Dari Teratak Maklang

Saturday, March 25, 2006

Percutian bulan Maret 2006, Finale

16hb Maret 2006 - Khamis


Pagi ini kami semua bangun awal. Semuanya bersiap nak ke Bandung. Kami bertolak ke Bandung dengan dua kereta. Kereta Aunty S dan Kak Y. Maklang, Cik Abang, Kak Y & Abang Ed bersama Hakim in one car and Wan, Atok. Aunty S, Uncle R, Along, Maya & Angah and the Pak Supir in one car. They all naik Kijang while we all naik kereta Sedan Aband Ed. The trip was a very enjoyable one. Dari Jakarta ke Bandung kami melalui bandar2 kecil sepert Ciawi, Cipanas and macam2 Ci lagi. Sebelum tiba di Puncak keadaan persekitaran macam kat Jakarta je taklah sejuk tapi dah dekat2 kat Puncak, suasana nya nyaman sekali. Macam nak gi kat Cameron di Malaysia. Banyak jugak bunga2 yang sedang mekar. Ros, lily and banyak lagi pokok2 bunga yang hijau and segar. Ada banyak kedai yang jual lampu2 antik and of courselah kami tak berhenti pun. Aunty S sempat berhenti beli keladi and pisang tandok sebelum tiba di Puncak. Sampai kat puncak lebih kurang jam 11:00 pagi. Kat Puncak nilah terletak nya Safari Park. Sebelum memasuki Safari park ni memang banyak ‘welcome banners’ untuk ke Safari Park ni. Nampak keadaan macam ceria sangat. Colourful jugak. Sayang Maklang tak dapt nak masukkan gambar. Nak masuk kat Safari Park ni, kami kena bayar 40K/person. Masuk-masuk aje kami di usher oleh beberapa ekor Llama. Memang ramah betul Llama tu. Dia datang dekat kat kereta kami and mula dekat2 kan muka dia kat tingkap kereta. Kenderaan yang masuk semuanya dinasihatkan supaya menutup tingkap sebab bahaya. Aunty S pun pesan supaya sentiasa tutup tingkap sebab pernah sekali dia ke sini, and tingkap kereta dia terbukak, dia diludahi oleh Llama2 tu., Gelihati…..

Seronok kat situ. Binatang berkeliaran and memang macam dalam hutan betul. Persekitaran kat situ memang best. Haiwan2 ni selalunya berkelompok. Ada sekelompok zebra atas jalan tar yang kami lalui, ada monyet kat tepi2 jalan tu, ade badak air tengah berendam and Zirafah, Seladang, Lembu, Gajah2 and so on. Memang seronok and enjoy sangat. Bila nak melalui kawasan yang ada binatang2 berbahaya like Singa, Harimau and Bears, sekali lagi kami kena melalui kawasan yang berpagar. Bila nak masuk, ada gate yang akan terbuka sendiri dan kemudian ditutup. Takut binatang liar ni keluar gamaknya. Maklang memang jakunlah sebab kat Malaysia ni tak pernah pergi Safari Park. Masa di A Famosa hari tu nak masuk, tapi harga dia mahal sangat. So tak jadilah. Adik Maklang kata kalau gi pun nanti takut disappointed. Tapi kalau ada sesapa yang nak gi kat Puncak punya Safari Park ni, memang Maklang recommend sangat. Bukan anak2 je enjoy, mak bapak and atok nenek anak pun enjoy sesangat. Lepas dari Safari Park, kami berhenti kat tempat berehat and we had lunch kat situ. Memang ada bawak bekal pun. Lepas tu, Maklang and yang lain pergi kat ladies. Jumpa pulak orang Johor kat situ tengah bercuti jugak. Tak kenallah tapi dia tengok Maklang and kami senyum and bila tanya dia kata dia dari JB. Ramai gaknya orang Malaysia yang datang bercuti kat sini…. Bagus le, luas pemandangan banyak pengalaman.

Then we went to the park yang ada mainan untuk anak2 . Tak leh lama sebab masih ada 2 jam lagi sebelum tiba di Bandung. Dari situ, it took us another 2 hours to each Bandung. On the way down, kami melalui banyak kawasan batu kapur. Banyak kedai2 buat marmar and banyak kedai yang jual lada kayu yang besar2. Kayu yang diukir buat lada yang sepanjang 3 kaki or lebih. Kak Y kata, lada tu dibuat macam kentung. Banyak gak kedai yang jual tapai. Tapai ubi tu digantung. Ubi diikat dalam 10 ketul sepanjang 8in dan digantung dalam almari kaca. Pelik betul. Banyak jugak kawasan menanam padi kat sini. Kami berhenti di Cianjur untuk Abang Ed mengstarightkan badan sat and finally we reached rumah Bik Iches (adek Uncle R) kat Bandung. Masa masuk kat exit nak ke Bandung tu banyak betul Billboard yang advertise pasal Factory Oulets kat Bandung. Kak Y kata memang banyak designer clothes kat sini. Tapi I bukan orang yang pakai baju branded punya orang. So tak kesahlah sangat.

