Mengekor
Tatkala menaip ni Maklang berada di KL. Tengah melayan anak2 yang 3 ( Kaklong tak nak ikut-biasalah tu nak besar2 nih…) tu mandi kat swimming pool. Kami tiba di KL malam tadi sekitar jam 9:30 malam. Bertolak dari Kerteh lebihkurang 5:15 ptg. Singgah di rumah ambik Angah & Hakim dan kemudian ke sekolah Maya unutk mengambilnya. Jadinya semalam Maya pun cabutlah sekejap class dia. Maklang pulak kebetulan ada meeting di pejabat Cik Abang dari lepas lunch hingga petang, so kami ke pejabatnya dalam satu kereta aje.
Sebenarnya tak ada plan pun nak ikut ke sini. Hari Selasa lepas Cik Abang ada beritahu yang dia kena menghadiri satu meeting di KL pada hari Jumaat. Tak teringat pun nak mengekor sebab rasanya weekend ni nak berehat sebab dah lama betul rasanya tak berehat di rumah. Ada saje tempat yang nak dituju setiap weekend. Bak kata Zino….busy memanjang….So…weekend ni busy melayan anak2 lah…Anak buah Maklang kebetulan ternampak Maklang tengah baca e-mail dari Cik Abang pasal nak ada meeting ni. Dia kata ikutlah . Rugi tak ikut kata dia. Betul jugak. Langsung Maklang call Cik Abang and beritahu yang nak ikut. Kata kat dia tak payah lah naik plane. Duit minyak tak leh claim sebab memang dah policy office dia kata kalau nak ke KL kena naik flight yang telah ditempah khas dari sini or dari Kuantan. Kalau naik kereta, mileage tak dapat. Tiket kapalterbang masih ambik. Cuma kalau dapat pun claim cuma duit taxi dari sini ke Kuantan pergi balik and also dari KLIA ke hotel. Hotel ni Maklang tak pernah lagi masuk. OKlah….Tapi sempit sikit…Tak kisahlah asalkan free…. Syukur Alhamdulillah.
Semalam sebelum tiba kat KL, dah sms kat adek Maklang. Kalau rajin boleh hantar food to us. Teringin pulak nak makan mee mamak. Lagipun rumah adek, Alang, yang kat PJ tu dekat sangat dengan KL Sentral ni. So dapat lah kami late dinner at about 10:30 pm. Kenyang jugaklah. Seronok betul malam tadi bila Cik Abang tanya kat orang hotel ni kata yang internet excess ni …. FREE. Nasib baik Maklang bawak PC. Or else mati kutu jugaklah ni. So apalagi…malam tadi terus aje masuk blog nak tengok cerita2 yang dah ketinggalan. Semalam kat rumah, entah apa salah ngan router tu, wireless tak leh pakai. Kat office nak curi2 masuk (masa tengah free) pun tak dapat. Sejak 2-3 hari lepas, server asyik kong aje. Budak IT pun tak ada semalam sebab katanya sakit perut. Itu yang malam tadi bila dapat tahu FREE excess terus aje surf sikit2. Tapi terhalang gak nak guna lama2 sebab Cik Abang nak review kerja dia untuk nak meeting hari ni.
Tadi pagi breakfast Abang sorang aje yang pergi. Nak gi semua buat rugi je. Sorang kena RM 55:00. Kalau gi beli kat luar boleh makan sampai muntah. Alhamdulillah, tadi Alang dah hantar breakfast. Kebetulan Alang ada course/ seminar kat hotel sebelah. Dia datang sat sementara course tu belum mula. Lepas makan terus bawak anak2 mandi. Selagi tak bawak, dia punya mengegek boleh jadi bengkak telinga. Lepas anak2 dah mandi dalam pukul 12:00 nanti, ingatkan nak jalan2 kat KL sentral nih….tapi tau jalan ke…?? Nak keluar dari sini aje takut sesat, so rasanya kami tunggu je Cik Abang kat bilik hotel. Dia kata dia akan datang lepas habis meeting . Lebih kurang jam 12:30pm. Then akan check- out dari sini and check-in kat hotel Alang kat PJ.
