Dari Teratak Maklang

Thursday, April 13, 2006

Yang Happy & Yang Stress

Yang Happy…..

I guess everybody in my department was happy yesterday. Boss semenya tak de. Apalagi bila kucing tak de tikus2 menari2 laa…Bila Boss tak de, sememangnya department ni akan kecoh. Tapi kecoh macamana pun kerja tetap tip top… Syukurlah kalau semenya tak de yang nak ‘mengulo’ bila Boss tak de. Alhamdulillah adek2 kat sini baik2 belaka…

As for me, I was very happy yesterday. Bukannya apa, Maklang suka sangat sebab dapat buat Atok and Wan suka. Dua malam lepas. Cik Abang dah buat order ngan DELL untuk belikan Atok PC. Senang betul sekarang ni, sambil Maklang baring pun boleh kena bayar untuk PC tu. Memang lah Cik Abang yang buat order tapi Maklang lah yang bayarkan. Tak pelah…..tu pun untuk my beloved parents.

Semalam pagi , adek Maklang, Busu kata, Atok senyum aje bila diberitahu yang kami nak belikan dia PC. Dia memang ada bunyi 1-2 bulan lepas yang dia nak PC. Nak belajar guna PC agaknya. Plus kami selalu cerita pasal ada blog ni seme. Entah2 Atok & Wan pun nak buat blog tak???. Bolehlah masuk kat loop kita ni… Nanti boleh join dengan Maam and Daddy Izhal….Ptg semalam, Busu hantar mail yang dia tengah ajar Atok macamana nak surf and buat e-mail. Seronok agaknya Atok sebab apa yang dia nak dah dapat. At the moment dia belajar guna PC Busu dululah. Seronoknya Maklang rasa…..


Yang Stress

Malam tadi pulok, dalam pukul 11:00mlm, Cik Abang punya phone bunyi. Dia dah tidur masa tu. Maklang masih lagi dengan cross stitch yang belum siap tu, sambil2 tengok TV. Mulanya ingatkan sapalah yang hantar message tengah2 malam ni. Rupa2nya dari Dhira . Message dia bunyi cam ni:

“ Abah, kenapa Dhira hantar sms kat mak, mak tak balas? Mak ada rumah tak? Ni, ketiak Dhirah merah lagi. Sakit and perit sangat. Dhirah dah letak bedak and cream tapi still sakit sangat”

(Memang dah agak mesti budak ni akan call or sms. Masa pukul 9:00 malam tu dok cari handphone tapi tak jumpa. Call pun tak dengar bunyi. Ingat kan tertinggal kat opis. Tadi pagi baru nampak, rupanya tinggal dalam kereta)

Lepas baca sms tu Maklang terus call Dhirah. Risau jugak sebab Dhirah ni pun manja jugak. Dia tak pernah jauh dari kami. Bila baca sms tu, Maklang terus teringat, budak ni under stress agaknya. Dulu ada sekali dia kena gi perkhemahan pun dia kena the same thing. Ketiak dia jadi merah2 and perit. Masa tu dia darjah 4. Sampai menangis dia. Tak sampai sehari dia join perkhemahan Bulan Sabit Merah kat sekolah tu, kami ambik dia balik. Kawan2 kata dia nangis kat bilik air. Sebab kesian kat dia , kami mintak kebenaran dari guru bertugas untuk bawak dia balik ke rumah. Sampai ke rumah Dhirah langsung masuk bilik dia and terus tidur sampai ke malam. Letih sangat agak nya….

Itulah Maklang rasa Dhirah ni sakit ketiak sebab dia under stress. Pelik tak? Orang lain kalau stress sakit dada ke, sakit kepala ke, naik darah ke, tapi Dhirah sakit ketiak….. Gelihati I…….

10 Comments:

At Thursday, April 13, 2006 6:09:00 pm, Blogger Kaklong Syikin said...