Lepas solat kat rumah Bik Iches sat, kami pun ke Rumah Mode. Rumah Mode ni is a factory outlet. Beli baju jugaklah barang selai dua untuk Maya, Cik Abang and my two brothers kat sini. Aunty S kata baju2 kat sini memang yang ori tapi sebab tak dapat nak dieksport ke luar, so itulah yang dijual disini. Kami balik dekat2 nak Maghrib. Nak mandi, air dia punyalah sejuk macam mandi air dalam fridge. Air panas tak de lak. Maya menggigil. Dia kata this is the first time dia mandi air sejuk. Selama ni memang dia mandi air panas. Kalau dia mandi , air tu boleh buat telor separuh masak. Kenkadang sampai berasap. Ni kena mandi air sejuk, mana tak gigil. Dahlah kurus. Kesian dia. Malam tu we decided that we will be going back to Jakarta the next day and not on the Saturday sebab nak kejar masa sebab nak shop kat Tanah Abang.





17 Maret 2006 – Jumaat

The next morning, around 9:00am, kami kePasar Baru di Bandung. Memang lah mabuk kat sini. Kami separate dari Cik Abang and anak2. Maklang, Wan, Atok, Aunty S and Kak Y , Maya & Angah in one group and the rest in another group. Kalau jalan dengan anak2 ramai sangat payah nak pilih barang. Memang lah seronok kalau nak shop. Kain sulam, tudung, blouses ada bermacam2 and very2 reasonble harga dia. In other words- murah betul!!. Kain batik ela pun cantik2. Adelah belikan anak2, myself and Cik Abang serba sikit. Beli kain batek ela tu dalam 4.5 m untuk nak buat long sleeve shirt Cik Abang and untuk Maklang buat kain. Baju cari kain plain untuk nak pakai dengan Cik Abang bila ada function, berangan lah tu. Tapi memang mabuk. Cik Abang gi cari kipas untuk Aunty Shaukat (kawan Wan & atok) untuk buat gifts for tetamu wedding anak dia. Kipas kayu Cendana tu. Yang bila kita kipas dia akan keluarkan bau wangi tu….Dapatlah and belikan untuk Aunty tu dalam +-300 keping. Murah sangat. Tak puas shopping sebab masa tak banyak. Sebelum kami balik ke Jakarta tu, Bik Iches bawak kami makan kat kedai yang jual makanan Indonesia. At last dapat gak makan Bakso. Sedap. Lagipun masa tu dah pukul 4ptg. Dari situ kami pulang ke rumah Bik Iches, pack barang and bertolak ke Jakarta. Kami ikut hiway kali ni. Banyak betul kereta both going to Bandung and Jakarta memandang kan the next day is a weekend. We reached home at about 8:00pm. Lepak le lagi but contented….duit banyak dah dilabur kat Pasar Baru.


18 Maret 2006 – Sabtu

Pagi besok tu ke Tanah Abang pulak. Kat sini Maklang mabuk tengok baju budak2 and blouses. Cantik2 and harga berpatutan. Kami ke sini berenam aje + Pak Supir. Cik Abang, Atok, Wan, Aunty S, myself, Kak Y and Pak Supir. Anak2 tinggal suruh main dengan anak2 S di rumah Aunty .Cik Abang kata Tanah Abang has changed a lot since dia datang sini in 1995 dulu. Dah ada kedai2 macam shopping complex. Tempat lama macam kat Aked di Malaysia tu masih ade. Kami tak masuk kat situ sebab tak sempat. Yang kedai2 kat shopping complex dia tu pun tak khatam ni kan pulak yang kat tempat lama tu. Penat jugak lah mengukur building tu. Balik dati situ dekat pukul 3:00 ptg. On the way balik tu, Cik Abang mintak Pak Supir turunkan kami di Sarinah di Plaza Grande. Cik Abang nak tengok painting. Selagi tak dapat painting dia tu memang tak senang hati. Dahlah masa si Ancol hari tu tak dapat, di Bandung pun tak dapat. Ni kiranya last tempat nak cari gambar tu. At last after almost an hour barulah jumpa gambar yang di cari. Cantik jugak gambar tu. Maklang yang jumpa tapi harga dia mahal bangat. Alhamdulillah, Maklang dapat tawar sampai about 75% off from the displayed price. Lumayan gituh…. Tapi Cik Abang tak sabar, terlalu lama sangat menawar, at last dia gave in or else dapat gak untung another 300K rupiah. At last, dapat gambar dia tu. Sementara orang tu nak gulung gambar tu, Maklang gi solat kat Musholla. Senang betul kat sini, everywhere ada musholla. Maklang pinjam telekong salesgirl tu sebab dah dekat pukul 4:00pm. Kami solat jamak so no problem lah. Yang best sekali and yang paling kami surprise sekali, toilets kat Jakarta ni, walaupun public, bersihnya…. No smell at all. Surprise. Lepas dah selesai hal gambar, kami gi makan kat Restoran Sunda di Grande Plaza tu. Orderlah apa nak makan. Bila dapt bill… terkejut katak.161K lebihkurang RM 64. Nasib baik last day!!. Tak sangka pulak, kalau order ikan goring,one harga and kalau nak ikan goring tomato, harga dia tambah lagi 5K. Sambal kicap pun tambah duit lagi.

