Dari Teratak Maklang

Thursday, July 20, 2006

Macam2 cerita

The course kat HQ was good. The presenter banyak cerita pasal pengalaman dia masa dia kerja dulu. Now dia dah 60+ . Of courselah 35 tahun punya pengalaman tu memang banyak yang boleh kita pelajari. I enjoyed the course.

During the break, pukul 10. 12 and 3 ptg, perbualan kebanyakkannya berkisar tentang SITI aje. Gelihati dengar komen2 mereka ni. Maklang dengar aje and dok tanya they all apa yang mereka kecewakan sangat sebab Siti kawin orang umur 47 tahun. Masaalahnya mereka kata, umur mereka pun lebihkurang umur pilihan SITI dan mereka jugak sayang anak2 mereka….Macam kecewa je…Tapi satu benda mereka tak ada, mereka tak kaya macam pilihan SITI tu....Tapi apa2 pun biarlah SITI pilih siapa yang dia cinta....Dan semoga berkekalan, InsyaAllah.


Lepas balik dari course tu, maklang ambik train ke KL Central. Tunggu seorang adek nak ambik untuk nak ke MV. Hakim dah pesan suruh belikan dia kereta remote. Lama dah dia nak ni. Dulu ada atok Uncle kat KT bagi dia sebuah. Atok Johor pun ada bagi dia satu, tapi semuanya dah selamat. Entah dekat mana sekarang. Ada yang hancur jugak. Dah dapat kami beli kereta tu, kami pergi cari buku pulak kat MPH. Haaaah…dapat jugak buku cerita Rebecca yang kawan kita yang nak mula menjahit tu, dok rekomen bagus. So, belilah buku tu and as usual kalau ke kedai buku ni macam kena rasuk and beli lagi 4 buah lagi. Terbang melayang lah pitih hamba. Tolak campur, kira lebihkurang lepas lah dengan duit claim yang dapat untuk nak ke outstation ni… (alasan…alasan).


Habis bab buku, kami pergi makan kat kedai entah Penang Café (eh ye ke ?). Lebihkurang gitulah bunyiknya. Sedap makanan kat situ. Thank you again Dek…

Tengah makan as usual talipon bertubi2 dari anak2 and Cik Abang. Maklomlah mak jarang2 keluar, so kalau sekali sekala keluar ni memang kena check sokmo. Lepas makan gi cari hadiah untuk Angah, Maya and Cik Abang. Kejap lepas tu kami balik. I enjoyed the night. Sekali sekali ‘terlepas’ mesti kasi enjoy puas2!


Semalam masa balik sini, Maya aje ada kat rumah. Dia korek lah beg, cari apa yang ada untuk dia. Dia suka yang Alang belikan untuk dia tu. Also what I got for her. Then terus gi ambik Hakim dari sekolah and then hantar Maya pulak. Cik Nab , tukang hantar gi sekolah tu, cuti hari ni. Lepas lunch, masuk office. Kami kat opis tengah berdebar tunggu surat increment and surat bonus. Macam2 speculation yang kami dengar. Petang tu lebihkurang pukul 3:45pm, I left the office. Pergi meeting kat Client’s office. Masa tengah meeting dapat sms dari officemate kata surat dah dapat. OKlah the bonus but the increment was bad…..Tak guna buat appraisal ye ye sebab across the board semuanya lebihkurang aje. Bonus satu department kami pun dapat sama aje. Apa2 pun Syukur ALhamdulillah…..



Hari ni birthday Dhirah yang ke 13. Dah besar anak sulong, Mak. Kami cadang nak bawak dia gi makan ikan bakar malam nanti. Hadiah, dah bagi malam tadi.
Dhirah seronok sangat sebab tiap tahun birthday dia, seluruh Terengganu bercuti. King's birthday. Kami pun seronok sebab hari ni kami tak kerja....

Moga2 Dhirah menjadi anak yang berguna dan kuat beramal kepada yang Maha Esa…InsyaAllah…

20 Comments:

At Thursday, July 20, 2006 9:52:00 am, Blogger anggerik merah said...

