Kisah suka dan duka
Kita memang tak tahu macamana keadaan hidup kita, samada hari ini, esok atau lusa. Masih sihat dan segar atau sakit dan tidak bermaya. Cuba apa yang kita boleh buat ialah berusaha dan berdoa2 moga2 semuanya baik2 untuk kita, suami, anak2, kaum keluarga dan kawan2. Moga2 hidup kita ceria dan tidak ditimpa masaalah. Moga2 begitu juga dengan jiran tetangga dan semua muslimin dan muslimat, InsyaAllah. Moga2 kita dibawah lindunganNya dan rahmatNya sentiasa hendaknya.
Semalam tengahari dan petang, maklang dikunjungi oleh teman2 sepejabat. Disebabkan itu, pagi tadi letih satu macam! Kunjungan teman2 itu ada yang membawa kabar berita yang baik dan ada jugak tidak. Ialah baru 3-4 hari tak ke pejabat, macam2 cerita yang dapat. Bukannya tak ada talipon, ada tapi bila menalipon cuma cerita2 pasal kerja aje. Yang talipon pun tak kuasa nak kacau panjang2 cuma cakap yang penting2 je.
Tengahari tu, kawan2 kata yang Boss No.2 kat opis masuk hospital. Terperanjat jugak. Pasal apa pulak ni? Rupa2nya sesak nafas. Mereka kata kuat sangat hisap rokok. Boss maklang pulak kata, agaknya sesak nafas pasal rumahtangga kot. Ape2lah, tu dia punya pasal. Asal cepat recover sudah!
Petang pulak, dapat cerita lagi sedih. Maklang tak kenal pun perempuan tu, Puan M. Tiba2 si Z, teman sepejabat kata M baru aje meninggal dunia. Hari Isnin lepas, masa Kak A datang melawat maklang, dia kata, yang M tu baru aje dapat tahu yang dia kena Cancer. Breast cancer rasanya. Muda lagi. Baru 41. Kak A kata anak si M ni sama Uni dengan anak Kak A. Kak A kata masa dia pergi melawat M seminggu dua yang lepas, M nampak tak sihat. Puas Kak A tanya M sakit apa, tapi M tak mau cakap. Masa Kak A kat rumah M, M kata dia tak apa2 cuma kena ‘angin’ je. Tapi Kak A kata masa M nak pusing tu dia ternampak yang payudara M macam besar sebelah. Langsung terdetik di hati Kak A yang M ni mungkin bukan kena ‘angin’. Kalau kena ‘angin’ macam mati sebelah , kata Kak A ke Maklang. Masa dengar cerita Kak A, maklang rasa sedih sangat. Pikirkan anak2 M yang masih kecik. Yang tua baru 19 dan yang paling kecil baru darjah satu. Kak A, pun kata, hari Jumaat yang maklang masuk ward tu, hari tu jugak M masuk hospital. Dah masuk ICU. Maklang dengar cerita tu baru hari Isnin lepas. Dan petang semalam, opismate maklang beritahu yang M dah pun meninggal dunia. Sedih betul rasanya. Moga2 M dicucuri rahmatnya…Al-Fatihah
Moga2 suami dan anak2 arwah tabah menghadapi dugaanNya Yang Maha Esa, InsyaAllah….
Semalam petang, Atok dan Wan dah sampai. Seronok! Hari ni pulak kena tinggal ngan Cik Abang. Dia nak ke KL pulak petang ni, besok ada presentation kat KL. InsyaAllah, petang besok baliklah tu. Moga, presentation dia berjaya, InsyaAllah....Dan Alang standby ye....nanti malam boleh ke Meridi@n ambik sambal tempoyak tu.....
13 Comments:
bila dah tua2ni macam2 dugaan yg datang...
woiitt..mentang2 la mc..berderet enrty yee.tak dan nak catch up
innallillahwainnalillahhirojiunn.. semoga roh M dirahmati Allah...
Inalillah... Alfatihah 3x...
ps-posting pasal kombini dah tulis...
alamak saya tertinggal keretapi..Mak Lang masuk hospital?
Alfatihah untuk Puan M.
Maklang best nya Atok & Wan ada kat rumah. Boleh makan masakan Wan lah..
You take care. Have good rest & keep positive mind..kay!
Kalau boring2 tu, do email me..
al-fatihah utk puan M dan takziah utk keluarga mereka..
maklang apa kabar.. semuga semakin sihat..
al-fatihah untuk arwah puan M kesian anak2 yg masih kechil ya ML?
You apa khabar dan sihat betul lom?Ni Wan mesti masak yg best2 biar ML cepat sembuh.Take care and take it easy kay?
Dah makan ikan haruan?
Hape ML cepat sembuh.
Easy:
Memangkan...dah tua2 ni banyak dugaan. So kena banyak bersabar, bersembahyang dan berdoa2 banyak2. Moga2 dipermudahkanNya, InsyaAllah...
UBA:
Kalau tak MC, selalunya updatekan....cuma ni cepat sikit le, tak dok kerja kat rumah!
AlFatihah buat arwah...
Izhal:
AlFatihah...
Kombini tu apa?
Lollies:
Aha..dah masuk ospital, kena potong sikit, dah keluar dan InsyaAllah dah nak recover, ALhamdulillah...
AM:
Memang best Atok dan Wan ada, boleh manja2. Ni Cik Abang lak ke KL. InsyaAllah...OK dah ni. Tak terlayan, ramai kengkawan datang!.
OKlah, InsyaAllah nanti I rajin, I e-mail OK.
Hugs for u AM, you are a true friend!
ZinO:
Takziah buat keluarga tersebut tapi maklang tak kenal dia pun.
Alhamdulillah dah nak sihat ni...TQ
Kak Elle:
Will do, InsyaAllah...
Moga2 keluarga M menerimanya dengan hati yang tabah...
Adah:
Tak beli lagi ikan haruan. Maybe just makan gamat. Nanti nak mintak Cik Abang belikan...
TQ
mak lang dlm sakit ni banyak betul melelong fikiran ke death..memang bagus pikirkan bab mati ni tapi bila selalu pikirkan seram jugak kan? apa la nasib kita kat alam tu yea? Allahualam
mak lang dlm sakit ni banyak betul melelong fikiran ke death..memang bagus pikirkan bab mati ni tapi bila selalu pikirkan seram jugak kan? apa la nasib kita kat alam tu yea? Allahualam
Simah:
Mati tu ke teman kita . Kena ingat selalu baru datang raa insaf. Memanglah Maklang kesian betul kat family M. Selalu terfikir if that were me, apa jadi ngan anak2. Esp yang masih kecik2 cam anak2 maklang. Dua tiga hari lepas, siap pesan ngan Cik Abang if I go he can marry one of my closest friend yang tak kawin lagi because I want somebody who can take care of my kids. Dia kata if dia pulak dia suruh I kawin dengan my cousin yang dah duda and tua!
OO:
Memang kena banyak kan sembahyang sunat ni, at least tampong2 sembahyaang wajib yang koyak2 tu, InsyaAllah sempurna solat2 kita. Bagus ingat mengingati ni, moga2 diberkati Allah, InsyaAllah.
Post a Comment
<< Home