Dari Teratak Maklang

Monday, March 27, 2006

Penatnya.....

Rasanya tak hilang lagi penat sejak balik dari jenjalan tempohari. Tiba kat rumah dari KL lebihkurang pukul 5:00ptg hari Isnin 20.3.06. Singgah solat kat salah satu masjid on the way ke rumah. Tiba aje kat rumah, makan petang and unpacked barang2. Letihnya.

Next day tu dha kerja macam biasa. Ok lagi masa hari Selasa & Rabu tu tapi come Thursday, semuanya lepak. Nadhirah ,memonteng sebab penat sangat. Nak demam kata dia. On Wednesday tu dia masuk MSSD di Kemaman. Macam biasalah melontar peluru. Masa sukan kat sekolah baru2 ni dia dapat jadi johan tapi masa kat MSSD dia dapat tempat ke 8 out of 25 students. Oklah tu, asal ada semangat kesukanan. Lagipun dia peserta yang termuda. Maya pulak cabut tabilas dia Khamis tu, Hakim ponteng tadika. Angah sorang aje ok. Maya & Hakim tak leh bukak mata bila dikejut. Maklang & Cik Abang terpaksa gak gi kerja.

Last weekend, kami ke KB lak. Nak gi tengok Wan punya Abang (Pak Lang Mat) yang tak berapa sihat. Anak2 semua tak ikut except for Hakim. Atok & Wan, Cik Abang and on the way to KB singgah kat KT ambik Makcik F (adek bongsu Atok) plus Maklang je yang pergi. So bertolaklah kami ke KB pagi Jemahat tu. Berenti solat Jemahat dekat2 nak tiba Bacok and we reached KB about 3:00pm .Kalau ikutkan malasnya nak travel. Badan dah mengeluh mintak rehat, tapi nak buat camana, Atok & Wan nak gi tengok, so kami pun pergi sekali lah. Actually, dah plan sebelum kami cuti lagi sebab dapat tahu yang Pak Lang Mat masuk spital. Tak pegi tak sedap pulak. Risau pun ada. Kalau mata tu tak memandang tengok keadaan dia mesti tak puas hati. So ni dah tengok, baru puas hati. Pak Lang pun dah keluar spital, tapi masih tak kuat lagi. Something wrong dengan tulang belakang dia. Tapi le ni, Alhamdulillah.

Biasalah kalau ke KB, kalau tak ke Billion tak sah. Maklang tak shop sangat sebab dah puas dah. Cuma belikan Maya kasut sebab kasut dia dah uzur sangat. Hakim dapat selipar sebab selipar dia tu dah kecik. Lain2 tak de. Belikan jugak bekas sudu yang kenkawan pesan. Pagi Sabtu tu, masa nak ke Pasar tu, kami bertembung dengan Dr. Chua Jui Ming (betul ke eja nama dia ni? Ex-menteri kesihatan tu….) dalam lift. Ramah orangnya. Dia tegur Atok and tanya khabar semua. Petang tu lak jumpa Hani Mohsin. Pegi pasar beli kaftan and loceng unutk nak sangkut kat pintu pagar rumah. Ni Cik Abang pesan. Kat KB ni kalau gi memang lah makan yang jadi main activity. Hilang kesah nak diet. Balik rumah kena ikat perut sebab dah terlebih makan!!

All in the trip was fruitful lah sebab dapat jumpa Paklang Mat and Maklang Timah.

Malam lepas tiba dari KB tu, dapat message dari Makcik F ,mengatakan yang adeki par dia meninggal. Then pagi semalam Wan call Maklang diopis kata yang anak sedara Pak Itam, Abang Ramli passed away and tiba di opis, dapat khabar yang HR punya mak passed away. Innalillah hi wainna ila hirrajiun. Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka semua, InsyaAllah.

Hari pulak maklang punya kepala asyik pening aje. Kot2 darah naik tak tahulah ni. Tapi badan memang seram sejuk je. Macam rasa tak sihat je. Cik Abang lepas balik kerja semalam dah hemtam tidur sebab letih sangat. Maklang pulak, malam tadi awal dah tidur. Tulah balik petang ni nak kena rest pulak. Takut kong besok. Cuaca pulak teramatlah panas….Penat… Penat….

2 Comments:

At Tuesday, March 28, 2006 10:42:00 am, Blogger aNIe said...

Wah...penah sungguh tu maklang...kalau kak lady dah mau pengsan tu...aktiviti tak abis2...travelling ni memang memenatkan..apa taknya nak pack baju masuk bag...balik nak kluarkan dari bag...masa balik plak badan bagai nak baring je dah...nak cuci baju lagi...kalau tinggalkan umah tanpa penghuni...rumah pun mintak di bersihkan...berhabuk pulak...

Alfatihah buat mereka yang pergi...moga roh mereka di cucuri rahmat....Aminn...

Maklang ada darah tinggi ke?...kene hati-hati tau...bila terasa kepala tu mabuk jgn dibawak berjalan-jalan takut terjatuh ...bahaya...

Cuba lah makan lebih ulam-ulaman...especially pucuk Tenggek Burung...kat sana tak tau le aper diorang panggil...atau pun blend batang saderi dan minum airnya....

 
At Tuesday, March 28, 2006 10:44:00 am, Blogger Sya said...

wah tadi masa nak mula komen tak der orang.. tup tup kakak ku dah post dulu...

Al Fatehah .. kepada yang meninggal kita terdahulu. Bila dah umur sebegini terasa makin ramai pakcik makcik yang meninggal dunia.

 

Post a Comment

<< Home