When Abah is away...
Pagi tadi Cik Abang dah berangkat ke laut. Flight dia pukul 10 pagi tadi. Sebelum dia nak berangkat tadi, havoc sat sebab dia tak jumpa safety pasport dia. Kalau nak ke platform ni tak ade pasport memang tak boleh masuk.(Safety pasport ni pun boleh dapat after kita dah pergi ambik safety training. Kalau tak lulus memang tak dapatlah pasport tu. Sama jugak kalau nak masuk kat mana2 plant mesti nak kena gi safety briefing dulu. Lepas dah kena briefing baru boleh masuk plant/site). Memulanya at about 7:40am tu kami dah said the goodbyes, with the hugs and kisses, tapi tak sampai 5 min Cik Abang dah naik ke atas semula. When I came out of the bathroom, Cik Abang tengah selongkar all the drawers kat our bedroom.
' Abang cari ape tu?', I asked him.
'Safety pasport', he said without looking at me. Masa tu dah tahu, ni kalau lebih2 tanya kang ada yang meletup. Maklang dengan selambanya bersolat dhuha and terus siap untuk nak ke opis. Tak sampai hati nak tinggalkan dia gitu aje, Maklang pun selongkar2 lah kat mana yang patut. Lepas sembahyang tadi terus berdoa moga2 jumpalah apa yang di cari. Sebab masa tu dah dekat pukul 8:05, maka tak bolehlah nak tolong lebih lama lagi. Cari jugak dalam dashboard kereta dia and my car, mana tahu kot2 ade terselit. Tak jumpa jugak. So, I left him alone looking for the pasport sambil berdoa lagi dalam hati. Halfway nak ke office called budak kat office Cik Abang yang lagi satu, mintak tolong carikan atas meja Cik Abang kot2 tertinggal kat situ. Tak sempat apa2 dapat call dari Cik Abang beritahu yang dia dah jumpa pasport. Aah....lega rasa, kalau tidak payah jugak sebab memang tak dapat waiver and rancangan dia nak ke offshore tu kena cancel.
Sesampai aje kat office, Cik Abang call semula. 'L, ada tak nampak high cut boots Abang?,.Alamak , safety boots pulak tak jumpa....mengeluh maklang dalam hati. This could be trouble again!!!
' Eh, L memang ada boots high cut tu, tapi tak ingat ada kat rumah or kat office', I told him.
' Cuba tengok, kot2 terambik abang punya'.
" Tak adalah... L pun dah lama tak masuk site, takkan ada kat office pulak'. By this time, I was worried jugak. Terus made up my mind untuk nak balik kejap. Nasib baik lah office tu 3km away aje. Kalau tak memang tak balik lah. Setibanya di rumah, Cik Abang dah pun jumpa kasut dia. Kat dalam store kat dapur tu and masih dalam kotak. Kakak yang jumpa...Lega semula. Baru boleh gi office bila tengok Cik Abang dah senyum.
'Agaknya kalau tanya bebanyak tadi, mau hot agaknya eh bang'.
'Memang iye', dia jawab. Bimbang jugak sebab kecoh betul pagi tadi masa nak berangkat tu. Siap semuanya dia pun ke office dia and I went to mine. About 9:00am Cik Abang came to my office to pick me up to send him to the airport. Airport is only about 5 mins away from my office. So, ada 2 kereta lah today kat office. Dah make arrangement dengan officemate untuk tolong hantar kereta balik waktu lunch nanti. Of course with some upah. Maklang buat spaghetti bolognaise today. Spaghetti yang tak cukup syarat sebab tak jumpa minched meet. So guna burger aje. Oklah. Lepas officemates to hantar kereta , maklang ajak mereka makan. Dah beritahu Cik Abang tadi about this. There were 5 of them.
Petang tadi ambik Hakim kat sekolah dia and as usual nakal dia terserlah sangat. Ade ke dia dok bergantung in the center seat. Dia pegang kat tempat gantung tangan behind me and dia sangkut kaki dia kat the other end. Masa tu kita tengah bawak kereta. Takut jugak kalau2 dia terjatuh masa tengah drive tu. Menjerit jugak lah tadi kat dia. Sudah kena marah tu dia ok sat, then dia terbaring pulak kat atas dashboard tu. Geram betul kat dia.... Sabar ajelah.
Sampai pulak kat rumah, dia sibuk nak tengok ikan yang kita nak siang tu. Geram sangat, ambik ikan tu and letak muncung ikan kat pipi dia. Melalak pulak. Mulanya nak gurau, bila dia dah menagamuk, mak pun naik hanginlah. Betul tak sabar tadi, kenalah selepuk kat kaki dia. Dia melalak sat and dia behaved. Lepas tu pulak masa maklang tengah mandi si Hakim and Maya dok tabur bedak in my room. Ya Allah...Sabo...Sabo...Tak tahulah macam mana nak kawal budak2 ni bila Abah outstation lama2 . May ni nanti Abah will be away for about 2 weeks. Tak sanggup rasanya.
Lepas solat maghrib tadi sempat jugak buat lasagna. Guna leftovers spaghetti sauce tu. Ingatkan nak rahsia2 dari bebudak sebab kalau dia orang tahu memang selamatlah. Nasib baik masa dah masak tadi yang 2 kecik dah tidur. Along and Angah aje dapat rasa sikit. Tu pun sebab dah warning, kalau makan banyak sangat besok pagi tak payah ambik untuk nak bawak bekal ke sekolah. So, Along and Angah cuma ambik rasa jelah.