Allah, besar pahala maklang wat parent happy.

hmm..pelik gak kalau dhirah sakit ketiak sbb stress.first time dengar ni

 
At Thursday, April 13, 2006 8:51:00 pm, Blogger Lollies said...

wah lepas ni atok boleh masuk YM chatting. Pastu pasangkan webcam.

heh heh saya pun siap beli webcam untuk my dad supaya kita boleh chatting kat qatar

 
At Thursday, April 13, 2006 9:17:00 pm, Blogger Unknown said...

Wah, hi-tech la atok ngan wan ek? :-) Maklang ajar la depa blogging, mesti syok punya baca kisah & pengalaman depa.

First time dengar sakit ketiak sebab stress. Ada orang keluar rashes, tapi kat muka atau badan.

 
At Friday, April 14, 2006 2:37:00 am, Blogger Izhal said...

haaa? ketiak?? penyakit ketiak satu je, busuk heheh...

wuish dapat dell dah??? syok tuuuu... internet broad band ke maklang... pc ni dah jadi kemestian untuk golongan semua umur ye... pahala banyak tu buat parents happy...

 
At Friday, April 14, 2006 4:02:00 am, Blogger Ajzie said...

pelik and kelakar lah Dhirah nih..stress perit ketiak..huhuhu.

Wasalam.
Ajzie

 
At Friday, April 14, 2006 10:40:00 am, Anonymous Anonymous said...

wohooo.. ada geng la. igt atok ni sorang je hitech rupanya ada atok lain jugak. huhuhu...

stress pastu sakit ketiak? uiks... dia alergi kpd apa2 kot. cuba cek tgk...

 
At Friday, April 14, 2006 12:03:00 pm, Blogger maklang said...

Syikin:

Alhamdulillah, rezeki yang ada tu share2laa....

Rasanya memang dia stress asyik merungut aje...tak best..tak best..tension tuh...

Lollies:

Kena ajarlah ni... Atuk excited sangat tuh...

Jie:

Kalau dengar atuk cerita pasal kisah lama2 dia memang kelakar. Nanti suruh atuk blogkan.

Izhal:

DEll tu akan dideliver kat rumah Maklang this Sunday, InsyaAllah. Atuk nanti nak datang sini dari JB nak ambik DELL dia. Busu dah register kat Streamyx . Next week baru dapat InsyaAllah.

WA:

Dia kalau diperhatikan memang kena gitu. Lagi satu ni tengah musim panas. Cepat berpeluh... Kan pergi kat sekolah2 punya aktiviti ni memang berpeluh banyak. Stress lagi tu yang merah tu agaknya.

Atuk:

Eh... ramai lagi yang lebih canggih tuk...

Dhirah biasanya guna benda yang sama. Elok je dia ke kem tu langsung kena merah tuh... Memang stress tu... Dah balik pun tadi pukul 11:00. Agaknye kejap lagi subside lah merah dia tuh...(Dia baru aje confirm kata ...'A..ah...dah baik dah sikit!!' Bukankah itu kerana stress????

 
At Friday, April 14, 2006 2:25:00 pm, Blogger Hot Mama said...

Pelik tapi tak impossible.. hehe
Tq Maklang for dropping by my blog.
Mak Lang org ganu yer.. bestnyer!

 
At Friday, April 14, 2006 2:44:00 pm, Blogger maklang said...

Hot mama:

Tak bukan orang Ganu cuma tinggal & kerja je kat Terengganu. Orang mendatang jugak...Asal keturunan dari Melaka. Tapi parents kat JB

 
At Friday, April 14, 2006 3:05:00 pm, Blogger Izhal said...

peh... hebatlah Atuk, semua settle... streamx tu... online business la tak lama kot... :)

flicker saya tak reti pakai. tapi photobucket taulah... buka je account situ dn upload gambar. bila dah upload copy tag gambar dan masukkan dalam blog. saya sendiri tak pernah buat tapi En. Zino selalu buat...

 

Post a Comment

<< Home