Dari Teratak Maklang

Tuesday, March 21, 2006

Percutian bulan Maret 2006, Part 2


Selasak 14hb Maret 2006

Ke Taman Mini. Best. Kat Taman Mini ni ada macam2. Seingat Maklang masa pergi sini 15 tahun dulu, Maklang masuk ke rumah2 yang ada di Indonesia, rumah Minang, rumah orang di Jogja, etc2. Tapi masa datang kali ni, tak gi pulak kat tempat2 ni. Tapi this time kami gi Taman Burung. Best jugaklah. Kata ke Wan, Taman burung kat Malaysia tak sampai lagi tapi di Jakarta sampai dah. Tiket dia murah aje. Dalam 2-3.00 ringgit je. Tak ingat dah… Banyak jenis burung dalam tu. Ade jugak burung kakak tua yang boleh bercakap. Pemandangan dalam Taman Burung tu cantek. Macam natural habitat aje. Memang cantek. Tapi tak dapat nak comparelah dengan di Malaysia sebab tak pernah pergi lagi. Keluar dari Taman Burung, ada macam gerai2 jual cenderahati. Maklang tempatlah keychain untuk geng2 satu department. Oklah. Harga dia berpatutan. Ini untuk yang male friends aja yang dalam satu department. Nak belikan satu opis pengsan le, bukan pasal duit tapi macamana lah nak mengangkat sebanyak2nya. Yang pompuan tak beli lagi. Murah barangan dia. Then we went to Keong Emas, tengok Indonesia Indah. Dari situ kami gi makan dulu. Dapat tempat kat tepi tasik. Kat tasik tu ada pulau2 kecil yang menunjukkan pulau2 di Indonesia. Kalau naik kerta gantung ( cable car), dapat lah tengok pulau2 tu. Tapi kami tak naik pun. Duduk tepi tasik menikmati makan tengahari. Sedapnya makan sambil ditiup angin sepoi2…Kalau tak ingat masih dalam diet memang belasah aje. Tapi kenalah diet sikit… or else kembang semangkuk jadinya….Sementara nak tunggu tayangan IMEX di Keong Mas tu, kami berehat di tepi tasik.(IMEX ni macam 3D punya showlaa). Cik Abang sempat tidur. Nasib baik tak berkeroh. Petang gi ke Keong Mas semula sebab anak2 nak tengok t-rex. Oklah. Balik jam 6:00. Macet lagi.

Tiba aje kat rumah, kami semua bersiap untuk ke rumah kawan Aunty S. Nama dia Aunty Lis. Rumahnya tak jauh mana dari rumah Aunty S. Macam2 dia masak. Ada rendang Padang. Tu yang best sekali. Teringat masa kecik2 dulu, Atok selalu beli nasi campur dengan rendang kat Noor Nasi Padang kat Tampoi. Memang sedap betul. Sempat jugak Aunty S beritahu Aunty Lis pasal nak shopping kat Tanah Abang the next day and Aunty Lis beritahu yang di Tanah Abang ada PAsar Subuh. Pasar Subuh ni is tempat orang jual kain baju waktu Subuh tu. So plan bertukarlah, nak gi Tanah Abang lepas Subuh!! Tak pernah umur gi shopping subuh2. Midnight MAdness masa study dulu ada gak pergi, ikut kakak2 masa belajar, tapi tu pun dah lupa if pergi or not. Malam tu lepas balik je, kami terus lepak. Kepenatan....Malam tidur awal.

15 hb Maret

Pagi tu gi Tanah Abang jam 6:00am rasanya. Ngantok nya…Tanah Abang is about 10km je dari rumah Aunty S. Kena keluar awal sebab takut bertembung ngan jam kat Jakarta. Yang pegi cuma Maklang,Cik Abang,Wan, Atok, Aunty S and Pak Supir.Anak2 tinggal di rumah. Dah pesan kat Kak Long kalau adek2 bangun tengok2 kan and mandikan Hakim and of course ada ganjarannya. Tiba kat Tanah Abang dalam pukul 6:30am . Bila tiba kat situ tak ada pun orang berjual. Ada orang angkat2 barang macam dah habis berjualan je. Pak Supir tanya kat orang kat situ and was told that pasar Subuh cuma ada pada hari Khamis je. Wrong infolah ni. Pak Supir cadangkan supaya ke Cipulir. Dia kata kat situ pun barang2 murah. Semurah Tanah Abang. So ke Cipulirlah kami.Tiba dalam pukul 8:30am. On the way nak ke situ , Maklang nampak banyak rumah2 kecik kat tepi longkang besar. Keadaan kat situ menyedihkan. Ni lalu kat belakang rumah2 tu. Unimaginable sebab kat negara kita tak ada cam ni kot. Aunty S kata, kat situ kebanyakkannya orang tu sewa tempat untuk tidur je. Siang gi kerja and balik nak tidur je. Sedih Maklang tengok. Tak sempat nak ambik gambar.Seronok bershopping di Cipulir. Barangan nya murah amat. Banyak dapat baju and skirt untuk Angah. Maklang adelah beli 2-3 lai baju and some tudung for souvenirs. Memang murah betul. Yang banyak membeli was Aunty S!!! Dia kata that was the 1st time dia ke situ. We left Cipulir about 11:00 as Uncle R ada appointment ngan Dr and Pak Supir had to send him.