Tadi about 9:00pm mandikan Hakim lagi, ni dah 2nd time mandi petang ( tadi pukul 6:00 dah mandi)sebab dia melekit sangat, he asked me,' Mak, Abah tak balik lagi ke?'
'Belum lagi, sat lagi Abah balik'
'Kenapa Abah balik lambat? Kan kereta Abah ada. Abah gi kerja ngan siapa?'
'Abah gi ngan kawan dia. Agaknya Abah tak nak balik sebab Hakim nakal sangat!Akim suka ke Abah tak balik? ',I asked him.
'Suka', dia jawab selamba.
Laaa..bertuah punya budak. Ni mesti suka sebab dia boleh buli mak dia. Tak tahu betul macam mana nak buat. Ignore je dulu. Dia memang cam tu, rasanya dia nak tidur sangatlah tu, tu yang jadi tak tentu arah.
Cik Abang called kata dia tak jadi balik besok. Lusa baru balik. Kalau ikut initial plan sepatutnya dia ke offshore sampai Khamis, tapi bila dia told me that he will be back besok seronoknya. But as usual, I was not hoping so much. Knowing Cik Abang who is a real workoholic, biasalah kalau dia ke platform dia lama2 ni. Selagi tak selesai, memang jangan harap dia nak balik.
At this moment, Hakim dah terbongkang atas my bed. Penat lah tu. Baru lega sikit nak memblog and InsyaAllah I can continue with my x-sticth sikit before I go to sleep...
(Al Fatihah untuk dua orang warga pejabat Cik Abang who passed away last nite. Accident kat Meraga Beris at about 9:45pm. Dua lagi penumpang kereta tu dalam keadaan kritikal. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh2nya dah memanjang kan umur dua orang lagi , InsyaAllah)
9 Comments:
peserta pertama..
offshore ke pelantar minyak ke?
You are simply amazing to have what it takes to keep things under control. Salute, ma'am.
time-time nak cepat barang kita selalu disorok dek bunian... kacau betul...
saya masa kecik2 pun suka juga bapak tak balik kerja tapi kalau lama sangat tak balik tak syok juga... hahaha...
(alftihah 3X)
Al.. Fatihah
Zino:
Offshore=pelantar minyak=platform
Bergen:
Under control?? I think its more to the kids controlling me...hi..hi...terlebih control, tu yang kena selepuk tu...
Izhal:
Biasalah tu kalau nak cepat mulalah tu...tak jumpa bila dicari. Walhal tempat dia jumpa pasport tu memang tempat first sekali dia selongkar.
Sya:
Al-Fatihah
maklang..rajinnya wat bekal berat2 utk anak..salutelah..
maklang, minta resepi spagethi tu blh..saya nak sangat belajar wat kuah dia tu n lagi satu lasagna..biasalah, kalau beli kat luar..mahai...
hehe..samalah cam cik abe saya,kalau tgh kalut sesuatu zip aje mulut, jgn banyak tanya...
Allah...terlupa. al-fatihah buat kedua2 arwah dan takziah utk keluarga mereka
Captain: Sudah2lah dengan comics. Study!!!
Al-Fatihah...
Syikin:
Nak buat spaghetti senang je.
Ni my version yang dah Malaysianized!
Bahan2:
Carrot sebatang di dadu
Capsicum 1 biji pun didadu
Button mushroom 1 tin di hiris nipis
Bawang besar 2 di dadu
Daging cincang 1 packet
Sedikit cili kering, bawang putih, bawang merah dan halia blend.
Barbecue sauce 0.5 botol
tomato puri 0.5 tin
tomato buah 4 biji diblend
Satu sudu kecil oregano
garam and gula
Tumis bawang2, lada and halia sampai garing. Masukkan daging and kacau sebati. Masukkan tomato blend, tomato puri, barbecue sauce and all the sayuran. Letakkan atas api perlahan . Bubuh garam and gula mengikut rasa. Last sekali letakkan oregano. Bahan2 nya boleh adjust ikut kegemaran. InsyaAllah jadik!.
Kalau ada leftovers from the sauce, boleh buat lasagna.
Caranya:
Rebus 5-7 keping lasagna sheets. Banyaknya sheet ikut loyang kita and berapa lapis kita nak buat .
Untuk white sauce:
0.5 kotak fresh milk
4 sudu besar butter
1 sdb tepung gandum
Panaskan butter, masukkan susu and then gaulkan tepung hingga rata dan tak berketul lagi.
Kemudian sapukan mentega kat loyang tu. Letakkan lasagna sheets yang dah di tos kan tu sehinnga menutup loyang. Senang kalau guna loyang yang segi. Letakkan sauce spaghetti tu rata2 and lapiskan dengan white sauce. Lepas tu diulang dengan lasagna sheets dan seterusnya. Last sekali tutup dengan lasagna sheets. Kemudian bakar sehingga masak dan kekuningan.
InsyaAllah jadik and selamat mencuba!!!
Ya.. AlFatihah untuk yang dah pergi. Semuga roh mereka dicucuri rahmatNya hendaknya...
tq so much. suka ngan resepi2 maklang ni sebab ringkas2..saya tak larat ngan resepi sampai berpuluh jenis bahan.. :D
Post a Comment
<< Home