Happy 13th b'day to Dhirah. Dah besar dah..semuga Allah kurniakan kejayaan dunia & akhirat dan menjadi anak yang taat pada mak & ayah.

 
At Thursday, July 20, 2006 9:53:00 am, Anonymous Anonymous said...

Happy birthday dhira.Mak teh lagi best tahunni satu Mesia cuti, rayakan makteh punya birthday.He.. he..he..

Mal Lang ramaile isteri-isteri yang merasa selamat setelah mendengar siti dah kawen. kah..kah ..kah..

For siti the journey has just beginning..

 
At Thursday, July 20, 2006 10:06:00 am, Blogger sue said...

happy birthday Dhirah..

skrg kat mana2 semua topic mesti terselit pasal cik CT..kdg2 boring la pulak..:-)semoga dia bahagia

 
At Thursday, July 20, 2006 10:22:00 am, Blogger Mama Rock said...

ooohhhh, sekali-sekala terlepas kandang ya,,hehehe..i know what you mean.

happy birthday to dhirah - semoga pankang umur murah rezeki selalu.

 
At Thursday, July 20, 2006 11:16:00 am, Blogger Kaklong Syikin said...

happy birthday Dhirah..moga semua doa mama tu makbul. amin.

rajin2 belajar n jadi anak solehah yg berjaya dunia n akhirat ya dhirah.

hehe..mmg best sesekali 'terlepas' ni.

 
At Thursday, July 20, 2006 11:17:00 am, Blogger maklang said...

AM:

Memang dah besar dah anak mak tu...kalau dia duduk kat my chair dioffice, orang ingat dia tu mak dia...


easylady/mak teh:

Bagi pihak Dhirah, ucap je ke? hdiah bila nak pos????

sue:

Cerita sekarang pasal dia kawin, lepas tu bila pulak nak beranak?

mama rock:

Tak terlepas kandang weh...I duduk kat rumah! Lepas dari genggaman anak2 je...hati masih terikat!!

 
At Thursday, July 20, 2006 11:57:00 am, Anonymous Anonymous said...

e'ele makteh nih. kawan dhirah pun same gak. thanks, arigatou, syukron, mekasih. hadiah ade x? haha. memain jer. kay ar, nak sambung bace buku yg mak blikan. best woo. papai...

 
At Thursday, July 20, 2006 2:50:00 pm, Blogger UglyButAdorable said...

happy birthday dhirah..

utk ML...adek masih menunggu risoles..hehh..hehhh..

 
At Thursday, July 20, 2006 5:07:00 pm, Anonymous Anonymous said...

waa..besdey sama ngan Sultan Mizan.
berHEPI la Besdey Dhirah..sonot baca sebab maklang slalu cakap pasal makan.(hoho). stail bahasa dah cam orang Ganu.Telur penyu makan tak?

 
At Thursday, July 20, 2006 6:06:00 pm, Blogger Mama Sarah said...

happy birthday dhirah!

 
At Thursday, July 20, 2006 7:12:00 pm, Anonymous Anonymous said...

HAPPY BIRTHDAY ADIK DHIRAH YG KE 13.
Wah ML enjoy betul ye bershopping macam mana I punya ada tak?

 
At Thursday, July 20, 2006 9:57:00 pm, Blogger aNIe said...

HAPPY BIRHTDAY DHIRAH ....

Mak Lang...nyanyikan lagu Happy Birthday untuk Dhirah untuk akak...cakap kat dia aunty yang dia jumpa kat IKEA tu yang sampaikan lagu tu...

For Dhirah....belajar pandai-pandai...semoga menjadi anak yang berguna dan membanggakan Mak...jadi anak yang solehah ...dan pandai masak, jahit, menyulam...macam Mak tu...

 
At Thursday, July 20, 2006 10:05:00 pm, Anonymous Anonymous said...

HAPPY BIRTHDAY DHIRAH
Semoga berjaya dunia akhirat.
ML ingatkan risau sampai tak tidor malam, tinggalkan anak2. rupanya enjoy sakan kat KL hehehe...
CT kahwin tak nak turun KL ke hahaha...

