Dari Teratak Maklang

Wednesday, July 12, 2006

Pak Omar tak sihat

Tengahari tadi, waktu lunch, Pak Omar talipon nak beritahu yang dia tak dapat datang nak buat kebun kat rumah. Rupa2nya Pak Omar tak sihat. Patut pun semalam Bibik beritahu yang Pak Omar tak datang. Biasanya Pak Omar akan datang ke rumah kami 3 kali seminggu untuk nak bersih2kan taman yang kat depan rumah tu.

Pak Omar ni memang dah macam ahli keluarga kami. Sejak kami pindah rumah ni empat tahun yang lepas, Pak Omar dah mula kerja kat sini. Isteri Pak Omar pun ada jugak datang tolong2 bila kakak tak terkejar dengan kerja rumah. Kalau kami pergi jenjalan sekeluarga, pasti Pak Omar dan Kak Yah akan datang nak jaga rumah.. Bersyukur kami kerana ditemukan dengan insan sebaik Pak Omar dan Kak Yah.

Lebihkurang jam 5:00ptg tadi, Cik Abang dah call nak ambik maklang kat pejabat. Walaupun opis Cik Abang lebih dekat dengan rumah Pak Omar, Cik Abang kata dia yang nak ambik maklang kat opis yang Cuma 5km dari opis Abang.(Rumah Pak Omar dekat lagi dengan opis Cik Abang) So, kereta maklang, kami tinggalkan kat parking kat office tu.

Bila tiba rumah Pak Omar, kami disambut oleh Kak Yah. Kak Yah kata Pak Omar dah 2 hari tak boleh bangun. Bila kami sampai, Pak Omar pun cuba berjalan dari bilik nya nak ke ruang tamu. Kak Yah kata, baru hari ni Pak Omar boleh jalan. Alhamdulillah. Dr. kata mungkin kena batu karang. Tapi ada jugak Dr. kata yang Pak Omar kena uluran sebab sakit kat ari2 dia. Tapi Pak Omar cuba jugak panggil Ustaz, mintak tolong tawarkan air untuk Pak Omar. Alhamdulillah lepas dah berubat dengan Ustaz tu, Pak Omar dah boleh jalan dan bolehlah nak duduk. Kalau tak, dia kena baring aje sampai mandi pun sampai berbaring kat lantai bilik air. Kesian betul kat Pak Omar. Doa kami muga2 Pak Omar disembuhkan dari penyakit dia….InsyaAllah…

16 Comments:

At Wednesday, July 12, 2006 10:23:00 pm, Blogger zino said...

semuga pak omar cepat sembuh..

 
At Wednesday, July 12, 2006 10:44:00 pm, Anonymous Anonymous said...

I agree ngan zino harap2 pak omar cepat sembuh ML.Kalau batu karang sakit nya selalu kat belakang pinggang tempat kidney area can be very painful dan susah nak buang air kechil.Sama2 kita doakan die cepat sembuh.

 
At Thursday, July 13, 2006 12:22:00 am, Blogger Kaklong Syikin said...

moga pak omar sembuh cepat. sian kalau dah berusia kena penyakit serius, sebab badan dah tak berdaya nak menahan sakit tu..

 
At Thursday, July 13, 2006 7:52:00 am, Blogger maklang said...

Zino:

InsyaAllah...

Kak Elle:

Rasanya buka kena batu karang...adalah tu yang lain agaknya.

Syikin:

Pak Omar tak lah tua sanagt , baru 50. Tapi kami panggil dia 'Pak Omar'.

 
At Thursday, July 13, 2006 9:17:00 am, Blogger Sherin de Souza said...

Harap-harap Pak Omar akan segera sihat. Bukan senang nak jumpa orang yg baik macam Pak Omar dan isterinya tu.

 
At Thursday, July 13, 2006 10:33:00 am, Blogger aNIe said...

Mak Lang...harap-harap pak Omar beransur sembuh....

 
At Thursday, July 13, 2006 6:08:00 pm, Anonymous Anonymous said...

Mak Lang, apa dia sakit uluran tu? Tak pernah dengar.

 
At Thursday, July 13, 2006 6:55:00 pm, Blogger ays_as said...

moga pak omar cepat sembuh.. uluran tu hernia ke?

 
At Thursday, July 13, 2006 7:29:00 pm, Blogger maklang said...

Sherin:

Memang susah kami kalau Pak Omar tak ada....

Kak Lady:

Moga Pak Omar cepat sembuh...


Adah:

Ye..uluran tu hernia...

 
At Thursday, July 13, 2006 7:31:00 pm, Blogger maklang said...

ays:

Eh...tukar nama nampak....

 
At Thursday, July 13, 2006 10:52:00 pm, Blogger UglyButAdorable said...

kalau dah biaser dgn sorang tukang kebun memang susah nak tukar ngan yg lain kan ML? my mom said the same thing too. semoga pak omar cepat sembuh..

 
At Thursday, July 13, 2006 11:07:00 pm, Blogger maklang said...

ereen:

Siapa lak nak gi Perth ni? Salah blog kot Lang???

Adorable:

Betul tu...Payah kalau dah biasa dengan sorang tukang kebun...InsyaAllah Pak Omar akan sembuh...

 
At Friday, July 14, 2006 5:59:00 am, Blogger Idham said...

bila seorang boss dapat anggap "kuli" sebagai kawan dan keluarga...itulah...kemanusiaan nama nya!! .. tabik maklang!!!

Idham

 
At Friday, July 14, 2006 9:05:00 am, Anonymous Anonymous said...

Ala..MAk LAng best tau gi perth. Pergi jangan tak pergi.Bawakan balik kat kita org kaola bear yg cute tu boleh lekat kat stretoscope

 
At Friday, July 14, 2006 11:50:00 am, Blogger tee said...

doa kepada pak omar agar cepat sembuh.

:)

 
At Friday, July 14, 2006 4:31:00 pm, Blogger maklang said...

Id:

Yelah....Pak Omar tu memang dah macam sebahagian dari ahli keluarga kami. Maklomlah kami ni merantau....

Easy:

Itulah kan orang yang dah pergi taulah Perth tu best ke tak... Kita gi Penang je...nanti boleh bawak balik laksa Penang ngan dotong kering , nak tak...kat Penang tak koala bear le...Kalau dah koala bear tu minta Onde mintak kat Paed dia tu...

Onde:

Oh... PHD ni memang ramai dek...itu yang susah tu...tak boelh tengok orang senang. Patutnya kita tumpang suka tengok orang senang..Nak buat camne...

Nantilah kalau maklang mimipi gi Perth, maklang bawak Onde sekali...ok?

ereen:

Awak pun nak ikut saya ke dalam mimpi ke? JOM...Kiss untuk Ucop...


tee:

TQ. Moga Pak Omar dah sembuh...

 

Post a Comment

<< Home