Dari Teratak Maklang

Wednesday, April 05, 2006

Interview

Hari ni pagi-pagi tadi dah dapat khabar yang biras Maklang dah melahirkan anak yang keenam. Perempuan. Alhamdulillah semuanya selamat walaupun melalui C-section. Khabarnya anaknya boleh tahan besar, lebihkurang 3.4 kg, berbanding dengan ibunya yang comei lote.

Petang pulak dapat khabar yang tak berapa baik sebab salah seorang anak buah Maklang akan meninggalkan kami. Maklang tak ada hal kalau orang nak berhenti sebab ni pun untuk dia nak advancekan carrier dia. Alhamdulillah… Moga2 dapat apa yang dicari. Infact dalam masa terdekat ni mungkin ada 3 orang akan berhenti…..Kami yang dah nak veteran ni , kat sini ajelah sampai pencen. Kalau berhenti pun…. Nak ke mana??? Paling kuat dapat kerja kat rumah aje. Lagi pun dah tak kuasa nak kerja jauh2 dari family. Kat tempat Maklang ni pun untuk profession Maklang ni agak payah untuk orang perempuan…….yang dah veteran….


Cerita pasal Bab berhenti kerja ni, Maklang nak cerita jugak pasal mula2 Maklang kerja dulu. Sebenarnya Maklang ni bukanlah orang yang terlalu ambitious sangat. Cukuplah sekadar ape yang ada. Malang mula kerja pada umur Maklang genap 22 tahun. Memang masuk kerja on my birthday. Masa tu baru grad and tu pun terpaksa mengganggur selama 5 bulan. Kerja masa tu memang payah nak dapat. Ada aje advertisement dalam paper tu semuanya dihantar. Tak kiralah kat mana. Masa tu pun ekonomi meleset.

Pertama kali Maklang pergi interview was dekat dengan rumah Mak. Taklah dekat sangat , kalau jalan kaki lebihkurang 15 mins adalah. Pekerjaan tu sesuai dengan apa qualification yang Maklang ada tapi malangnya Maklang gagal. Lama jugak nak dapat interview yang kedua. Interview yang kedua was in KL. Masa dapat surat interview tu Maklang baru tahu bahawa company tu adalah company Consultant. Masa nak gi interview tu beritahu pada Pak Itam, bapa sedara maklang, di mana Maklang tumpang tinggal masa nak interview tu. Rupa2nya Pak Itam kenal tuan punya office tu. Kiranya masa Pak Itam beritahu tu , harapan Maklang cerahlah nak dapat. Memang betul pun, masa interview tu Boss Cina tu beritahu yang Makalng boleh mula kerja pada tarikh yang dia beritahu yang kebetulannya was my birthday yang ke 22. Alhamdulillah dapat kerja walaupun cuma bergaji sebanyak RM 500.00. Kiranya masa tu memang common lah grads ni dapat gaji macam tu. Lagipun tu adalah salah satu program yang dianjurkan oleh kerajaan untuk mengurangkan pengangguran. Setahun Maklang kerja kat situ, gaji naiklah 250 lagi. Alhamdullah, … Dan Maklang kerja kat situ selama 3 tahun. Payah jugak kerja dengan gaji sebanyak tu, nasib baik pergi balik ada yang hantar and tumpang tinggal kat rumah Pak Itam, or else lagi parak.

Setelah 3 tahun kat situ, mulalah gatei nak kerja kat tempat lain. Dapat kerja lain tapi perbezaan gaji cuma RM 300 aje. Tapi tak apa… nak cuba jugak kerja kat situ. Mula2 ok lah tapi setelah 2 bulan bosan pulak sebab kerja dia Cuma nak key in data kat computer aje setiap hari. Maklang memang tak ade interest langsung…. So beritahu Boss lama yang nak join company asal tu. Nasib baik Boss terima. Agaknya sebab masa Maklang ditanya oleh teman2 sepejabat kenapa nak berhenti, Maklang kata nak cari boyfriend sebab officemates kat office Consultant tu semuanya China aje. Tanpa diduga, memang hajat tu terkabul…nak cari laki kat office yag Maklang join tu, walaupun cinta berbunga setahun selapas Maklang berhebnti kat situ. Rupa2nya Maklang join company tu cuma sebagai sebab untuk nak berjumpa my future husband…Cik Abanglaah tu…. Ada hikmah dia kan… Itulah Allah’s rahmat happened in ways yang kita tak pernah terfikir.

