Angah pergi Khemah
Sejak dua minggu lepas Angah dah sibuk beritahu yang dia nak pergi ke perkhemahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah Agama yang Angah pergi tu. Angah ni memang excited sangat sebab dah 2-3 kali Kak Long dia pergi khemah, so dia pun nak rasalah. Memang biasanya apa2 yang kaklong dapat pergi, Angah mesti nak jugak pergi.
So, hari Rabu petang yang lepas, Angah dah sibuk tanya maklang kalau kita ada tent untuk di nak bawak ke perkhemahan dia tu. Maklang rasa tak ada sebab seingat maklang memang tak pernah beli pun. Lagipun nak buat apalah nak beli khemah.
“Mak, ada khemah tak kat rumah kita?”
“Mana ada!”
“Kan dulu ada! Kan dulu Alang ada!”
“Alang ada, adalah kat rumah Wan atau rumah Alang!”
Lepas tu dia dok terjengok2 dalam setor kat dapur tu.
“Warna apa beg khemah tu?”
“Entah, biru ke merah ke. Manalah mak ingat, sayang”
“Ok, tak pe. Angah rasa ada kat dalam store tu”
Kejap lepas tu, Angah bawak keluar khemah tu. Terus Cik Abang suruh Kaklong pasang, sambil dia tolong2 jugak. Petang tu pulak panas nya ya amat.
Siap aje khemah tu dipasang, yang excited sangat was Hakimlah. Habis semua orang diajaknya duduk dalam khemah tu. Sampai ke malam dia paksa orang duduk dalam khemah. Manalah ada orang nak duduk dalam khemah tu, semua orang sibuk dengan kerja masing2 sebab besok tu sekolah. Dia kata tak pe kalau kak Maya dia teman kat khemah tu dia akan suluhkan kat buku Maya. Punyalah dia nak duduk dalam khemah tu. Lepas tu bila semua orang tak nak, dia kacau mak dia yang tengah nak jahit baju. Naik rimas pulak, bila satu kita cakap, sepuluh soalan dia tanya. Last2 tak tau nak kata apa, maklang kata, kalau dia tidor kat dalam tent tu nanti ‘Jeeper Creeper’ tu datang ambik dia. Eh…nak tahu apa dia kata, kan Jeeper Creeper tu dah kena paku kat dinding. (siapa2 yang dah tengok cerita ni fahamlah…). Hilang idea nak jawap apa nak kata kat dia. Ngengek dia tu yang tak tahan. Nama aje macho tapi ngengek dia, no. 1. Last2 maklang kata, nanti mak ke bapak ke adek beradik Jeeper tu datang cari Jeeper baru tau. Haaah…mengena pun dan legalah lepas tu sebab dia agreed not to sleep in the tent.
Petang semalam (Khamis), lepas opis kami hantar Angah kat sekolah dia. Perkhemahan diadakan di kawasan sekolah yang juga di kawasan masjid. Ramai jugak kawan2 Angah yang datang. As usual, Angah mestilah dengan kawan baik dia sejak dia berumur 2 tahun , si Mimi. Mimi ni dulu duduk di belakang rumah kami. (Dapur rumah dia mengadap dapur rumah Maklang). Memang Angah rapat ngan Mimi. So kat mana ada Mimi, kat situlah Angah. Alhamdulillah….In fact kami pun agak rapat dengan mak Mimi walaupun jarang bertemu.
As usual, Angah over. Kaklong pun datang tolong pasang khemah. Tu pun puas pujuk and dapat upah untuk pasang and bukak tent tu. Or else, sorrylah dia nak datang. Lepas kami tinggalkan Angah petang semalam, kami pun pulang. Tapi sebelum balik tu, Angah dah pesan, “Mak, nanti mak datang hantar toiletries Angah, selipar Angah, and baju tidur Angah yang lengan pendek “. Biasalah tu, yang benar nya, dia nak tengok aje mak dan Abah dia.
Malam tadi lepas balik dari khenduri kat rumah depan tu, kami anak beranak pun pergilah tengok Angah. Suka betul dia… Hantar barang2 yang dia nak dan McD, air dan biskut untuk dia dan kawan2 dia.
Oklah Angah, terror gak dia. DIA TAK NANGIS....macam ada orang yang gi camp 2 weeks back....Tapi pagi tadi, pukul 4:30pg Angah call, nak beritahu dia tak tahan kena gigit nyamuk. Buat terperanjat aje. Dan hari ni, Abah dia dah gi tengok dia dekat 5 kali dah...….dan maklang aje dah gi tengok dia 3 kali....Angah…Angah…rumah ni senyap dengan tiadanya ke’overan’ Angah. Mak sayang Angah….
11 Comments:
ML I am first again ...mana prize nya:)
Oh Angah's turn pulak pergi kemping bagus lah belajar berdikari tapi kenapa family bolih visit pulak? tak aci lah .....
btw how's pak Omar now?hope nothing serious with him ya.
hhehhe...beriya-iya angah tu...patutlah maklang kata dia terover...hehehe...baik tempat perkhemahaan tu dekat ...kalau jauh...tak ke naya nak kene ulang alik mak ayah dia...hehhehe
Masa my kids kecik2 dan mula-mula nak belajar camping dulu, kita selalu intai dari jauh nak tengok dorang selesa ke tidak...
Risau jugak takut kena gigit lipan ke, semut ke... Tapi lama-lama dorang dah biasa dan pandai berdikari...
jahatnya alangs
ni maya
teringat angah zino dulu pegi berkemah kat sekolah.. malam tu jugak dia talipon abah dia datang jemput dia balik hehe
Boo! Ni jeeper creepers ni! heh heh
kak elle:
Hadiahnya 3 nights 4 days kat Kerteh.
Pak Omar dah baik, InsyaAllah besok dia nak datang kerja....
Kak Lady:
Angah memang over biasanya...malam tadi kami gi ambik dia sebab dah berjurai air mata, habis badan naik rashes and all...ketiak pun merah...
nong:
biasalah semua mak dan bapa risaukan anak2 yang masih kecil kalau dibiarkan sendirian...
ereen:
Kira pinjam tent tu upah untuk jahit bajulah tu....
Entah bila lagi nak caravaning macam dulu...kalau ada rezeki kita pergi lagi nak...
Maya:
Alang tu saje je tu Maya...relax laa...
zino:
Angah tahan satu malam aje. Second night (malam tadi)kami ambik dia pukul 11:00 malam. Alasan dia, kaki dia sakit! Masa tiba tu dah berjurai air mata dia...
Lollies...
Tak sangka maklang...
alahai kesian nya angah...kena gigit nyamok ke rashes tu?
Syukur lah pak omar dah sihat tapi dia kena lah take it easy dulu sementara ni.
tak aci..pegi camping dapat McD.:-)
mesti dia rindu tu..i notice semua anak maklang guna taktik yg sama bila pegi camping..?so cute
hehehe.....mana2 pun okey maklang..asalkan budak2 tu happy...
Idham
kak elle:
rashes tu...alhamdulillah pak omar dah sihat.
sue:
Bukan Angah sorang je dapat. habis semuanya nak burger malam tu.
Tak tahulahkan...tapi memang kena rashes. Lepas dah balik tu tido mati. Penat sangat agaknya...
Id:
Yelah..apa2 pun asal mereka happy sudah...kalau dah mula tarik muka memang fenin nak pujuk tu...
Post a Comment
<< Home