Dari Teratak Maklang

Saturday, April 01, 2006

Trip to Kontan.

Hari2 Jumaat bagi Maklang biasanya lebih sibuk dari biasa. Kalau tak sibuk di dapur menyiang ikan dan ayam, Maklang akan sibuk dengan urusan2 lain. This week, hari Jumaat, Cik Abang and ML dah pun plan nak ke Kontan untuk nak gi service kereta. Dah due dah. Terpaksa ke Kontan sebab ada order lampu kereta yang retak sikit masa ayam langgar lampu kereta ni dulu (see entry cinta itu buta). Terbang jugak lah RM-RM kami disebabkan nak mengganti lampu tu. Kalau pecah dia tak menyebabkan air masuk tak pe lagi, tapi pecah dia menyebabkan ada water droplets dalam lampu tu.

Kami bertolak dari rumah lebihkurang 7:45am and tiba kat Kontan jam 9:20am. Terpaksa gi awal sebab nak dapat tempat awal untuk nak service kereta. Tiba aje kami diberitahu yang kami dapat no. 10. Alamak jauhnya... So we decided to send the gambar yang nak frame kat ada satu favourite frame shop kat Kontan. Banyak gak dah gambar diframe kat situ. Workmanship dia ok and harga pun ok. Kami decided to walk dari service Center kat Padang Lalang tu ke kedai d'Arts tu. Adelah dalam 1km. Exercise!! Seronok jugak jalan dorang2 ni. Tapi takut gak sebab jalan tu agak sibuk. Masa jalan tu dok peluk handbag kuat2 sebab takut ada peragut. Cik Abang pulak dengan drawing dia yang dah digulung dalam pipe PVC. Masih berbungkus sepertimana dari airport tempohari. Disandang kat bahu. Sekali pandang macam bawak senapang pulak.


Lepas hantar gambar kami pergi jumpa seorang teman disalah sebuah pejabat yang terletak kat MegaMall. Then gi breakfast cum lunch. It was already alomost 12 masa tu. Lepas tu kami ke Popular Book Store kat Mega Mall. Dapat 2-3 buah buku untuk Dhirah, Abang and myself, kami pun turun untuk mencari teksi kat depan Mega mall tu. Alhamdulillah, cepat dapat cab.

Driver taxi ni ramah sangat orangnya. Siap explain pasal bandar Kuantan ni, pasal Pesta Air yang akan bermula pada 1hb Apri1 ni. Pasal dia asal orang Beserah (kenal tak DITH?)., pasal jalan Telok Sisek, and also pasal Padang Lalang. Friendlynya ya amat. I just sat at the back listening to his conversation with Cik Abang. Dia bercerita jugak pasal masjid negeri Pahang tu. Berapa orang boleh accommodate jemaah dalam masjid and so on.


Tengah2 dia bercerita dia tanya Cik Abang,’ Dah pernah masuk masjid ni?’, sambil pandang Cik Abang. Masa tu tengah berhenti kat simpang traffic light yang nak ke Tanjong Lumpur tu.

Cik Abang dengan nada bersahaja pun menjawab,’ Dah!’.

And the Abang Drebar pun meneruskan perbualanya. ‘ Masjid ni bla…bla… . Kalau cakap Telok Sisek nanti drebar taxi akan berhenti across the road, kena cakap Padang Lalang…bla..bla.. bla…’

Maklang yang duduk kat seat belakang nak ketawa betul. Nak aje cakap,’ Encik, sebenarnya Abang saya ni asal orang Kuantan. Membesar pun di Kuantan’. Tapi tak sampai hati pulak memandangkan keramahan beliau. Maklang respect drebar2 macam ni. Dia ambil kesempatan nak bercerita pasal negeri tempat kelahirannya. Kalau dia ni jadi pemandu pelancong mesti pelancong puas hati. Yang paling Maklang gelihati sangat was when tengok muka seposen Cik Abang. Selamba aje dia dengar orang tu bercerita as if tak tau benda pasal Kuantan.

Keluar dari taxi tu, kami pun melepaskan ketawa yang tersekat. Tapi macamana pun kami berterimakasih pada Abang Drebar tu for his kindness. At least dapat gak info2. yang tak dapat kami korek dalam sokkabar… Well done Abang Drebar. Moga2 rexeki mu dimurahkan Allah, InsyaAllah….

