Macam-macam Hakim - 1
Hari ni hari Ahad. Kami tiba dari KL tengahari semalam, lebihkurang jam 1:30ptg. Oklah the trip to KL. Ada perubahan sedikit dalam attitude. Yea...Yea... Maklang managed not to spend a single cent. Kiranya tak bershoppinglah kali ni. Tapi of course beli some foodlah and something for the new baby of Jo and Maam. Other than that kami tak beli apa2. (Makan and hadiah all were borne by my beloved Cik Abang... Selamat duit aku....)
Pergi tengok Maam si Jo lepas lunch tengahari Jumaat tu. Dia kata MA and Aunty Yan came masa lunch tu. Maklang tiba about 4:00, so tak lah bertemu...After maghrib kami melawat Pak Itam. Alhamdulillah dia sihat, tapi dia nampak kurus sangat... Mintak dia diberi kesihatan yang baik.... Amin...
Perkara 1:
Petang tadi, Maklang and Cik Abang ambik Hakim dari tabilas.
Masa tiba kat tabilas Ustadzah tu kata,' Kak, Hakim bawak telletubbies ke sekolah hari ni!'.
Nak tergelak kami dengar Hakim bawak telletubbies.
'Memang ye Ustadzah, kenkadang dia main Barbie kakak2 dia', tersenyum aje Ustadzah dengar Maklang cerita pasal Hakim. Mintak2 janganlah dibawak sampai kebesar. Tapi kalau dah kawin nanti biarlah dia rajin jaga anak2 dia... (jauhnya berangan!!!)
Perkara 2:
Dari tabilas, kami singgah kat rumah kawan Cik Abang. Maklang tak kenal dia. Tapi ikut aje. Kat situ ,orang tu hidangkan sedikit kuih dan minuman.Sedang kami minum, Hakim kata,' Mak, Hakim tak nak minum air panas. Hakim nak air sejuk'.
Mulanya Maklang diamkan aje. Budak2 ni kat rumah orang pandai pulak nak mintak macam2. Tapi masa tengok mulut dia dah penuh dengan kueh, kesian pulak.Takut pulak tercekik.
Maklang pun tanya dia,' Hakim nak air kosong ke?'
'Tak naklah', dia jawab.
'Abis, Hakim nak air apa?', Maklang tanya lagi.
'Hakim nak air oren sejuk!'. Alamak budak nih....'Buat malu mak aje.....'
Maklang puas kata kat tuan rumah tu tak payahlah, tapi tuan rumah tu kata, ' Tak apa, rumah kami tak ade air oren, air ni adalah...' sambil mengunjukkan kepada kami air carrot susu. Buat malu aje... Nak buat macamana , anak2 kecik ni dia main mintak je...kitalah terpaksa menahan malu.
Perkara 3:
Hakim ni sejak dia dah ke sekolah dia punya 'D' ada besar sikit. Kalau suruh apa2 dia mesti tak nak dengar cakap. Kadang2 geram sangat kat dia. Ada satu hari tu, puas betul Maklang pujuk dia supaya jangan bising, tapi dia buat jugak. Mati akal jugak dibuatnya. Puas berfikir, at last Maklang dapat satu idea. Hakim dok cakap lagi and terua jugak buat bising... Terus Maklang kata ke maid, ' Kak(my maid), Kak L dengar suara aje, siapa punya suara ah? Tak nampak sapa2 pun kat dapur nih...'
' Hakim yang cakap2 tu', jawab kakak.
'Oh...iye ke? Kak L, tak nampak pun', Maklang jawap. Masa tu Hakim dah mula suspense.
'Agaknya Kak L tak nampak ni sebab dia deg*il sangat kot. Puas kak L cakap, dia tak nak dengar. Agaknya tu yang tak nampak. Mungkin kalau dia gi mandi baru nampak'.
By this time, Hakim memang panic sebab Mak dia dah tak nampak dia. Terus aje dia lari masuk bilik air nak mandi.
Sambil2 tu, Maklang kata lagi,'Kalau dia mandi bersih2, mungkin bende yang tutup badan dia tu hilanglah, kena sabun betul2. Agaknya masa tu baru Mak boleh nampak dia!!'
Lepas aje, dia dah mandi dia panggil kakak pakaikan dia baju. Maklang kata kakak nampak dia sebab kakak tak beranakkan dia. Mak tak nampak sebab Mak lahirkan dia.Masa nak pakai baju tu, dia beritahu kakak,' Kakak, pakaikan Hakim baju cantik2 eh... nanti Mak nak tengok Hakim!'. Takut betul dia mak dia tak nampak dia.
Siap aje dia, dia terus berlari ke arah Maklang. 'Mak, Hakim dah siap!'