Petang tu lepas lunch, Cik Abang ajak Maklang and anak2 keluar ke Pondok Indah Mall. Tiba disitu, kami separate sebab dia nak ke kedai buku and Maklang nak tengok2 barang2 untuk sendiri.Kat situ ada Sogo and Metro and adalah kedai kecik2 yang lain. Best gak. Maklang beli sepasang kasut. Yang biasa2 je. Then gi kedai kain. Dapatlah 1 untuk nak buat blouse. Kejap aje kami kat situ sebab Kak Long rasa tak sedap badan. Sakit perut. Dia dok togok banyak sangat Coke sampai sakit perut. Dah tahu yang perut tu tak tahan tapi dok hentam Coke banyak2. Petang tu hujan lebat. We went back by taxi. Pergi pun naik taxi. Cik Abang bayar 20K one way. Oklah tu sebab kita ramai. Kak Long muntah dalam taxi. Nasib baik ada plastic beg!!

Mlm tu M, adek Aunty S, ajak kami dinner ke rumahnya. Rumah dia cuma about 2km or less from Aunty's house. Taman Rempoa. Cantek rumah dia. Kat Jakarta ni Maklang noticed that pokok2 dia hijau2 sangat and very fresh. Agaknya sebab tanah dia very subur.Makan lagi. Sedap betul masakan dia. Maklumlah tinggal makan je. Yang sedap sekali kangkung yang dicelur and disiram ngan kuah daging. Sedap.... Malam tu balik lepak lagi. Perut pun kenyang hati pun senang....


(Bersambung... sorri aah... no gambar yet)

8 Comments:

At Wednesday, March 22, 2006 11:41:00 pm, Blogger Izhal said...

tu ada gambar tu maklang... walaubagaimanapun... saya pastekan apa sahabat cyber bagitau saya;

"Izham Che Ros said...

ok nak upload gambar..

Upload satu gambar aje.. bila window dia tu buka, jgn switch tu window lain.

Compose mode, guna plain punya. jangan guna html. make sure the html code for uploading the pictures keluar.

upload 2nd or 3rd bebanyak pun xpe. kalau code dia tak keluar, replace file_name.jpg tu dengan file_name yang baru diupload tadi.

Insya-Allah. I never failed doing that. I figured it out bila selalu upload tak keluar.. bengang jugala..

-Izham-"

 
At Thursday, March 23, 2006 11:16:00 am, Blogger Kopi Suam said...

wah maklang sakan bercuti..
saya pun dah sampai Jakarta shopping memang seronok tapi jalannya ya ALLAH jam giller kat kota Jakarta tu. Tak shopping kat Mangga Dua ke..hmm kat sana memang gila bershoping

Taman Mini tu best kan..sempat gak naik cable car and ambil gambar kat depan rumah2 yang cantik2 senibinanya tu. Then kat belakang ada castle ala-ala disneyland kan...

hmmm nanti mungkin nanti pergi lagi..tapi nampak gaya kena bawak pitis banyak2 kalau ke indonesia ni...

 
At Thursday, March 23, 2006 3:53:00 pm, Blogger Sya said...

wah jauhnya maklang bercuti... sya Jakarta lom pernah dapat jejak lagik.,. ntah bila ada rezeki nak ke sana

 
At Thursday, March 23, 2006 8:34:00 pm, Blogger maklang said...

Izhal:

Maklang sebenarnya nak load banyak gambar tapi cuma satu je yang timbul. Cuba gak guna photobucket as suggested by Onde tapi tak jadi gak. Nanti cuba lak yang Izhal cakap tu mana tahu kot2 jadi.


Kopi Suam:

Memang kalau ke Indonesia ni kena bawak banyak duit sebab seronok nak shopping. Rasa macam jutawan lak belanja ratus2 ribu. Jadik le pakai rupiah je...he..he..he..Tak sempat ke Mangga Dua, cuma ke Bandung, Cipulir and Tanah Abang je. Ade rezeki nak gak gi Mangga Dua tapi Aunty kata kat situ mahal sikit!


Sya:

InsyaAllah adalah rezeki tu... Maklang pun nasib baik accomodation and makan free or else parah jugak...tak leh lah nak shop kalau yang 2 tu kena tanggung sendiri!!

 
At Friday, March 24, 2006 2:29:00 am, Blogger aNIe said...

Maklang...memula masa maklang kata pegi rumah2 di Taman Mini ingatkan Taman Mini Malaysia..rupanya Taman Mini kat sana...

Seronok kan maklang...dpt pegi tengok tempat orang...kak lady ni dok berangan nak pegi tengok negeri orang...

Mesti maklang balik dah tembam...asyik dok makan aje...hehehhe

 
At Friday, March 24, 2006 7:44:00 am, Blogger maklang said...

Memang betul... Berat naik 2 kilo. Ni nak kena turunkan balik macam masa baru samapai sana and kena berusaha lebih unutk membuang lemak2 yang dah lama bermastautin dibadan gue!!!

 
At Friday, March 24, 2006 9:16:00 am, Blogger Count Byron said...

Wahhh Maklang.. meletup Jakarta tu.. semua sapu bersih.. murah2 ajer buk..

Tanah abang left a romantic imprint.. read Siti Nurbaya, and Tenggelamnya Kapal Vander Vijck when I was in primary school.. I still get dreamy when I reminisce.. what does a 12 yo boy know?
Well he must have known quite a bit to remember to this day when he is 51 !
Such is the power of literature
Thanks for sharing ML

 
At Saturday, March 25, 2006 11:46:00 pm, Blogger maklang said...

Count:

Thanks for dropping by. Taklah sampai bersih Jakarta tu. Ade lah sikit2 ole2 untuk sendiri, family and friends. Ingin nak baca buku by Prof Hamka tu tapi tak dapat2 lah. Last year ade try cari tapi tak dapat.


NBB:

Betul tu. Jauh berjalan luas pemandangan..

Tak sempat lak nak cari Nordin MT. Lagipun tak kenal rupa...

 

Post a Comment

<< Home