Dari Teratak Maklang

Tuesday, March 28, 2006

Surprise

Malam tadi kiranya Maklang macam balik mula2 kawin dulu. Dapatlah tidur berdua je dengan Cik abang tanpa gangguan dari seorang PATI. First time Hakim willingly nak tidur kat tempat lain dari bilik mak dia kalau ada kat rumah. Sebenarnya petang semalam Hakim bad mood lepas balik tabilas. Maklang ambik dia balik dari tabilas semalam. Sejak dari lunch tu dia dah mengengek nak beli layang2.Mintak tolong Cik Abang ambik dia dari tabilas sebab dia dah janji dengan Abah dia nakgi beli layang2, tapi last minute Cik Abang kata dia kena balik lambat sebab nak gi office yang satu lagi. So, terpaksalah Mak dia yang gi ambik dia. Naik je kereta, dah mintak nak beli layang2 tu.

Maka kami pun pergilah ke kedai yang Hakim cakap tu. Tanya kedai yang mana, dia explain macam ni.

‘Kedai tu ada ek..ek…ek…Kedai tu ada express’, sambil dia buat lakaran in the air gunakan jari dia.

‘Manalah Mak tahu kedai mana. Yang ek..ek..ek… tu apa? L-Mart ke? Ke Khamis ke? Or ape? Ke Kedai yang Kodak Ekpress tu? Tak pelah kita jalan je and then Hakim beritahu mak , ok?’

‘Oklah..’.

So, Maklang pun bawaklah kerete tu perlahan2 takut termiss kedai yang Hakim nak pergi tu’

Dekat 1 km jugaklah baru jumpa kedai tu. Rupanya kedai tu dia selalu pergi dengan Abah dia.
Masuk kat kedai tu terus tanya kat sales girl tu ada tak layang2. Dia kata tak de. Wau adelah.
Nak puaskan hati Hakim bawak dia masuk and pergi kat tempat Wau tu. Tak de jugak Hakim pun kata Wau tu besar sangat.

Dari situ kami ke kedai besar sikit. Tak ada jugak tapi nak coolkan dia, belikanlah Nutrigena yang ada helicopter tu and belikan dia Kit Kat. Hati tu masih tak enjoy lagi sebab balik tu dia mengamuk. Dah kasi makan pun mengamuk lagi. Langsung Abah dia masuk campur. Lepas mandi paksa dia tidur and tidur pun dia. Masa tu baru pukul 7:00 malam. Malam tu senyaplah sikip. Pukul 9:00 dia bangun. Rupa2nya jatuh kerusi masa dia tidur kat ruang tamu kat bawah. Angah pujuk dia supaya tak nangis. Lepas tu, tak aleh2 dia kata, ‘ Mak, Hakim nak tidur kat bilik Angahlah. Hakimkan dah besar’. That was a big surprise for me. Tak pernah lagi dia mintak nak tidur kat bilik lain. Selalunya kalau suruh pun dia tak mau. Ini pulak tak payah nak sogok apa2. Dengan penuh kerelaan lagi.

Tapi tak tahulah tu....kot2 malam ni pindah balik kat bilik mak dia. Tapi ok gak lah tu, Hakim bagi chance kat Mak & Abah dia honeymoon sat....

7 Comments:

At Tuesday, March 28, 2006 1:13:00 pm, Anonymous Anonymous said...

maya dah pandai tidor sorangke?

 
At Tuesday, March 28, 2006 2:14:00 pm, Blogger maklang said...

Maya dah lama tidur kat bilik Angah. Since darjah 1. Tapi sekali sekala ada gak menyinggah masuk kat bilik I. Sejak dah bukak court Hakim tu Maya dah tak tidur dengan kami lagi. Pipa & yang 2 tu berkhemah kat bilik awak lagi ke? Ok lah tu occupancy kat bilik tu highestlah.. Padan ngan size bilik sekali!!

 
At Tuesday, March 28, 2006 4:18:00 pm, Blogger Izhal said...

kesian hakim, bad day for him...
seronok malnag, romantik slumber for you... ;)

lakaran in the air tu ada kaler tak??? hehehe...

dapat tak email pasal upload gambar tu???

1)bukak akaun kat www.photobucket.com
2)upload gambar (jpg only)
3)lepas upload ada tuhmbnail gambar dimana bawah dia ada 3 benda
(a) Url (b) Tag (c)Img
40copy and paste Tag tu dalam blog maklang...

entahlah, ni pon Mr. Zino yang habaq saya... dia pandailah link sna link sini...

have a good day... :)

 
At Tuesday, March 28, 2006 5:31:00 pm, Blogger aNIe said...

maklang...alhamdullillah kalau hakim dah mau tidor sendiri...anak kak lady yang kecit ni masih nak tido ngan kak lady...puas di suruh tido sorang...nanti dia akan merayap memalam masuk bilik kak lady...kalau pintu berkunci dia akan terjerit jerit menangis...sebab tu lah sekarang kami semua tidur sebilik....tak boleh nak tinggalkan dia...

Kalau dia terkejut pepagi dia pasti akan tanya mlm tadi kak lady tidur mana...kalau cakap tidur ngan dia...dia akan cakap...'tak terasa pun ibu tidur kat aeez...'

Pastu mulalah melalak buat hal pepagi sebelum ke sekolah....

 
At Tuesday, March 28, 2006 10:13:00 pm, Blogger zino said...

maklang..
baru le boleh honeymoon semula ya hehe.. baby zino tu sesaaat pun tak boleh hilang kalibat abah dia.. sikit2 je mana abah? hehe..

izhal
dah perturunkan ilmu nampak hehe

 
At Wednesday, March 29, 2006 8:48:00 am, Blogger maklang said...

Izhal:

Hakim dah ok. Semalam Abah dia dah belikan dia layang2. Tapi malam tu dah patah riok. Pagi ni dia mintak lak yang baru...Of coz abah dia tak nak belikan. Pengsan tiap2 hari nak lelayang baru.


Kak Lady:

Hakim memang sebenarnya tidur dalam bilik Maklang. Memang sediakan satu katil bujang kalau ada musim2 pelarian ni. Tapi Hakim kalau dia tidur atas katil bujang tu, mesti malam2 dia naik atas katil kami. Sempit betul, Maklang dihimpit kiri kanan. Dia nak meraba te*** Maklang lah tu.


Zino:


Izhal memang dah perturunkan ilmu. Banyak gak. Ada yang hantar pakai e-mail lagi. Dia nak tengok betul gambo2 masa jenjalan tu. Tapi belum sempat nak digunakan lagi ilmu tu.

 
At Wednesday, March 29, 2006 6:57:00 pm, Blogger maklang said...

Anak2 maklang pun tak tidur sekatil. Tapi bila dah malam2 sangat jadi sekatil pulak. Bila dia bangun and jalan ke katil kami tak tahulah tu. Agaknya sejuk kot. Kalau kat mak dia dapat le body heat tu and dapat meraba!!!

 

Post a Comment

<< Home