'Ah... barulah Mak nampak Hakim. Benda yang tutup Hakim tu dah kena buang kot masa mandi tadi'. Dia nampak puas hati bila Maklang beritahu dia. Tapi before he walked away dia kata' Mak, tadi masa Mak tak nampak Hakim tu, Mak buta ke??????'
Terdiam Maklang, tak terkata....
Macam2 Hakim...Macam2 lagi cerita dia. Nanti bila ingat cerita lagi....
12 Comments:
Selalunya Macam2 Aznil...hari ni macam2 Hakim plak...
Bebudak ni memang ade masa 'D' di tu dah jadi capital letters...cakap kita langsung tak laku...kene guna taktik maklang pulaklah...hahhaha...
Maklang,
Dalam saspen Hakim tu, bijak betul bila kaitkan mak dia tak nampak sebab buta... hehehe :-) Kids these days, cannot predict what else they will think of!
perkara 2... hehehe...memang tersengeh saya baca... dah tua2 ni baru saya paham apsal balik kena tibai kalau dok demand2 kat rumah orang... so hakim dapatlah kcarrot susu??? ok la tu, budak2 ni dia tak menipu, apa dia nak dia cakap... kita mesti respect budak2 tang tu...
oh maklang, thank you for visiting blog seniour citizen dua tu, suka gila depa... heheh... ye laaa kita yang muda jelita ni mesti la mau support golden citizen Malaysia ye dak... tetambah dalam dunia cyber blogging ni... ;)
p/s-yang sorang tu suka dipanggil kakak... hahahahaha... yang sorang lagi nak panggil atuk pun dia okay je...
eh, thanks again...
Kak Lady:
Kalau Macam2 Aznil tu lagu dia lagu 60an tu... tapi kalau Macam2 Hakim kena imagine dengar lagu cinderella by singer Indonesia tu..apeke nama kumpulan tu... Gadja??
Jie:
Tulah Maklang kata,'Macam2 Hakim'
;-)
Izhal:
Maklang pun ada terima mail dari senior citizen yang lelaki tu sebab dia update album dia. Ok gak tu ... Nanti I suruh abah I pulak buat blog. Tapi PC pun tak de...
Memang Hakim tu kalau ke rumah orang tak segan2 mintak mak dia macam2. Malu I. Tapi nak buat macamana, budak2...
Kalau kakak2 dia ada malu sikit.
Boleh bagi Maklang url maam & daddy Izhal tu...Nak Linkkan dengan I punya...senang nak gi nanti. I am happy that I have made somebody happy...
Blueyasmeen:
Memang betul. Masa Maklang kecik2 dulu pun kalau mak cakap, kita diam aje, tapi budak2 sekarang , lain sangat cara dia....
NBB:
Rexeki budak2 agaknya....
heheh..suka baca maklang punya taktik..budak2 sekarang mmg kena guna psikologi, sebab musabab kalau nak suruh wat sesuatu or melarang drp melakukannya.at least kita blh elakkan drp angkat tangan kat anakkan..kiranya m.lang ni jenis berlapang dada ngan kerenah anak2lah. sikap ni yg saya start belajar sekarang.
tak macam kita dulu2..mak kata jangan..tak berani nak soal jawab.
hakim tu bijak tul...soalan akhir dia tu mmg blh buat kita terdiam..hehehe
Syikin:
Alhamdulillah with his capabilities. Banding ngan kakak2 dia looks like Hakim ni anak yang lebih bijak, InsyaAllah ( masa keciklaa). Cepat aje dia nak relate dengan apa yang kita cakap. Mungkin sebab lama sakit masa baby ( see earlier entry about Hakim when he was born). Alhamduillah...memang Maklang ngan anak2 tak naik tangan. Mereka buli lagi adelah. Tapi Abah garang dengan anak2 dia, tapi bertempatlah...
Thanks for dropping by...
boleh apa salahnya
http://halin-nukilan.blogspot.com/ <---bapa
dan
http://blueyasmeen.blogspot.com/ <---ibu
maklang kena present komputerlah kat parents maklang... beli ASUS laptop, style wooo... ada built in webcam... pentium mobile dan macam2 lagi specs dia... tak pon kalau nak yang ergonomic tak lain dan tak bukan ibm think pad...
lusa saya nak pi tokyo... nak buat surat beranak anak dan passport dia... nasib baik tak pi harini, depa cuti...
Izhal:
Thanks. Nanti Maklang buatkan kat dalam template. I ni kalau pasal2 IT slow nyelah amat.
Pasal PC tu, kami tengah nak cari2kanlah. Hadiah lainlah dari PC. Ni mereka nak beli sendiri. Maklang & Cik Abang tolong carikan je...
maklang, nanti kak teh linkkan maklang!thanks -
Kak Teh:
Thanks...
Post a Comment
<< Home