Lepas berenti dari situ Maklang kerja balik kat office lama. Bertahun jugaklah kat situ sampai anak sulung Maklang berumur 1 tahunlah. Genap Dhirah satu tahun , Maklang gi interview kat company yang mempunyai business yang sama macam previous company tu, consultant gak. Maklang enjoy kat situ sebab kawan2 sekepala semuanya. Ada jugak kawan2 dari office lama kat situ so taklah kekok sangat. Gaji tambahlah dalam 30% lagi. Sayangnya Maklang kat situ tak lama sebab dapat offer yang lebih baik. Alhamdullillah dapat pertambahan gaji lagi sebanyak yang diminta. Office ni terletak kat Menara Tan Tan adalah syarikat membuat atap rumah. Tapi Maklang masuk bahagian Consultancy. Kat sini best jugak, tapi boss dia tak best lansung sebab very prejudice terhadap Melayu. Kena pulak masa baru join sebulan, Maklang terus conceive Angah. It was a bad experience for me sebab masa pregnant tu asyik nangis aje. Dahlah pregnancy tu susah sebab asyik bleeding aje. Boss pulak tak bersimpati langsung. Nasib baik Boss Mat Salleh tu ok. Dia kata jangan bimbang pasal kerja, just take care of myself and the baby. I was in that company for about 2 years aje. Lepas 2 tahun kat situ, Cik Abang kena transfer kerja di Kerteh. Maklang kata kalau pindah Kerteh tu boleh, tapi Maklang nak kerja mana? Maklang kata boleh terima post tu kalau Maklang diterima kerja kat situ. Alhamdulillah Maklang diberi kerja kat situ tanpa ditemuduga…. And sampai sekarang lah saya di sini…..

Rasanya lepas ni tak adelah nak gi interview lagi… Paling kuat kena interview dengan Cik Abang, apasal tak nak kerja lagi. Tapi itu….bila agaknya ye…

Maklang paling takut bila kita ni nanti akan diinterview oleh mungkar dan nangkir…..Mudah2an interview itu akan mudah dilalui, InsyaAllah….

7 Comments:

At Friday, April 07, 2006 8:57:00 am, Blogger ibuVouge said...

assalamualikum
mak lang takut ayat yg last tu...

 
At Friday, April 07, 2006 10:27:00 am, Blogger Sya said...

mak lang interview Mungkar Nangkir tu yg paling takut tuh.. mcm interview appraisal.. eiiii gerun

 
At Friday, April 07, 2006 12:35:00 pm, Blogger maklang said...

IV:

Memanglah takut... Tapi nengokkan masyarakat sekarang ni, rasa2nya macam ramai yang tak takut....

Sya:

Taklah...rasanya appraisalnye interview tu jauh tak takut dia dari kena interview kat alam barzakh....So...kena usaha dululah supaya interview tu kita boleh pass dengan sebaiknya....

 
At Friday, April 07, 2006 12:37:00 pm, Blogger Izhal said...

Resume maklang sure kaw2 ni dak??? banyak je experience...

 
At Friday, April 07, 2006 12:51:00 pm, Blogger maklang said...

REsume tak kawlah tu yang rasanya berhenti lagi baik dari kerja...

 
At Friday, April 07, 2006 12:58:00 pm, Blogger Kopi Suam said...

Maklang actually interview Mungkar Nangkir tu soalannya dah bocor. Praktikalnya pun dah diberitahu so kita ni yang kena get ready ajelah supaya jangan bagi salah jawapan dan jangan tak buat praktikal yang dah ditetapkan...Kalau silap tunggu aje untuk kena belasah..

Ya ALLAH permudahkan lah urusan kami semua di dunia dia alam brazakh dan di akhirat amin..

 
At Saturday, April 08, 2006 4:08:00 pm, Blogger maklang said...

Kopi suam:

Usaha tu, InsyaAllah...lah cuma kena perbaiki dan melebih2kan lagilah. Mudah2an diterima olehNya...

 

Post a Comment

<< Home