Dari Teratak Maklang

Sunday, April 16, 2006

Team Building

Biasalah hari Ahad ialah hari yang paling membosankan sebab baru start kerja lepas cuti weekend. Yang lebih membosankan today is ramai yang tak ada kat opis sebab outstation di Melaka. Jadi opis ni senyaplah sedikit hari ni. Anak buah Maklang yang berura-ura nak resign pun rasanya akan submit surat berhenti akhir bulan ni.

Tadi baru jumpa Boss Maklang yang dah tak jumpa sejak hari Selasa lepas. Dia kena attend 'TEAM BUILDING' selama 2 hari 2 malam. Jumpa2 Maklang je dia beritahu,' Nasib baik awak tak pergi, kalau pergi tak tahulah macamana'.

Maklang pun tanya apa yang sebenarnya berlaku sebab selalunya team building ni diadakan diantara opis kita ngan client. So far Maklang pergi baru sekali aje. Tu pun dibuat di Kuantan lebihkurang 2-3 tahun dulu. Maklang cuma attend part discussion and lunch tu je. Yang gi main bowling tu tak kuasa nak join, baik balik rumah layan anak2.

Kali ni Boss Maklang kata lain pulak. Ada banyak aktiviti luar. Kali ni team building ni antara orang2 dalam opis je. Boss kata game dia ada kena pegang2 ahli dalam kumpulan lah and ada yang kena usung orang and so on. Nampak sangat Boss tak setuju dengan cara management adakan team building ni kali ni. Nasib baik benarlah Maklang tak join, kalau tak habis satu badan kena pegang ngan opismate. Geli geleman jadinya. Ada salah sorang yang pernah attend team building ngan opis client selama 3 hari 3 malam beritahu yang lepas team building tu ada suami orang 'terjatuh' cinta ngan isteri orang. Inilah akibatnya bila pergaulan antara pompuan ngan lelaki berlebih2an. Ialah team building team building jugak, tapi tata susila sebagai isteri atau suami orang wajib dijaga. Maklang pun tak paham macamana perkara cam ni boleh berlaku dalam opis yang cuma ada lebih kurang 90% pekerjanya berugama Islam. Patutnya management people patut peka dengan semua ni. Team building boleh diadakan. Tak perlulah yang ada game2 ni. Adakan satu case study ke, ceramah ke yang boleh memberikan kesan yang mendalam pada jiwa kita ke, atau apa2 yang dapat memberi faedah pada kita. Boss Maklang kata team building yang dia attend tu 'Useless'.

Dalam pada dia hot tu, sempat gak dia buat joke sedih. Dia kata,'Nanti saya nak pergi lagilah team building ni. Dosa company yang tanggung sebab ni compulsory!'

Maklang pun jawablah,' Iyelah, esok2 kalau kena tanya, jawablah!'. Kawan2 sedepartment alin semua gelakkan dia. Tapi tak pe dia pun tahu kami cuma gurau aje.

Sampai ke petang isu Boss tak puas hati masih dibualkan lagi. Kesian dia...Moga2 management opis Maklang akan lebih peka lagi kalau nak buat team building. Ikutlah cara kita orang Islam dan bukan cara orang kafir laknat tu.......


(Petang tadi PC atuk dah sampai...tapi suruh hantar ke opis Cik Abang sebab nak kena install program2 lain. Anak buah Cik Abang , Izwan yang akan buat. PC tiba tengahari tadi tapi Izwan tak sempat completekan installation dia. Mesti Atok tertunggu2. Dia pun tak tahu PC tu dah ada kat opis Cik Abang. Maklang siap belikan Atok & Wan Wedding Anniversary Card. So, PC tu jadi hadiah ulangtahun perkahwinan Atok and Wan. 28hb April ni genaplah usia perkahwinan mereka yang ke 42... Semuga diberkati Allah sentiasa dan dimurahkan rezeki lagi, InsyaAllah...

Tengahari tadi pun dapat berita dari adek Maklang yang Mak mentua dia passed away. Nasib baik dia dan family dah balik jenguk MIL dia last weekend. Semuga arwah dicucuri rahmatNya, InsyaAllah... Al-Fatihah)

9 Comments:

At Sunday, April 16, 2006 11:50:00 pm, Blogger Ija said...