 
At Thursday, July 20, 2006 10:54:00 pm, Blogger Lollies said...

daphne du maurier is DA BEST.

Try also Jamaica Inn. Tak boleh put down this one

happy birthday dhirah

 
At Thursday, July 20, 2006 11:39:00 pm, Blogger Izhal said...

Alhamdulillah dapat BONUS!!!bolehlah bagi semuanya kat Dhirah sempena birthday dia... Happy birthday Dhirah :)

ps-saya tak frust siti nak kawin, frust sikit kes maya karin ngan KJ ni... hahahaha...

 
At Friday, July 21, 2006 3:43:00 am, Blogger ays_as said...

tumpang lalu ye mak lang..
To Dhirah..
Happy Birthday sweetie!!
Moga menjadi anak yg solehah..:)

 
At Friday, July 21, 2006 8:07:00 am, Blogger maklang said...

Syikin:

Thank you. Memang best sesekali terlepas ni..tapi deep down masih risau gak. Nasib baik sat je.

IXR:

Happy Birthday to you. Be a good girl and rajin2 belajar. Mak loves you very much!:)

UBA:

Thank you. Risoles nanti kalau ke sana, InsyaAllah Maklang bawakkan. Tapi kena date betul2 sebab risoles sedap kalau makan panas2 kan....

Onde:

Memang lama tak beli novel2 novel2 ni. Zaman anak2 kecik dulu Danielle Steele tu macam bacaan harian. Then 2 tahun lepas start pulak baca novel Melayu. Sama ngan Ereen dok kumpul buku. Wan paling suka baca. Ni mabuk pulak tengok novel omputih ni. Hari tu sakan beli buku Virginia Andrews. Lama tak ikut series dia. Ni yang baru ada Willow dan Melody. Beli set Willow je dah berapa RM terbang! Habis novel Melayu yang satu ni rasanya tak sabar nak baca Rebecca!. Nak kena sampul dulu. Sayang buku!

ereen:

Thank you:) Kirimlah kek tu kat Wan! Maklang pun nak gak. Jangan kirim thosei Pandi dah.

moksu:

Telor penyu tak boleh makan walaupun sekali sekala rasa nak makan. RM2/= sebijik!

 
At Friday, July 21, 2006 1:59:00 pm, Blogger maklang said...

mama sarah:

TQ.

Kak Elle:

Shopping untuk anak2 je....ngan Cik Abang!

Kak Lady:

Malam tadi dah nyanyikan tapi lupa nak kata akak suruh nyanyikan jugak!

dp:

Risau risau jugak but I was assured by my darling Cik Abang that the kids are in good hands. Cik Abang's hands...so why worry so much?. I know I can depend on him as he is my husband and the responsible father to our kids!. Dia pun suruh enjoy...sekali sekala apa salahnya!

Oh...tak payahlah nak susah2 gi tengok Siti kat KL, kan nak tunjuk live kat TV!

Lollies:

I am yet to discover that best of Daphne! Kalau dah start baca kang takut tak jadik pulak nak jahit baju!! Berhantu buku2 cerita ni!

Izhal:

Eh...tak leh lah bagi semua kat Dhirah. Duit2 camnilah nak buat bekal nanti bila tengah sempit2!

Maya Karin dengan KJ? Siapa KJ tu? Maya Maklang kalau nak tengok gambar dia bolehlaa....

ays_as:

TQ. Moga2 menjadi anak yang cemerlang dunia akhirat, InsyaAllah....

 
At Friday, July 21, 2006 2:01:00 pm, Blogger maklang said...

Onde2:

Willow ngan Melody tu, by Virginia Andrews. Earlier books by Virginia ni are the Dawn and Heaven punya series. Alaaah...ingat tak Flowers in the Attic punya cerita? Macam2 nilaa...

 
At Friday, July 21, 2006 3:08:00 pm, Blogger maklang said...

OO:

Selamat mengkelebek le....maklang suak cerita2 camni. Entah bila nak start. Tu haaaa...ada 6 buah menunggu!

 

Post a Comment

<< Home