat pukul 1:00pagi! Letih….
Hari Sabtu pagi tu, Cik Abang hantar Angah kesekolah semula lebihkurang pukul 9:00pg sebab ada ceramah. Pagi tu sempatlah gunting baju Alang 3 helai. Lepas dah yang ke3 tu, rasanya tak boleh dah nak buat lagi. Pening kepala. Langsung ke dapur. Ingat2 malas nak masak sebab nak habiskan leftovers yang dah listkan semalam. Breakfast pun makan laksa Penang yang Cik Abang bawak balik beberapa minggu lepas. Dia bawak balik banyak kuah dia. So tinggal beli laksa ajelah. Tengahari tu tengok budak2 macam bengot je muka, so terpaksalah masak. Ada kuey teow tu. Goreng 3 bungkus sebab ingatkan nak pulang pinggan kat Cikgu depan rumah ni, tapi dia tak ada. Rezeki Cikgu Mi lah pulak, datang tengahari tu. Cik Abang makan rojak aje.
Lepas dah habis kat dapur, terus naik atas nak sambung jahit. Siaplah sambung sepasang baju kurung lagi. Lepas tu tak boleh tengok lagi kain. Spring clean pulak study room tu. Sampai dekat maghrib baru selesai. Anak2 pun tolong sekali. Pukul 8:00pm turun ke dapur. Kena masak lagi sebab kuey teow tu dah selamat. Potong ayam kecik2 dan goreng dengan nasi. Ada dekat 2 put nasi tu maklang buat nasi goreng. Alhamdulillah habis semua. Ustaz pun dijamu sekali. Malam tak ada buat apa, Cuma terbaring melayan Hakim, nak tepuk tido sambil2 tengok TV. Sambil blog hop and YM dengan kakak kita kat Singapore tu…tq kak melayan I….
Hari ni kat opis tak abis2 dengan meeting. Pagi petang meeting. Projek bertambah. Pening tak tahu mana satu nak buat dulu. Semuanya nak cepat. Fenin…fenin…..Adek2 ramai yang nak ke laut buat site visit. 3 hari dah gone. Maklang pulak, InsyaAllah besok petang akan ke KL. Ada course kat HQ. Hari Rabu pagi baru balik. Khamis kami cuti sebab birthday Dhirah cum King’s birthday. Dhirah seronok sangat, birthday dia, tiap tahun seluruh Terengganu cuti!
Itulah diakan, Maklang dok risau nak tinggalkan anak2 ni. Walaupun Cuma 2 malam aje. Kalau dulu dengan kakak taklah risau sangat. Bibik baru sangat dengan kami, jadi rasa macam tak confident aje. Nak2 Hakim tu tang bangun pagi. Nasib baik meeting Cik Abang di KL hari Rabu ni cancel, or else lagi kesian kat anak2. Nak buat macamana, nilah dia nak cari rezeki halal. Lagipun kursus ni nak kena attend sebab ada point untuk nak renew maklang punya membership dengan satu pertubuhan yang ada sangkut paut dengan kerja maklang ni….
Ni boleh nak blog sebab dah selesai buat list untuk Bibik nak masak apa for pagi, tengahari and malam masa maklang tak ada kat rumah. InsyaAllah OK. Lagipun boleh call dia. Cik Abang kata, tak payah nak worry sangat. InsyaAllah everything will be alright.
Malam ni tak leh tidor lewat sebab besok nak kena bangun awal. Cik Abang mintak tolong masakkan mee kari untuk 20 orang kat opis dia. Dia nak jamu kawan2 kata dia. So, lepas balik opis tadi, dah tumis karinya, dah siang dan cuci ayam, dah potong2 kacang panjang dan sawi, dah hiris daun bawang dan daun sup, dah rebus telur dan besok tinggal curahkan santan aje dalam periuk tu. Mintak2 semuanya berjalan lancar….InsyaAllah…
Good nite all…..and sweet dreams…..