Team building memang berfaedah kalau selepas menghadirinya semua betul-betul jadi satu "team". Yg bos-bos hilang rasa tinggi diri; yg di bawah mereka pula hilang rasa rendah diri. Kemudian sentiasa bekerjasama & sama-sama kerja. Yg malang ialah bila team building jadi "steam building". Semasa sesi & selepasnya, semua berwap & panas terhadap satu sama lain! Bila agaknya "atuk" yang dah dapat PC nak mula blog?

 
At Monday, April 17, 2006 12:09:00 am, Blogger Unknown said...

Ofis saya pun ada buat kursus yang ada teambuilding games. Tapi masa games yang kena pegang2, kami protes, kemudian lepas tu buat aturan sendiri - pecahkan kumpulan asal, jadikan kumpulan2 sama jantina. Facilitator mulanya nak marah, tapi lepas tu senyum heheh :-)

 
At Monday, April 17, 2006 9:08:00 am, Blogger Sya said...

Buat macam tu... hasil dia ok ke maklang? Nampak tak kesan positif sebelum dan selepas team building tuh? Selain dr menghabiskan duit company ajer...

 
At Monday, April 17, 2006 9:44:00 am, Anonymous Anonymous said...

patutnyakan, suh bos maklang tu suggest kat management, next time tak yah buat team building yang main pegang2 laki org ke, bini org ke...

kekadang management tak tau..depa atur acara ikut suka hati diaorg jek tanpa memikirkan perasaan orang yang nak kenalalui semua akiviti tu...

 
At Monday, April 17, 2006 4:03:00 pm, Blogger Izhal said...

ni dah disco building ni main campur laki2 ngan pompuan... heheh

bowling ok apa maklang, tapi nak kena bawak family la sekali supaya senang nak suruh belikan air :)

moga-moga company maklang lebih peka lagi nooo...

 
At Monday, April 17, 2006 5:25:00 pm, Blogger Lollies said...

I don see the relevance of team building. lepas habis sama aje bickering. tapi bowling bagus I think. Semua orang saya angkut sampai yang kenit2 semuanya main. masuk parit ajele lebih.

saya anything dalam kl dan perimeter yang dekat ok. duduk 2 malam tak suka except boleh bawak bebudak

 
At Monday, April 17, 2006 6:18:00 pm, Blogger aNIe said...

Betullah maklang...kadang2 aktiviti yang banyak melibatkan pergaulan bebas lelaki & perempuan akan mendatangkan implikasi buruk...lebih2 lagi jika melibatkan isteri & suami orang...

 
At Monday, April 17, 2006 10:39:00 pm, Blogger maklang said...

Halin: Memang kalau dah jadi "steam' building parahlah jawabnya...

Atuk baru dapat PC tadi petang. Masih belajar lagi. Tak tahulah bila nak start tuh...

Jie: Memanglah patutnya proteslaa kan tapi Boss Maklang buat dek je, bila ada pompuan dia buat donno and tak nak participate. Boss ni alim...Dia kata macam bodoh je, main game2 bila semuanya dah tua & berjanggut Pulak tuh!

Sya: Betul tuh menghabiskan duit kompeni je. Unutk ank2 buah yang kerja siang malam ni nak buat kan makan besar pun berkira benar., tapi team building yang entah apa2 & melibatkan 10-15 orang tu belanja puluh ribu, ok plak. Tak tahu macamana dia orang pikir.

Oren: Memang Boss Maklang nak tegur gak. Dia kata lain kali malas dah nak join.

Izhal: Kalau disco building ni memang dah parahlah tu. Kena bertobat le tu...

Lollies: Memang mana relevant dia tak tahulah tuh... Macam tak de perubahan pun. Maklang pun kalau gi mana2 mesti nak bawak anak2.

Kak Lady:Maklang takut kalau benda tak baik terjadikalau campo laki & pompuan nih... Mintak simpang!!

 
At Tuesday, April 18, 2006 9:04:00 am, Blogger Kaklong Syikin said...

bagusnya fikrah ofismate maklang, depa ambil berat bab pergaulan lelaki perempuan ni. hmm..itulah, kalau depa ingat ttg islam tu bab2 ibadah jer cam solat, puasa..tapi depa tak tau, bab2 pentadbiran n segala urusan hidup kita ni mesti kena relatekan ngan Islam...semuanya dikira pahala n dosa gak. sian kat depa yg tak leh pikir sampai tahap camni

 

Post a Comment

<< Home