Dari Teratak Maklang

Thursday, March 30, 2006

CSI

Hari ni dah petang baru dapat nak masukkan entry ni. Hari ni taklah sibuk mana. Petang tadi kena summoned dengan big Boss pasal deliverables untuk Client. Job yang Maklang jadi PM ni taklah besar mana. Lagi pun ni third party punya job aje. Nasib baik third party tu dah hantar the 'package' to the Client's office masa Boss called. Rupa2nya Boss dapat 'surat cinta' dari Client. Laa... mintak 'package' end of the month, kami deliver lah end of the month. Ape ke halnya!!! Payah....Payah.... Nilah dia kalau kerja ngan orang yang terlalu muda yang lebih kuah dari pinggan...Sabo... Sabo.... Ni masa dia....


Hari ni Maklang dapat lagi komen dari satu Anon yang tak habis2 nak mengkomen blog Maklang nih. Tak tahulahkan, dari ape yang dia komen tu, Maklang tak suka lah. dia kata nak berkawan ngan Maklang tapi salah format tu. Kutuk orang and nak buat kawan. Sebodoh2 Maklang ni pun, walau sekolah tak tinggi mana, Maklang masih tahu mana yang boleh dibuat kawan dan yang mana patut dijauhi. Setakat ni, Alhamdulillah kawan2 semuanya baik2 belaka. Syukurlah. Kawan2 bloggers pun baik2. Maklang sebagai salah satu bloggers ade gak komen2 kat blog orang lain and seboleh mungkin tak naklah sampai menyakitkan hati si Tuan or Puan empunya blog. Ialah datang nya kita ke tempat mereka bukannya diundang, jadi pandai2lah bawak diri. Moga2 kehadiran yang tak diundang itu akan menjadi undangan pula dan diharap dapat mengeratkan silatulrahim. Kita berblog ni just for the fun of it apart from dapat belajar or ambik iktibar serba sedikit dari apa yang pernah dialami oleh teman2 sekelian. Thank you all....


Tadi lepas aje dapat komen2 dari si Anon tu, Maklang pun mulalah menjadi salah satu ahli CSI. Tapi taklah guna all the equipment or nak ambik gambar. Thanks to Kak Lady sebab suruh Maklang install Sitemeter tu untuk nak locate the person. Bukan apa nak tahu aje. Lepas dah masuk kat Sitemeter tu terus cari dia punya IP dari mana. Then IT personnel kat office ni pun beritahulah semuanya. Kira2nya macam dah tahulah siapa dia. Tak pelah kalau dia kata dia tak kenal pun. Bagus jugak Sitemeter tu (Thanks again Kak Lady). Maklang dah delete the comments by Anon ni. Ade gak yang sms kat Maklang tanya macamana nak install Sitemeter ni. Maklang beritahulah dia. And selamat mencuba Onde. Rupa2nya bukan Maklang je yang dapat komen2 yang tak diundang ni, banyak lagi rakan2 yang lain dapat gak. Tapi no problem... Komenlah nak komen, kalau kami boring, kami delete jelah.


Pada Maklang, dalam hati mesti nak simpan satu perasaan yang baik iaitu untuk tidak mencari pasal dengan orang sebab orang yang suka cari pasal ngan orang lain , hidup dia tak akan tenteram....I am happy as I am now... Alhamdulillah.

10 Comments:

At Thursday, March 30, 2006 9:23:00 pm, Blogger aNIe said...

maklang...hahaha...nanti boleh lah antar resume ngan si Grissom tu...

Betullah maklang...mereka kalau nak komen kita don't mind...cuma kadang apa yang kita tulis disini bukan lah nak riak atau menceritakan keburukan mana mana pihak...kita menulis untuk kepuasan sendiri...berkongsi cerita dengan kawan kawan di alam maya...sebab adakalanya apa yang kita alami dan lalui boleh dijadikan teladan dan panduan untuk kawan-kawan khasnya generasi muda yang berkunjung ke mari....dan yang penting...'blog kita...kita boleh tulis apa saja'

Kalau benarlah nak berkawan atau pun aper jua tujuan yang baik...kenapa mesti menyembunyikan diri dengan hanya menggunakan Anon...dah tu menulis komen2 yang menjengkelkan...

Sabar sajalah maklang...kerna ramai jugak yang terkena seperti maklang...menjadi mangsa mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab

 
At Friday, March 31, 2006 8:47:00 am, Blogger Jo Kontan said...

Biasalaaa MakLang..part of bloggrowing.

Tak suka, deletelaa.

Kalau Jo, Jo biarkan ajer...and assume nothing.

Tapikan, whatever it is, you may follow, oft-said, blogsphere rule # 5.

"Sukatilaa, nii blog akuu !!" :-)

Positively happy blogging..

 
At Friday, March 31, 2006 9:50:00 am, Blogger Sya said...