15 Comments:
hmm..penuh aktiviti maklang..terutama part menjahit tu.
duk sibuk bekerja, ada msa lagi nak masak2 utk org lain. for free pulak tu..seronokkan buat amal jariah :). insyaAllah, bertambah murah rezeki maklang. :)
sian pulak kat angah kena rashes.hopefully dia dah sembuh betul :)
amboi mak lang, sibuk2 spring cleaning tu sempat juagk jadi chef diva.
hmmm, mama pun sama la mak lang, bila nak tinggal rumah je risua ke anak2. padahal dia orang tu dah resourceful enough, tapi kita ni la susah nak let go :)
mintak tolong masak untuk party opis lagi... mana opis cik abang??? saya nak apply keje sana le... heheh...
syikin:
hidup ni memang kena penuhkan dengan aktiviti....baru enjoy.
Alhamdulillah Angah dah OK. Balik rumah tak ada pulak ko,plen sakit!*wink*
mama rock:
rasanya semua mak mak memang cam tu kot...
Izhal:
Dengar2 kat office tu memang tengah ramai cari orang baru. Bolehlah cuba apply! *smile*. tapi kalau nak makan tak payah tunggu opis buat makan, call2 kata nak datang nanti maklang masaklah, InsyaAllah...
Bznya maklang..
macam tak abis2 kan kerja rumah nih.. arena tak reti menjahit.. menjahit semua outsource pada mum in law hehehhehe..kami dok berdua pon rumah cam kandang ..kenapa entah..hehhheh..
maklang tak ambil upah menjahit ke..?untungla ye every year tak payah sibuk2 cari tukang jahit..
baju meternity boleh jahit..?? :-)
Enjoy your trip to KL .... don't worry abt the children bibik kan ada and also yr hubby is around.Pandai2 lah budak2 berdikari.Insya'allah they will be ok.
OO:
Silalah datang....bila agaknyaye...
arena:
memang sentiasa bz. nak2 bila duduk rumah. bukan aje dengan anak2, dengan bapak anak puniye...*wink*
sue:
ambik upah tu taklah. kadang2 bila ada kengkawan mintak tolong jahit tu adalah...sikit2 tolong2 je...
kak elle:
tolong teropong2kan anak2 maklang ye...Tq.
Cik Abang kata semua ok. Dia suruh enjoy kat KL ni. in fact baru balik shopping buku2 unutk Dhirah and myself
Maklang...patutle tak berblog rupa2nya gi KL...eh!! naper tak call akak...boleh bual2 memalam....
good nite mak lang..semoga semuanya berjalan lancar..selamat berkursus..
mak lang memang save gila yea bab jahit baju ni..kalau nak hantar upah kat orang sepasang baju kurung sekarang ni berapa dia orang ambil upah mak lang?
Wah sibuknye maklang.. Hehehe..ada juga masa nak menjahit lagi, masak untuk ofis cik abang. Maklang, beri la resepi mee kari pula.. sure sedap masakan maklang..
oo kat KL lagi lah ni ya?? semuga tugasan berjalan lancar..
cerita pasal peti ais.. yg kat rumah tu selalu je penuh.. tah apa2 kat dalam tu hehe..
Kak Lady:
Tak sempat nak call. Sibuk. Lepas opis pergi cari barang2 yang anak2 peasan. Balik, penat and terus tidor.
Simah:
Tengah good afternoon kat sini...
Memang suka menjahitlaa. Kalau upah ranges from 25-50, ikut apa yang kita nak kat baju kurung tu, tulang belut, manik or sulam ke. Kalau sulam yang elaborate mau sampai 2-300!
Sherin:
Nanti maklang rajin, maklang tuliskan resepinya ok...ni tengah nak lunch (tunggu Cik Abang balik- baru sampai dari KL-tak jumpa dia lagi!), then nak ke opis!
Zino:
Memang banyak harta karun kat dalam fridge tu!!!
Alhamdulillah ML dah selamat pulang...anak2 macam mana semua ok kan? ade juga teropong kat dia orang as you requested tetapi too much bukit dan hutan jadi tak nampak pulak ....hehe....wah semapt ML bershopping ...btw my laptop kena virus so back to old desktop ler....
kak elle:
Terimakasehlah...at least ada gak effort nak tolong teropong....
Post a Comment
<< Home