Cuti rehat.
Last weekend agak sibuk dengan perkara2 yang tak dijangka. Maklang ke Kontan ikut Cik Abang nak service kereta. Terlanjur tu terus pergi jumpa Dr. mengenai sedikit masaalah yang maklang hadapi. Tak sangka pulak kena hospitalized terus. Kena jalani sedikit operation kecil. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dah discharge pun petang semalam. Macamana pun dada masih terasa berat lagi disebabkan oleh ubat bius tu. Nak batuk pun takut sebab kalau batuk, seluruh badan bergerak. Ngeri!!! Sakit sangat tu tidaklah cuma kena berhati2 aje. Semuanya kena perlahan2. Tak boleh macam selalu.
Kami pergi pagi tu memang tak berbekal apa2. Cuma ada sepasang kain sembahyang aje. Bila Dr. suruh admit, terpaksa call kawan2 kot2 ade yang akan turun ke Kontan. Nasib baik ada sorang dua, Sepupu yang ada tinggal dekat dengan maklang pun tak de. Dia ke KL. So terpaksalah mintak kawan tu tolong ambilkan baju yang Along dan Angah dah siapkan. Masa tu rasa sedih sangat. Tinggalkan anak2 dengan Bibik aje without any warning. Alhamdulillah everything went well. Cik Abang was with me all the time. Dia memang macam tu, supporting me all the way. He is my strength. Tanpa Cik Abang I don’t think I could go through it alone.
Semalam masa nak discharge, ingatkan Dr. tak ada bagi MC. Sister kata, agaknya Dr lupa. Tapi bila Cik Abang pergi check, rupa2nya dia bagi 16 hari MC. Puasle duduk rumah! Bimbang jugak sebab ni semua unplanned. Banyak kerja yang terbengkalai. Pulak tu ada benda yang due today. Pagi tadi dah call officemate, mintak tolong settlekan apa2 yang patut. Hopefully, semuanya OKlah.
17 Comments:
berehat dulu maklang.. kerja kat opis tu biar orang lain settlekan sementara maklang bercuti.. tak usah dok risau..
semuga cepat sembuh..
semoga ML cepat baik. eh sakit apa sampei kena minor operation?
saya pernah kena bius sekali tu, wahh kaw kaw punya lalok lepas kuar dari operation theater tu... :D
Maklang...tak sihat ke...
Moga maklang cepat sembuh....
Zino:
Ialah kena rest. Puas nak habiskan sepagi. kalau boleh menjahit sedap sikit. Tapi takut gak gegar kena mesin jahit tu. Nak baca buku dah penat mata. Nak tengok TV semua cerita tak interesting. Last2 baring2 and terrido sat. Lepas tu tunggu Cik abang balik for lunch, baru ada teman nak berbual.
Thnak you...I will rest, Insyaallah.
Faez:
Kena biue? Oh...ini kali ke9 I kena bius. Tiap kali nak kena bius, mesti mintak maaf bebanyak dengan Cik abang...mana taukan...tapi alhamdulillah...setakat ni, semuanya ok.
jangan buat main main . time time nak expired nih bawa banyak banyak mengucap. Perbanyakkan amalan. Jaga suami dan keluarga bebaik..
Kak Lady:
Aha...sakit sikit. Ni tengah nak recover. Harap2 semuanya ok, InsyaAllah...
Hartini:
TQ. Memang kita tak tahu bila nak pergi, mungkin kejap lagi, esok ke, lusa ke, atau bila2 aja bila tiba masanya pergilah mengadapNya. Tak kiralah dah dekat atau jauh lagi, tiap masa kena buat baik dan cuba pertingkatkan amalan. Moga2 diterima Nya nanti, InsyaAllah....
ML a speedy recovery to you :)Take care and don't overwork at home.
ALhamdulillah maklang kita selamat dan sihat kembali... 16 hari MC??? mintak 3 hari boleh ke??? heheh... semoga sembuh 100% cepat, AMIN ya rabbal al-amin...
ps-sakit apa maklang? makanlah ikan haruan,memang mujarab untuk orang2 lepas operation...
hope you are okay - insyaallah!
Kak Elle:
Penatnya berehat kat rumah. Tapi still in contact dgn office sebab nak selesaikan kerja2 yang urgent.Will definitely take a good rest...
Izhal:
Maklang pun terkejut Dr. bagi 16 days MC! Camana nak bagi 3 hari MC tu ek? Kena tukar jantina pulak kang!
Sakit tu biar maklang and family je yang taulaaa... Izhal doakan je moga2 sembuh cepat!. Nanti nak makan jelly gamat je...
Kak Teh:
Alhamdulillah Ok. Takut bila nak masuk kerja after the long MC, jadik malas pulak! TQ kak Teh for visiting!
Hemmm...tetiba je nih....harap Maklang cepat semboh....
AN:
InsyaAllah...Dah kuat sikit dan luka bekas operate tu pun dah beransur pulih....
OO:
Tak boleh lupalaaa....I am doing my sulaman. Mesin tu computerised so tak guna kaki. Baju2 tu boleh di sembat. Yang dah potong tu kena on hold dululaa...
TQ
Salam maklang,
Saya selalu mengunjung sini, tapi segan nak leave comments :) And saya doakan maklang cepat sembuh ya...
Salam Mak Lang..lama ajzie tak datang sini.. moga Mak Lang cepat sihat doa dari ajzie.
marlinda:
Apasal pulak nak malu...
Anyway, thank you for the comment
Ajzie:
Thank you. InsyaAllah....sihatlah tak lama lagi!
Salam maklang... harap semua ok dan maklang rehat lah betul2 yer... take a good care of urself ya...
dan pasal perth tu... ella insyaAllah balik 10 sept so mmg masa cik abang maklang kesini ella dah kat mesia masa tu...
Ella:
Tak de rezeki nak jumpa kat Perth, jumpa kat Kerteh je laa....
Post a Comment
<< Home