Mak Lang.. sya ada gak delete beberapa komen yg tak kenan di hati tapi tak le banyak mana. Bukan apa sakit mata melihatnya.. so rumah kita suka hati kita le nak letak apa nak hias apa nak pakai langsir warna apa.. dia orang lak sibuk. Dah le tu masuk guna nama "MAK ENON", cam masuk rumah orang ngan bertopeng gitu.. memang jenis tak tau malu punye orang

 
At Friday, March 31, 2006 10:01:00 am, Anonymous Anonymous said...

ni angin dah sampai langit ke tujuh ke?He..he.. bawa bertendang bawok bersabor.

 
At Friday, March 31, 2006 11:25:00 am, Blogger zino said...

bagus gak dapat jadi CSI ni.. macam mana nak dapat gejet tu maklang hehe nak buat persediaan je mana tau.. di perlukan nanti..

dulu memang pernah terkena pun.. sampai sekarang tak tau angkara siapa..

 
At Friday, March 31, 2006 1:16:00 pm, Blogger Queen Of The House said...

Maklang ... positive blogging is the way to go :)

 
At Friday, March 31, 2006 9:32:00 pm, Blogger maklang said...

Kak Lady:

Tak faham apasal nak submit resume ke Grissom. Memang le, manusia ni tak sempurna. Pada kita tak ade ape tapi pada orang lain ,lain pulak. PHD pulak banyak jadi ape orang nak buat atau apa yang dianugerah Allah pun dia nak marah . Nak buat macamana. Itulah dia manusia. Harap2 mereka yang terbabit ni elok le bertaubat.

NBB:


Memang...komen yang kita tak suka and memang intentionally nak sakitkan hati siempunya blog memang patut dideletekan aje. Kalau simpan pun buat semak. Yang sedihnya, bukannya menyakitkan hati tuan empunya blog saje tapi kawan2 bloggers yang lain jugak. Mereka ni tak tahu ke yang kalau buat orang marah ni , hukum nya BERDOSA. Suka hati dia lah.....


Jo:

Thanks for dropping by. Lame tak nampak. Gout dah ok ke?

Thank you for your advice.

Sya:


Entah2 Pak Enon kot. Mak Enon biasanya tak brutal mana. Biarlah... orang camtu kalau dilayan nanti takut terinfluence...takut jadi macam dia lak...

Bukan aje tak malu, tapi PENAKUT kot..HA..HA...HA...

Thank you for your support.


Easylady:

Taklah...not in Cloud 7... I am in Cloud 9. Still very much in love with Cik Abang. Pedulikan si Anon tuh... In fact because of that we all dua orang asyik dok gelak aje mengenang orang2 sick camtu...kesian.....

Zino:

Kalau nak install, gi kat Sitemeter kat Blog Kak Lady (sorry kak I have to refer to your blog) and tekan mouse tu kat situ. Then it will lead you to the site. From there on dia akan kata camana nak buat seterusnya. Happy installing.
Tak pe Allah tahu....

Anon:

Comment has been ignored and therefore deleted.


Onde:

Thanks for your support.

QOTH:

Yes, QOTH. I agree with you 100%. Thanks for your support.

 
At Saturday, April 01, 2006 1:48:00 am, Blogger aNIe said...

maklang...kan entry kali ni mak lang letak tajuk CSI...Maklang kata dah jadi salah sorang ahli CSI dan maklang telah berjaya...hehehe...tu yang kene hantar resume kat Grissom...CSI Miami tu... :D

 
At Saturday, April 01, 2006 4:06:00 am, Blogger Unknown said...

Mak Lang,

I guess that's part & parcel of the blogworld kot, ada yang positif dan ada yang negatif. But having said that, I don't understand la kenapa ada orang nak komen negatif, sebab kita tulis blog ni bukannya ada mengacau orang lain pun, kan? Sabar je la.

 
At Saturday, April 01, 2006 6:54:00 am, Blogger maklang said...

Kak Lady:

Lepas dah masukkan comment tu baru teringatkan si Grissom tu. Biasanya kalau tengok CSI ni jarang berikan 100% concentration. Itu yang kadang2 terlupa nama2 pelakon ni. Tapi CSI yang ni report duty kat CIk Abang dah cukup. Tak pelah lagipun investigation ni kecik je. Tak payahlah nak involve Grissom!!


Jie:

Memang that is part and parcel of being a blogger. Tak apalah. Maklang accept comment cam tu cuma kadang2 some orang yang bagi comment tu tak tahu nak differentiate mana satu comment or kutuk. Tak tahulah kan, kalau nak comment ok, no problem, tapi jangan samapai tujuan dalam hati purposely nak membuat orang marah. Masaalah bukannya kita sorang aje yang rasa macam tu tapi bloggers lain yang baca pun ada hantar email tanya kenapa ada orang camtu. Kita berblog nak suka2 tapi ade pulak yang irihati...Ignore jelah!!

Thanks for the support.

 

Post a Comment

<< Home