Malam tu balik Aunty suruh masak lak. Buttered prawn. Longoh den. Malam tu anak2 and adek2 Aunty berkumpul nak say goodbye to all of us. Budak2 punyalah seronok sampai Angah terkunci dalam toilet kat bilik Aunty. Malam tu bilik yang Wan tidur macam kapal pecah sebab kena pack barang. Siap timbang sekali barang2 yang nak bawak balik. Ngam2 120kg. Kotak kipas tu another 40kg. Pray to Allah that tak kena bayar excess baggage!!


19 Maret 2006 – Ahad

Next morning tu, it rained very heavily. Mak kata Jakarta sedih sebab kami nak balik. Anak bibik , Suci, tu pun nangis bila kami nak balik. Ialah dah one week anak2 Maklang dok bermain dengan dia. Tiba di airport jam 11:45am and terus checked-in. Lama sangat Cik Abang kat counter, ingatkan sure kena bayar bayak sebab excees baggage, tapi Alhamdulilalh tak kena sesen pun. Tiba di Kl jam 6:50pm. Alhamdulillah tak kena cukai….


Begitulah alkisah school holidays yang baru lepas ni. Ini pun dengan ringkas je. Kalau tulis panjang2 ade pulak yang terlelap kang....

10 Comments:

At Sunday, March 26, 2006 9:50:00 am, Blogger zino said...

tak sempat nak baca lagi.. nak chop tempat pertama dulu hehe..

nak kluar ke kedai dulu ni..

 
At Sunday, March 26, 2006 11:53:00 pm, Blogger Izhal said...

16 maret tu sayang tak bubuh gambar tu... saya ni suka gila gambar binatang...

hang in there maklang, im asking a few others on how to upload pics but no respons yet... ahad la katakan...

 
At Sunday, March 26, 2006 11:55:00 pm, Blogger Izhal said...

300 keping kipas cendana, tak payah pakai aircond la bilik maklang... heheh...

 
At Sunday, March 26, 2006 11:57:00 pm, Blogger Izhal said...

19 maret balik jakarta menagis... macam hari sanding kat rumah pompuan time saya kawin dulu, satu malaysia nangis sebab izhal sudah rembat pompuan paling cun hahaha...

ok maklang, thanks for sharing your vacation with me... kalau ada lagi silakan tulis...

good night :)

 
At Monday, March 27, 2006 8:30:00 am, Blogger maklang said...

Izhal:

Nanti dah pandai load, maklang letak gambar sekitar kami ni Safari Park.

300 kipas cendana tu sebab unutk kawan Mak Maklang yang nak kawinkan anak dia for the tetamu.. Kalau guna kipas tu nanti ramai pulak orang yang nak kipaskan di bilik maklang....lagi panas...


Masa Maklang kawin tu pun musim hujan. Nasib baik renyai jelaa... Kiranya Cik Abang pun dah rembat seorang gadis paling 'tembam' kat JB sebab tu JB bersedih!!! Kah...Kah... Kah... Lebih kurang le tu... Tapi orang kata kalau hujan lebat masa hari sanding tu sebab pengantin kuat makan sambal belacang!!!


Kalau ada vacation lagi boleh le tulis, tapi Izhal cuba lihat komen one Anon ni marah sebab maklang cerita pasal vacation ni... (Part 1 punya entry).Tapi no problem ada sorang adek di Jepun yang sentiasa excited nak baca dah cukup le... Thanks for reading...

 
At Monday, March 27, 2006 8:55:00 am, Anonymous Anonymous said...

cer tayang sikit painting yang pak lang beli.. nak juga tengok wei..

 
At Monday, March 27, 2006 9:29:00 am, Blogger maklang said...

Easylady:

Painting masih dalam tempat painting tu lagi. Tak hantar gi frame lagi. Besar sangat. 1.2 x 1.8 m kot size dia. Nanti dah frame kami ambik gambar or you datang je rumah nanti boleh tengok. Tak leh tayang2 kang Anon tu marah... bangga2 pulak!!

 
At Monday, March 27, 2006 2:25:00 pm, Blogger Sya said...

mak Lang.. boleh pulak si zino ni main cop cop tempat.. he he he

 
At Monday, March 27, 2006 3:52:00 pm, Blogger maklang said...

Sya:

Entah lah... Zino tu dia cop je tempat kot. Baca ke idak tak tahu le tu... Macam tak balik balik je....

 
At Tuesday, March 28, 2006 10:34:00 am, Blogger aNIe said...

hehehe...tak senonoh betul si zino tu...main cop cop plak...di pegi kedai maner tu tak balik2...London?

 

Post a Comment

<< Home