Petang ni dah ada rancangan. Lepas solat Jumaat nanti, InsyaAllah nak ke Hospital, nak gi melawat anak sedara baru. Mungkin dalam pukul 4 atau 5:00 selesailah. Then balik rumah Alang and lepas maghrib nak gi melawat Pak Itam. Semalam dah talipon Pak Itam beritahu yang kami nak datang. Dia kata datanglah. “I am lonely”, he said. Kesian Pak Itam. Sejak arwah Mak Ngah passed away, ingatan dia makin berkurang. Ni cucu2 dia yang tinggal sama pun dah pindah ke Qatar, sebab bapa tiri mereka bekerja di Qatar. Mungkin dekat dengat LolLies kot….. Itulah, macamana pun mesti nak gi jugak melawat Pak Itam. Dah janji nak bawakkan dia satay. InsyaAllah, tak ade apa aral, kami akan tiba, Pak Itam….S
Selamat berwiken semuanya…… Semuga wiken anda menjadi wiken yang amat bahagia…..InsyaAllah….
12 Comments:
Mak Lang: Auntie dah tengok anak sedara tuh...dah peluk cium, dah riba....suka budak tu dalam pelukan Auntie....maklum Auntie banyak lemak...:-)
Kita berseliseh masa...kalau tidak dah berjumpa tuh....:-)
bestnye jejln kat KL...Kirim salam kat Alang yea Mak Lang.
Wasalam
selamat jalan jalan kat KL.. org yg dok KL ni kena le dudk rumah je.. bagi can tetamu jalan jalan hehe
AY:
Betul... Kita berselisih jalan. Maklang tiba lebihkurang pukul 4:00 ptg. Maam ade cerita yang AY came with MA.
Mintak tolong beritahu MA yang Maklang nak ph no. Kak Wynn sebab cuba call handphone kak Wynn tapi asik dapat voice message je...(agaknya no. lama).My no. ada pada kak Lady.
Tak pelah lain kali ada rexeki kita jumpa..., InsyaAllah
WA:
Dah sampai Kerteh baru baca salam tu. Nanti I sms kat dia, InsyaAllah...
Zino:
Gi KL, gi kat tempat yang dituju je.... ALhamdulillah, apa yang dicadangkan semuanya terlaksana.
Mak Lang :
Tak ada rezeki nak jumpa. Kami bborok (ikut style Jo :-) ) kemain lama lagi walaupun first time jumpa.
Pasal K Wynn tu - nanti I inform dia. You can send email to her at irenewynn at yahoo dot com.
MA:
Eh... Ingatkan tak jumpa Jo. Maam je....
Maklang dah cuba mail kat dia tapi no reply pun. Alah...kalau beritahu kak Wynn pasal adek angkat dia kat JB, or rather anak angkat pada mak dia, masa kecik2 dulu mesti ingat. Anak pompuan kak Bibah and Abang pajar....
Selamat berwiken, maklang.
Mak Lang : mmg tak jumpa Jo pun - maksud I - " bborok " tu - gunakan term yang Jo selalu gunapakai :-)
nanti I call K Wynn and let her know. I dah hantar offline message suruh dia jengok kat sini jugak.
Nak bagi-bagi phone no orang, I tak berani - kena izin tuanpunya juga, kan :-)
Kak Lela:
YE... Maklang dah start kerja dah...Hari Ahad ni biasalaaa...Bukan PC je lembab, tuan dia pun sama aje...
MA:
No problem MA. I understand. Phone # ni hak peribadi... I can wait. Lama2 nanti, ada rexeki, dapatlah berjejak kasih ngan Kak Wynn and her other kins. Thanks for the effort....
Lain kali jangan lupa bersedekah dulu ya!
Keng:
Alhamdulillah, lebihkurang seminggu sebelum jenjalan tu dah bersedekah alakadar sebab ada officemate sakit....
Tapi takyah ceritalah eh... tak baik...tau2 sendiri dahlah
kemana je berjalan .. banyak tempat boleh di lawat tu..
Post a Comment
<< Home