Dari Teratak Maklang

Wednesday, March 29, 2006

Keluhan hati seorang kuli….

Pagi2 tadi dah dapat mail dari PM untuk ‘Kick-Off’ meeting. Office Maklang baru dapat award project dari satu pengusaha minyak terbesar di Malaysia. Buat masa sekarang pun kami ada contract dengan pengusaha tersebut. Pada mulanya kami2 yang menerima e-mail menyangka bahawa kami ni tak perlulah nak attend KO meeting tu. Tiba2 hampir2 nak 9:30pg tu kami dapat panggilan dari secretary kat tingkat bawah kata yang mendapat e-mail tu kena attend lak. Kata kat e-mail ‘ Please take note of the agenda of the KO meting’. So, kami2 ni take note jelah. Ada lead department lain2 marah2 sambil kata’ BODO’ betullah yang hantar mail ni. Lain kali hantar lah mail betul2. Kalau nak orang attend or not.

Ape2 pun kami ber4 tiba kat office client terlewat 15 mins. Meeting tu oklah. Cuma discuss pasal perkara2 berbangkit dari contract yang lepas. Antara lain yang menjadi tajuk perbincangan was on the communication breakdown between Client and Consultant, which in turn had cause delays in the project schedule. Of course each party will try to defend themselves, and of course I will defend myself as the Consultant. Boss no. 1, nasib baik backed up kami.

Daripada meeting tu dan daripada project2 yang telah kami lalui, satu perkara yag Maklang tak boleh tahan is when ada jugak orang2 kita ni rasa terlalu ‘besar’ bila ‘berada’ di tempat Client. Walhal sebelum ni ada jugak dianatara mereka tu berasal dari pejabat kami gak. Maklang heran macaman boleh change mendadak sekali bila dah bertukar position. Memanglah di tempat Client and selalunya Client is always right. Tapi kalau iye pun nak menghentam orang berpada2 lah. Dunia ni kecik. Nak2 dalam industri yang Maklang involve ni. Balik2 pusing2 muka tu jugak. Hidup ni ibarat roda, hari ni kita kat atas, mungkin esok kita di bawah. Jadinya berhati2lah…di jalanraya dan di tempat kerja. Nasib baik ada satu mamat yang eksyen ni dah tak lagi dalam Client office ni. Dah berenti after setahun kat situ. Lega betul kami rasa masa dapat tahu dia nak berenti masa tu.

Lagi satu, ada juga expat2 ni berlagak nak mam***. Pernah satu kali kami buat design untuk pemasangan lampu jalan kat salah satu plant kat tempat Maklang kerja ni. Pasang lampu je. Tapi kerja dia and weekly meeting dia mengalah kan projek yang juta2. Maklang sampai nangislah buat project ni sebab tension betul. Tak pernah jumpa expat seteruk ni. Dengan belit dia and dengan style ‘I-know-all’ and ‘!-am –the-best’ tu, tak sanggup nak face dia everytime ada meeting. Kita boleh simpan kalau kena bambu tapi memang ade limitlah. Sebenarnya dia nak tunjuk kat kita yang dia tahu sangat. Tapi agaknya nak cover ketidaktahuan dia, tu yang dia buat macam2. Our first proposal macamana nak ambik power supply dia tak setuju. Dia nak kami ikut cara dia je. So, kita ikutlah sebab tu property dia. Tapi after dah discuss dengan operation people dia, operation people setuju dengan kita. Agak nya tu yang dia hot, so tak de orang lain dia nak hentam, Maklang & anak2 buahlah kena . Geram….. SANGAT.Bukannya kami ni tak belajar semua ni.

Kita semua ni makan gaji je.Kita kena bersatu hatilah kalau nak buat kerja bukan nak tunjuk siapa lebih terror dari siapa. Betul tak?? Akhirnya project tu siap jugak after 4-5 kali revise sebab nak ikut kan kata Client Haprak betul mamat Yindia tu. Sampai sekarang berbekas dihati. Orang kalau tak pernah kerja ngan dia boleh lah cakap, banyak2 bersabar. Tapi kalau dah kena baru tahu.

Maklang rasa Maklang dah tak larat nak face orang macam ni. Sekarang ni kalau orang cakap ape2 pun buat dek je. Bukan Maklang je tension, anak2 buah pun tension. Tulah susah nak kerja ni and nak please orang. Tapi bak kata Cik Abang mana ada kerja yang tak susah. Absorb je laa semuanya…….

9 Comments:

At Wednesday, March 29, 2006 5:40:00 pm, Blogger zino said...

yg pertama datang lagi hehe

situasi macam ni biasa zino lalui.. nampak macam keja maklang ni sepesen macam keje zino sebelum pindah ke department ni..

sabar je lah.. janji kita buat keje yg betul..

 
At Thursday, March 30, 2006 10:05:00 am, Anonymous Anonymous said...

This comment has been removed by a blog administrator.

 
At Thursday, March 30, 2006 11:12:00 am, Blogger Ayu Mohamad said...

Mak Lang,sy yg baca pon letih aduhhhh..sabo jek la.. mmg penat jadi consultant ni ek.. kite sama situation.. mmg tensen!!

 
At Thursday, March 30, 2006 11:26:00 am, Blogger Sya said...

Begitulah bmak lang bila bab jadi kuli ni... bak kata cina kena kow tow manjang.. ngan bos kena ngan klien kena.. bila kita nak kenakan orang pun tak tau

 
At Thursday, March 30, 2006 11:31:00 am, Blogger maklang said...

Zino & Onde & Ayu....

Jom kita tukar kerja. Jadi kat sebelah tauke laks!!!

Anon:

I have to delete your sick comment. It is always up to me what I want to write and how I want to write as this is MY blog. I know your IP add and InsyaAllah will know who you are soon. I know that you are somewhere near my region. Thanks for giving me the clue by entering my blog!!! Allah Maha Kaya!!!AllahuAkbar!!!

 
At Thursday, March 30, 2006 12:07:00 pm, Anonymous Anonymous said...

This comment has been removed by a blog administrator.

 
At Thursday, March 30, 2006 2:08:00 pm, Blogger Ella said...

hi mak lang... dah keja ngan masalah keja lak yer... hmmmm duk rumah kot best? tp yer ker... heheheheh.... k mak lang take care yer....

 
At Thursday, March 30, 2006 2:40:00 pm, Blogger Ajzie said...

emmm duduk umah mmg best pung..tp tak de kawan bergossip ler hihih. Sabar yea Mak Lang...Sabar..

Wasalam
Ajzie

 
At Thursday, March 30, 2006 6:23:00 pm, Blogger maklang said...

Sya:

Memang ye. Nasib baik kuli je, kalau kuli batak, lagi teruk kot.

Ella:

Keje best, tak keje pun best. But I always look for a good weekend after a long tiring weekdays.

Ajzie:

Sabo le ni, tu yang masih kerje lagi. Kalau tak dah lame tembo (cakap Ganu-lari)

 

Post a Comment

<< Home