12 Comments:

At Sunday, April 02, 2006 11:08:00 pm, Blogger Izhal said...

power abangd drebar tu ye... inlah dia world class taxi driver...

dia tak merungut pasal harga minyak ke maklang???

masjid negeri tu dulu saya punya kasut kene burn... tapi itu cerita tahun 95...

moga2 rezeki abang taxi dan penulis blog ini di murahkan Allah, Amin...

p/s-comment saya haritu ntah kenapa tak masuk, kadang2 blogspot ni weng sikit... tengok CSI punya entry tu yang gelabah tu... what a coencidence... heheh...

 
At Monday, April 03, 2006 11:12:00 am, Blogger Sya said...

Jalan-jalan lagik ke Mak Lang? Kak lady ngan sya baru bercita-cita nak ke Terengganu cuti sekolah ni.

 
At Monday, April 03, 2006 12:34:00 pm, Blogger maklang said...

Izhal:

Tadi server kong. Ni baru dapat reply. Ingatkan merajok tu yang tak hantar comment.

Betullah Pakcik tu memang best. Ramah betul.


Sya:

Ke Kontan tu service kereta je. Kalau ke Terengganu jangan lupa lah singgah kat rumah I.Nak tidur kat rumah kami pon ok gak..... Phone no. dah adakan.... Tapi kena khabor awal2...takut kami lak tak de sebab maid nak balik for good dalam bulan 6 nih....So maybe kena ke KL nak hantar dia.

Tapi seronokkan kalau dapat jumpa....

 
At Monday, April 03, 2006 12:41:00 pm, Blogger Bergen said...

He must have been a tour-guide in his other life.

I like Kuantan a lot. Used to be clean, orderly, and windy. I guess it has changed but still clean, the last time I stopped for lunch with Aunt Su.

 
At Monday, April 03, 2006 12:59:00 pm, Blogger Izhal said...

merajuk apa kebondonya? hahaha...bukan merajuk ... tapi suspend la kan kan kan ;) ni dah tak suspend dah...

 
At Monday, April 03, 2006 1:20:00 pm, Blogger zino said...

bulan lepas zino datang ke kuantan memenuhi jemputan kawam lama kawen anak dia..ramai sangat jemputan VVVIP sampai kami tak sempat nak sembang pun..

tak pe lah lain kali datng boleh jumpa lagi..

 
At Monday, April 03, 2006 8:08:00 pm, Blogger maklang said...

Bergen:

Maybe he is a retired tour guide...

I like Kuantan too but not as much as I like Kerteh.


Izhal:

Tak payah suspense pon. Kalau kita buat salah, kita tentu terasa. Kalau makan lada tentu rasa pedasnya. Don't worry no hard feelings so far....


Zino:

Kat mana jemputan tu sebab ramai sangat VVVIP tu? Anak raja ke???

 
At Tuesday, April 04, 2006 12:54:00 am, Blogger Izhal said...

maklang dah jumpa ke belum anon tu??? saya pun setakat scan IP tahulah, tapi kalau nama pun Ananymous, susah sikit...

biaq jelah kot, esok kat akhirat kita tengok kat screen besar rupa paras anon tu...

 
At Tuesday, April 04, 2006 8:23:00 am, Anonymous Anonymous said...

uh dah lama tak kesini. hehe...
jenjln kat kontan yer... pPpPPp (asyik duk ooo saja, tukar sket).
sy pun dah lama tak balik kg. isk... nnt cuti sekolah nk balik kg jgk la. nak lalu kerteh ke tak nak ek? ermmm...

 
At Tuesday, April 04, 2006 11:36:00 am, Blogger maklang said...

Izhal:

Rasanya dah jumpa... Rahsia...kan kesian kat Anon tu sebab nampak banyak Id dia ke sana kemari kat tempat2 orang yang Maklang kenal... Biaq pi laaa. Memang nanti kita jumpa di sana... di sana...di sana....

Atok:

Kalau lalu boleh le singgah.... Jemput lah datang....

 
At Tuesday, April 04, 2006 5:17:00 pm, Blogger Juliah & Faridah said...

patut rekomen drebar tekzi tu kat travel & living nye programme tu..yg pasal teksi drebar ..ala lupa lak nama programme tu..

 
At Wednesday, April 05, 2006 8:28:00 am, Blogger maklang said...

Haariz's mommy:

Betullaaa....patut panggil direktor programmme tu untuk interview drebar teksi ni... Dapat gak dia glamour. Tapi kebanyakkan drebar teksi di Malaysia ni memang ramah2 belaka.

 

Post a Comment

<< Home